Friday, June 28, 2013

Aroma Ikan Bakar lagi....layan....

Semalam rezeki kami makan kat Jeram lagi…untuk kali ketiga makan kat Aroma Ikan Bakar…Kali ni lebih kepada melayan ibu mengandung yang teringin makan jenahak bakar…masa first trimester dulu tak berani nak makan ikan besar-besar ni lagi…ni dah trimester kedua baru la berani nak makan…..

Lepas balik kerja kami p sana…sebab tak jauh, tu yang boleh gagah lagi nak p walaupun dah petang..kami gerak dari rumah pun dah pukul 5.45pm..sampai lebih kurang 6.15pm macam tu…..terus cari tempat yang dekat dengan tv….hahaha, sebab pukul 7 nak layan ‘Drama teduhan Kasih” tu…..kali ni kami makan kat pondok je….bukan apa nak biar azuin bebas sikit..senang nak makan….azuin boleh jalan-jalan….kalau dok kat kerusi selalunya dia cepat bosan dan nak turun jalan….Memang betul pun sangkaan kami…azuin sangat seronok kat pondok tu sebab suasana lain kot…tapi kami la penat sebab makan bersila….kalau perut penuh memang senak sikit la tang perut tu…nak pulak perut saya yang dah makin membesar ni…tak selesa….
Yang best kat pondok ni kalau makan ramai macam bersantai jela….tapi yang tak best kalau dah kenyang sangat tu macam mengah sikit la….lagi lagi tang perut tu….mengah weh!!

Menu kami macam biasa tak lari dari tema kalau makan ala-ala macam ni…kailan ikan masin, tomyam ayam adalah wajib…air tembikai dan air limau asam boi (ni air rasmi saya sepanjang mengandung kali ni…kali ni memang suka minum air asam boi…kalau p pasar malam pun mesti beli air asam boi)….menu lain, jenahak bakar, sotong bakar dan sotong goreng tepung…

Kali ni tak order butter prawn pun….sotong tu mr may tanya siap-siap boleh tak buat 2 jenis hidangan…sebab pernah p kali kedua dulu diorang taknak masak 2 hidangan berbeza sebab hari minggu katanya…kali ni sebab weekdays, tu yang rasa macam boleh..tapi kena tanya dulu…kang dah ambik 2 ekor sotong banyak pulak kalau nak buat hidangan yang sama je….kali ni seekor buat goreng tepung, seekor buat bakar…… 

Tapi rasanya baik buat goreng tepung kot sebab sotong bakar macam tak menepati citaras kami sangat kot..sedap memang sedap cuma tak ngan dengan selera kami..lepas tu buat goreng tepung je senang….semntara tunggu ikan bakar or menu lain boleh ratah dulu sotong tu…kuah dia pun sedap…
jenahak bakar dan sotong bakar...menu lain tak ambil gambar sebab lebih kurang je macam yang dulu...

Jenahak bakar sampai yang paling akhir..sementara suap azuin makan, kami layan sotong goreng tepung jela dulu..azuin makan banyak…makan nasi dan tomyam, ayam je pun….lepas tu, tak kacau dah mama&papa makan…memang pilihan tepat untuk azuin duduk kat pondok ni…sambil berjalan-jalan keliling pondok tu, sambil tu saya suap ikan kat azuin…isi ikan je…..memang azuin cakap sedap…isi jenahak kan manis….banyak jugak azuin makan….

Buat ‘peace’…tapi ‘peace’ azuin tak jadi…hehehe 


Budak tecik yang dok tawaf pondok je…gambar azuin banyak yang blur sebab susah nak ambil..dok jalan..

Nasib baik kat situ diorang bukak cerita saya tu…walaupun jauh sikit dari tv tapi boleh la nampak….sambil-sambil je kan…..dah settled makan, terpaksa bungkuskan tomyam dan soong bakar sebab tak habis (petang ni boleh la makan lagi)…..

Kat sini memang selesa kalau datang makan sebab surau, toilet memang bersih..dan senang la…surau pun besar….siap boleh berimam bagai lagi…..

Total bil makan kena tambah RM10…sebab makan kat pondok tuJ….sekali sekala….

Thursday, June 27, 2013

Minggu Sedih, Kelam kabut

Dah hari khamis..tinggal sehari je lagi nak kerja untuk minggu ni…..minggu ni sangat kelam kabut sikit….Hari isnin 24/6/2013 ayah telefon…dalam pukul 10 pagi macam tu….terkejut jugak la…Tok dah kembali ke Rahmatullah pada usia 84 tahun…masa tu saya baru nak keluar p minum pagi…dapat berita sedih ni pulak….

Terus telefon adik-adik saya…dan bergegas balik rumah….balik dengan Jai, Norly, Azuin dan Hakim (anak Jai) je sebab mr may ada kursus…tup tap tup tap pukul 2 baru gerak dari rumah saya…mana taknya Jai kena hantar wife dia & zharif ke rumah mertua dia dulu kat Bandar Tun Razak…lepas tu ambik norly kat UM…dari UM pulak singgah rumah saya…..memang pecut jugak la balik tapi tak la laju mana pun…

Perjalanan tak berapa nak best sebab jerebu….Alhamdulillah, sampai kampung dalam pukul 5pm….tak sempat nak tengok arwah dimandi dan dikafankan…masa kami sampai dah dalam keranda dan nak angkat naik van jenazah dah…sebab bawak p masjid untuk disolatkan…..Saya sempat tengok arwah pun masa kat kubur…bukak sikit kat bahagian muka untuk tatapan kali terakhir….sedih!!! Arwah tok ni mak kepada mak saya….tokwan dah lama meninggal, masa mak kecik lagi….

