Wednesday, July 31, 2013

Route to Profesional Engineer, PE (Ir)

Harini merupakan salah satu hari yang penting buat mr may…ni la jugak hari yang ditunggu-tungu(yeke!!)…mana taknya, dah bertungkuslumus study bagai kan…mr may ada temuduga bagi mendapatkan sijil P.E (Profesional Engineer, Ir)...Sekarang ni tak leh nak kacau sangat…lagipun tadi mr may ‘text’ cakap nak ‘off handphone’…yela, saya faham, ketengangan amat diperlukan masa ni…

Saya kat ‘office’ ni yang berdebar pulak…sangat berharap mr may dapat buat yang terbaik harini…dan dapatkan apa yang diinginkan selama ni…

Nak cerita banyak pun saya tak berapa nak faham sangat perjalanan mr may ni…tetapi saya Cuma nak coretkan sedikit sebanyak apa yang saya tau sebab mr may ada la jugak bagitau dan ‘brief’ saya sedikit sebanyak mengenai impian dia dan perit-jerih semua ni…setakat temuduga la..selepas temuduga kalau diberi kesempatan dan pemahaman saya akan coretkan sedikit sebanyak..maklumlah, saya tak berpeluang nak ambil sijil P.E ni…Kebanyakan yang ambil P.E ni dalam kalangan pemegang Civil, Electrical & Mechanical…yang lain saya tak pasti…saya pulak dalam bidang sains je…walaupun kerja sememangnya ‘Engineer’…tapi ‘Engineer’ kat swasta jela..senang cerita kat kilang…tu pun sebab ‘first job’ saya memang dah ‘Process Engineer’ la, ‘Process Mechanical Engineer’ la..pengalaman memang dalam bidang tu la…dan selama yang saya mintak kerja selama ni pun sebab adanya pengalaman ni dan ‘Degree’ pun dorang tak tengok sangat…sebagai syarat je…dan sehinggalah saya terjun ke bidang R&D…dan sekarang saya memang dah dalam bidang R&D….kalau nak kerja kerajaan sah-sah tak leh minta kerja sebagai ‘Engineer’ ni…kerajaan lebih nak tengok kita punya ijazah..tak macam swasta…ada pengalam sikit, memang sangat berbaloi….boleh mintak / ‘demand’ gaji sendiri (kita yang tentukan gaji)….hmmm, takmo la cerita pasal saya…lain kali la…mari sambung cerita mr may pulak….

Memula mr may berhajat nak ambil P.E ni sebelum kahwin lagi…mr may pernah bagitau saya dan suruh sayabagi semangat la…masa mr may berhenti kerja dulu pun, dia bagi sebab kat bos cakap yang dia nak dapatkan P.E…tu yang dia nak berhenti(sebenarnya mr may dah dapat JKR masa tu)…

Lepas masuk JKR, mr may pun sibuklah ‘study’ pasal ni…yang penting kena daftar sebagai Graduate Engineer (Grad.IEM) dulu dengan BEM dan lepas tu dengan IEM…Selepas tu kena ikut dan habiskan course wajib IEM. Kena cari mentor jugak tak salah saya. Mentor tu mesti ‘member’ kepada IEM gak..rasanya mr may ambil bos dia sebagai memtor sebab bos dia pun memang dah selamat dah lulus P.E ni…bermulalah mr may buat design, drawing, report projek dan macam-macam lagilah..memang kena mentor yang ‘verify’ la….

Selain tu, kena gak p kursus wajib yang diwajibkan oleh BEM…tak ingat pulak tajuk course yang mr may ambil…setakat ni, ada lagi satu ‘course’ yang mr may tak ambil lagi….semua urusan ‘couse’ ni kenalah sendiri bayar…satu ‘course’ tak salah RM300++ gak…satu course lagi mr may cadang nak habiskan 19&20 Ogos ni…

Ingat lagi masa mr may dok buat permohonan, banyak dokumen kena ‘submit’ kat IEM…’summary of experience’la, macam-macam lagi…lepas tu baru IEM akan cari seorang P.E untuk ‘interview’…haritu mr may dapat surat, siap dah tau, penemuduga dia…siap goggle lagi tu yang tak tahan…..Boleh ‘set date’ sendiri untuk temuduga dan exam….tapi dia ada bagi tempoh la…tak salah 2 minggu rasanya... Dalam masa ini kena sediakan  ‘project report’ dan submit kat interviewer la...mr may dah selamat hantar kesemua ‘report’ dia minggu lepas…Dia akan semak dan komen project report tu, kalau ok, dia akan hubungi untuk teruskan interview dan kalau tak ok (mungkin ‘report’ tu tak memberangsangkan) kena apply semua (rasanyala)….
Mr may ada cakap masa ‘submit report’ tu, Ir tu siap cakap lagi, yang dia pernah gagalkan ‘candidate’…huh, tercabar sekejap!! Dan semalam pun mr may dah telefon penemuduga untuk ‘confirmkan’ harini…ada dua penemuduga…sorang kat Batu Caves, sorang kat Shah Alam…kena p 2 tempat yang berbeza la…selain tu, kena buat essay gak (pasal essay ni la yang buat mr may dok study bagai…macam zaman belajar kat ‘U’ pulak)…dah la semalam mr may dapat sms, cakap suruh hati-hati dengan penemuduga yang kedua tu…hopefully semuanya ok dan perjalanan P.E ni berjalan lancar…sebagai isteri, haruslah seronok dan mendoakan yang terbaik buat suami!!


