Wednesday, August 24, 2011

TODAY is the day

see the ticker.......i'm so happy..................



Azuin : Dah boleh bagi Solid Food....
Breastfeeding Journey : Continue---->aim until 2 years....

Saturday, August 20, 2011

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tuesday, August 16, 2011

Nasi Tomato + Kari Ayam

Alhamdulillah..dah separuh dah bulan Ramadhan ni...minggu depan dah nak raya...sepanjang 2 minggu ni, saya tak jejak lagi kaki ke Bazar Ramadhan..kenapa tak?Hajat dihati nak masak kat rumah je untuk juadah berbuka...Alhamdulillah, ada masa untuk saya masak walaupun agak singkat...saya sampai rumah pun dah pukul 5pm (kira dah amik azuin kat rumah babysitter la)....sampai rumah terus menyusu azuin dulu n acara masak-memasak ni selalunya bermula pukul 6pm....means, saya cuma ada sejam setengah nak settlekan masak-memasak ni....setakat ni sempat je nak masak...selalunya memang mr may akan tolong saya kat dapur...tak pun tolong jaga azuin je=D...masakan berbuka memang yang simple2 je...

Semalam sempat jugak la masak nasi tomato n kari ayam...menu yang paling senang untuk masak....nanti saya akan sharekan resepi nasi tomato ni...saya ni bukan la terer pun nak masak tapi suka share tulis resepi untuk mudah saya refer back incase terlupa..hehe...at the same time boleh la share resepi yang mudah2 ni...dah lama jugak tak buat entry pasal resepi kan...banyak jugak resepi yang saya cuba cuma tak berkesempatan nak share kat sini....ayam goreng lemon pun saya pernah try  memang sedap la..ada kelainan skit la dari goreng biasa=D....


Nasi Tomato

2 ulas Bawang Merah - dimayang
2 ulas Bawang Putih - dimayang
1 kuntum Bunga Lawang
2 Biji Buah Pelaga
2 Bunga Cengkih
1/3 tin Susu Cair
1 tbs Susu Pekat Manis
1/3 tomato heinz
garam secukup rasa
minyak sapi
Beras 2 cawan
Air 2 cawan
Carrot
Kiub ayam

Cara Memasak

1) Panaskan minyak sapi.
2) Masukkan bahan yang dimayang halus tadi dan goreng sampai naik bau.
3) Masukkan 2 cawan air (air ikut sukatan beras 1:1) dan kacau.
4) Masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau sekejap.
5) Masukkan pula tomato Heinz dan kiub ayam.
6) Perasakan dengan garam.
7) Seterusnya, masukkan carrot yang dipotong panjang kedalam periuk tadi. Biarkan seketika.
8) Masukkan beras yang telah dicuci kedalam periuk tadi. Kacau perlahan2 supaya beras tak patah.
9) Masak nasi seperti biasa......*****S.I.A.P


Kari Ayam

2 tbsKari Daging/Ayam
Garam
2 Bawang merah-dimayang
2 Bawang Putih-dimayang
1inci Halia-dimayang
1 biji Kentang
Santan
Bunga cengkih**
Bunga Lawang**
Buah Pelaga**
Jintan Manis**
Jintan Putih**
Ayam
1 sudu serbuk cili/cili kering yang dah diblender

Cara Memasak

1) Goreng bahan yang dimayang halus dalam periuk.
2) Masukkan bahan**..goreng hingga naik bau.
3) Masukkan serbuk kari dan biarkan sampai pecah minyak.
4) Masukkan ayam dan kacau rata.
5) Masukkan santan dan air asam jawa. Perasakan dengan garam.
6) Biarkan seketika dan masukkan ubi kentang dan 1 sudu cili blender.
7) Biarkan mendidih dan tutup periuk.


Selamat Mencuba....nnt saya share ayam goreng lemon pulak hokay!!!...

Sunday, August 7, 2011

Azuin 5 Bulan

Azuin dah selamat cucuk 5 bulan rabu lepas…Alhamdulillah azuin ok je…nangis jap je masa kena cucuk tu…hopefully azuin kuat & tak demam….

Perkembangan azuin 5 Bulan..
*Suka menjerit2
*Suka mengempeng dengan mama dia…kadang2 penat la jugak tapi kalau tengok muka azuin…takpela, nak mengemping lama mana pun tak kisah la…
*Suka nak  berdiri je…dah tak mau baring2 ni sangat…
*Suka main..macam2 benda dia nak main..kadang2 saya balik kerja dah ajak main..malam pun ajak main..dah makin pandai..banyak sangat benda azuin pandai…ikut mama n papa dia la tu…yang penting…makin comel…

Lagi 3 minggu je lagi azuin boleh makan n complete la saya exclusive breastfeeding….cukup 6 bulan tak bererti saya stop breastfeeding…my journey masih jauh lagi….aim saya -à2 tahun…..semoga diberi kekuatan dalam misi ni n misi semakin mencabar sebab azuin dah makin membesar…

azuin with her playgym...dah berpusing2 sampai jatuh dari bantal...azuin dah boleh capai dan pegang dah semua soft rattles and rattle keys tu... 

