Tuesday, September 10, 2013

Alhamdulillah..Loan dah lulus!!

Cepat sungguh loan lulus….memula risau gak…kot la loan tak lulus….tapi Alhamdulillah…..proses ambik loan ni dipermudahkan…..2 hari je dah lulus..semalam petang submit, harini dah lulus……tak banyak songeh pun…..

Sebab apa tetiba buat loan ni?boleh baca kat entri ni….memang agak tension lepas PGY buat hal….kami pun buat keputusan yang mengejut jugak la…..terus nak beli kereta baru….bukan apa, dari dok tangguh-tangguh nanti lagi susut harga PGY tu……ni pun tak tau lagi berapa dapat jual PGY tu….haritu sales advisor (SA) tu cakap boleh dapat 11-12K je…..hmm…boleh la buat untuk bayar downpayment memandangkan PGY tu dah habis bayarkan…nak jual WPV sayang pulak….memula ingat trade in 2 kereta untuk beli kereta ni…tapi lepas bincang punya bincang…rasa sayang sebab WPV masih elok lagi…nak pulak tak sampai 2 tahun dah nak habis….at least boleh jadi kereta ke-2 lepas ni…kot la emergency case ke kan…..kesimpulannya, WPV tak jual…PGY je jual…..yela, kalau peram lagi lama PGY tah apa lagi yang rosak….lagi makan duit banyak….lebih baik let go je dulu…..mungkin dah sampai masa dah kot kan!!

3 September 2013

Masa ni kami p showroom kereta ni….saja je p nak test drive punya pasal…..mr may dah berkenan masa dok tanya mr google….saya tak tau lagi macam mana rupa kereta tu….terus p tengok ‘real’ punya…berkenan la jugak..cakap kat mr may yang saya berkenan….tup tup terus mr may dok tanya macam-macam kat SA tu….macam konon-konon jadi….kira punya kira memang masih dalam ‘range’ yang kami nak!! Yang bestnya kereta ni C-Segment…interior & exterior memang kami suka!!cantik!! Tapi ni bukan la kereta yang berkonsepkan hybrid….biasa punya je….

Masa kat showroom tu ada gak cuba kereta yang ala-ala SUV/4Wd…memang cantik tapi mahal la..bukan sekarang…mungkin suatu hari nanti…..boleh berangan jela dulu….

Sembang punya sembang, mr may pun bayar booking…booking letak RM500 je tanda jadi…..tapi kami tak bawak apa-apa document pun..yang ada IC dan Lesen je….loan kereta ni buat atas nama  saya je…sebab nak transfer NCD WPV ke kereta ni (walaupun WPV tu tak jual)….so, nanti insurans tak la mahal sangat……tu yang takut gak loan tak lepas sebab loan WPV tak habis lagi…..main redah jela…..

5 September 2013

Baru serah semua documents kat SA tu..mana taknya nak kena p CIMB Bank pulak nak print kan penyata….ingatkan boleh print thru cimbclicks je..tapi memandangkan saya pemegang passbook, jadi tak boleh ada eStatement kat cimbclicks tu…..documents yang diperlukan macam biasa la….Bank Statement (3bulan), Slip Gaji (3 Bulan)……saya just email je kat SA tu…

9 September 2013

Maybank call pasal loan….interview sikit…sekejap je...tanya pasal family,anak berapa,pasal husband, no contact untuk emergency, no tel office, kerja apa..soalan yang biasa je….dalam pukul 2.10pm macam tu….Maybank cakap dia cuma terima IC dan lesen memandu je….terfikir pulak…SA tu tak bagi ke kat Maybank semua documents yang email kat dia khamis lepas…..hmmm…..penat p ambil bank statement bagai....pegawai Maybank tu mintak saya emailkan Slip Gaji 3 bulan dah EA statement je….senang!! tu je documents yang diperlukan…..nasib baik semua dokumen saya memang ada simpan 'softcopy'...terus email kat pegawai tu....

10 September 2013

Dalam pukul 11.49am tadi, Pegawai Maybank call cakap loan saya ok dan lulus….Alhamdulillah…syukur sangat-sangat…..tadi dia cuma nak confirmkan cara bayaran….bayaran thru SI….senang sikit…nasib baik saya ada akaun Maybank…..takla kena charged kalau saya buat SI ke CIMB…senang jugak la bank nak luluskan loan untuk orang yang kerja swasta macam saya ni...Syukur sangat!!

Memula ingat pegawai tu nak mintak apa-apa document lagi ke…tapi tak….terkejut jugak la….proses sangat mudah…semalam hantar documents dan harini dah approved…..cepat sungguh…macam tak percaya je!!

SA tu pun bagitau Maybank dah luluskan loan....kereta boleh keluar 1-2 days...tapi tunggu dulu sebab nak tengok bank lain bagi interest rate berapa...boleh bandingkan dengan Maybank ni....tunggu 1-2 days lagi...

Bermula la dengan komitmen baru ni….hope semuanya ok dan berjalan lancar…..lepas ni deal dengan SA tu pulak pasal nak jual PGY dan kereta baru tu….tak kisah la dapat lambat ke tak kereta tu..yang penting loan dah lulus dan kena bersedia dari segala segi la…..


Nanti di lain entri saya akan share pasal kereta baru ni lagi ye……

2 comments:

  1. wah, keta apa tu yg mnjadi pilihan akak n hubby? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta biasa-biasa je..nanti dah settle baru la share..ambik kereta ni pun sbb kereta rosak..kalau tak...memang tak pakai lagi la kereta baru...

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.