Nanti, saya akan kongsi pengalaman seterusnya berkenaan pengalaman mr may ni…tapi kena tunggu mr may bercerita dulu la…

Monday, July 29, 2013

Belum shopping raya….

Belum sempat nak shopping bagai untuk hari raya…terpaksa on-hold ke hujung minggu ni sebab minggu lepas mr may sibuk dengan study dia….tak nak la kacau sebab kalau nak bershopping tu mesti penat…kalau penat mesti dah tak ada mood nak study….Hopefully hari Sabtu&Ahad ni sempat la cari baju raya kami…

So, memandangkan cuti tu siang tak kemana (Cuma keluar iftar je)….siang tu sempat la buat kuih raya sikit….Hari Jumaat cuti Nuzul tu sempat la buat kuih suji..dapat sebalang je….Sabtu cuti biskut raya sebab dok mengemas rumah….ahad dapat buat oat chocholate chips….yang ni saya buat dua adunan….dapat la banyak sikit untuk bawak balik kampung….tinggal nak buat buat biskut nestum dan nak tambah biskut suji je lagi.....lepas tu tutup oven……..cadangnya nak bawak balik kampung 3 jenis biskut raya untuk kedua-dua rumah….

Nasib baik azuin pun bagi kerjasama masa buat biskut tu…..azuin pun tolong sekali…..seronok kalau letak bahan-bahan dalam ‘mixer’ tu…..tapi kena ikut dia la…mana boleh biar dia buat sendiri….yang paling best azuin suka dok timbang barang..habis penimbang mama dikerjakan….diketuk-ketuk bagai….



Part membakar pulak, saya bakar dalam bilik yang kat bawah tu….sebab tak buat build in oven pun kat kitchen cabinet tu….sebab oven kan dah ada…nak bakar kat daput raa macam sempit pulak….so, letak dalam bilik la….senang..masa bakar tu, tutup pintu..bahaya kalau azuin masuk….panas tu….nanti dah setel buat kuih oven tu bakal disimpan dalam stor….azuin pun jadi tukang rasa gak…kalau dia nak makan banyak dan jap-jap mintak nak biskut tu maksudnya sedap la…..haha….

Thursday, July 25, 2013

Esok Cuti!!

Hari ni dah Khamis…tak sabar nak cuti esok….esokkan ‘public holiday’ Nuzul Quran….boleh la lepak rumah….rasa macam nak buat biskut raya je esok..tupun tengok keadaan macam mana…dalam kepala ni dok fikir nak buat chocholate chips, biskut nestum dan biskut suji je…..tu jela yang senang pun….

Tapi tak besh sebab mr may tak cuti…dan dia pun tak ambil cuti untuk esok….sebab minggu depan dia akan cuti lagi hari selasa & rabu….cuti sebab nak prepare untuk interview….interview pulak hari Rabu, 31/7/13…..Hope semuanya berjalan dengna lancar…

Semalam pun baru siap hantarkan kesemua ‘report’  yang dikehendaki…tah berapa ‘copy’ yang mr may buat…..banyak jugak dan kena hantar kat tempat yang berbeza pulak tu……’Report’ penuh dengan projek dan pengalaman mr may kerja la….dah la kena ‘attached’ drawing bagai…bertungkus-lumus la cik abang tu siapkan semua tu….memang dah jadi tunggang-langgang dah bilik kerja kitorang tu….

Sepahkan….azuin pun join sekaki....

Saya pulak, minggu ni minggu menunggu lagi….Sebelum ni dok menunggu interview untuk kadet ptd…kali ni menunggu jugak…menunggu apa?

Minggu lepas hari Jumaat, dah pergi pun interview kat salah satu MNC company ni….interview kali ni lain sebab industry yang berbeza….F&B (food &beverage) industry….

Interview tak la susah sangat pun sebab skop kerja masih sama…masih dalam R&D jugak…tapi risau jugak sebab saya macam nak pulak kerja kat sini…benefits jangan cakap la…environment kilang pun macam best jugak..saya suka!!kesimpulannya memang nak la kalau dapat….

