Wednesday, August 29, 2012

POSTCODE, Bandar Seri Permaisuri

POSTCODE….restoren francais yang baru di Bandar Seri Permaisuri….baru je bukak dan tak sampai seminggu pun lagi beroperasi….jadi, apa lagi…kami pun terjah la…..
Memang agak unik la restoren ni dari segi dekorasi…makanan lebih kurang je dengan restoren francais lagi….harga pun lebih kurang je….
 View POSTCODE dari tempat  kami park kereta….
Ni la makanan yang kami order…Kueh Teow Goreng Penang & Nasi Lemak  dengan Kari Ayam….lepas tu dapat percuma teh atau kopi (tak kira la panas ke sejuk)…free sebab tengah promosi…..Memang sedap betul…puas hati la makan…
 Kertas order pulak macam bentuk poskad tau..abaikan tulisan tu..memula kitorang tulis..lepas tu datang pulak pekerja dia ambil order..tu yang sempat tulis air je….lepas tulis baru tau yang air tu percuma
Azuin dapat Strawberry Jelly….free jugak..azuin tak makan pun…dok ketuk-ketuk dan penyet-penyetkan jelly tu je…lepas tu suap mama….ada jugak cubaan azuin nak rasa….tapi terus azuin buat muka pelik...rasa pelik kot…haha…akhirnya, kesemua jelly tu masuk ke dalam mulut mama!!
 Sukanya azuin!!tunjuk gigi la tu….

Kalau nak cuba makan kat POSTCODE…boleh la datang kat Bandar Seri Permaisuri ni…POSTCODE ni bertentangan dengan Bank Islam, dan bersebelahan dengan Restoren Nasi Lemak Tengkera….
Bandar Seri Permaisuri memang banyak tempat makan yang best!!!

Monday, August 27, 2012

Balik rumah fikir pasal rumah....


Alhamdulillah....
kembali bekerja dan teruskan hidup jauh dari kampung……
Kami sekeluarga selamat sampai di KL hari Sabtu lepas….memang dah plan dari awal nak balik hari Sabtu sebab nak elak kesesakan kat PLUS tu….mujur la perjalanan kami ke KL mudah tanpa tersangkut dengan kesesakan jalanraya…......pasal raya pertama boleh baca kat sini...dan kat sini cerita pasal seminggu kami di kampung...

Sedih memang la sedih nak tinggalkan Taiping..redup dan mendung je perjalanan kami haritu….R&R pun tak sesak….senang jugak la nak dapat parking….kami singgah 2 kali di Tapah & Sungai Buloh…..

Masa kat Sungai Buloh tu…siap dapat sample susu Sustagen lagi...Sample formula milk (fm) untuk anak 1-3 tahun….dalam pouch tu siap ada fridge magnet (yang ni memang azuin suka..sekarang suka susun fridge magnet), ada 3 paket susu, sticker dan voucher RM5 untuk pembelian Sustagen Junior….disebabkan saya dapat 2 pouches…saya ada la voucher RM10….tapi valid sampai 30 october 2012…memang la saya tak guna voucher tu..hmmm, siapa nak??angkat tangan…..azuin masih lagi minum susu mama..so, sample fm ni selalunya saya simpan jela….
   Princess yang ralit main pouch sustagen ni…..
dah nak bangun dari baby chair dah....
 Sample yang dapat…susu ni perisa vanilla..expired bulan 8, 2013....
 Azuin dengan mama….sebenarnya nak suruh mr may snap gambar nampak highway tu..tapi tak nampak pulak..dah la gelap sebab cahaya….haishhh…
 Aksi apakah???
 Azuin dah mula bosan….kaki pun dah naik atas….

Sampai KL dalam 1.30 ptg…tak terus balik rumah pun..sebabnya…nak p Viva Mall kejap…nak beli barang kat Giant..sambil-sambil tu survey lampu & kipas kat situ….memang la meriah kat Viva Mall tu..macam-macam jenis lampu ada…..yang penting ongkosnya mesti ada…..mr may dah pernah dah survey haritu tapi kali ni dia nak tunjuk kat saya pulak ‘LED downlight’ yang dia berkenan tu….hmm,memang chantik..ditambah ada diskau 20% pulak….kami hampir nak beli tapi nasib baik teringat satu tempat nak kena pergi jugak….kat mana tu???