Memang redha dengan pemergian arwah sebab arwah dah sakit lama dah….buasir dan rahim dah terkeluar dah dari saluran faraj…kalau ikutkan semalam (rabu) ada appointment nak letakkan ring kat tempat yang sepatutnya untuk masukkan rahim tu….sebelum tu arwah memang dok meraung gak la cakap sakit..yela…kalau kita pun mesti sakit….Selain tut ok jugak dah tak berapa nak ingat orang dah….biasalah orang tua kan…kita pun tak berapa nak tau nasib kita nanti macam mana….

Kebumikan selepas solat Asar dan syukur semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman!!
Dapat cuti 2 hari untuk kematian kaum keluarga….saya bercutilah isnin dan selasa…hari Rabu baru masuk office….penat sangat sebab kerja dah menimbun…

Sumber dari Metro:

Sering kita dengar orang bergurau, ‘perempuan tak elok mengangkat barang berat, nanti jatuh peranakan’. Tanpa mengetahui lebih jelas apa yang dimaksudkan dengan ‘peranakan jatuh’, ayat berkenaan sering berlegar dalam kalangan masyarakat kita.

Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar, terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot, jaringan dan ligamen.

Proses kehamilan dan melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah, mengakibatkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj.

Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps rahim boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua apabila pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan.
Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Rozihan Ismail berkata, ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim akan menghadapi masalah urinari seperti kerap kencing dan sukar hendak mula kencing.
Lebih menyulitkan, masalah kekenduran organ reproduksi ini akan menyebabkan wanita terbabit sukar mengawal kencing, terutama apabila batuk, bersin atau sebarang perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa atau ketika hendak berdiri selepas sujud sewaktu solat.

“Air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa dapat dikawal. Keadaan ini mengganggu tugas harian dan kehidupan wanita terbabit.

“Dalam kes prolaps rahim yang teruk atau peringkat ketiga (keseluruhan rahim terkeluar), sering kali pintu rahim bergesel pada seluar dalam menyebabkan luka. Luka ini boleh dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

“Tanpa rawatan yang betul, ketumbuhan akan berlaku akibat pergeselan berpanjangan dan meningkatkan risiko menghidap kanser serviks (barah pangkal rahim),” katanya pada Seminar Kesihatan Wanita anjuran QRS Asia Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan HTAA, baru-baru ini.


PENCEGAHAN:
1. Kawal berat badan
2. Mengamalkan senaman menguatkan otot lantai pelvik (senaman Kegel)
3. Ada juga alat bantuan (Vaginal Cone) yang dapat membantu dalam mendapatkan proses senaman berkesan.
4. Teknologi moden memperkenalkan mesin yang sangat berkesan membantu menguatkan otot lantai pelvik dan memulihkan kedudukan organ peranakan wanita seperti alat stimulasi magnetik.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan UIAM, Prof Madya Dr Zalina Nusee berkata, inkontinen urin ialah kebocoran air kencing di luar kawalan atau masalah lemah kawalan pundi kencing yang boleh berlaku pada wanita semua peringkat umur.

Mungkin dianggap perkara biasa yang tidak membahayakan kesihatan, tidak ramai wanita tampil mendapatkan rawatan. Hanya 30 peratus wanita yang mengalami masalah ini datang ke klinik.

Jenis kebocoran kencing:
1. Kebocoran kencing tekanan
2. Kebocoran kencing gesa
3. Kebocoran campuran
4. Kebocoran limpahan
5. Kebocoran kencing upaya

Faktor risiko:

1. Proses kehamilan
2. Kelahiran biasa, terutama penggunaan alat bantuan seperti forsep atau vacum
3. Kongenital/baka
4. Obesiti
5. Merokok
5. Pembedahan histerektomi (buang rahim)
6. Menopaus
7. Lanjut usia

Menurutnya, kebocoran kencing berpunca daripada lantai pelvik yang lemah dan tidak berupaya menutup uretra (leher pundi kencing) ketika batuk, bersin atau aktiviti lain yang mengakibatkan peningkatan tekanan di rongga pelvik. Kebocoran kencing juga boleh berlaku ketika mengadakan hubungan kelamin, aktiviti riadah atau solat.

Rawatan konservatif berkesan untuk kes yang ringan dengan senaman lantai pelvik. Bagi kes serius, rawatan pembedahan diperlukan. Tiada ubatan berkesan untuk rawatan kebocoran ini.

“Pundi kencing terlebih aktif ialah masalah penyimpanan air kencing dengan gejala utama iaitu desakan ingin membuang air kecil secara tiba-tiba ketika individu itu belum betul-betul bersedia.

“Gejala lain termasuk kerap buang air kecil, biasanya lebih lebih lapan kali sehari dalam masa 24 jam dan bangun malam untuk buang air kecil.

“Ia juga mungkin menyebabkan kebocoran kencing gesa iaitu pesakit tidak sempat sampai ke tandas yang berpunca daripada otot detrusor pundi kencing terlebih aktif,” katanya.

Masalah ini dirawat dengan pengambilan ubatan, mengubah suai cara hidup dan fisioterapi. Jarang sekali pembedahan diperlukan dalam kes ini.

