Saturday, September 28, 2013

Our White Cerato

Jumaat, 20 September 2013 (6pm)….

Dah seminggu pun dapat kawan baru…..tapi sedih sebab terpaksa berpisah terus dengan kawan lama, PGY….PGY memang banyak kenangan dengan kami…..dengan tuannya khususnya…mana taknya mr may dapat PGY selepas konvo USM…sampai la petang Jumaat tu….tapi nak buat macam mana…keadaan PGY memang memaksa kami untuk segera jual….sebelum harga betul-betul jatuh….ni pun kami dapat jual RM 8K je…sangat sikit….memang la PGY tu dah habis bayar…tapi sedih harga rendah…

Apa-apa pun  kami tetap bersyukur sebab boleh buat tambah duit down payment gak….lagipun PGY ni 1.3 je…..memang range harga macam tu…kai trade-in terus dengan kedai…kalau jual kat Penang mungkin boleh dapat lebih sikit sebab plate number Penang kalau jual kat KL ada sikit beza…tapi malas pulak nak renyah bagai…lagi memang dah teruk keadaan PGY ni…..redha jela….
Tinggal kenangan…kali terakhir mr may basuh PGY kat rumah….lepas ni takla ada soalan “kenapa pakai 2 Gen2’ lagi…..Gen2 ni kami masing-masing pakai sebelum kahwin…hehe
Tuan punya kereta bergambar kali terakhir dengan PGY 2768…..
Ni gambar lama…masa sign document Maybank haritu….

Sesi check kereta….



Baru dan lama…tak dapat nombor yang kami nak sebab dah ada orang booked…penat mr may p JPJ tunggu nak book number…nak ambil 686 sebab nak sama dengan plate no kereta abah & Een..tapi orang lain dah ambil daa……so, kami buat keputusan ambil running no je…sebab tak dapat no yang diidamkan…..huh, frust!! No kat KL ni memang cepat….nombor baru yang belum keluar W686A pun dah tender RM3500…huhu, tak apa la….redha jela…..
Tinggal kenangan..Grey PGY 2768

Kenapa pilih KIA?Ramai cakap KIA tak elok la dan macam-macam….yang paling banyak komen adalah dari segi resell value (RV)….ramai cakap sangat rendah…Tapi KIA dah banyak improvement dah….boleh tengok Forte macam mana…nak komen lebih-lebih tak berapa nak reti….boleh tanya mr google and baca forum-forum yang ada….buat penilaian sendiri…..

We have our own reason why we choose Cerato….beli kereta sebab nak enjoy the good ride and best safety features in class, not the RV!!  Hmm, biasa la kan..setiap orang ada citarasa masing-masing!!! And we buy car to please ourselves and not for anyone else…haha….

Cerato memang WoW and gorgeous!! Ramai yang bertanya kenapa tak ambil Civic ke, especially Japs car.. They said people will look you high if drive Brand H or T compare to Kia. Whatever!! And again, we  don’t care about the RV. It’s a worth buying for C-Segment car like Cerato!! Design pun cantik….

Anyhow, you can think about it carefully, money is yours.
Either you want to enjoy your new car with full of gadgets or being a slave to brand loyalty !!

Oh ya, lepas je dapat Cerato ni, kami terus pecut balik kampung sebab nak settle kan urusan tukar nama PGY…PGY ni atas nama kakak mr may….so, kenalah cap jari & tandangan dokumen yang ada….PGY kan dah selamt jual dah!!! Balik Kampung dengan kereta baru memang sangat best dan feel bau kereta baru…hahaha…..

Cerato sangat best dan satisfied!!kalau nak rasa dan tau apa yang best kena test drive la…..


Thursday, September 26, 2013

Lulus Medical Checkup....

Lanjutan dari entri yang ni…..

Syukur Alhamdulillah, dah dapat pun result medical checkup untuk company baru….buat medical checkup on 13/9/2013….HR call 24/9/2013….seminggu jugak la tunggu….memang lega sungguh..kelam kelibut angkat call dari HR kelmarin….mana taknya, masa tu saya tengah dok pilih udang kat Econsave…..result medical checkup ok dan tak ada masalah…Cuma tak xray je tak ada…lepas maternity kot baru buat…..

