Friday, July 31, 2015

Photobook untuk 2014 Family Activities - Pixajoy memang awesome!!

Yeah...satu lagi photobook dah sampai...ni photobook untuk "2014 Family Activities"...semua gamabr-gamabr sepanjang 2014 dimuatkan dalam photobook ni...
"
kami memang suka ambil gambar dan memang dah menjadi kerja saya untuk kumpul gambar mengikut bulan dan bukukan semua...tak risau jika softcopy corrupted ke or apa-apa jela....yang penting tak perlu nak bukak laptop untuk tengok gambar...buku lagi senang.....

Koleksi dah semakin banyak dan saya masih setia dan selesa dengan service Pixajoy!!

Wednesday, July 29, 2015

Akhirnya bebas hutang PTPTN - Cara bayar PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP

Lega yang teramat sangat....setelah sekian lama...saya buat keputusan untuk bayar kan semua jumlah pinjaman PTPTN tu melalui KWSP/EPF.....selepas ni takyah nak fikir komitment setiap bulan nak bayar kat PTPTN..boleh senyum dengan lebar dah.....


Langkah-Langkah untuk pengeluaran PTPTN:

1) Pergi ke kaunter PTPTN untuk mendapatkan Surat Pengesahan Baki Pinjaman.. Ni la surat pengesahan baki...tak perlu isi borang bagai sebab saya terus ke kaunter...Dapat masa tu jugak..cepat...Pengesahan baki ni PTPTN buat sampai hujung bulan..sebab senang la untuk kira baki pinjaman....dan, kita perlukan secepat mungkin ke KWSP untuk settle kan la...

2) Dapatkan jugak Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (Jika tak ada dalam simpanan sendiri)
Ada jugak saya baca blog yang mereka kena bayar RM 90 untuk dapatkan salinan surat tawaran tu...kes saya ni, tak perlu la pulak nak bayar RM 90...puas jugak la saya tanya pegawai PTPTN tu betul ke tak perlu...pegawai tu cakap KWSP cuma perlukan header surat tawaran dan salinan yang ada tulis amaun pinjaman tu..dia tak perlukan satu set yang tebal tu...yang set tebal tu baru kena charge RM 90...
Yang ni muka depan..
Yang ni bahagian surat perjanjian yang ada dinyatakan jumlah pinjaman..
Akuan Penerimaan
Tandatangan beserta saksi...semua sekali 5 helai je yang saya dapat..dan tak perlu keluarkan RM 90...selamat duit saya....

Urusan di PTPTN sangatlah cepat..saya perlukan 20 minit je untuk urusan ni...

Dah selesai urusan di PTPTN, barulah boleh pergi ke KWSP/EPF untuk urusan seterusnya....Saya pergi ke KWSP Shah Alam je...memang cepat sungguh urusan...

Untuk memudahkan urusan, perlulah pastikan semua dokumen adalah lengkap dan disahkan...takpun bawa je yang original jugak..at least boleh sahkan kat sana jugak....


Cara Permohonan :
1) Pergi ke kaunter yang ambil nombor tu...kat sana, pegawai akan bagi Borang KWSP 9H(AHL) untuk diisi..
       

i)  Surat pengesahan baki pinjaman (Dari PTPTN)
ii) Salinan dokumen perjanjian pinjaman (Dari PTPTN)
iii) Salinan Skroll & Transkrip (Bawa yang asal sekali. Saya dulu dah sahkan yang salinan tapi pegawai tu cakap tak valid..tah kenapa la tak boleh..padahal orang yang sahkan salinan saya tu memang boleh sahkan..then kena p photostat semula dan bos dia yang sahkan..nasib baik photostat kat sebelah je...)
iV) Kad Pengenalan
Nasib baik tak perlu ambil nombor semula..sementara saya p photostat tu, pegawai tu uruskan apa yang patut..sampai je saya kat kaunter semula,dah siap..saya cuma bagi cop jari je..
Urusan settled...sekejap je..tak sampai seminggu, saya cek semula dalam PTPTN...yes!!kwsp dah bayar pun....Terus call KWSP untuk surat pelepasan...dan pegawai bertugas tu cakap yang surat tu masih dalam proses dan akan di poskan terus ke rumah....