Ada juga wanita yang mengalami kedua-dua masalah (kebocoran kencing tekanan dan gesa) dan biasanya kes ini akan dirawat menggunakan ubatan dan fisioterapi. Pembedahan akan dijalankan jika rawatan ubatan dan fisioterapi gagal.

Pengarah Operasi QRS Cellvital Kuantan, Shahrill Sabarudin berkata, satu kaedah baru untuk memperbaiki dan menguatkan fungsi serta koordinasi lantai pelvik ialah menggunakan teknologi Trans Pelvic Magnetic Stimulation (TPMS). Kaedah itu tidak menggunakan ubat, pembedahan dan tiada kesan sampingan.

Apakah kaedah rehabilitasi lantai pelvik TPMS?

Kaedah rehabilitasi ini menggunakan denyutan gelombang elektromagnet berkuasa tinggi tetapi selamat digunakan. Ia dihalakan terus kepada lantai pelvik tanpa pesakit perlu membuka pakaian.

Denyutan elektromagnet ini akan melatih otot lantai pelvik yang terbabit dalam keseluruhan fungsi sistem urinari dan membolehkan ia mencapai koordinasi betul dan kekuatan diperlukan untuk memulihkan sebarang masalah berkaitan kerosakan otot lantai pelvik.

TPMS yang merangsang senaman Kegel automatik juga mampu menyelaraskan kembali isyarat pundi kencing yang rosak disebabkan radang pada otot detrusor pundi kencing, selain memulihkan masalah gesaan kencing.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/26

Monday, June 24, 2013

Nur Azuin Amani 28 Bulan

Harini Nur Azuin Amani dah genap 28 Bulan (2 Tahun 4 Bulan)…..Dah besar, dah pandai, dah macam-macam la….

Membaca, Mengira
Sepanjang minggu lepas, keterujaan azuin dalam mengira dan menghafal sangat jelas….setiap masa dok baca ABC..dan yang membuat saya kagum azuin dah lancar baca A-Z…..kalau mintak azuin baca dia akan baca la…kalau mintak azuin baca masa dia malas mesti A-Z tu ada yang tak cukup…haha…..menira pulak memang dah lancar sampai sepuluh..baik dalam bahasa melayu dan English…..hari sabtu lepas masa p pasar malam, papa ada tunjuk kat azuin 2 ekor kucing…..papa cakap 2 cats tapi azuin terus kira, one, two, three……sampai la ten….terkejut papa!!(sebelum ni saya je yang selalu dengar versi penuh dari azuin dari 123 mahupun ABC….


Sekarang dok nak sikit-sikit doa-doa harian dan bacaan surah-surah mudah kat Azuin..memang betul la kalau kita amalkan dari kecik memang dah besar ni macam dia cepat dapat…mungkin masa tu azuin serap je..walaupun saya rasa macam azuin buat tak tau je masa dok ajar…..tup tup terus tangkap kat otak….pandai budak-budak ni…..kita sebagai ibu bapa memang kena pandai bentuk anak la…..macam anak adik saya, hakim…pandai berselawat, zikir seawal 2 tahun…tapi tak leh la nak beri tekanan sangat pada diorang, saya sedaya upaya beri apa yang saya tau…..biar azuin sendiri terima dan Alhamdulillah setakat ni memang mudah la……

Selain tu azuin dah pandai eja sikit-sikit…dah kena plat nombor kereta & Motor..siap eja lagi….PGY, WPV, AFB sambung dengan nombor…..lepas tu suka eja ‘SONY’…mentang-mentang la tu yang senang nampak sebab TV kan….kalau saya pakai baju yang ada tulisan bagai mesti azuin baca jugak…baru sikit je tapi omaknya yang teruja…..hahaha, peduli apa kan…dah anak sendiri…siapa lagi nak puji kalau bukan omaknya!!!

Nanti saya update dan upload video azuin membaca, mengira dan berselawat…sekarang ni banyak yang versi audio….suka rakan suara azuin dan video jugak….mesti azuin senyum dah besar nanti kalau tengok dan dengar semua kenangan azuin masa kecil yang saya simpan..(verangan boleh buat video masa azuin kahwin nanti…hahaha…jauh lagi tu)…

Gigi
Azuin memang dari dulu tak ada masalah kalau nak gosok gigi…setiap kali mandi memang akan gosok gigi..Cuma malam sebelum tido je ikut dan je gosok….kira 2-3 kali sehari jugak la gosok….kat taska saya tak pasti…harap-harap gosok la sebab memang saya dah bekalkan ubat gigi dan berus gigi….
Kadang-kadang tu saja je saya buat lupa gosok gigi azuin…lepas mandi terus keringkan badan azuin….tapi, azuin ingat tau….ingat dia tak gosok gigi….mesti azuin akan tunjuk gigi dia…tak pun bekas yang letak berus gigi tu tanda tak gosok gigi lagi…comel!!


Sekarang azuin dah ada 18 batang gigi…..8 batang gigi kat bahagian atas, 10 batang kat bahagian bawah…lagi 2 bila mau tumbuh ye…..

Pandai bawa diri
Dah nama pun nak jadi kakak…kenalah pandai bawa diri kan..kalau pagi-pagi nak p kerja tu…kena pujuk dan cakap elok-elok yang azuin kena p taska sebab mama&papa kerja….azuin faham dan angguk kepala…lepas tu tunggu sekejap kat katil sambil baring (kalau mengantuk lagi)….or  lepak kat sofa sementara mama&papa bersiap…pandai!!