Houses Lighting la…yang Bandar Puchong Utama tu….kalau google, mesti boleh dapat info sebab rata-rata manusia cakap murah harga lampu-lampu kat situ….memandangkan ramai cakap macam tu…kami pun nak survey la jugak kat situ..betul ke harga murah dari tempat lain…..(memang terpengaruh dengan betul..hahaha)…

Oh, kami tak la terus pergi hari Sabtu tu sebab dah penat kan….Jadi, agenda kami hari Ahad mencari lampu & kipas la…..tengahari baru gerak p Puchong sebab hari Ahad kedai ni buka pukul 12tgh….kami smpai siti dalam 12.30tghri….pun dah ramai orang..kedai tak la besar mana…tapi meriah la lampu-lampu tu….mr may dok compare la harga dengan kedai yang pernah kami survey…dan…memang murah la…..tapi LED downlight yang macam kami berkenan kat Viva Mall tu tak ada kat situ….haishhhh….tak apa, boleh survey lagi….
keadaan kedai....
wall light..yang murah rm 29 pun ada.... 
harga kipas KDK...banyak lagi jenama lain...Alpha pun ada...pilih je...kami tak beli sebab dok berkira-kira nak beli yang mana....under our budget la....

Kat Houses Lighting ni kami berjaya membeli lampu-lampu je…tu pun tak settle semuanya lagi…kipas tak pun beli lagi….setakat ni cuma dah beli wall light kat tangga, lampu untuk 3 buah bilik tido (master bedroom KIV dulu sebab nak cari yang menarik lagi)…..lampu kat bilik air(yang ni mr may beli LED jugak)…lampu kat porch….dining memang dah berkenan kat satu lampu tu….tapi nanti la beli ..kena angkut sikit-sikit la….kat situ pun tak leh dok lama…azuin dah mula bosan & lapar…siap mintak nak susu lagi…terpaksa la mama bawak azuin minum susu dalam kereta sementara mr may dok pilih-pilih….
 mama & papa tengah susun barang dalam bonet..azuin sengeh je…konon-konon kami main cak-cak la tu….nampak gigi geraham anak mama ni.....yang merah tu bunga tangan masa saya kahwin dulu..yang tu arfah buatkan..artificial je...tak guna pun fresh flower....tapi cantik dan elok lagi...cuma warna merah dah pudar sikit sebab kena jemur dalam kereta..

Pasal rumah pulak...Sekarang ni tengah tunggu dari Signature Kitchen call untuk review 3D kitchen cabinet (KC) kami….sebenarnya seminggu sebelum raya dah jumpa dah untuk tengok rumah…masa tu acara ukur mengukur KC dan wardrobe….Cuma nak bincang lebih lepas raya la…duit-duit..lepas ni memang mula la duit tu mengalir…tak tau la sederas mana laju duit tu….huhu…..

Nak tepet gak gambar seminggu sebelum raya masa jumpa Signature Kitchen kat rumah kami tu…..walaupun dah lama tapi pada saya tidak!!ni untuk kenangan kami….nanti boleh la korek blog balik kalau lupa apa-apa info kan….
berkelah....
lapar sangat....makna bekal yang mama buat je
konon-konon terer la nak bukak pintu pagar.....


Note : Semua tentang progress rumah ni untuk sharing purpose only!!....dan jugak untuk saya korek info/history pasal rumah saya ni.....


Saturday, August 25, 2012

Seminggu kami di kampung...


Khamis 16/8/12
Tak pasal-pasal saya EL harini….sebabnya azuin ni muntah-muntah dan longlai pulak…sebelum keluar rumah azuin dah muntah-muntah dah..tapi saya agak degil…nak p kerja jugak sebab banyak kerja yang nak kena buat….memang azuin pun diam je…masa saya tengah drive (baru kat depan Mid Valley), mr may kol cakap azuin muntah lagi….tu yang saya terus buat u-turn dan patah balik rumah….risau gak la…manatau sakit apa ke..nanti kat rumah pengasuh macam mana pulak……

Alih-alih, azuin ok la pulak sampai petang tu…..haih…dan semakin menyurang la lagi cuti saya…tapi ok la kot sebab dah nak mood raya kan…haa,petang tu terkabul gak hajat nak p bazaar ramadhan….tak beli banyak pun….sebab nak masak malas pulak sebab esoknya dah nak balik kampung….