Tu yang dok tunggu call dari diorang ni…katanya seminggu dua jugak..lagipun kalau ikutkan iklan kat jobstreet, deadline dia 25 Julai ni (hari ni la)..sah-sah la ada lagi candidate yang mintak kan….kalau lepas, kena 2nd interview pulak….taktau nak cakap peratusan dapat ke tak…hopefully dapatlah….kalau tak dapat bukan rezeki jugak la….rasa macam susah je nak masuk company ni…

Hopefully dapat la saya join company ‘milo’ ni J…..

Lagi sejam suku nak balik ni…..bulan puasa memang tak leh nak lengah-lengah balik…takut sangkut kat jalan…..kali ni saya tak ikut port dah..serak sangkut jem kat North Port….masak giler masa tu…lori besar-besar pulak tu…nak pulak tak ikut traffic light…main redah je…tau la jem tapi bertimbang rasa la…kalau dah besar, dan sangkut tengah jalan…dah ganggu kenderaan dari arah lain….saya haritu 3x hijau tak leh jalan lagi….ni semua lori punya pasal…..sangkut jem tengah jalan….


Sekarang balik ikut Pandamaran, terus masuk bandar Klang dan Jalan Meru….ok sikit,…ingatkan akan sangkut jem kat situ sebab situ kan bandar dan memang selalu jem…mungkin saya sampai area tu dalam pukul 4pm kot…sebab office kebanyakannya keluar pukul 4.30pm……

Wednesday, July 24, 2013

2 tahun 5 bulan sudah!

Hari azuin genap 2 tahun 5 bulan….sama la jugak usia penyusuan saya…penyusuan yang dah suam-suam kuku….

Dari minggu lepas lagi saya dh tak kelek ‘cooler bag’ saya ke ofis dah….memang stop pam kat ofis dah…memang rindu gak masa-masa saya buat projek tu….tapi apa kan daya…susu memang diakui kurang giler…sangat…pam pun dapat 1oz je…lepas tu kalau pam memang agak sakit la….

Saya berhenti pam kat ofis je, tapi saya masih bagi azuin mengempeng lagi….susu masih ada walaupun tak banyak..azuin memang suka mengempeng….tu la ‘bonding’ kami….tak sanggup nak pisah moment ni….tapi kat rumah pun jarang minum susu….azuin nak kalau nak tido je…nak manja dengan mama la tu!!!

Kat taska memang saya dah tak bekalkan ebm dah untuk azuin…habis sudah stok dan tak pam pulak tu….saya masih bekalkan susu kotak dutch lady tu dan jugak susu formula..kali ni saya beli susu Dutch Lady perisa coklat….Syukur sangat, azuin boleh terima walaupun tak banyak mana pun dia minum….azuin minum 1-2 Oz je sehari kat taska….lagipun sentiasa je makan, susu pun tak layan sangat dah….kat rumah memang azuin tak minum susu formula…dia akan mintak susu kotak je selain susu mamanya….

Bersyukur sangat yang azuin minum gak susu formula….tapi saya lagi bersyukur sebab berjaya bagi azuin minum susu saya sahaja sehingga 2 tahun…rezeki saya dan azuin….untuk adik azuin, azam yang sama akan diteruskan….semoga semuanya berjalan dengan lancar!!

Azuin selalu cakap susu mama sedap!!bangga sekejapJ……tapi rasanya azuin bukan nak menyusu sangat pun..lebih kepada nak dekat dengan mama je….

Azuin pun dah makin lama makin pandai…pandai macam-macam….suka sangat!!
Lepas tu suka main ipad papa….habis ‘yes’ papa sebab dok tengok you tube….macam-macam dia nak bukak…..budak zaman sekarang kan…..

Tapi yang paling mama&papa tak boleh tahan, azuin selalu buat perangai…selalu nak menangis je sejak akhir-akhir ni..nak dukung la..nak mama la..nak tido tepuk  la (tido atas bahu sambil tepuk)….mama dah la tak larat nak angkat azuin sangat…ke sebab azuin dah tau yang dia akan dapat adik!!dah cuba bagitau azuin gak sikit2 pasal adik dia ni…sampai kadang2 azuin main pukul perut mama ni…..


Azuin sekarang suka tiru apa yang mama panggil kat papa….’yang’ la…cik abang la…kamu ni anak!...takkan mama nak panggil papa pulak…..azuin boleh la panggil papa……tapi sangat comel kalau azuin panggil macam tu…siap ikut nada mama panggil pulak tu!!