Tu jela buat review pasal azuin….mungkin jarang jugak buat review pasal azuin tapi akan sedaya upaya tulis yang terlintas di fikiran….sebab ni adalah kenangan…kenangan kami!! Sangat bernilai kenangan ni….

Friday, June 21, 2013

Layan gambar princess la harini….

Hari Jumaat hari layan gambar princess……

Beria-ia nak pakai tudung masa ni…azuin takde tudung, so pakai la tudung mama…..siap nak pakai pin lagi….






Ni pulak gambar masa kat Kedai Perabot Bahagia, Saujana Utama….seronok azuin dapat duduk kat sofa ni…..siap cakap sofa azuin lagi…bila la dapat grab sofa yang macam ni…..mahal bebenor….6K tu….terkebil-kebil mata tengok harga sofa ni!!




Harini acu ika nak datang rumah…mesti azuin suka sebab ada kawan selain mama & papa!! Acu ika datang sebab jerebu kat kolej dia…




Thursday, June 20, 2013

Checkup lagi : Scan dan HB

Akhirnya dapat jugak saya scan baby ni….mana taknya dah berminggu-minggu dok tangguh  untuk confirmkan scan ni…macam-macam halangan…sebenarnya hari buka buku pink tu dah scan tapi mungkin terlalu kecil dan EDD saya dah lari dari tarikh last period haritu….tu yang kena confirmkan semula dan scan semula….

Nasib baik semalam tak ramai orang…selalunya hari Rabu memang ramai sebab hari Rabu je doctor ada…sekarang ni untuk checkup biasa saya tak ambil cuti separuh hari pun….lagipun appointment selalunya pukul 2pm…better saya mintak keluar awal je…lagipun kerja saya habis dalam 3.30pm..dah alang-alangkan..lainlah kalau kena datang pagi dan akan drag sampi tengahari…yang tu mestilah ambil cuti je…cuti pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan….

Semalam kena check darah…dulu masa mengandung pertama, setiap kali datang klinik mesti kena check HB….ambik darah kat hujung jari dan sikit jela…kali lain pulak….semalam kena ambik darah..banyak pulak tu…kesimpulannya, Hb saya ok, 12.3…syukur sangat-sangat….bukan apa Hb yang rendah ni boleh membahayakan ibu dan juga bayi di dalam kandungan.
Ni la sampel darah yang nurse tu ambil…nasib baik saya dah lunch siap-siap kat iffice..kalau tak mesti tak beshkan..tak sedap badan sebab kena ambil darah banyak macam ni…

Dah ambil terus kena hantar kat makmal dan tunggu sekejap je…dah dapat tau result…lepas tu terus ke bilik doctor untuk scan…cepat sungguh!!

Doktor sangatlah comel dan baik…sambil scan dok terangkan kat saya yang mana kepala, jantung, kaki…ada jugak tanya doctor kot la boleh nampak gender baby…hmmm, kecik lagi la…susah nak detect lagi…tunggu besar sikit la baru nampak…
Scan kedudukan kepala baby dari atas…seronok dapat tengok baby..bukan apa, kadang-kadang risau gak sebab tak rasa macam pregnant pun….perut pun tak besar mana…lagi pulak azuin ni selalu je dok baring dan bertelingkup atas perut…tu peel azuin kalau menyusu la…dah terbalikkan balik lepas tu azuin akan naik balik…jadi…..dah nampak baby baru rasa puas hati..ngehngehngeh…..

Dari scan tu, doctor cakap EDD 19/12..lagi lambat dari mula-mula yang doctor tu scan…dulu anggaran 14/12…tapi kalau ikut last period EDD saya 8/12…pada saya, mana-mana jela..bulan 12 jugak pun…yang penting baby sihat…lagipun tu cuma anggaran je….macam azuin dulu EDD 9/3/11 tapi keluarnya 24/2/11…37weeks dah keluar…tapi doctor cakap, taka pa, sekarang ikut EDD period saya pun taka pa…nanti 7 bulan kena scan sekali lagi…..lambat lagi la nak scan pun…

Rasanya untuk baby ni nak buat 3D/4D gak macam azuin…macam tak adil pulak sebab masa azuin dulu buat…excited gak sebenarnya nak buat…kalau 3D/4D confirm jelas kalau nak tau gender kan..selalunya dalam 28weeks kira ideal la nak buat 3D/4D scan ni….nak buat kat mana tak tau lagi…dulu buat kat Vision College…tak tau la sekarang ada lagi ke tak..nanti kena call tanya la…


Checkup seterusnya 9/7/2013..minggu ke-18…

Wednesday, June 19, 2013

Projek Tanam Rumput

Dah lebih setengah tahun kami pindah, baru la boleh mula projek rumput ni…projek rumput ni Cuma buat kat depan rumah je…tanah pun tak la banyak mana sikit je tapi takkan nak tinggal macam tu je..kang semak samun pulak..