Jumaat 17/8/12
Gerak balik Taiping…boleh baca sini……
Singgah Taiping dulu….dalam pukul 10 pagi macam tu baru gerak balik ke Selama…
Azuin ada kawan kat Selama….dok main dengan haiqal jela….seronok nampak anak mama dapat jalan-jalan kat tanah…haha, rumah sekarang ni kan dok terkurung je…nak pulak kat Selama ni banyak kucing..lagi la azuin suka dok tengok….(walupun azuin takut sebenarnya)……
kawan..sambil tengok kucing...
haiqal buat muka comel.. 
berjalan-jalan di belakang rumah maktok&wawan..

Petang tu kami p bazaar ramadhan kat Selama ni…..beli ayam percik, tembikai, kuih muih je…sebab maktok dah masak nasi merah…..sedap tu!!!

Sabtu 18/8/12
Balik Taiping & berbuka puasa di Taiping….Malam raya kami di Taiping pada tahun ni….memang giliran saya tahun ni….sebenarnya dah tak kisah pun beraya mana dulu sebab rumah saya dan mr may dekat je…dalam 30-40 minit dah sampai…..

Malam raya tu seperti tahun yang sebelumnya, ada Takbir rumah ke rumah….giliran rumah saya dah hujung-hujung dah..dalam pukul 11.30 mlm macam tu…

Ahad 19/8/12
Hari Raya Aidilfitri di Kamunting….semua ahli keluarga ada kecuali arfah&salim je..tahun ni diorang beraya di Seberang Perak dulu……


Isnin 20/8/12
Raya kedua masih di Taiping…tunggu arfah sampai rumah dulu…lepas tu kena balik Selama pulak….
Kat Selama tak jalan mana pun sebab keluarga sebelah mr may datang beraya di Selama…..meriah sangat…banyak sangat makanan yang best!!
malam di Selama...azuin excited nak menari... 
tengok apa tu....tengok papa dok cari lagu kat youtube...

Selasa 21/8/12
Beraya di Kampung mr may di Parit Buntar….sempat la menziarah sanak saudara disana……
terujanya princess...ni la baju maktok belikan....kena dengan sandal raya azuin.... 

Malam tu kami sempat la makan nasi kandar Salleh…beratur panjang la jugak….azuin dah buat perangai takmo duduk…akhirnya, kami kena makan bergilir-gilir…tak feel makan malam tu…kena p lagi ni!!

Rabu 22/8/12
Balik Taiping semula……Petang tu kami p Kuala Kangsar jap...beraya di rumah kawan mr may….
Balik tu singgah tesco sebab nak beli barang sikit…lepas tu terus lajak makan kat Pelita Nasi Kandar kat Taiping Central….
Nasi kandar Peliat kat Taiping tak berapa nak bes..nasi dia tak macam yang biasa kami makan..nasib baik kari dia sedap!! 
kami pakai 'kuning' hari tu....tak ada pun gambar bertiga....huhu 
azuin pun makan nasi dengan ayam....banyak azuin makan...lapar la tu!!

Khamis 23/8/12
Dapat makan nasi kenduri tau!!ikut mak ayah p kenduri…kami p 2 buah kenduri lagi..memang kenyang nasi kenduri la…..
mak&ayah....kenduri di Dewan Kamunting... 
mak..fatihah..norly.. 
dengan arfah....arfah yang dah tembam....perut lagi la tembam....haha

Petang dalam pukul 6 kami dah nak gerak balik Selama…tapi kami p Parit Buntar dulu…p beraya rumah along dulu….hari khamis baru nak beraya dengan along..sebabnya masa balik Selama raya kedua tu tak sempat jumpa sebab along dah balik penang rumah mak mertua dia…..
Malam baru balik Selama…..dah lewat sampai dalam pukul 11.30mlm….

Jumaat 24/8/12
Lepak-lepak je kat rumah…..menghabiskan cuti raya…….

Sabtu 25/8/12
Owh…..dan nak balik KL……gerak balik dari Selama pukul 7.30 pagi…..tapi singgah Taiping dulu……

Friday, August 24, 2012

"MASTER in breastfeeding".....syukur, Alhamdulillah..