13/9/2013
Kisahnya macam ni….hari Jumaat selepas buat medical checkup tu, saya ada kol HR cakap yang saya takleh buat untuk xray sebab pregnant….nak bagitau pregnant tu memang sangat berat… manataknya, takut tetiba diorang tak nak ambik pregnant women ke kan…tak ke haru…tapi syukur, sebab company ni tak diskriminasi kepada pregnant women macam saya ni!!

Lepas call tu, HR bagi 2 options lagi kat saya….

Option 1
Immediate resigned!! They pay for my 2 months notice….

Option 2
Stay with my current company sehingga habis pantang….so, start kerja mid of January 2014.tapi kena sign offer letter dulu la….takut saya tak join terus ke kan….

Masa tu saya bagi jawapan yang selamat je….mana-mana pun boleh depends on the company la….dalam hati, lebih prefer yang option 1..

24/9/2013
HR call suruh proceed untuk tender resignation dan ikut option 1…ni selepas diorang punya discussion la….HR cakap, at least kalau saya masuk awal, dah boleh nampak guidelines and kerja kat situ…nanti lepas maternity terus kerja macam biasa…..

Offer letter HR bagi thru email dulu….nanti baru p sign….saya mintak seminggu untuk hands-over kerja sekarang…nasib baik HR memahami:)

25/9/2013
Akhirnya, saya tender resignation dengan bagi short notice…keje sampai hujung bulan 30 september 2013 sebab nak settle kan beberapa kerja dan hands over sikit….takkan nak 24hours pulak…..

Tapi yang kalut sikit sebab Director tak bagitau keputusan lagi..tp apa-apa pun saya akan last kerja 30hb ni jugak!!

Minggu depan bermulalah kerja di company baru….semoga semuanya berjalan lancar….offer yang ditawarkan sangat berbaloi…

Nestle oh Nestle!!!

Updated:
Company tak terima la pulak pasal short notice ni...at least 2 weeks notice untuk hands over projects and task...hmmmm pening kepala....kena kerja sampai 11 October...tapi cuma kena bayar balik 1 bulan gaji dan 2 minggu lagi tu kira company absorb kalau saya completed the notice period...

Tuesday, September 24, 2013

Interview PTD

Syukur Alhamdulillah, dah lepas pun interview untuk Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD)…Interview pada 20/9/2013, Hari Jumaat….

Hari Jumaat best sebab carpool dengan mr may…dok relax je dan tak payah nak drive kereta macam selalu…kan best kalau hari-hari macam ni…..kami gerak awal macam biasa, selepas solat subuh….ikut LATAR dan terus masuk PLUS….sampai kat Chenderasari dalam pukul 7.15 am….sempat la breakfast dulu kat Tanglin..pekena nasi lemak Tanglin….dah lama gak tak p makan kat situ…..lepas breakfast, terus kitorang jalan kaki je ke tempat interview tu….jalan dengan mr may sampai pintu pagar je, sebab mr may kan kerja…so, dia kena berjalan ke komuter stesen KL untuk ke ofis….kereta tinggal kat saya…sebab senang sikit…nanti dah settle segala urusan baru p Mid Valley…..balik sekali la nanti…..
menu mr may...nasi lemak + daging
Nasi lemak + telur goreng untuk orang yang nak p interview
masih senyum walaupun risau...

Kena pakai baju yang bersesuaian nk p interview….memandangkan tengah memboyot….pakai baju kurung pun nampak macam tak berapa selesa…tapi masih ok dan kemas lagi la…hehehe…sebab masa mengandung ni cuma jubah jela yang selesa nak pakai..tapi warna & corak jubah macam tak sesuai pulak nak pakai p interview….tapi ok la tak la nampak seksi pun dengan perut memboyot sebab perut kecik molek je…..ngeee….

Cuma tang kasut tu jela….terpaksa pakai sandal biasa dulu…sampai kat sana baru tukar pakai kasut bertutup yang bertumit sikit….at least tak la jauh pakai kasut tu…..lepas interview, terus masuk tandas tukar sandal semula…tak larat la nak jalan ke kereta sebab kereta parking kat area kedai makan Tanglin tu….hehe…
Ruang menunggu..saya kena bilik D, calon nombor 3..interview saya mula pukul 9.30am…Cuma bilik no D ni mula lambat sikit sebab orang yang interview tu sangkut jem…kalau tak, lagi awal la siap….