Memandang kami tak upah orang, memang buat sendiri je…terpaksa la akur yang kena buat sikit-sikit..kena buat batch by batch la…

 Rumput kami beli kat Sungai Buloh…memang berlambak nursery kat Sungai Buloh….pilih je nak beli kat mana….kami beli rumput karpet jenis ‘Japanese’….harga sekeping RM5, tanah pun beli, sebungkus RM 1…
Sebelum tanam kena letak tanah hitam ni dulu….
Untuk batch pertama, beli 10 keping rumput dan 10 bungkus tanah je….lepas tu baru ‘top up’ 15 keping rumput dan 15 bungkus beg…

Nampak tak bezanya cara tanam..sebabnya untuk batch yang pertama tu mr may tanam rapat-rapat…lepas tu yang batch kedua dah tak tanam rapat-rapat dah..buat jarang-jarang pulak…biar dia naik sendiri….rumput ni kena siram 2 kali sehari…pagi dan tengahari…tapi kalau hari kerja kami sempat siram sekali je…tu pun siram pepagi buta sebelum p kerja…..

Yang bahagian hujung dekat dengan water filter tu memang biar macam tu sebab nak tanam pokok sikit…tah pokok apa pun tak tau la….


Harap-harap rumput ni naik dengan cantik la kan…nak beli batu kecik-kecik tu nak letak kat tepi-tepi tu jugak…

Monday, June 17, 2013

Temuduga untuk Kadet PTD

Dah keluar dah penjadualan temuduga untuk PTD…mesti ramai yang tertunggu-tunggu bila agaknya temuduga ni kan…..saya pun sama jugak!! Boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan buka  website SPA ni…sebab masa call tanya SPA haritu, diorang bagitau hujung bulan 6 hingga bulan 7 macam tu…..

Baru tau yang temuduga kali ni  secara berperingkat…mungkin ramai kot…saya pun semak la untuk diri sendiri…..dan saya bukan la orang yang tersenarai dalam fasa pertama ni..kena semak selalu la supaya tak tercicir kan….

Untuk calon yang akan temuduga fasa pertama ni, Good Luck Ye!! Buat yang terbaik…Kalau ada rezeki tu memang tak kemana…yang penting jangan putus asa!!

Saya pun sebenarnya kena berusaha lebih jugak..dah kena mula cari info dan study apa yang patut…kalau boleh tak nak la gagal lagi..cuba dulu…kalau gagal jugak sekurang-kurangnya dah cuba sebaik habis dah….tak la ralat sangat.. Percaya rezeki ada dimana-mana…yang penting USAHA dan DOA tu penting!!


Wednesday, June 12, 2013

Checkup Hamil Minggu ke-14 & Checkup Azuin 27 Bulan

 Check-Up Azuin 27 Bulan

Azuin checkup biasa je..Cuma timbang dan ukur ketinggian je..tak ada nak cucuk bagai sebab dah habis dah bab-bab cucuk ni….

Mood azuin semalam tak berapa nak elok maklumlah mamai lagi..masa ambil azuin kat nursery pun memang tengah tido….mamai tak habis lagi….mula la buat hal takmau berdiri atas penimbang….terpaksala saya naik sekali dengan azuin atas penimbang tu….lepas tu tolak je la dengan berat badan saya…..berat azuin turun la pulak….9.4kg je….memang la dalam graft u masih lagi normal tapi macam rasa kecik pulak….tinggi azuin 84 cm….patut la azuin masih lagi pakai diape saiz M…hahaha…kecik punya pasal…..tapi boleh jadi jugak azuin turun berat badan sebab dua minggu lepas kan azuin tak berapa nak sihat…..tak apa lah asalkan azuin sihat walafiat!!! 
Budak tecik yang dah pandai baca ABC..walaupun tak penuh lagi….sampai L je betul yang lain tu tunggang langgang lagi….Pandai zikir “Lailahaillah Muhammadarrasulullah”…..dah dengar butir zikir tu…..sebabnya dari kecik saya selalu baca zikir ni masa azuin nak tidur….sekarang ni kalau azuin tidokan Minnie mouse, dia pulak buat benda yang sama!! Doa tidur & doa makan boleh sikit-sikit… 
Tak boleh tumpang barang atas meja azuin ni..mesti cakap “kacau azuin punya”…hanya barang azuin je boleh letak atas meja ni….

Habis cerita azuin amani!!


Check-Up Hamil Minggu 14

Kali ni checkup biasa jugak…timbang berat, check perut, urine dan sesi jumpa nurse….berat saya masih 52.8kg…sama je berat masa 9 minggu haritu…terkejut gak sebab berat tak naik…padahal makan dah banyak dari biasa…..sepatutnya dah naik 0.5kg….hmmm…tapi saya rasa ok kot sebab saya tak pernah skip makan, ambil supplement…susu pun minum…..yang penting badan sihat dan segar…..nanti sekali lagi check-up kita tengok berapa naik….mungkin selepas ni, baby dah mula membesar dengan jayanya…..

Yang peliknya, tak ada ambil HB pun….dulu, setiap kali checkup mesti ambil HB…kali ni siap suruh datang semula minggu depan untuk scan dan masa tu baru check darah….result darah masa kali pertama check-up pun dah dapat..darah O positif….bebas HIV jugak…hehehe

Lepas tu masa nak check perut azuin ni takut pulak…takut tengok mama dok baring atas katil tu…terpaksa la baring sambil pegang tangan azuin…azuin duduk atas kerusi…kerusi tu saya rapatkan ke katil….Masa check perut tu nurse tekan-tekan dan siap cakap, tak rasa ketulan pun….terkejut saya memula….lepas tu baru dia capat…dah rasa…kecik je….terus ukur tinggi rahin bagai….perut dah naik sikit…sekarang dok sapu bio oil je…tak beli pun lagi scretch mark lotion tu….nanti-nanti la..as long as dah sapu bio oil pun dah kira ok…..

