Friday, October 30, 2015

Surprise!!!

Surprise!!!
Memang budak berdua ni pantang dengan perkataan ni..suka sangat!!

Ni semua gara-gara Amani dapat hadiah antara pelajar terbaik di Q-dees masa konsert sabtu lepas..mak & ayah mana yang tak "happy" kan…memang kami nak bagi "surprise" kat Amani selepas konsert tu…dah bagitau Amani yang dia kena buat elok-elok dan terbaik baru dapat "surprise"…..
Tara….mainan Robocar Poli…hahaha…sebenarnya dah ada banyak dah mainan ni…cuma yang ni jalan dan lengkap sikit la..boeh la main tolak-tolak dan letak geng robocar poli atas trek ni…setakat ni semua ada 2…amber ada 2, poli pun sama…pendek kata, semualah….dengan harapan ni adalah set yang terakhir….takmo dah beli Robocar Poli ni….dah semak dah dengan mainan….
Sesi pasang….tak sabar budak berdua ni..memang la surprise untuk Amani tapi Adam pun sama naik…kena kongsi mainan ni..main sama-sama!!
Tak sempat papa siapkan lagi..dah ada tangan-tangan yang main….
Tara…..dah siap pun….
 Bersungguh budak berdua ni main…..ada yang tak muat masuk dalam terowong tu…tapi ganti dengan kereta kecik yang dapat dalam "kinder Joy Surprise" tu..


Q-dees Term 4 En Edison - October Activities

Sharing on Azuin's activities at school….Kredit to Facebook Q-dees Puncak Alam for the updates..all photos from Q-dees FB.

1) Birthday Celebrations!!


2) Friday Exercise




3) Hands on - Maths Board

4) Solat


Tuesday, October 27, 2015

Q-dees Puncak Alam Annual Concert 2015

Akhirnya masa yang dinantikan datang juga….dah lama jugak la dok hitung hari nak ke concert Amani ni…meriah sungguh…seronok tengok budak-budak ni.

Tema tahun ni "Colours of Life"


Sebelum tu, diorang ni kena la ber"rehearsal" dulu…


Kami gerak awal pagi sebab nak makan Nasi Lemak Cinta Sayang kat Seksyen 13, Shah Alam…kami sampai kat Perpustakaan dalam pukul 9 pagi…nasib baik dah boleh masuk sebab kami ada "event" kat situ..kalau tak, pukul 9:30 am baru bukak..

Amani memula excited..tetiba dah nak start, teacher panggil cakap Amani menangis….haih, kamu anak!!Nasib baik sekejap je pujuk….Amani cakap bising sangat..tu yang dia menangis tu….risau jugak  takut mood dia akan macam tu sampai habis…tapi nasib baik semuanya ok…sekejap je tu…..

Ramai-ramai dengan teachers….masa ni nangi lagu NegaraKu, lagu Q-dees…selapas tu Nasyid pulak….Amani tersedu-sedu jugak la time ni….tapi masih boleh menyanyi….
Lagu rakyat dari kelas Amani, En Edison….comel belaka….Amani pakai baju biru..
Bersiap sedia untuk lagu Gummy Bear…kat belakang pentas tu huru hara dengan kanak-kanak ni…bukan senang nak handle kanak-kanak ni..kena banyak bersabar….
Yeah..Gummy Bear song...
Seronok tengok dorang ni menari..Azuin dua dari kanan….
Story Telling - Care for the Sea
Amani - Alya - Eleesa - Ivan
Ni la saat yang paling tak sangka..Azuin dapat 3 terbaik dalam kelas dia…memang diluar jangkaan…tak bersedia na tangkap gambar sebab terkejut..masa ni memang kelam kabut tangkap gambar...
Geng "best student" dari En Newton (6Yrs), En Mozart (5Yrs) & En Edison (4Yrs)
Ni dah masa kemuncak….nanyi beramai-ramai lagu Flowers for Mummy...