Interview tak la berat sangat….tak banyak pun tanya pasal kenegaraan….banyak tanya pasal pengalaman kerja sekarang dan kenapa nak tukar kerja…saya memang tak suka soalan ni….dan memang dah jangka akan ditanya soalan macam ni..siap suruh tolak lagi gaji saya sekarang dengan gaji PTD dan dok bandingkan dengan bonus dan benefits lain…haih….

Memang sekejap je interview tu ….dalam 20 minit je..tak lama dan tak rasa pun tekanan tu…memang candidate dari bilik lain pun cakap macam tu…tapi saya tak letak harapan sangat…bergantung kepada rezeki….lagipun rezeki kat company baru lagi baik dan rasa macam sayang pulak nak lepaskan…..memang kalau dapat PTD (kalau la)..mesti dalam dilema punya la…..dah la kena p kursus setahun dulu pulak dan hanya berbekalkan elaun….tak apa, masih terlalu awal dan jauh lagi kan….keputusan pun 31/12/2013 baru tau…


Habis je interview tu terus p HUKM……untuk booking bersalin…..bercadang nak bersalin di HUKM jugak…senang sebab record lama dah ada kat situ…sekejap je proses nak booking appointment..tak sampai ½ jam pun….sebab dah alang-alang kat sana kan….Nak booking Cuma kena bawa buku pink, referral letter dari doctor kat Klinik Kesihatan, Buku biru appointment (yang ni kalau sesiapa memang pernah berususan dengan HUKM sebelum ni memang dapat….senang la sikit..no pesakit pun dia guna sticker yang dah ada kat buku ni dari zaman azuin) dan GL (yang ni saya guna GL mr may..kalau tak ada GL kena bayar la nanti…baik guna kemudahan yang ada)….Jadi, kena datang semula untuk checkup 10/10/2013 ni….(tapi kalau tak sempat sampai HUKM nanti, boleh singgah je mana-mana hospital kerajaan)

Monday, September 23, 2013

3D/4D Scan untuk 2nd baby....

Kalau pregnant mesti tak lari dengan perasaan nak tau jantina baby kan..tak kira la 2d scan ke, 3d4d ke….yang penting tau jantina tu pun dah cukup baik…..

Dulu masa azuin memang teruja sungguh nak tau jantina….dari scan 2d yang tak berapa nak confirm tu….terus buat 3d4d yang betul-betuk boleh nampak samada boy or girl….seronok tengok baby dalam perut….nak pulak boleh jadikan kenangan dan koleksi gambar & video untuk anak-anak….

Jadi, untuk second baby pun masih dalam perasaan teruja nak tau samada boy or girl gak….memang la tak kisah pun..mana-mana pun boleh tapi lagi suka kalau dapat boy….hehe….nanti anak seterusnya dah tak kisah dah jantina apa….

Sebenarnya masa checkup minggu ke-28 Rabu lepas dah tau dah jantina tapi lagi seronok kalau tau selepas buat 3d4d yang betul-betul nampak tu….senang nak cari nama lepas ni…..

Untuk 3d4d baby adik buat kat Klinik Umra, Shah Alam…buat appointment dengan Jezzlyn dari bayi-ibu.com…kat sini RM120 untuk 3d4d scan sahaja…..dapat CD, sekeping gambar yang dah di print, cek berat, tekanan darah, dan consultation dari doctor kat UMRA..masa azuin dulu buat kat Vision College,Kelana Jaya…kali ni tak buat pun kat Vision College sebab kat situ cuma weekdays je yang available…..
Kat sini pun ok dan dekat je dengan rumah kami….tak payah nak redah jem bagai….appoinment buat hari Ahad…kena ikut schedule yang dicadangkan mengikut tempat….sonographer Jezzlyn memang tiptop….best dan tak putus-putus kejutkan baby adik bagun dan alihkan tangan kat muka….

Baby memang dok nak tutup muka je…kalau kacau suruh turunkan tangan sebab nak tengok muka…mesti baby akan tendang…..memang suka tendang betul….
Azuin pun suka je tengok masa tu..kalau tanya azuin, cepat je dia jawab ‘tu baby’…..dah pandai kakak azuin ni….


Jom layan gambar baby…..












Gambar ni baby dah tunjukkan ‘sesuatu’…nampak tak??? …… 


Keseluruhan semuanya ok untuk baby adik….




Thursday, September 19, 2013

Checkup Minggu 28

Minggu ni dah masuk 3rd Trimester…baru je minggu ke-28..