Sekejap je checkup..tu yang saya suka p petang…sebab takyah nak ambik cuti bagai…kalau p pagi mesti la kena ambil cuti….kadang-kadang tu ambik mc jela..hehehe……next checkup bulan 7 (18 minggu)….tapi minggu depan, rabu pukul 2pm…saya mintak keluar dari bos jela…rugi rasa nak ambil halfday… masih kena p untuk scan (sepatutnya last week temujanji untuk scan ni..tapi minggu lepas nak jadikan cerita elektrik tak ada pulak kat kawasan klinik tu…tu yang tunda tu)…scan nak confirmkan EDD…hari tu scan kecik sangat……

Hari ni kat office dok lenguh pinggang bagai….harini agak sibuk dok nak runs Validation untuk NPI products…dok berkejar kesana kesini la..jalan pun laju semacam sampai lupa yang diri ni mengandung….itu la saya!! Kalau dah start buat kerja tu memang dah hirau kiri kanan….yang saya tau saya nak kerja saya siap dan mengikut apa yang saya nak!! Kesudahannya, harini tak pam susu lagi….tadi nak pam lepas minum pagi tapi tetiba kena panggil meeting pulak…tu yang terus masuk office…kalau dah dalam office tu macam-macam hal la…jap lari sana jap lari sini…sebelum keluar p surau nak pam ni, sempat lagi saya post entri ni…hahaha..target nak keluar 12.30 untuk pam dan terus lunch…senang…office saya ni lain macam sikit..sebab kat dalam Production kan..pakai pun dah macam orang bulan…tutup habis..dari kepala sampai ke kaki (kalau pakai cantik-cantik pun tak ada orang nak nengok pun…hahaha)….kalau keluar tu nak kena bukak semua bagai…malas….tu yang sekaligus kalau keluar tu…..


Tuesday, June 11, 2013

On my birthday

Usia dah meningkat ke satu lagi angka….tua dah!!ye, hari lahir saya baru je lepas…ahad, 9 Jun…..

Seperti tahun-tahun lepas, tak buat pun birthday party bagai…Cuma sambutan kecil-kecilan kami 3 beranak je….tu pun dah buat hati ni gembira sebab insan-insan tersayang masih mengingati hari lahir saya…..

Pagi Sabtu tu lepas kemas rumah dan breakfast, kami lepak-lepak je kat rumah…..penat sebab hari Sabtu tu kan sibuk dengan aktiviti lain….yelah, sampai rumah lepas hantar arfah pun dah pukul 9.30pm…memang kami anak beranak mengantuk dan tido dengan nyenyaknye la….

Dalam pukul 11pagi macam tu, mr may dah bersiap dah…pakai jeans bagai….saya tanya, dia cakap nak pam ke petronas pam tayar kereta…..hmmm, dalam hati saya memang dok rasa ni helah nak p beli kek kot…..secret recepi kat dekat je dengan rumah....hahaha...alasan je tu nak pam tayar....huahuahua....

Nak jadi pulak azuin dok melekat je dengan papa dia…azuin ni memang pantang tengok papa pakai jeans…mesti jadi manja terlebih…lentok je kepala kat bahu papa tu….tu tandanya nak ikut!! Dah paham dah!!...saya memang dah tak larat nak ikut…sebab tadi pagi dah masak dan kemas bagai..penat tu masih terasa….mr may bawak azuin jela….sementara dua beranak ni keluar, saya cuma sempat sapu sampah jela….

Lebih kurang sejam selepas tu, baru dua-beranak ni balik…azuin siap jerit dari luar lagi….

“mama, kek azuin”…hahaha….dah agak dah..mesti p beli kek punya……saya tak harap pun tapi kalau ada bagus jugak…bukannya selalu pun…..
Kek saya merangakap kek azuin jugak!! "Chocolate Mud Cake"
Anak mama yang sibuk nak potong kek…..dah besar dah pandai la...nak potong pun nak buat dengan sendiri…..
azuin nak potong la mama.... 
Tengahari tu memang saya tak masak la….sebab mr may bagi saya task….pilih nak makan kat mana…aiyo!!ni memang saya tak suka….at last, kami buat undi…senaraikan tempat-tempat makan yang nak p…lepas tu azuin yang cabut undi tu…..dan…..azuin cabut untuk makan kat Kenny Rogers….

Lepas tu, tetiba saya macam teringin nak p Serai…al-konon nak cuba la makan kat situ….terus cancel undian tu…..hahaha, berkobar kami p Serai kat Seksyen 3 Shah Alam…..tapi hampa…sedih….tah kenapa gelap je kedai tu…tutup pulak…….

Haih, guna balik talian hayat azuin…..sebab dah tak tau nak p mana, p Kenny jugak la…..terus google Kenny yang dekat dengan Serai tu…..dan, kami makan kat Kenny kat Plaza Alam Central jela…tu yang paling dekat….malas nak p Setia City Mall or Tesco Setia Alam….bukan apa dok fikir nanti boleh singgah Taman Tasik Shah Alam, boleh bagi azuin main kat  ‘playground’…
Muka moyok tunggu makanan…lapar la tu…lagipun azuin tengah tido masa kitorang gerak tadi…angkat azuin masuk kereta pun tido lagi..memang tak sedar…mengantuk sangat la tu!!
Anak papa suka suap makanan….
Yang sedihnya, gambar saya yang tak tangkap…memang lupa….betul-betul lupa nak ambil gambar….

