Friday, August 10, 2012

Biskut Raya


Raya tahun ni ntah kenapa datang mood nak buat biskut raya pulak..saya memang tak berapa reti nak buat..resepi pun hasil dari tanya mr google…dapat la resepi dari blogger yang pandai buat biskut ni….saya ambil yang senang je…sebab tak nak susahkan diri buat yang renyah…

Sebenarnya minggu kedua puasa saya dah buat biskut raya. Saya buat Oat Chocolate Chips. Dapat la 2 balang…tapi sekarang dah minggu akhir dah tinggal separuh balang dah. Lepas tu saya top up buat chocolate chips with walnut pulak..yang tu memang dapat sebalang….tak sentuh sangat sebab kegemaran kami ialah Oat Chocolate Chip lagi…mungkin sebab tak berapa suka sebab ada walnut kot…tapi sedap jugak….

Dengan harapan minggu saya dapat buat lagi biskut raya yang lain..ada lagi 3 ketul butter dalam peti..nak habiskan bahan-bahan yang ada….kena google lagi la resepi ni….

Jom saya share resepi biskut raya yang saya buat ni [tapi bukan resepi saya, hasil blog walking)

Oat Chocolate Chip Cookies
 Bahan 1
1 cawan butter (250gm)
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang

Bahan 2
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1sudu kecil soda bikarbonat
2 ½ cawan oat (dikisar halus)
1 cawan choc chip
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur


Cara-cara
1)Pukul Bahan 1 sehingga gebu & kembang.
2)Masukkan semua bahan 2 [masukkan satu persatu] supaya senang nak sebati.
3) Sudukan adunan. Jangan terlalu besar sebab nanti akan kembang masa bakar.
4)Bakar selama 20 minit, suhu 170°C. Saya guna api atas bawah.

Nota:Choc chip ni terlalu manis. Boleh kurangkan gula jadi ½ cawan untuk kurangkan rasa manis tu.


Biskut Nestum
Bahan-Bahan
250gm butter (seketul butter)
100gm kismis
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum
1 cawan gula castor
I biji telur
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara
1)Pukul butter dengan gula hingga putih.
2)Masukkan telur & esen vanilla.
3)Masukkan tepung gandum, tepung jagung, nestum dan kismis. Uli sebati.
4) Bentukkan biskut ikut suka hati (saya buat bulat-bulat je)
5) Bakar 15 minit suhi 175°C guna api atas bawah

Nota : Biskut ni sangat senang nak buat. Sedap!!dengan adunan di atas saya dapat dalam 160 biji biskut…penuh sebalang.


Walnut Chocolate Chip Cookies
Bahan-bahan
* 1 cawan gula
* 1 cawan padat gula perang
* 1 cawan mentega (~150gm)
* 1 cawan minyak
* 1 telor
* 1 sb susu segar-saya guna susu sejat
* 4 cawan tepong gandum
* 1 sk garam
* 1 sk cream of tartar
* 1 sk baking soda
* ½ cawan walnut cincang
* 2 cawan chocolate chips
* 1 sk vanilla extract

Cara-cara
1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan-bahan kering, walnut dan chocolate chips
3. sudukan ke atas dulang pembakar. Saya alas dengan kertas minyak.

4. Bakar pada suhu 175’ C dlm 15 minit (bergantung pada jenis oven)
5. Utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.
hasilnya...

Sebenarnya buat kuih ni senang jugak....kena rajin je....ni jela antara biskut senang yang boleh saya buat.....layan.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.