Akhirnya, saya bebas HUTANG PTPTN....Syukur....









Wellness @ Work - Weight Challenge


Done my part!!

Wellness Weight Challenge - Round 1.
Syukur, kat sini ada challenge untuk kurangkan berat badan dan kurangkan lemak badan..Ada 3 pusingan kesemuanya..ni baru permulaan..

Yang paling tak sangka, Body Age saya ialah 27..ambik ko!! Body Age lagi rendah dari umur sebenar..ouch!!
Dapat goodie jugak - face towel

Yang paling tak tahan dengar ialah hadiah la….memang masyuk la jugak…
Nak tau?

Akan dapat cash RM 1000 untuk pemenang(site)..kalau category under MY/SG soap dapat percutian RM 3000 lagi...siapa tak mau..walaupun chance tu agak tipis, berbaloi jugak la masuk..at least kita dapat tau apa yang badan kita nak....

Selepas ni kena maintainkan BMI untuk this challenge…memang ramai jugak yang join ni..sengit jugak la…kalau ada rezeki, kira untung la kan….yang penting objektif nak kekalkan berat badan ideal



Sesi pendaftaran
siap kena tagkap gambar macam ni lagi...dari depan dan dari sisi....
sisi depan....ni la uniform kerja saya..

Next Round untuk timbang bulan September nanti.....

Tuesday, July 28, 2015

Meriahnya bila family dating rumah..


24-26 July 2015

Seronoknya bila family datang rumah…ramai sungguh dan sangat meriah rumah kami..mana taknya…selepas seminggu beraya kat kampung, family kami pun datang rumah pulak….

Ye, datang cuma cuti hujung minggu tapi sangat la seronok tau!!

Seronok dapat berkumpul, makan, bergurau, dan beraya bersama!!
Family gerak dari Perak pun dah lewat..selepas zohor katanya tapi terlajak jugak la..sebab gerak pun dah 3.30ptg…sampai ngam-ngam time balik kerja…sempat la nak masak bagai…

Nasib baik mr may cuti Jumaat tu..sempat dia tolong siapkan sikit…Kami masak ayam tomato, ikan termenung goreng dan tempe goreng ikan bilis..yang bestnya ada ketupat dan rendang!!
Nampak tak ketupat ala-ala maktok...favourite t...
Keesokkan paginya, kami breakfast kat rumah je…saya masakkan nasi goreng dan buatkan spageti…
Amani dengan cik Mia

4 boys....
 Tengahari pulak mak masakkan gulai ikan, sup sayur campur…memang kenyang sungguh la…makan sampai tak ingat!!
Petang baru kami gerak p Putrajaya..p jalan raya kat rumah kak ton & abang syamsul..



Ahad tu baru family balik Perak..tapi sempat lagi kami makan dulu....menu dia nasi tomato, butter prawn...masak awal pagi jugak la....sebab tengahari dah nak gerak balik.....
Selepas diorang balik..rumah pun dah sunyi...tinggal acu je kat sini...sebab acu ada program kat KL..Jadi acu stay kat sini jela...senang sikit..takyah la berulang bagai....















Tuesday, July 21, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin..masih belum terlambatkan walaupun dah raya kelima..

Raya kali ni kami beraya di Selama, Perak...rumah family sebelah husband saya...so, hari raya pertama sampai ketiga memang kami di Selama dan tengahari raya ketiga baru balik ke rumah keluarga saya di Kamunting, Taiping.

Raya kali ni agak terhad sikt sebab cuti pun tak banyak...sebab dah guna masa p Jepun haritu...so, cuti tinggal ciput je...