Sekarang ni memang masa sakit pinggang dan ketidakselesaan melanda….nak tidur pun dah tak selesa…serba serbi tak kena…..tu kalau malam hari mulalah rasa semua tu…nasib baik kat ofis masih boleh buat kerja bagai….mungkin sebab saya tak berapa layan sangat kot hamil ni….

Semalam checkup minggu ke 28 kat klinik kesihatan….berat badan naik mendadak….3kg naik tu….sekarang dah 59kg….HB pulak masih low…10.7…tah kenapa la low…dah makan macam-macam untuk naikkan HB tapi masih low…tapi tak pulak rasa symptom-simptom HB rendah…hmmmm…

Semalam dapat scan untuk placenta…dan semuanya ok…dan dapat tengok gender baby gak…seronok!!dah boleh cari nama dah…Ahad ni nak buat 3D/4D scan pulak…barulah boleh confirmkan betul-betul……kalau betul la dan result sama macam 2D scan…bertambah seronok la….

Baby sekarang pun dah semakin aktif menendang…dah tertonjol-tonjol dah..Cuma tak leh tangkap siku dan lutut lagi…sikit masa lagi boleh la tangkap…hehe….dulu masa azuin, selalu gak buat macam tu....bila lagi nak merasa moment u…walaupun terpaksa menahan sakit pinggang bagai….tapi pengalaman yang sangat berharga…..

Update pasal Breastfeeding Journey.
Azuin masih lagi breastfeed tapi kat rumah je…..rasanya azuin lebih kepada nak attached dengan mama je..sebab kat sekolah, azuin dah minum susu tepung…azuin minum Dutch Lady 123 perisa coklat…ni jela yang dia dapat terima sebab rasa lebih kurang air kotak Dutch Lady yang azuin minum tu…tapi kalau kat rumah tak ada maknanya nak minum susu botol…azuin akan mintak air kotak…tak pun saya bancuh dalam cawan je…senang sikit….

Saya tak rasa mengganggu pun kalau azuin minum susu….nak pulak perut dah besar, azuin akan usap-usap perut mama….siap tegur adik lagi….


Azuin: Baby, ni kakak azuin!!...comel sangat kalau azuin tegur adik macam tu…adik pun kadang-kadang bagi respon dengan tending balik tangan azuin….lepas tu mulalah azuin buat-buat terkejut cakap, baby tendang!!....moment yang sangat indah kan!

Wednesday, September 18, 2013

Makan di Umbai, Subang…

Ni kira Birthday Treat untuk my husband last week…memandangkan Mr May’s Birthday jatuh hari khamis,  terpaksa la postponed ke Jumaat…

Pilih Umbai untuk Birthday Treat kali ni….Katanya UMbai ni kira adik-beradik Restoren Umbai yang Melaka tu….katanya la…

Menu kami : Jenahak Bakar, Tom Yam Ayam, Kailan Ikan Masin, Sotong Goreng Tepung, Nasi Lemak, Air Tembikai dan Air Asam Boi….

Kami sampai pun petang dan masih cerah lagi…tak ramai pun orang….sementara tunggu lauk-pauk sampai, layan nasi lemak dulu….nasi lemak ni simple je tapi boleh tahan sedap….tengok la azuin….bukan main suka makan nasi lemak….
Mr may pun layan jugak makan nasi lemak…takleh makan banyak, sebungkus cukup sebab nanti nak makan nasi lagi....
Mama dengan anak kesayangan!!
Menu kami……


Dah nak habis baru la azuin ada selera nak makan nasi..kalau tak dok nak main je…..

Hmmm…makanan nak kata sedap sangat….tak la kot..ikan pun macam tak fresh…lebih berbaloi makan kat Jeram Ikan Bakar…..

Tuesday, September 17, 2013

Tahniah..Syukur Alhamdulillah....

Syukur Alhamdulillah…..Mr May dah lulus…lulus apa ye….lulus Professional Assessment Exam (PAE)...boleh refer kat entri ni….kan best kalau dapat tau result ni on his birthday…barula berganda kan…mana taknya, saya dapat kerja baru pun masa birthday mr may….

Hujung minggu haritu memang dah sediakan dokumen yang diperlukan untuk daftar kat Board (BEM) & IEM pulak…..kalau dah daftar barulah officially guna title ‘IR’ tu…

Really Proud of U!!


Mood : Happy!!

