Thursday, July 11, 2013

Bukan kali ni...

YE..bukan kali ni lagi….temuduga PTD untuk fasa kedua dah keluar…tapi saya tak disenaraikan lagi…hmmm, terfikir gak berapa fasa yang dibuat..ada siapa-siapa tau?….kan best kalau tak yah interview..terus serap ke…hahaha, verangan la sangat…

Fasa kedua ni penjadualan temuduga pada bermula 17 Julai 2013 sehingga 31 Julai 2013….tapi bagus jugak tak kena lagi…boleh la study lagi(study la sangat)…ada la sikit study sebab sekarang mr may memang tengah struggle pulun study untuk interview dan exam 31 Julai ni….penemuduga mr may siap dah kol dan cakap dia pernah gagalkan candidate lagi..dia suruh buat report elok-elok dan betul-betul bersedia….nak dapatkan gelaran IR kenalamenjalani beberapa ujian, kursus dan temuduga oleh "Board of Engineer" (BEM) & "instituition of Engineers" (IEM)…Hope mr may berjaya…..

Semalam adalah hari yang agak tension sebab sepatutnya saya kena p interview kat sebuah company di Penang…memang dah lama gak teringin kerja kat situ….company besar more than 5K employee…sah-sah benefits pun bagus, salary pun boleh naik lagi, bonus, profit sharing, loan interest la..dan macam –macam lagi..sebenarnya dah dapat kol interview minggu lepas lagi….tapi saya cakap ok je…bukan apa, rasa sayang nak tolak awal-awal….kalau tak fikirkan keadaan saya sekarang memang dah redah p dah…tapi sebab memikirkan family dan mr may pun ada tanya kat bahagian penempatan…tapi hampa sebab penempatan kat utara (terutama Penang) baru je diisi dan masih ramai lagi ‘waiting list’…bukan apa, takut dapat nanti takkan nak berjauhan pulak….

Hari Selasa, HR tu email ingatkan lagi…masa tu terpaksa la saya dengan berat hati tolak interview tu….sedih woooo…..peluang terbentang luas tu….tu kalau kes kerja kat swasta la…..kalau PTD ni pulak, takleh cakap banyak sangat sebab taktau kemungkianan berlaku….kalau tak dapat memang saya nak cari peluang kerja dalam swasta yang boleh naikkan lagi gaji untuk masa depan la…tapi kalau dapat pulak PTD ni..lain pulak cerita…hmmm, terpaksa la berkorban banyak benda…salary pun haruslah banyak kurang..tapi minat punya pasal, layan jela….


Apa-apa pun, kena bersyukur dengan setiap ketentuan-Nya….adatlah berjaya dan gagal….semuanya ada hikmah disebaliknya…..kita mungkin terpaksa melepaskan sesuatu yang kita nak….tapi kemungkinan juga Allah dah tentukan yang lebih baik di masa hadapan!!

2 comments:

  1. betul tu kak..kang kalo dpt, xkan nk berjauhan pulak..xpe la, maybe bukan rezeki kita lagi kan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.