Tuesday, June 13, 2017

Hamper Hari Raya 2017

 Tahun ni dapat hamper lagi dari company saya kerja..tahun ni kotaknya dah lain sikit..design baru...tapi saiz masih sama..

Yang paling happy dan tak sabar nak bukak ialah kids la...habis semua dipunggahnya...dan banyak dapat barang makanan la..namapun company makanan... 

Thanks to Nestle for this Hari Raya Hamper!

Saturday, June 10, 2017

Iftar dengan Family

Kanak-kanak yang paling seronok..main je kerja diorang ni

Tahun ni berkesempatan iftar dengan family besar...meriah dapat kumpul ramai-ramai..walaupun tak semua ada tapi seronok dengan apa yang ada ni..makanan toksah cerita la..memang sedap!!
My little helper!! Azuin dan besar dan pandai dah nak tolong semua...proud of her!!
Biasa suami isteri bergabung tenaga...tolong-menolong


Ramadan kali ni buat pertama kali tanpa Abah..semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..Amin..
orang kuat keluarga sekarang@ketua keluarga..
Semoga Ramadan kali ni memberi kerahmatan kepada kita semua...

Friday, June 9, 2017

Happy Birthday to ME!!

 Happy Birthday to ME!! (9th June 2017)

Memandangkan my birthday kali ni jatuh pada buan Ramadhan..dan masa di kebetulan kami balik kampung... so tak terfikir apa pun la..But my husband masih ingat birth date dan after Terawikh, dia just ajak keluar makan je..lagipun memang terasa nak makan kat OnePot Cafe kat Kamunting ni...selama ni dok lalu je kat situ...Tetiba ada pulak orang tu order kek..kek kecik je sebab dah tua..hahahaha....

Dan tahun ni dapat kad jugak!! seronok sebab tak pernah lupa bagi birthday card ni...sama seperti tahun-tahun sebelumnya..Thanks Mr Hubby (i know u read this)
Semoga tahun ni dan seterusnya dilimpahi rahmat dari-Nya..Amin



Wednesday, June 7, 2017

Budak Mesir dah balik

Yeay, Acu Fatihah dah pun balik Malaysia untuk semesta break..cuti cuma 3 bulan..bercutilah bersungguh-sunguh ye...Nanti dah balik Mesir rindu la makanan kat sini....

Acu naik Etihad dari Mesir-Abu Dhabi-KL..penerbangan ambil masa 15 Jam jugak la...sampai KLIA dalm pukul 10:30 malam...tapi keluar dekat 11:30pm jugak..penat tunggu...yang paling tak sabar tu mak la...rindu anak bongsu dia tu....