Friday, September 13, 2013

Rezeki lagi...

Syukur Alhamdulillah…Dapat good news on my husband’s birthday (semalam la)…sebelum ni memang hati resah je sebab dok tunggu company ni call…mana taknya saya dah pergi interview 4 kali kat company ni…kalau tak dapat memang kecewa la…tapi sangat puas hati dan rasa berbaloi sebab saya dapat kerja tu….walaupun bukan kerja yang saya mintak pada mulanya…..

Kronologinya macam ni….

19 July 2013
1st Interview
Position A, PJ Plant

Interview ok dan memuaskan hati. 2 orang je yang interview saya. Position A manager & HR..
Lepas je interview rasa macam tak dapat sebab salary range yang ditawarkan macam kurang dari apa yang saya expected…tapi saya masih mengharap.

1st August 2013
Dapat call dari HR company ni, dia cakap diorang tak proceed untuk Position A sebab dorang rasa saya lagi sesuai dengan Position B. HR tu tanya adakah saya berminat nak cuba untuk interview Position B?... Pada saya boleh je nak cuba….manatau ada rezeki lagi kan….tapi Position B ni kat Shah Alam Plant.

5th August 2013
2nd Interview
Position B, Shah Alam Plant

Interview dengan HR yang sama dan Position B Manager….interview ni 3 hari sebelum hari raya….Interview tu pukul 1 pm…lebih santai dan ok je saya rasa….dan terasa macam dapat…tapi HR tu bagitau yang dorang ada beberapa candidates lagi…kena tunggu dalam seminggu dua untuk jawapan….

14th August 2013
Ni masa beraya kat Kedah, dapat call dari HR untuk Final interview pulak…hati seronok!!

22nd August 2013
3rd Interview (Final Interview)
Position B, Shah Alam Plant

Kali ni lebih santai jugak..macam dok borak je…ada 3 orang yang interview saya….Manager Position B, HR Manager dan Factory Manager…nasib baik interview ni petang lepas kerja..senang sikit sebab tak yah la nak mintak cuti bagai….

Perasaan selepas interview macam tak tau nak cakap apa…rasa macam dapat tapi ada gak rasa macam tak dapat..

30th August 2013
HR call lagi…ingatkan nak bagitau dah dapat..tapi diorang cakap untuk Position B diorang jumpa calon yang lagi sesuai dan dirang nak saya cuba untuk Position C pulak…memandangkan HR Manager & Factory Manager tu taknak reject saya buta-buta…hahaha…tapi saya kena p interview jugak untuk post ni…saya pun agak kabur dengan Position C sebab HR tu tak brief betul-betul pasal Position C tu..tapi saya layan jela p interview lagi…

4th September – 5pm
Position C, Shah Alam Plant

Interview sekejap je..dalam 15mins..diorang Cuma brief saya serba sedikit pasal Position C…dan tak jauh beza pun dengan kerja saya tapi lebih kepada management jugak la….Cuma saya tak involve sangat dengan R&D dan engineering directly…sikit-sikit je kot….tapi ok jugak…boleh cuba…

12 September 2013
HR call dan tanya saya terima tak kalau diorang nak proceed untuk Position C..saya faham ke tak Job Description bagai….hari girang!!!!

Lepas saya cakap ok, baru HR terangkan benefits yang bakal saya terima nanti….wah, sungguh teruja dengan benefits yang bakal saya dapat…..meriah mak ngah!!

Ada cover loan rumah, personal/car loan, meals allowance, family medical,bonus,performance bonus, banyak sungguh…..memang dengan hati terbuka la saya teriam…untuk masa depan jugak kan!!

untuk salary pulak...saya dapat 30% increment dari current salary...kalau ikut resume saya demand 40%...tapi tak dapat...tapi 30% pun sangat berbaloi dengan benefits yang diorang bagi....

Tapi kena buat medical checkup dulu….lepas tu baru sign offer letter….yang memeningkan kepala ni satu je…company ni taktau lagi yang saya ni ‘expecting’….dan ada 2 bulan je lagi nak kerja sebelum maternity leave…agak-agak diorang ni ok tak?hope ok la saya nak negotiate dengan HR masa sign offer letter nanti….untuk medical checkup ada jugak kena buat chest xtray….dan lepas tanya mr google, selamat untuk wanita mengandung…senang sikit hati!!!