Monday, July 22, 2013

Ramadhan Kali ni…2013

Alhamdulillah, harini dah 14 Ramadhan dah….sekejap je dah nak lepas separuh bulan berpuasa..Syukur jugak diberikan kesempatan kami berbuka sekeluarga ni..dan, semangat untuk memasak untuk keluarga jugak tak pernah kurang sebab tahun ni berazam nak kurangkan berbelanja di bazaar ramadhan..Setakat ni baru 2 kali saya singgah ke pasar malam (bukan bazaar ramadhan sebab kat rumah saya memang pasar malam setiap Rabu & Sabtu)….singgah pun sebab teringin nak makan murtabak…dan memang 2 kali singgah tu beli murtabak je….saya cuma bawa rm3 je tau…bukan apa kalau bawak banyak duit mesti nak beli macam-macam….lagipun rutin berbuka kami lebih kepada nasi (selain kurma)…

Sedaya upaya saya mempelbagaikan menu untuk juadah berbuka…bukannya susah dan lama nak masak pun..kadang-kadang saya mula masak pukul 6pm…sempat lagi la…tapi kena cepat dan tiada gangguan la…Senang masak nasi masa berbuka sebab boleh bawak sampai ke sahur…Cuma panaskan lauk je…setakat ni mr may dan azuin pun tak banyak komplen dan layan je apa yang dimasak…azuin lebih suka kalau makan nasi selain nasi putih..berselera je..tu yang saya lebih suka buat nasi selain nasi putih…seronok sangat!!

Dulu ingatkan dah pindah rumah baru, susah nak makan sekeluarga….yela, mr may kan kerja jauh..pulak tu banyak halangan nak balik rumah bulan puasa ni….jem sana-sini…sebab ramai yang balik awal bulan puasa ni…Kalau hari Jumaat jangan certa la…Hari Jumaat minggu pertama puasa tu mr may siap set masa/kilometer lagi…2.6 km dalam masa 2 1/2 jam..hari lain, tak menjadi masalah la…walupun sangkut tapi boleh lagi la…selalunya sebelum 7pm mr may dah sampai rumah…saya pulak, macam biasa je sebab jalan saya balik rumah tak ada masalah jem bagai…kalau lambat pun sebab saya keluar ofis lambat..tak pun ikut belakang bontot lori… kebiasaan memang pukul 5pm (siap ambil azuin)…sempat la layan cerita Dahlia dulu (ni minggu akhir cerita Dahlia tu)…

Berpuasa dan hamil agak mencabar jugak..terutama minggu pertama Ramadhan…sebab nak kena sesuaikan diri…dan, syukur setakat ni saya masih dapat berpuasa dan kesihatan yang baik…ni merupakan kali kedua saya berpuasa ketika hamil…kali pertama semasa mengandungkan azuin…tapi masa tu tak mampu nak puasa penuh…tinggal 7 hari…sebab masa azuin tu saya msih lagi dalam Trimester Pertama…kali ni pulak dalam Trimester Kedua…lebih rasa segar la sebab dalam trimester ni selalunya memang perasaan yang agak selesa sikit berbanding yang pertama dan ketiga…Minggu ni saya dah 20 minggu…baru separuh perjalanan….ada baki lagi 20 minggu…

Tahun ni saya nak berpuasa penuh…macam tahun 2011..ye, masa tu saya dapat puasa penuh sebab susukan azuin dan pada masa yang sama ‘kawan baik’ saya memang datang lambat selepas bersalin…

Ahad lepas, ada gotong-royong pacakkan pelita kat depan setiap rumah…cantik je nampak…tapi tak nyalakan pun lagi..nanti boleh la nyalakan…meriah sikit rasa…Baru rasa suasana berpuasa dan meriahnya duduk kat rumah baru!!


Semoga Ramadhan kali ni memberi keberkatan kepada kami sekeluarga dan seluruh umat islam di muka bumi ini!!....

Thursday, July 18, 2013

Apply mykad secara online

Syukur Alhamdulillah..dah ambil pun mykad….kena buat baru sebab mykad(IC) hilang…memang tak sedar bila IC tu hilang..sedar pun masa nak buat cimb card kat office awal bulan 7 haritu…bayangkan lah dah berapa lama saya tak ada IC..nasib tak kena cekup bagai….hahaha….

Kali ni saya buat thru online je..sebab malas nak ambil cuti p JPN semata-mata nak buat IC….nasib baik sekarang dah ada sistem dalam talian ni….memang sangat senang la…semuanya dihujung jari….tapi untuk kutipan masih kena p JPN tapi kurang la sikit masa kat JPN tu kan..sebab nak ambil je….

Saya buat melalu mykadganti….senang je..kalau melalui myEG pun boleh jugak..tapi kena tambah service charge RM2 la….saya kena RM210 untuk kali kedua hilang….tapi kena bayar jugak la sebab karang jadi pendatang asing pulak……

Tak sampai 10 minit dah siap semunya….kena tunggu dalam masa 10 hari untuk kad siap dan boleh ambil kat mana-mana cawangan JPN yang dekat dan senang untuk kita ambil….saya ambil kat JPN Klang je..sebab dok fikir on the way balik rumah boleh singgah ambil je…

Saya buat 8/7/2013….15/7/2013 dah siap…tak sampai 10 hari pun…tanya status kad pun melalui sms je….senang kan….