Graduan untuk En Newton, kelas 6 tahun…Nanti Azuin pun akan macam ni jugak..lagi 2 tahun la...
Geng 16/2…semua rumah satu jalan je….ketiga2 dapat pelajar terbaik….

Amani & Adam

Seronok dapat hadiah….
Ni la door gift dan bunga yang Amani bagi mama...
Ni pulak dapat lagi hadiah dari teacher….sebab dapat buat persembahan dengan baik….yeay

Jom tengok video Concert Amani….Just klik link dibawah...

Friday, October 16, 2015

My 2 Years….


16 October 2016 - Genap 2 tahun saya disini…sekejap je rasa…2 tahun rupanya dah keluar dari bidang…dah 2 tahun juga la melalui hari-hari dalam bidang yang berbeza dan masih mencari keserasian dalam bidang baru ni……


"Stress"??? 

Memang ada la…mana kerja yang tak ada "stress" kan…jadi suri rumah pun stress jugak…"Stress" ni kadang-kadang buat kita fikir nak "resign" dan cari kerja baru….tapi kalau fikirkan balik, tempat baru pun kita tak tau "stress" yang macam mana kan….lagipun baru 2 tahun…masa mula masuk kerja dulu, ramai yang cakap, kalau dapat bertahan kat sini lebih dari setahun tu kira bagus la…sebab "pressure" kerja yang agak teruk la….yang ni memang saya setuju..sebab kalau buat perbandingan dengan "envronment" kerja yang dulu..jauh benar bezanya….

Yang penting kena buat kerja dengan bersungguh dan bukan sambil lewa….ya.."trying my best for this position"…kadang-kadang tu terfikir yang macam tak "perform" tapi tak jugak mungkin sebab terasa apa yang dibuat tu tak cukup dan tak sampai tahap kepuasan diri lagi…

Apa pun, kena kuat & bertanggungjawab dalam apa yang dibuat!!

Chaiyokk Aini!!


Wednesday, October 14, 2015

Continue learning at Q-dess for year 2016

Done 2016 Pre-Registered for Amani…

Why? Really satisfied on their modules…Nampak la perkembangan Amani :)
pamphlet yang dapat dalam post box rumah...


Done!! RM200 for pre-registration…balance fees to be settled by 1st December….


Monday, October 12, 2015

Buku Aktiviti Jawi untuk Amani

Sekarang ni Azuin Amani memang minat nak tulis ni…sekarang ni sedang berusaha ntuk tulis jawi…kira revision dari sekolah juga la...
Buku ni beli kat Tesco je…nak bagi Azuin cekap sikit….
ni la hasil tulisan Azuin…saya semak dan bagi "Bintang"..seronok Azuin mama bagi bintang….
Aktiviti menyusun huruf pulak…..

Memang nak ajar anak dan nak tarik minat anak menulis ni kekadang tu senang, kekadang tu susah….memang kita sendiri kena duduk sebelah dia dan tengok apa yang da tulis..kalau tak..mesti mainan la dicapai dia….



Thursday, October 8, 2015

Azuin & Robocar Poli

Sekarang ni bukan lagi minat nak main Robocar Poli….Baru berjinak-jinak simpan koleksi ni...

Susun ni sekejap je..lepas tu dah merata dah…sudahnya, mama yang kena cari balik mainan ni...


Tuesday, October 6, 2015

Servis WPV

Sudah tiba masa WPV nak kena servis..kali ni servis untuk 196600km…dah nak dekat 200k km dah…Memang banyak berjasa la WPV ni….walaupun WPV ni dah habis hutang, tapi masih kena servis jugak kan….sebab masih kuat dan hari-hari guna dia….
Total kena RM 536…sebab kena tukar a/c compressor…sekarang ni kalau start enjin wpv mesti bunyi agak kuat dan kasar….tu yang tukar jugak tu….wiper pun saya tukar sebab dah lama sungguh tak tukar...sayang kereta kan!!