Semalam
kami iftar di Equatorial Hotel (EQ) Bandar Baru Bangi…iftar dengan kawan mr may (Faizal)
mr may….sebenarnya dah 3 kali dah kami iftar dengan Faizal sejak azuin dalam
perut (2010) lagi…Tak salah iftar kat Legend Hotel (berhadapan dengan PWTC)…tahun
2011 pulak..azuin 5 bulan macam tu kat Royal Chulan KL…dan tahun ni kat EQ,
Bandar baru Bangi pulak…memang dah kenal dah isteri (kak Ina) dan anak-anak dia
(Daniel & Shaha)…memang berborak macam-macam la..maklum la kira sekali
setahun je kami berjumpa…
Kami
sampai kat EQ awal jugak dalam pukul 6.15pm…semetara menunggu waktu berbuka,
kami layan jela karenah azuin….azuin memang tak nak dok diam…mentang-mentang la
kawasan luas dan terbuka….berlari sana sini la…tak takut orang pulak tu….sampai
berpeluh-peluh…yela, kat rumah sekarang ni kan tertutup je…mana nak boleh jalan
sana sini…kawasan terhad pulak..
Amboi-amboi..anak
mama ni posing sambil makan epal…nasib baik bawa bekal epal…dapat gak azuin makan
kudap kudapan kan….habis sebiji epal azuin makan….(lapar sebenarnya tu!!)
Papa
layan azuin tengok air pancut……suka sangat azuin tu!!
Papa
borek anak rintik..hehe
Kat EQ pun azuin masih nak main tangga…suka sangat kat tangga tu…..
main tangga lagi..
Budak kecik yang taknak kena pegang....
Azuin
makan vadai….
Alhamdulillah
azuin memang tak buat perangai masa makan…duduk elok je kat baby chair…makan
pun banyak….mama suapkan azuin nasi dan ayam…memang laju je makan..bagi broccoli
tapi makan sikit je sebab dah nampak ayam…azuin makan gak buah-buahan…nasib ada
tembikai yang azuin boleh pegang…kalau betik tu licin sikit nak pegang…
Makanan
kat situ ok la macam buffet Ramadhan biasa….tak ada lah nak makan banyak mana
pun….biasalah mula-mula je excited nak makan itu ini…mr may pun memang dok
berborak dengan kawan dia tu..saya pulak ambil angin kat luar sambil
sembang-sembang dengan Kak Ina…biasalah ada anak-anak bukannya nak duduk
setempat…nak berjalan je…..Sungguh seronok sembang dengan Kak Ina ni…memang
berpengalaman dalam penyusuan…anak yang pertama (Daniel) dia berjaya menyusu
sampai 1 tahun setengah…yang kedua (Shasha) sampai 3 tahun setengah….gigih kan…Kak
Ina pun bekerja jugak…sekarang ni dia tengah mengandung 7 bulan…memberi
semangat pada saya sedikit sebanyak…Kak Ina pun bercerita cara dia ‘wean-off’
anak dia…memang susah jugak la…antaranya letak asam jawa la…lepas tu si Shasha
siap marah lagi…
“Dialog
Shasha (Kak Ina cakap la) : siapa suruh letak asam ni…tak sedap tau…”
Lawak
sungguh!!anak dah petah cakap memang la pandai kan…hehe…..
Azuin
pulak sibuk dok berjalan…Sebab nak berjalan la ada episode malang buat azuin…..sedih
mama rasa…huhu…azuin terjatuh dari kerusi…jatuh ke lantai…gedebuk!!...depan
mata saya pulak tu tapi tak sempat nak sambut…dah la jatuh kepala dulu…lantai
yang kat situ pulak keras dan berbiji….habis meraung la azuin….nasib baik tak
benjol tapi ada macam kesan darah kat dahi….cian sungguh…Ni episode kedua jatuh
la…episode pertama jatuh kat rumah wawan (Selama)…Jatuh katil sampai benjol
hijau….Terus azuin tak nak dok bawah dah…terpaksa la dukung je la…kendong sana
sini….dah tak nak kat siapa-siapa dah….
dahi dah merah...
kesiannya Azuin! mesti sakit+terperanjat tu. jgn lupa pegi check kat clinic takut pape in the later days (nauzubillah).
ReplyDeleteharitu Amna golek2 kepala terhantuk kat lantai. dia nangis sebab ayah dia jerit "Aaaa!!!". terperanjat kot. sbb lepas angkat tu terus senyap hehe..
tula pasal..kesian dia...memang p kena p check takut ada apa-apa pulak....
Deletememang tak terkata masa azuin jatuh tu..luruh jantung..:(