Memandangkan hari selasa tu saya EL…terus la p ambil kat situ….tak ramai orang pun, cepat jugak servis kat kaunter…walaupun ramai orang…



Lepas ni kena jaga mykad tu baik-baik….kalau hilang lagi kena RM310 pulak…haih….

Monday, July 15, 2013

Air tak ada pulak

Ni cerita tak ada air…..air tak naik ke tangki….haiyo!! kalau tak ada elektrik ok lagi…kalau tak ada air memang tension la sangat!!

Mesti dah lama dah kan…selama beberapa hari tu kami mandi untuk habiskan air tangki jela…..tension jugak sebab ingatkan ‘pressure’ tak sampai…tapi tak mungkin la…lepas tu, check air kat sinki dapur memang ada…mestila ada sebab air kat sinki tu memang ‘direct’ dari sumber….sebab dah malam baru air tu tunjuk tanda-tanda tak ada, so Sabtu la ingat nak check and buat apa yang patut….terpaksa la kami mandi kat bawah….dengan kaedah tadah air kat sinki….toilet pun kena simbah bagai……

 Hari Sabtu tu mr may p ke sales gallery ijm…buat aduan la pasal ni….dan, contractor ijm tu free lepas pukul 1pm sebab dia ada appointment lain…tunggu punya tunggu tak nampak pun kelibat dia…haih,,,kalau tak boleh datang tu bagitau la dulu…kan dah bagi no telefon…tak la susah-susah kami tunggu…..terpaksa la seharian kami berkampung di bilik air kat bawah ni…..

Hari Ahad mr may cuba la panjat bumbung rumah nak tengok tangki tu…kot la pelampung ada tersangkut ke..konon terer la tu…tapi tak jumpa jugak penyelesaiannya…last sekali google cari plumber kat area rumah kami ni…nasib baik jumpa….dah servis memang tiptop…sekejap je dah siap…….pelampung tu dah rosak…..tukar yang baru dan tak sampai sejam dah siap….dan melayang jugak la RM120….tak tau la harga ni mahal ke tak..sebab tak pernah panggil plumber ni dan memang tak tau sangat pasal harga…..tapi rasa macam mahal je…..kalau ada kemahiran macam ni lagi senang….tak yah susah-susah panggil plumber dah….











Thursday, July 11, 2013

Bukan kali ni...

YE..bukan kali ni lagi….temuduga PTD untuk fasa kedua dah keluar…tapi saya tak disenaraikan lagi…hmmm, terfikir gak berapa fasa yang dibuat..ada siapa-siapa tau?….kan best kalau tak yah interview..terus serap ke…hahaha, verangan la sangat…

Fasa kedua ni penjadualan temuduga pada bermula 17 Julai 2013 sehingga 31 Julai 2013….tapi bagus jugak tak kena lagi…boleh la study lagi(study la sangat)…ada la sikit study sebab sekarang mr may memang tengah struggle pulun study untuk interview dan exam 31 Julai ni….penemuduga mr may siap dah kol dan cakap dia pernah gagalkan candidate lagi..dia suruh buat report elok-elok dan betul-betul bersedia….nak dapatkan gelaran IR kenalamenjalani beberapa ujian, kursus dan temuduga oleh "Board of Engineer" (BEM) & "instituition of Engineers" (IEM)…Hope mr may berjaya…..

Semalam adalah hari yang agak tension sebab sepatutnya saya kena p interview kat sebuah company di Penang…memang dah lama gak teringin kerja kat situ….company besar more than 5K employee…sah-sah benefits pun bagus, salary pun boleh naik lagi, bonus, profit sharing, loan interest la..dan macam –macam lagi..sebenarnya dah dapat kol interview minggu lepas lagi….tapi saya cakap ok je…bukan apa, rasa sayang nak tolak awal-awal….kalau tak fikirkan keadaan saya sekarang memang dah redah p dah…tapi sebab memikirkan family dan mr may pun ada tanya kat bahagian penempatan…tapi hampa sebab penempatan kat utara (terutama Penang) baru je diisi dan masih ramai lagi ‘waiting list’…bukan apa, takut dapat nanti takkan nak berjauhan pulak….

Hari Selasa, HR tu email ingatkan lagi…masa tu terpaksa la saya dengan berat hati tolak interview tu….sedih woooo…..peluang terbentang luas tu….tu kalau kes kerja kat swasta la…..kalau PTD ni pulak, takleh cakap banyak sangat sebab taktau kemungkianan berlaku….kalau tak dapat memang saya nak cari peluang kerja dalam swasta yang boleh naikkan lagi gaji untuk masa depan la…tapi kalau dapat pulak PTD ni..lain pulak cerita…hmmm, terpaksa la berkorban banyak benda…salary pun haruslah banyak kurang..tapi minat punya pasal, layan jela….