Satu lagi…saya memang kena tender resignation dengan 2 bulan notis atau bayar 2 bulan gaji kalau nak immediate keluar….dan…Company ni willing to pay for my 2 months notis….huh, rasa sangat berharga bilamana ada company sanggup buat macam tu sebab nak ambil saya kerja jugak…tapi tula…2 bulan je kerja…hmmmmm….risau kot dia tak bagi sign offer letter pulak…..


Update pasal ni akan menyusul lagi…..doakan ye!!


Dari electronics industry  ke medical industry..sekarang ke food industry pulak!!

Thursday, September 12, 2013

His Birthday...

Selamat Hari Jadi Suamiku....semoga kehidupan sentiasa diberkati.....

Ponat dok fikir nak beli kek apa untuk mr may ni....nak celebrate kat mana la...maklumla harini kan hari kerja...so, agak terhad sikit la nak keluar bagai.....so, rancangan ditunda ke hujung minggu je la......

Apa-apa pun, saya sempat la singgah kat King's kat Tesco Setia Alam....memula nak beli kat Secret Recipe, kek BlackForest tu...tapi malangnya tak ada pulak yang sebiji....nasib baik ada kat King's ni...tengah dok pilih kek tu, dapat good news pulak....good news akan saya share kemudian!!

Jom layan gambar pulak
Birthday kek untuk tahun ni!!
azuin dok aim strawberry tu.....
sampai jegil mata tu...

seronok sangat...azuin yang melebih dari papanya..haruslah kan.....

Cuma potong kek je...papa pun pakai baju kerja lagi sebab kena paksa dengan azuin potong kek..balik kerja terus potong kek.....lepas tu baru p dinner sebab mamanya malas nak masak harini..dinner kat area sini je sebab malas nak gerak jauh...lagi pulak esok kerja lagi.....dinner biasa je...dinner untuk birthday, nanti weekend baru belanja ye!!

Tuesday, September 10, 2013

Alhamdulillah..Loan dah lulus!!

Cepat sungguh loan lulus….memula risau gak…kot la loan tak lulus….tapi Alhamdulillah…..proses ambik loan ni dipermudahkan…..2 hari je dah lulus..semalam petang submit, harini dah lulus……tak banyak songeh pun…..

Sebab apa tetiba buat loan ni?boleh baca kat entri ni….memang agak tension lepas PGY buat hal….kami pun buat keputusan yang mengejut jugak la…..terus nak beli kereta baru….bukan apa, dari dok tangguh-tangguh nanti lagi susut harga PGY tu……ni pun tak tau lagi berapa dapat jual PGY tu….haritu sales advisor (SA) tu cakap boleh dapat 11-12K je…..hmm…boleh la buat untuk bayar downpayment memandangkan PGY tu dah habis bayarkan…nak jual WPV sayang pulak….memula ingat trade in 2 kereta untuk beli kereta ni…tapi lepas bincang punya bincang…rasa sayang sebab WPV masih elok lagi…nak pulak tak sampai 2 tahun dah nak habis….at least boleh jadi kereta ke-2 lepas ni…kot la emergency case ke kan…..kesimpulannya, WPV tak jual…PGY je jual…..yela, kalau peram lagi lama PGY tah apa lagi yang rosak….lagi makan duit banyak….lebih baik let go je dulu…..mungkin dah sampai masa dah kot kan!!

3 September 2013

Masa ni kami p showroom kereta ni….saja je p nak test drive punya pasal…..mr may dah berkenan masa dok tanya mr google….saya tak tau lagi macam mana rupa kereta tu….terus p tengok ‘real’ punya…berkenan la jugak..cakap kat mr may yang saya berkenan….tup tup terus mr may dok tanya macam-macam kat SA tu….macam konon-konon jadi….kira punya kira memang masih dalam ‘range’ yang kami nak!! Yang bestnya kereta ni C-Segment…interior & exterior memang kami suka!!cantik!! Tapi ni bukan la kereta yang berkonsepkan hybrid….biasa punya je….

Masa kat showroom tu ada gak cuba kereta yang ala-ala SUV/4Wd…memang cantik tapi mahal la..bukan sekarang…mungkin suatu hari nanti…..boleh berangan jela dulu….