Syukur sangat....sudah 1 Tahun 6 Bulan...tak terasa lama pun...sekejap je azuin dah besar...dan yang membuat hati saya sangat gembira ialah....azuin masih minum susu saya lagi...satu pencapaian yang membanggakan diri saya ni....

Berbaki lagi 6 bulan untuk sampai ke destinasi yang dituju.....InsyaALLAH, perjuangan akan diteruskan....
budak comel yang suka mengempeng....

Dah masuk 18 bulan ni....cooler bag autumnz saya putus tali pulak...tapi masih boleh guna.....tali je putus dan terpaksa ikat je...takkan sebab tali putus nak kena beli baru kan....beg masih elok lagi...memang sangat berjasa beg ni pada saya...mana tak nya beg ni la yang saya usung ke hulu ke hilir....bawa p kerja la...kursus la....sangat sayang beg ni...yang selalu tukar cuma cooler bag yang di bawa ke rumah babysitter je....
autumnz cooler bag yang sangat berjasa!!

Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Daripada kami sekeluarga...


Raya pertama kami di Taiping....Alhamdulillah, dapat saya solat sunat hari raya!! Tupun memang buat hati kering je tengok azuin dok cebik....azuin ikut saya solat sunat...duduk kat tepi sekali...masa mula nak solat tu memang dah nampak azuin mencebik nak menangis...tapi saya teruskan solat tanpa hiraukan dia..lepas je solat terus tengok azuin...masih mencebik dan menangis teresak-esak....seidh tengok air mata berjujuran....azuin memang macam tu..dia penyegan nak meraung depan orang...dok teresak sorang-sorang jela.....

Lepas solat, kami terus balik kampung di Batu Kurau...tak jauh pun..ada lah dalam 30 minit je.....

Jom layan gambar raya....
 
Noly.As.Zharif.Aini.Azuin
dengan mak...

keluarga saya.....arfah&salim je tak ada....
papa.azuin.mama
fatihah.zharif.aini.azuin @ rumah chumah
apa yang dua orang ni tengok tu...
di pagi raya @Taman Desa Jana 2
princess!!
Raya Kedua baru semua ada......
kami..
arfah & salim...berdua dulu...tahun depan bertiga:)
Keluarga Jai....hakim.Jai.As.Zharif
Kami 5 beradik.....bukan senang nak dapat bergambar macam ni......

Gambar entri ni semua dari keluarga saya di Kamunting.....gambar keluarga mertua nanti saya upload ye...kenangan terindah mesti diabadikan dalam blog ni.......

Friday, August 17, 2012

Balik Kampung

JUMAAT (16 OGOS 2012)
Alhamdulillah..kami selamat sampai ke destinasi tadi....

Kami keluar rumah dalam pukul 3 pagi....sahur dulu kat KL sebab takut jem kat highway pulak dan R&R penuh...jadi, sahur siap-siap...senang sikit......
sahur kat Pelita, sebelah KLCC.....motif:sebab teringin nak bersahur lagi kat Pelita..padahal baru je bersahur kat sini minggu lepas..apakah??...haha..sempat kami tangkap gambar lagi..maklumlah,noly kan tumpang kami, jadi kena jadi tukang tangkap gambar la....

Lepas makan, dalam pukul 4 pagi macam tu baru gerak balik Perak.....Alhamdulillah perjalanan lancar di lebuhraya PLUS walaupun kereta banyak...Singgah sekejap kat R&R Tapah solat Subuh......

Dah sampai Jelapang baru sangkut jem....dari naik bukit tu sampai la R&R Sungai Perak...ada kemalangan...tu yang jem tu....tapi ok la sebab dah nak dekat kan...jem pun tak la teruk sangat....tak panas lagi sebab awal pagi lagi....

stuck dalam terowong....

jem lagi lepas terowong...

lepas tu dengar pulak berita bagitau jem juak dari Bukit Gantang sampai Bukit Merah.....kami terus buat Keputusan keluar Kuala Kangsar dan ikut jalan biasa je...bawak kereta pun relax je..

Nasib baik sepanjang perjalanan kami, auin tidur dengan lena....mengantuk sangat princess ni...
sedapnya princess tido
anak mama ni...

Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi dalam pukul 9 pagi macam tu..perjalanan kami dalam 5 jam jugak sebab banyak kali berhenti,jem dan bawak kereta pun ala-ala relax je....