Apa-apa pun, kena bersyukur dengan setiap ketentuan-Nya….adatlah berjaya dan gagal….semuanya ada hikmah disebaliknya…..kita mungkin terpaksa melepaskan sesuatu yang kita nak….tapi kemungkinan juga Allah dah tentukan yang lebih baik di masa hadapan!!

Wednesday, July 10, 2013

Checkup Hamil Minggu ke-18

Ambil masa sekejap update blog ni..memandangkan hari ni hari pertama dibulan puasa, ada sedikit rasa tak selesa kat badan ni..macam loya semacam je..hari pertama biasalah…harap, esok dan seterusnya ok la kan…kalau ‘lunch hour’ macam ni kebanyak kawan ofis saya lepas surau dan tido…saya nak jugak tido tapi mesti sesak punya la surau dengan manusia, lepas selepas ‘lunch hour’ la gamaknya…kat ofis tak berapa nak best nak tido bagai….tak selesa…kat surau boleh baring-baring lagi…hehehe…

Pagi tadi tak sempat nak masak lauk yang best..makan nasi dengan ayam goreng je…lepas tu letak kicap…ada air asam jugak la…air asam kelmarin..(sian suamiku makan tak berkuah)…bukan apa, saya dah nak masak kan sambal telur sebagai kuah tapi suamiku taknak pulak….tak apa la…makan dengan kicap pun sodap kan…yang bestnya azuin pun teman mama&papa bersahur….

Sebenarnya entri ni lebih kepada nak cerita pasal checkup petang semalam…sepatutnya checkup pukul 2 tapi saya keluar ofis pun dah pukul 2…hahaha, terlewat sikit sebab ada kerja yang nak kena siapkan sikit…so, saya agak sampai dalam 2.30-2.40pm la….tapi hampeh…jem pulak on the way balik tu….hambik, sampai klinik pukul 3.30pm tu….nasib baik la checkup biasa dan tak ramai orang….sekejap je proses dia..pukul 4.00pm dah settle…sangat cepat kan….bukan buat apa pun, timbang, chek urine, hb, check perut dan sesi ramah mesra….tu je….

Hb kali ni baru check yang kat hujung jari tu…..masih normal, 11..walaupun kurang dari sebelum ni..tak salah 12 lebih sebelum ni….tapi kira ok la sepanjang mengandung kali ni hb tak pernah rendah…masa azuin dulu selalu je rendah….Check perut pun nurse cakap ok…ntah la apa yang ok..nurse pegang-pegang dan ukur tinggi rahim….

Lepas tu, dapat la obimin lagi…dan checkup seterusnya 6/8/2013…hari selasa….dah dekat nak raya tu…nurse cakap kalau nak balik raya awal, boleh jugak p check up kat klinik kat kampung….tak pun call tukar masa….saya rasa macam ok kot…sebab rancang nak balik 6hb malam tu…

Temujanji untuk scan pun dah bagi…memang awal dia bagi…scan minggu ke 28, 18/9/2013…..saya mintak pukul 3pm…senang sikit…boleh keluar dalam pukul 2 dari ofis…nak jimat cuti la katakan….

Sekejap sungguh…lagi 2 minggu nak sampai ke pertengahan kehamilan…..kali ni memang banyak relax…sebab tak rasa sangat sakit bagai….perut pun masih comel lagi….memang tak nampak macam mengandung pun….nak pulak saya ni jenis yang bergerak aktif, pakai baju pulak memang tak nampak perut tu…sebenarnya ada nampak perut tu…Cuma malu-malu lagi nak menonjol perut tu….selera makan pulak, tak macam masa azuin..dulu masa azuin memang nak makan je keje….sekarang ni macam kurang jugak la….biasa-biasa je makan tu…


Tahun ni boleh la berpuasa penuh…..semoga kesihatan ibu mengandung ni baik-baik sepanjang Ramadhan ni…..

Monday, July 8, 2013

Penangan Petai…

Hamil boleh makan petai ke?hmm, saya memang hantu petai…nak lagi kalau sambal udang petai…sedap woo….

Sebenarnya baru je lepas makan nasi dengan sambal petai….ye, seawall pukul 10.30pagi saya dah makan bekalan untuk lunch saya harini….lapar sangat!!...Sebenarnya sambal udang petai ni bukan saya masak pun…diimport dari Selama, Perak….mak mertua yang kirimkan….masakan mak memang sedapkan….apa yang dimasak memang sedap…..