Apapun, memang enjoy!!seronok…..thanks to my other half on the birthday treat!! Lain kali kita p Laman Grill Pulak ye!! Kali ni tak terasa nak makan kat situ lagi….baby tak suka kot…hahaha!!!

P/S…harini halfday je kerja…sebab ada check-up petang ni…..2 in 1 check up…mama&azuin…..


















Sunday, June 9, 2013

Bila adik-beradik berkumpul

Jumaat lepas memang meriah jugak la rumah…seronok sebab adik datang rumah…masa ni la nak berkumpul ramai-ramai…Arfah dan Family memang dah nak balik Sarawak dah…kan cuti sekolah dah nak habis….Jadi, arfah singgah bermalam kat rumah saya dulu la sebelum balik Sarawak…..yang paling seronok ialah azuin la….ye lah, ramai yang dok melayan dia kan….Seperti yang dijangka, kalau datang rumah saya ni mesti mak kirimkan banyak benda makan….yang paling best, dapat pisang emas….lepas tu ada jugak biskut lutut yang mak kirim…..siap bagi 2 paket lagi…kat sini memang susah sikit nak cari…biskut ni selalunya saya bawak p office…standby je dalam beg..kalau lapar boleh la makan biskut lutut ni cicah air milo….sedap!!!!

Ada bubur kacang jugak…tak sangka mak sanggup buat semata-mata nak bagi saya…sebab mak tau yang saya memang suka bubur kacang….bubur ni memang saya tak request pun..memang mak yang buatkan…katanya sebab saya kan mengandung, mesti teringin nak makan bubur ni punya…alahai….kalau bubur kacang ni bukan masa mengandung je teringin..kalau tak mengandung pun teringin gak…..

Ada lagi yang mak bungkus kan…..rendang ayam….yang ni memang terbaik…sebelum ni mak mertua datang rumah bawak rendang daging….kali ni rendang ayam pulak…..sedapnya makan!!!nikmat sungguh…..

Esoknya Sabtu, mr may tak ada pulak pagi sebab ada kursus kat IEM (mr may sekarang tengah struggle nak nak dapatkan ‘IR’)….Pagi-pagi dah gerak p PJ….saya pulak, lepas hantar mr may (kat depan pintu je)…terus mulakan aktiviti memasak…pagi tu cuma masak nasi goreng dan buat cucur ikan bilis je…Alhamdulillah, tu jela rezeki kami pagi Sabtu tu…..Saja je masak awal-awal….senang sikit sebab nanati tetamu dah bangun dan siap boleh terus makan…tak la terkocoh-kocoh sangat…..sambil tu, keluarkan bahan basah untuk masak tengahari…..

Tengahari ok sikit la sebab adik-adik tolong masak….lagi pulak Jai dan Family memang dah cakap nak datang rumah jugak….tu yang masak banyak sikit…walaupun Jai tak bagitau nak ‘lunch’ kat rumah saya…tapi tak salah pun masak banyak sikit..tak la takut-takut diorang nak makan…..

Menu tengahari tu Siakap 3 rasa, Sambal Udang, sayur kubis, rendang ayam (yang mak bagi)….gambar terlupa pulak nak tangkap sebab dok sibuk sembang bagai…..yang pasti memang meriah la…seronok sangat!!!

Petang dalam pukul 5, baru kitorang gerak p UM hantar norly dulu..lepas tu terus pecut ke KLIA….arfah,salim & muthmainnah dah nak balik Sarawak…flight diorang 8.50pm..tapi seperti biasa kena la ada sejam awal kan…kami sampai KLIA pun dah pukul 7.15….sempat lagi..Syukur!!!
Arfah, Muthmainnah, aini, azuin @KLIA


Kena tunggu 2 bulan lagi baru boleh jumpa…cuti raya pulak la!!!baby muthmainnah memang comel..geram nak picit-picit pipi….nanti lagi 2 bulan boleh apa la lagi ek!!....mulut bising kalau bagi makan….nak cepat je…..baby muthmainnah dah 7 bulan dah pun..nanti balik raya 9 bulan…tak sabar!!

Friday, June 7, 2013

Minggu Akhir Trimester Pertama….

Dah nak habispun 13 minggu….minggu depan dah nak masuk trimester kedua dah…..lepas ni bermula la pembesaran perut ni…

Sepanjang trimester pertama, Alhamdulillah saya tak ada morning sickness, muntah-muntah bagai….Cuma selalu rasa pening kepala malam hari…nasib baik malam…boleh terus tido…..kalau siang memang steady lagi la…Cuma cepat lapar je…..sebelum ni saya boleh lagi la tahan sampai pukul 10 pagi untuk makan….tapi sekarang pagi je saya akan makan 2 kali…sampai je office mesti makan dulu…lepas tu pukul 10 pagi makan lagi…

Tengahari pulak adalah wajib…dulu lambat sikit makan pun masih ok dan boleh tahan….memang makan kerap tapi tak la banyak macam masa mengandungkan azuin dulu…..banyak sangat beza masa mengandungkan azuin….

Dah la mengandung kali ni tekak ni dok teringin makan asam & jeruk…ye, saya tau memang tak elok makan benda-benda tu tapi tah kenapa kali ni jadi macam tu…mungkin dah lama saya makan kot..dan tetiba nak jadi teringin makan kali ni….masa azuin memang saya tak sentuh pun benda benda rapu macam ni….dok kunyah crackers, kismis dan kurma ja…kali ni tak caripun kurma or kismis lagi…dah nak masuk trimester kedua dah pun….
Jeruk ni la yang jadi santapan saya…..dah habis pun..sebab haritu mak mertua bawak mai rumah…tu yang tetiba jadi suka makan jeruk tu…….