Tuesday, August 2, 2011

Pormtip Thai BBQ Seafood Restaurant, Bandar Sri Permaisuri

Last week, we had a farewell dinner at a Thai Restaurant. Farewell untuk colleague mr may yang berpindah kerja. So, makan-makan farewell tu buat kat Pormtip Thai in Bandar Sri Permaisuri, It’s the one and only Thai Restaurant with pure and original food of Thailand. Their chefs are all from Karabi, Pattani. Dengarnya macam sedap kan…actually ni kira kali ke-4 la kitorang makan kat sini…first time makan masa sambut my birthday last year…


Habis je kerja terus p situ la..the foods seriously delicious especially siakap 3 rasa tu..boleh cakap all complete la rasa tu…spicy, sourness, sweetness…yummy…Perfect!!walaupun terpaksa makan dengan satu tangan…tapi LAYAN jugak…azuin tido je atas riba saya…senang sket nak makan….Then, kitorang makan2 n chit chat….


makanan tak sampai lagi...yang dirai ialah Pian (yang pakai kemeja pink)..azuin diculik oleh aunty izzaty...


and balik rumah pun dah kul 9 lebeh….KENYANG…bulb=D

Balik Kampung + Makan@ Penang

Agenda last week : Balik Kampung

Siapa akan cakap tak bes balik kampung kan..sangat peaceful tau...kami gerak balik hari jumaat tengahari sebab saya ambil halfday n mr may pulak memang ambil cuti hari tu....Aiming kami kali ni nak turun Penang...nak makan kat sana...dah lama tak makan2 kat Penang since pindah mai KL last year..kami stay kat Holiday Villa Feringgi..jauh kan..tapi ok la sebab dapat free one nite stay kat hotel tu...lagi pun boleh la jalan2 nite market kat Feringgi...Penang ni memang heaven la tempat makan...sedap2 pulak tu....5 tahun kat penang memang sangat best..makan usah cakap la....memang terbaik!!!

Tapi kali ni kami p jap je...so, tak dapat la nak makan banyak tempat...rindu betul nak makan nasi lemak Liverpool, nan Cheese kat kapitan queensbay, kayu nasi kandaq. hameediyah, bangkok tomyam, pak husin, nasi ayam batu maung, teluk tempoyak, laksa janggus, hammer bay, jemputree, nasi hot plate kat Giant bayan baru....kecur air liur tau....banyak sangat tempat makan yang best n teringin nak makan...yela, tu kira sebahagian tempat lepak saya dengan mr may dulu2 before kami kawen n pindah KL...

Memandangkan terlalu banyak, kami pun shortlisted la..pagi sabtu tu kami dah gerak ke Penang dari Selama...aim--->hameediyah...sampai je sana memang tersangatlah ramai manusia....meriah sungguh...terpaksa la kami tunggu meja kosong...sanggup tunggu tau ...memang feel giler makan beriani kat situ walaupun penuh dengan orang n terpaksa la share meja dengan family lain sebab meja tu besar...gambar makanan tak sempat nak ambik sebab dah tengok nasi terus jadi pelahap(hahaha)..memang 'best bro'...azuin pun baik je...bagi chance kat mama n papa makan...sungguh memahami=D

Dah makan, kami pun terus la p check in hotel....sempat la kami solat n rehat sementara tunggu agenda makan yang seterusnya..Holiday Vila ni menarik jugak...saya paling suka tang bilik air tu....ada shower screen n bath tub....memang berangan2 nak renovate n deco bilik air macam tu...baru la cun...

azuin main selimut

at Holiday Inn Resort Penang

Malam pulak - makan kat Hammer Bay...makan beramai2 dengan family....kami janji terus jumpa kat situ je..so, lepas magrib la kami start makan. kat situ pun ada surau sebenarnya..

Menu kami malam tu:
Jenahak Bakar
Kailan ikan Masin
Tomyam
Kerabu Mangga
Undang Paprik
Sotong Goreng Tepung
Air Tembikai
Air Epal
Kat Hammer Bay ni pun ada tempat untuk kanak3  bermain...meriah kan...boleh nampak Penang Bridge jugak.




Esoknya, ahad...kami dah nak balik..sungguh tak puas sebab banyak lagi tempat makan yang belum p...takpe lain kali mesti kami datang lagi.....sebelum baliktu , kami pekena Kayu Nasi Kandaq...sedap..air pulak wajib teh ais=D..


azuin tido lagi otw nak p makan kat Kayu....

kat Kayu Nasi Kandar

habis licin papa azuin makan...

Lepas makan terus kami bertolak balik KL...tapi singgah jap Taiping, rumah parents saya...gerak semula dalam kul 2 petang...sampai pun dalam kul 6 petang....kami tak terus balik rumah....terus heading to Alamanda Putrajya...cepat je sampai...kami guna Highway MEX ke Putrajsya..ingat nak p carrefour...one of my friend cakap mamy poko jumbo pack selalu aa promom...tu yang beria2 nak p tu...lagi pun boleh borong barang dapur sekali....memang agak sesak kat Carrefour tu...masa sampai tu agak sedin sebab diapers mamy poko saiz M dah abis...tapi masa nak keluar tetiba ada pulak sebab dorang baru letak...so, apa lagi saya grab la 2 packs M66 dengan harga RM41.89 EA...selalu harga jumbo pack ni RM54 camtu...huggies ultra mahal pulak kat sini...M64 RM54...selalu kalau promo boleh dapat rm 38 untuk huggies ultra...azuin guna both mamy poko n huggies ultra...tapi sekarang more to mamy poko sebab huggies agak ketat je tengok...malas pulak nak tukar ultra saiz L....harga mamy poko promo ni lebih kurang huggies ultra la kalau promo....

penat sungguh anak mama ni...tido along the way to KL...bangun nak susu je...

ni pulak masa tunggu turn solat kat Alamanda...papa solat dulu...then, baru mama pulak....

Sampai je rumah memang agak penat...nak kemas beg, iron baju, tidokan azuin, nak bersiap bersahur nanti, memang multitasking mom dah ni....tapi saya enjoy it...