Lepas je Iwan bagitau nak singgah rumah dan ada bawak nasi daging,,,memang kami dah terliur dah….nasi daging mak buat memang sedap….saya pernah buat tapi tak sesedap yang mak buat….kena air tangan mak jugak kot…hehehe….Iwan cuti seminggu jugak dan lepak kampung…Jadi, semalam baru balik sini…on the way tu dia singgah la rumah dan kami makan malam sekali la….makan bekal yang mak bagi…Ingatkan ada nasi daging dan air asam je…sekali ada sambal udang petai la….terus saya panaskan dan tak sabar nak makan….hahaha……

Dah lepas makan tu baru terfikir, boleh ke  makan petai semasa hamil ni?tanya gak mr google..ada yang cakap, boleh..dan elakkan makan di hujung kehamilan….takut air ketuban bau busuk…..yang bau busuk tu mungkin la kot..sebab kalau makan petai selalunya kalau buang air mesti bau punya la..ala, bukan lamapun…sehari je kalau nak bau tu (nasib baik kat rumah sekarang ni ada banyak bilik air)…..

Bukan apa, mr may memang tak layan petai ni….dia tak suka bau petai ni…terpaksa berpisah toilet kejap untuk sehari dua ni…..kang ada orang komplen toilet bau petai pulak……


Hari ni memang saya ada bawak jugak nasi daging dan sambal udang petai datang ofis…sebelum rehat saya panaskan siap-siap…takut nanti masa rahat saya panaskan bau semerbak pulak…kena hormat jugak la sebab ada orang yang suka dan ada orang yang tak suka…..lepas panaskan, saya biarkan je pintu microwave tu terbuka…bagi hilang sikit bau petai tu……Jadi, kalau nak makan selepas tu, tak yah la panaskan…Cuma panaskan nasi jela….
Semua dah selamat dalam perut saya!!tak sempat tunggu lunch….nanti lunch makan biskut jela!! Balik rumah boleh makan lagi sebab ada lagi lebih sambal tu….simpan dalam peti sejuk je dulu…hope peti sejuk kat ofis ni tak la berbau petai……

Jual Barang Pulak

Semalam, tamatlah riwayat tv Haeir 21”saya….tv yang banyak berjasa kepada saya dan keluarga kecil kami...tv ni la saya guna since kat Penang….lepas housemate keluar, barulah p cari tv baru…beli yang murah je..tak salah beli tv ni awal tahun 2009…beli kat Giant, Bayan Baru je….memang la gedabak tv ni tapi ni la yang murah yang mampu saya beli…RM260 tak salah harga tv ni…..

Lepas tu, angkut lagi tv ni p kl selepas dapat kerja kat sini….dan tv ni jugak la yang kami guna dari awal kahwin sampai la pindah ke rumah baru….tengok world cup 2010 pun dengan tv ni…..

Memula tu ingat nak jadikan tv kedua dan letak dalam bilik…tapi memandangkan saiz yang gedabak dan memakan ruang, kami pun cadang jualkan aja la…nak bagi kat family pun dorang dah ada tv masing-masing…canggih lagi…so, dari dok tunggu dan simpan baik dijualkan je…

Disebabkan semalam memang hantar ika kat TBS, Bandar tasik Selatan, teruslah kami lajak ke Bandar Permaisuri..area rumah lama kami yang best tu….cari kedai BST (buy-sell-trade)….memang dalam kepala tak fikir pun berapa dapat kalau jual ni…sebab tak tau nak letak harga….tapi harga mestilah bawah RM100kan….

Kat kedai tu memang banyak yang boleh dijual..tapi jual barang yang masih elok la..sebab dorang akan jual balik barangan tu…macam kedai barangan terpakai la….

Lepas dok ting tong ting tong, tv ni selamat dijual dengan harga RM60 je…memula kami nak jual dalam RM80…tapi Syukur lah..RM60 pun ok jugak..rezeki jugak tu…bukan apa, memula tv tu pun macam tak nak hidup je..mungkin sebab dah lama tak bukak dan dok bergoyang bagai masa pindah, naik lori la…nasib baik tv ok dah masih boleh digunakan…..

Lepas tu kami terus dok berkira-kira apa lagi yang boleh dijual…hmmmm, nak kena selongkar stor la..rasanya banyak lagi benda yang tak guna dan masih 

Tuesday, July 2, 2013

Aktiviti Minggu Lepas

Memang mengejut punya rancangan…hari Jumaat masa kat office tu mr may ada bagi cadangan nak stay kat tengah kl macam tu…nak melepak la macam tu..sambil-sambil tu boleh bawak azuin jalan-jalan gak….

Walaupun boleh je nak balik hari tapi rasa macam penat pulak….kat office tu mulalah mencari hotel yang available….memang susah gak la nak cari yang kosong dengan harga yang kami nak…yang mahal tu ada la..tapi macam tak berbaloi la pulak……tapi kat office terhad la sikit nak google sebab kerja pun banyak..kira sambil-sambil je la…lepas tu kat rumah baru cari semula….agoda, booking.com, thru hotel memang banyak yang dah penuh….nasib baik terjumpa satu bilik gak thru AsiaRoom….