Kami bertolak balik Taiping dalam pukul 3.00 petang hari rabu (15 July)..sempat la berbuka sipi2 kat rumah keluarga saya di Kamunting...hari Khamis petang baru gerak balik Selama untu berbuka dengan keluarga mertua pulak....
Kanak-kanak yang bergambar dulu pagi raya sementara tunggu semua orang balik dari Solat Aidilfitri...tahun ni tak ke Masjid sebab tak ada orang nak jaga kanak-kanak ni....tinggal la kami bertiga di rumah...
Gambar hari raya dari kami berempat..May.Aini.Azuin.Adam
Semuanya gembira di hari raya..yeay...
Sesi salam...Adam dah pandai salam...comel la!!
Kakak pun salam jugak...cantik Azuin pakai baju raya ni...

Raya pertama kami balik kampung pun lewat petang juga..maklum la raya kali ni hari Jumaat..Jadi masa agak terhad dari pagi sampai tengahari...balik dari solat jumaat pun dah pukul 2.30pm macam tu....sempat berehat sekejap, ada tetamu datang...tu yang petang sikit baru gerak balik kampung.
Last destinasi kami adalah kat sini...memang sentiasa sama setiap tahun...kami akan berkumpul kat sini untuk makan mee...menu sama setiap tahun....sedap!! walaupun perut dah penuh dengan macam-macam makanan, tetap kena makan jugak mee ni..rugi kalau tak makan!!
Nasib baik Adam dok diam je...sebab ada mainan...tu yang boleh diam tu..kalau tak maunya meragam sebab dah lewat malam kan...
meriah dengan sepupu sepapat dan pak,mak menakan....

Meh nak ceghita raya kedua pulak.....

Raya kedua kami tak kemana pun..memang dok rumah di Selama sebab ada orang nak datang rumah tengahari tu...Masak nasi berlauk la....hidangan simple tapi sedap!!
kakak tolong maktok kat dapur..rajinnya...
Yang paling tak tahan tu kari daging dan ikan termenung goreng.....
Tetamu yang datang....
dua-dua dah hanyut...penat sangat tu....

Raya Ketiga kami dah nak balik Kamunting....cadangnya selepas breakfast kami gerak...tapi memandangkan rumah Along ada buat makan-makan sikit...Jadi, kami gerak lewat sikit dan singgah Parit Buntar....
Bergambar dulu sebelum gerak ke rumah Along di Parit Buntar...

banyaknya kuih raya....
sempat bergambar berlima je sebab si kecik Mia tido pulak..

Kami gerak dalam pukul 1:30 pm dari sana..terus balik Kamunting....Kat Kamunting semua dah ada....Jai, Arfah pun dah sampai rumah.....

Kami 3 keluarga je gerak baik Kampung Anak Kurau sebab mak ayah kena dok rumah layan tetamu yang datang....so, kami jalan adik beradik jela dulu...

Seronok dapat beraya...mana-mana keluarga pun seronok sebab dapat jumpa sepupu, pak&mak menakan..dapat juga makan makanan yang sedap...cuma kali ni tak banyak jumpa lemang & ketupat je...so, kalau dah jumpa tu memang pulun habis la....

Raya keempat di Kmaunting baru kami gerak jalan-jalan sekeluarga......


As, Norly, Aini & Arfah..

Ni gambar masa kat rumah ustaz Fatihah...dapat makan nasi arab kat sini...
mak...& arfah...
dengan mak tersayang....muka kami tak sama ye (cakap siap-siap) sebab muka saya lebih kepada ayah!! Biasa la anak sulong selalunya ikut ayah....yang penting saya sayang mak & ayah sangat-sangat!!
Selepas je makan nasi arab tu...kami pun gerak asing dengan diorang...kami terus balik rumah dah..kena redah jem...jem raya!!

Perjalanan kami dari Taiping ke Puncak Alam selama 5 jam....jenuh jugak la merangkak..terutama naik bukit dari Bukit Gantang ke Ipoh....

Yang penting, selamat sampai ke destinasi.....