Thursday, March 29, 2018

Pixajoy Again

New additional to my current collection..this is my 29th & 30th photobook with Pixajoy..Alhamdulillah masih bersemangat untuk kumpul gambar dan dibukukan...rutin saya sejak bertahun-tahun ni...masih menggunakan khidmat pixajoy sebab sukakan hasilnya..sangat berkualiti dan cantik!
#ilovepixajoy

Sunday, March 25, 2018

School Holiday Trip to Redang Island (22-24 March 2018)

Tahun ni dah kena jadi rutin untuk bercuti semasa cuti sekolah memandangkan Azuin dah darjah satu..Tak boleh nak memandai ambil cuti..karang ketinggalan pulak pelajaran di sekolah.

Cuti sekolah bulan 3 tak lama cuma seminggu je..Jadi kami berpeluang bercuti di Pulau Redang. Memang Adhoc perancangan sebab memula kami nak ke Cherating je..sebab budak-budak nak main pasir...tapi 2 hari sebelum pergi Cheratng, kami tukar plan..rancang ke Redang..dalam masa 2 hari rancang..cara kami senang je..bukak website Laguna Redang dan terus book dari situ..tak payah nak sakit kepala fikir pakej mana yang ok...kat website Laguna Redang memang dah complete dah kat situ tulis bilik mana dan itinerary sekali...so, kita ikut je pakej dia..Selepas itu, terus call office Laguna di KL branch..terus dapat proforma invoice dan kena 100% payment esoknya sebab lusa dah nak ke Redang...

Pakej yang kami ambil Pakej 3 Days 2 Nights Early Bird Promotion 2018 (1 March - 31 March 2018). Bilik Twin Deluxe Garden (2 Adults, 2 Kids). Untuk details boleh terus tengok kat website dia ye.. Total pakej kami ialah RM 2392.

Untuk ke Kuala Terengganu kami naik kereta je..check fligt amatlah mahal dan tak berbaloi berbanding drive sendiri...cuma sedikit penat la..naik kereta kami spend RM311 untuk tol & petrol..kalau last minute flight dah RM1K++..lain la kalau beli awal tapi rasanya tetap mahal sebab musim cuti sekolah.

Trip kami adalah dari 22-24 March 2018. 
Jadi kami gerak dari rumah pukul 2:00 pagi dan perjalanan kami mengambil masa dalam 5 jam. Pukul 7 kami dah sampai Kuala Terengganu. Sempat la nak relax sikit dan breakfast dulu sebelum ke Jeti Shahbandar. Kami sampai di jeti dalam pukul 8:15am dan parking dikawasan jeti. Parking ialah RM30 untuk 3 hari. Tempat parking memang luas dan tak risau tinggalkan kereta...Memang banyak kereta parking untuk ke Redang.

Di jeti memang ramai orang dan kami terus ke kaunter Laguna Redang untuk dapatkan boat pass. Boat gerak dalam pukul 9:30pagi...dan kami sampai di Redang dalam pukul 11:15pagi...Di Laguna Redang, bot turunkan kami di bahagian belakang pulau...di situ la tempat briefing dan berkumpul untuk naik bot ke tempat snorkeling..memang teratur la flow dia...just ikut je...

Selepas briefing kami dibawa ke main lobby dan disini la baru nampak pemandangan yang cantik tu..Selepas registration, dimana kami akan bagitau pukul berapa untuk balik 24hb tu nantu..samada bot pertama, 9:00pagi atau bot kedua, 11:30pagi..Selesai tu baru kami ke Sang Suria Restaurant untuk lunch.
Kami ikut kesemua aktiviti seperti itinerary yang diberikan oleh pihak Laguna...memang best..sempat snorkeling kat taman laut, open sea snorkeling, main pasir, mandi swimming pool...memang berbaloi datang sini..
Snorkling equipment memang kena sewa sendiri..So total 4 life jacket dan 2 snorkel ialah RM96 (RM16 EA)
 Breakfast, Lunch & Dinner kami di Sang Suria Restaurant..superb!
 Marine Park, Redang..Yuran kat sini kena bayar ye..beli tiket siap2 kat jeti haritu.
 Our deluxe garden..boleh nampak swimming pool sikit dari sini...
 Cantik view kat sini...
Dah nak balik dah....tunggu di jeti yang sama juga....masa balik tu saya dan azuin memang mabuk teruk..ada la jugak 9kali muntah...sebabnya laut bergelora giler..terhoyoh-hayang kami kat laut tu..memang mabuk la....cuma adam & papa je tak mabuk...lena pulak dorang tido....azab hokey mabuk lauk..

Saturday, March 3, 2018

Rumah Bukit Jalil dah siap

06-02-2018 Akhirnya bertambah lagi komitmen bulanan dengan siapnya rumah di bukit jalil..Tapi happy sebab dah lama kami idamkan nak ada rumah dikawasan bukit jalil ni..dan memang dekat je dengan stadium bukit jalil. Syukur Alhamdulillah!

Our balcony at 21st floor..kami dapat view Astro dan sayup-sayup je nampak KLCC..
ni adalah rumah kedua kami dan syukur rumah kami tak banyak defect dan selepas buat laporan dan siap barulah mula cari contractor untuk renovation..Suka unit ni sebab bilik tak nampak dari ruang tamu..Semoga dipermudahkan urusan kami!




Thursday, March 1, 2018