Alkisahnya, kami menginap la di Grand Continental, dekat dengan Jalan Sultan Ismail gak….yang penting tempat tu dekat dengan Jalan TAR, Sogo, Kampung Baru, LRT, Monorail dan pemandangan KL yang menarik dapat kami tengok (macam tak pernah tengok je kan…hahaha)….

Hari Sabtu tu keluar rumah pun dah pukul 8.30am….hajatnya nak breakfast kat Village Park Damansara lagi…..dah lambat sebenarnya kami sampai sana dan memang tersangatlah ramai orang kat situ….nasib kami baik…senang dapat ‘parking’, senang dapat meja…takyah nak tunggu lama…
Menu saya kali nasi lemak rendang ayam….nak rasa rendang pulak….hmm, rendang memang sedap, Cuma macam tak berapa nak sesuai makan dengan nasi lemak…sebab mana nak rasa rendang lagi, nak rasa sambal lagi..tapi azuin memang layan makan kat situ….
Azuin siap buat tangan lagi..tanda sedap….azuin kongsi nasi dengan papa sebab papa order nasi lemak ayam goreng..ayam goreng memang kesukaan azuin!!
Dengan mama pulak…..sabor je tangkap gambar dengan mama taknak tengok camera pulak!!!
Lepas tu baru kami gerak ke Sogo….check-in kan lambat lagi..pukul 2 baru boleh…jadi, boleh la beronggeng kat Sogo dan Jalan TAR dulu..target nak beli baju raya siap-siap….dapat beli baju mr may dan kasut saya je….memula tu memang la dok pilih baju untuk azuin…ada la beberapa pasang jugak..tapi dok tengok kat kaunter nak bayar tu punya lah panjang, terus letak balik baju-baju tu….tak kuasa nak bertaur panjang….tersangatlah ramai ornag kat Sogo….kalau setakat beratur panjang biasa-biasa ok la…ni terlalu luar biasa……

Tapi terubat gak hati….sebab ada Erra Fazira datang Sogo…sempat la saya snap dan ambil video si Jelita ni….memang cantik…muka kurus dan runcing je….sebenarnya kalau nak bergamba dengan Erra kena beli barang kat Floor 5 ni…tapi, saya tak beli pun…tak apa la..dapat tangkap gambar dan tengok Erra pun dah cukup!!
Dalam 1.30pm baru kami gerak keluar Sogo….Terus p hotel check-in…lepas solat dan rest sekejap, dalam pukul 3pm macam tu kami keluar lagi….keluar makan kat Nasi Kandar Yaseem….saja je nak cuba sebab Iwan cakap sedap…Jalan kaki je dari hotel sebab keadaan jem yang agak teruk…..Hmmm, makan kat sini ok la…tapi bukan kategori kedai yang akan kami singgah lagi la…hehuhehu….

Dah alang-alang kat situ, dan memang dekat dah dengan monorail Medan Tuanku….terus ‘plan’ bawak azuin naik train….ni kali kedua azuin naik train…dulu naik, azuin kecik lagi…taktau apa pun..sekarang ni teruja bila ajak naik train….mana taknya, kalau dok belajar kat Ipad papa tu memang dok kenal banyak kenderaan la…..

Masa dok beli tiket tu tetiba terserempak dengan kawan masa kitorang masa kerja kat Venture dulu, Faz dan family…lama sungguh tak jumpa….yelah, saya pun dah 3 tahun lebih dah tinggalkan Venture…dah la terkejut jumpa kat situ..tak sempat nak borak lama-lama…..

Kami naik Monorail dari Medan Tuanku ke KL Central….lepas tu patah balik ke Chow Kit….seronok tengok azuin dapat naik train…..
Aktiviti petang kat hotel je….layan azuin mandi swimming pool….malam pulak rest kat bilik sebab mr may layan bola je (TRW lwn JDT)…..memula ingat nak pekena nasi lemak city garden kat kampung baru tapi dah kenyang sangat pulak…..azuin pun tido awal gak…tu yang lepak bilik jela…


Ni pulak masa breakfast….azuin layan makan tembikai….sedapnyeeeee….

Lepas makan, naik bilik terus tukar baju, mandi kat swimming pool lagi…..swimming pool kat sini cantik sebab berlatar-belakangkan klcc….kalau malam menarik la….

Tengahari lepas check-out, kami layan nasi ayam kampung Haji Hasssan kat Velodrom, Cheras….dah lama tak pekena nasi ni..dulu masa dok kat permaisuri selalu la jugak makan kat sini…sekarang ni memang susah la sikit….

Lepas tu apa lagi, kami gerak balik la…sempat la jugak singgah Fella Design….Fella Design ada warehouse sale sekarang ni 28/6/13-7/7/13……sofa memang cantik la..siapa yang minat sofa boleh la usha sini….kami cuma beli kitchen mat je….dapat murah….

Tu la sedikit sebanyak aktiviti hujung minggu kami….bila la pulak mr may nak bawak p PD ni….nak lepak kat tepi laut pulak la…..