Nak kata mengidam sangat tak la…Cuma sikit-sikit je…sebab sebelum ni saya tak pernah pun nak makan benda yang saya makan sekarang…..contohnya mee goreng (mee pun boleh jadi benda mengidam..hahaha…mana taknya tetiba je rasa nak makan mee…padahal saya bukan suka mee pun)…haaa, tengok…..kan dah kata, tu la namanya mengidam…lepas tu nak makan pisang emas pulak…jenuh saya menapak beberapa kedai masa balik dari kerja tapi tak jumpa pun pisang emas….lepas tu terus kol mak mintak belikan pisang kat Taiping dan bagi kat arfah hantar ke rumah saya (tu pun kebetulan arfah nak datang rumah sebab nak balik Sarawak dah)……

Yang lain tu…saya biasa-biasa je…perut tak berapa nak nampak pun lagi…tapi ada la perubahan dan kelainan dari biasa….

Lepas tu kerap p toilet…yang memang biasa la kan…jap-jap nak ke toilet…dah la kena minum air kosong banyak…lepas tu lagila kerap ke toilet….aiyo….nanti baby dah besar lagila kerap…..

Cuma kali ni saya sedikit penat kot berbanding mengandungkan azuin….walaupun masih boleh masak dan buat kerja rumah sikit-sikit….masa mengandungkan azuin memang saya terlebih rajin…macam-macam saya buat (yang ni memang diakui mr may..sebab mr may dah cakap yang saya tak secergas masa mengandungkan azuin)….hoho…tapi saya rasa ok lagi la..tak melepek sangat…masih kuat lagi….hehehe

Untuk Suppliment saya makan obimin yang klinik bekalkan…dan, saya juga ambil Set Mengandung dari Shaklee….dan ESP...Alhamduliilah, saya masih diberi peluang menyusukan azuin…susu masih ada…rezeki azuin….Untuk susu pulak, saya masih minum Anmum tapi kali ni saya dah tukar ke perisa baru…yang Mango tu…sedap tau….saya tak minum suam-suam..saya akan buat dan sejukkan…dah sejuk baru minum…yummy, rasa macam yogurt!!...susu adalah wajib…nanti kurang kalsium pulak…..

Ni jela sedikit coretan untuk kenangan di kemudian hari….Kenangan Trimester Pertama untuk Kali Kedua!!!

Thursday, June 6, 2013

Pasar Pasir Penambang & Cendol Bakar, Kuala Selangor.

Nak kata jauh tak jugak….nak kata dekat pun tak jugak..dalam 30-40minit jugak la dari rumah sekarang ni….tak sangka kami menapak mencari bahan basah segar sampai ke sini….yelah, nak cari ikan-ikan besar yang segar dan murah susah jugak la nak dapat…kalau kat Tesco, Econsave….kebanyakan nampak lembik je ikan…tak pun mata merah dan hampir merah…hmmm…..


Tapi kalau setakat beli sikit je macam tak berbaloi la nak menapak sampai sana…lain la sesiapa yang dok dekat kan….kami pun tak la beli banyak pun…tapi memang banyak pilihan la kalau nak beli ikan..ada jugak ikan yang saya tak pernah tengok sebelum ni…setakat siakap, jenahak, kerapu  tu memang dah biasa la…yang ikan besar yang lain memang tak berapa nak tahu sangat…..kami beli siakap dan udang je.....kali ni lebih kepada nak tengok pasar ni….

Nak pergi ke sini tak la susah mana pun….kami guna ‘WAZE’ je….tu la yang banyak membantu kami kalau p memana…senang…..

Balik dari pasar tu, kami singgah jap kat Cendol Bakar….sebab dah satu jalan kan…singgah jela…boleh la basahkan tekak ni jugak….sebelum ni kalau p Jeram dok lalu je kat gerai ni…..kalau korang ke Kuala Selangor memang akan lalu depan gerai ni…memang tepi jalan je…..

Dulu dok ingat macam mana la rupanya cendol bakar ni……tang mana yang nak dibakar….tapi itu semua poyo!!hahahaha…sebenarnya Bakar tu nama tuan punya kedai….la eh….semua orang yang lalu situ mesti dok fikir benda yang sama punya…mana taknya dah la ramai orang, pulak tu tengok banner dia macam alkononnya cendol tu dibakar….pandai tuan kedai ni tarik pelanggan kan……

Kat gerai ni pun pun ada kemudahan ‘drive thru’…..bukan McD je yang ada ‘drive thru tau’….senang la kepada pelanggan yang nak cepat dan tak nak turun dan minum kat situ….
Masa kami sampai tu gerai baru bukak dan orang baru nak ramai…..rasanya kalau tengahari ke petang tu memang ramai pelanggan singgah sini…..
Azuin pejam mata pulak…..

Kat sini bukan cendol je semata-mata…ada gak gerai-gerai lain yang jual beraneka jenis makanan jugak….boleh la nak isi perut  kat situ….ada abc, chicken chop, laksa, cucur udang, nasi ayam dan macam-macam lagi la…..
Rasa cendol ni ok la…tapi saya masih rasa cendol Bismillah, Taiping lagi sedap……betul tau!!