Wednesday, July 31, 2013

Route to Profesional Engineer, PE (Ir)

Harini merupakan salah satu hari yang penting buat mr may…ni la jugak hari yang ditunggu-tungu(yeke!!)…mana taknya, dah bertungkuslumus study bagai kan…mr may ada temuduga bagi mendapatkan sijil P.E (Profesional Engineer, Ir)...Sekarang ni tak leh nak kacau sangat…lagipun tadi mr may ‘text’ cakap nak ‘off handphone’…yela, saya faham, ketengangan amat diperlukan masa ni…

Saya kat ‘office’ ni yang berdebar pulak…sangat berharap mr may dapat buat yang terbaik harini…dan dapatkan apa yang diinginkan selama ni…

Nak cerita banyak pun saya tak berapa nak faham sangat perjalanan mr may ni…tetapi saya Cuma nak coretkan sedikit sebanyak apa yang saya tau sebab mr may ada la jugak bagitau dan ‘brief’ saya sedikit sebanyak mengenai impian dia dan perit-jerih semua ni…setakat temuduga la..selepas temuduga kalau diberi kesempatan dan pemahaman saya akan coretkan sedikit sebanyak..maklumlah, saya tak berpeluang nak ambil sijil P.E ni…Kebanyakan yang ambil P.E ni dalam kalangan pemegang Civil, Electrical & Mechanical…yang lain saya tak pasti…saya pulak dalam bidang sains je…walaupun kerja sememangnya ‘Engineer’…tapi ‘Engineer’ kat swasta jela..senang cerita kat kilang…tu pun sebab ‘first job’ saya memang dah ‘Process Engineer’ la, ‘Process Mechanical Engineer’ la..pengalaman memang dalam bidang tu la…dan selama yang saya mintak kerja selama ni pun sebab adanya pengalaman ni dan ‘Degree’ pun dorang tak tengok sangat…sebagai syarat je…dan sehinggalah saya terjun ke bidang R&D…dan sekarang saya memang dah dalam bidang R&D….kalau nak kerja kerajaan sah-sah tak leh minta kerja sebagai ‘Engineer’ ni…kerajaan lebih nak tengok kita punya ijazah..tak macam swasta…ada pengalam sikit, memang sangat berbaloi….boleh mintak / ‘demand’ gaji sendiri (kita yang tentukan gaji)….hmmm, takmo la cerita pasal saya…lain kali la…mari sambung cerita mr may pulak….

Memula mr may berhajat nak ambil P.E ni sebelum kahwin lagi…mr may pernah bagitau saya dan suruh sayabagi semangat la…masa mr may berhenti kerja dulu pun, dia bagi sebab kat bos cakap yang dia nak dapatkan P.E…tu yang dia nak berhenti(sebenarnya mr may dah dapat JKR masa tu)…

Lepas masuk JKR, mr may pun sibuklah ‘study’ pasal ni…yang penting kena daftar sebagai Graduate Engineer (Grad.IEM) dulu dengan BEM dan lepas tu dengan IEM…Selepas tu kena ikut dan habiskan course wajib IEM. Kena cari mentor jugak tak salah saya. Mentor tu mesti ‘member’ kepada IEM gak..rasanya mr may ambil bos dia sebagai memtor sebab bos dia pun memang dah selamat dah lulus P.E ni…bermulalah mr may buat design, drawing, report projek dan macam-macam lagilah..memang kena mentor yang ‘verify’ la….

Selain tu, kena gak p kursus wajib yang diwajibkan oleh BEM…tak ingat pulak tajuk course yang mr may ambil…setakat ni, ada lagi satu ‘course’ yang mr may tak ambil lagi….semua urusan ‘couse’ ni kenalah sendiri bayar…satu ‘course’ tak salah RM300++ gak…satu course lagi mr may cadang nak habiskan 19&20 Ogos ni…

Ingat lagi masa mr may dok buat permohonan, banyak dokumen kena ‘submit’ kat IEM…’summary of experience’la, macam-macam lagi…lepas tu baru IEM akan cari seorang P.E untuk ‘interview’…haritu mr may dapat surat, siap dah tau, penemuduga dia…siap goggle lagi tu yang tak tahan…..Boleh ‘set date’ sendiri untuk temuduga dan exam….tapi dia ada bagi tempoh la…tak salah 2 minggu rasanya... Dalam masa ini kena sediakan  ‘project report’ dan submit kat interviewer la...mr may dah selamat hantar kesemua ‘report’ dia minggu lepas…Dia akan semak dan komen project report tu, kalau ok, dia akan hubungi untuk teruskan interview dan kalau tak ok (mungkin ‘report’ tu tak memberangsangkan) kena apply semua (rasanyala)….
Mr may ada cakap masa ‘submit report’ tu, Ir tu siap cakap lagi, yang dia pernah gagalkan ‘candidate’…huh, tercabar sekejap!! Dan semalam pun mr may dah telefon penemuduga untuk ‘confirmkan’ harini…ada dua penemuduga…sorang kat Batu Caves, sorang kat Shah Alam…kena p 2 tempat yang berbeza la…selain tu, kena buat essay gak (pasal essay ni la yang buat mr may dok study bagai…macam zaman belajar kat ‘U’ pulak)…dah la semalam mr may dapat sms, cakap suruh hati-hati dengan penemuduga yang kedua tu…hopefully semuanya ok dan perjalanan P.E ni berjalan lancar…sebagai isteri, haruslah seronok dan mendoakan yang terbaik buat suami!!


Nanti, saya akan kongsi pengalaman seterusnya berkenaan pengalaman mr may ni…tapi kena tunggu mr may bercerita dulu la…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.