Sembang punya sembang, mr may pun bayar booking…booking letak RM500 je tanda jadi…..tapi kami tak bawak apa-apa document pun..yang ada IC dan Lesen je….loan kereta ni buat atas nama  saya je…sebab nak transfer NCD WPV ke kereta ni (walaupun WPV tu tak jual)….so, nanti insurans tak la mahal sangat……tu yang takut gak loan tak lepas sebab loan WPV tak habis lagi…..main redah jela…..

5 September 2013

Baru serah semua documents kat SA tu..mana taknya nak kena p CIMB Bank pulak nak print kan penyata….ingatkan boleh print thru cimbclicks je..tapi memandangkan saya pemegang passbook, jadi tak boleh ada eStatement kat cimbclicks tu…..documents yang diperlukan macam biasa la….Bank Statement (3bulan), Slip Gaji (3 Bulan)……saya just email je kat SA tu…

9 September 2013

Maybank call pasal loan….interview sikit…sekejap je...tanya pasal family,anak berapa,pasal husband, no contact untuk emergency, no tel office, kerja apa..soalan yang biasa je….dalam pukul 2.10pm macam tu….Maybank cakap dia cuma terima IC dan lesen memandu je….terfikir pulak…SA tu tak bagi ke kat Maybank semua documents yang email kat dia khamis lepas…..hmmm…..penat p ambil bank statement bagai....pegawai Maybank tu mintak saya emailkan Slip Gaji 3 bulan dah EA statement je….senang!! tu je documents yang diperlukan…..nasib baik semua dokumen saya memang ada simpan 'softcopy'...terus email kat pegawai tu....

10 September 2013

Dalam pukul 11.49am tadi, Pegawai Maybank call cakap loan saya ok dan lulus….Alhamdulillah…syukur sangat-sangat…..tadi dia cuma nak confirmkan cara bayaran….bayaran thru SI….senang sikit…nasib baik saya ada akaun Maybank…..takla kena charged kalau saya buat SI ke CIMB…senang jugak la bank nak luluskan loan untuk orang yang kerja swasta macam saya ni...Syukur sangat!!

Memula ingat pegawai tu nak mintak apa-apa document lagi ke…tapi tak….terkejut jugak la….proses sangat mudah…semalam hantar documents dan harini dah approved…..cepat sungguh…macam tak percaya je!!

SA tu pun bagitau Maybank dah luluskan loan....kereta boleh keluar 1-2 days...tapi tunggu dulu sebab nak tengok bank lain bagi interest rate berapa...boleh bandingkan dengan Maybank ni....tunggu 1-2 days lagi...

Bermula la dengan komitmen baru ni….hope semuanya ok dan berjalan lancar…..lepas ni deal dengan SA tu pulak pasal nak jual PGY dan kereta baru tu….tak kisah la dapat lambat ke tak kereta tu..yang penting loan dah lulus dan kena bersedia dari segala segi la…..


Nanti di lain entri saya akan share pasal kereta baru ni lagi ye……

Monday, September 9, 2013

Goodie Bag dari Taska Azuin...

Hari Sabtu lepas ada makan-makan sikit kat nursery tapi kitorang tak dapat nak join sebab ada hal lain….tup-tup, hari isnin azuin dapat goodie bag….comel je…siap ada nama ‘Amani’ lagi…seronok anak mama dapat ni….


Weekend @ Furama Hotel, Bukit Bintang

Dah tak lama nak masuk bulan 10..bermakna voucher Orient Rewards kami dah hampir tamat….dan, kami belum gunakan lagi 2 voucer complimentary night stay di mana-mana hotel yang terlibat dengan  orient rewards ni….

Jadi, kami pilih stay kat KL je sebab malas nak p jauh-jauh…lagipun just nak relax dan tukar suasana je….banyak hotel yang  penuh kalau weekend di sekitar KL ni…nasib baik dapat jugak setelah beberapa bulan cuba untuk book….kami lepak kat Furama Hotel Bukit Bintang….7-8 September lepas….Cuma lepak bermalam je…memula ingat nak p Port Dickson..tapi tak jadi pulak….guna satu lagi voucer la untuk yang PD ni….

Lepak hotel yang best sebab boleh bagi azuin mandi kat swimming pool…seronok sangat azuin mandi….

Tak ada aktiviti lain pun….Cuma keluar makan dan rehat je kat sini….

Yang best dan tak disangka kami dapat Executive suite lagi…besar bilik ni…bilik dan ada ruang tamu sekali…..senang azuin nak berlari-lari bagai….memang berbaloi sangat…