Tuesday, December 29, 2015

Adam & Aeroplane!!

 Nama saya Muhammad Elman Adam….Umur saya 2 tahun…Saya suka "aeroplane"….
Layan Adam tengok aeroplane….kali ni kat Subang je….dekat je...
Kat sini tak banyak yang boleh tengok…jauh sikit tapi boleh la untuk lepas gian Adam ni…nanti baru mama & papa belanja naik aeroplane lagi ek...
Muka excited….

Belanja Aeroplane….
Tada….nasib baik jumpa yang ni..beli kat tesco je…Adam memang suka sangat la...
nampak tak….nak tido pun nak pegang aeroplane dia ni…..

Monday, December 28, 2015

Aktiviti di Taska Lagi..

Seronoknya kalau dapat gambar aktiviti anak-anak di taska…..antara aktiviti di taska masa cuti sekolah...
Azuin Amani….nampak tak adam dalam baby cot tu….kena kurung la tu….sekarang ni musim gigit menggigit kat taska….Adam kena gigit juga..dan Adam ada gigit budak jugak..jadi budak-budak kecik kena letak dalam ni..nak elak masalah ni….
Giliran Adam pulak menulis…memang suka la Adam ni bab-bab pegang pensel ni…kat rumah pun memang dia suka sangat menulis….dan Adam sekarang dah kenal A-Z dan nombor 1-9….nombor sepuluh dia akan cakap "one" & "o"….kalau jawi dia kenal sikit sampai "dal" je….mandarin pulak, boleh hafal sikit-sikit number tapi tak berapa nak clear lagi…..

Saturday, December 26, 2015

Q-dees 2016 Registration

Selesai sudah urusan pendaftaran untuk Azuin Amani ke sekolah tahun depan….Tahun depan masih di Q-dees…tapi tahun depan dah masuk kelas 5 tahun…Teacher pun lain…

Untuk tahun 2016, kami dah buat Pre-Registration dah haritu…boleh baca sini : PRE-Registration

Jadi, kali ni cuba buat bayaran penuh jela…

Dapat Payung jugak…..




Thursday, December 24, 2015

Zoo Negara & Muzium TUDM

Dapat juga akhirnya bawa Azuin & Adam ke Zoo Negara….Adam kira pertama kali..Azuin dah pernah p dah tapi kecik lagi masa tu….

Cuti-cuti nak bagi kenal haiwan pulak…kami gerak ke Zoo awal sebab target nak sampai sana sebelum pukul 9 pagi..Zoo bukak 9 pagi….memang sesampainya kami kat sana, memang dah ramai dah orang yang macam kami ni…datang awal dan tunggu zoo bukak…..
Gambar dulu..masa ni zoo tak bukak lagi…

Kali ni kami amik tiket yang boleh masuk tengok panda jugak….Jom layan gambar kami di zoo...









nampak tak panda….sangat comel panda ni...
Selepas tu kami sempat tengok "animal show"…cuma yang tak best buat kat tempat lain..agak sempait jugak la…sebab tempat yang biasa buat tu tengah "renovate"….tapi, kakak je tengok…adam dah lena dah..penat la tu...

Selepas tu, kami ke Muzium Tentera Udara Malaysia di Sungai Besi….

Percuma je masuk..muzium ni macam terbiar sikit tapi puas hati la dapat bagi Adam tengok kesukaan dia…Adam memang suka dengan "airplane, helicopter"…teruja la Adam...










Aktiviti macam ni baru best kan…sambil jalan-jalan sambil belajar…..memang seronok seharian berpenat tapi berbaloi….sebabnya dah alang-alang kat area KL, tu yang kami tapau selagi mampu…..ni pun dah tak larat dah….

Monday, December 21, 2015

Azuin's Q-dees Diary - 4Y En Edison

Yeay…photobook yang ke 20….Azuin's Kindergarten Diary!!

Penat kumpul gambar Azuin untuk dapatkan buku ni….sebenarnya idak la saya buat semua sekaligus…Setiap bulan saya akan compile & update la..takla banyak sangat kan…..buat sikit-sikit lama-lama siap la….

Sangat puas hati sebab dapat tengok semua gambar aktiviti Azuin di sekolah…kesemua gambar ni saya ambil dari fB Q-dees…memang setiap aktiviti yang melibatkan Azuin saya akan simpan….Nanti Azuin boleh tengok sendiri…..mesti dia seronok….boleh bercerita dengan dia sambil tunjukkan gambar…..
Cover photo book..







Photobook ni seperti biasa, masih khidmat Pixajoy lagi….Satisfied!!!


Wednesday, December 16, 2015

Cuti-Cuti Hujung Tahun - Penang (10-13 December 2015)

Trip kami bermula hari Khamis…Jumaat tu cuti sebab Hari Keputeraan Sultan Selangor…tu yang kitorang ambil lajak cuti terus ke Penang…Sebenarnya kami dah book hotel kat Melaka dah…untuk cuti kali ni…..memang nak stay 2 malam jugak…tup tap kawan opis bagi voucer hotel free untuk 2 malam….kat Penang pulak tu….terus cancel hotel kat Melaka tu….nasib baik book kat booking.com….boleh lagi cancel….voucher tu due dia 31st December 2015..tu yang kena p jugak…

Memang terus saya call hotel untuk booking…takut jugak hotel tak ada available room…tupun nak ambil 11 & 12hb…tapi tak ada…yang ada 10 & 11hb je…terus book la…kami book lagi satu malam kat hotel yang lain pulak 12hb tu….

Cuti-cuti Penang kali ni lebih kepada nak lepak & cari makan je…lepas rindu kitorang..

First stop kami ialah di Kapitan kat area Queensbay..lama giler tak makan sini..memang terngiang-ngiang nasi beriani pot & nan cheese dia..

nampak tak..nampak tak….sedap tau…..

Selepas tu barulah kami gerak ke Tanjung Bungah….Check-in Hotel..

Voucher tu untuk Hotel Rainbow Paradise, Tanjung Bungah...



Paling best mengadap laut..seaview gitu….cantikkan…sebelah tu Hotel 
Hall dia…besar dan puas hati…

Petang tu terus bawak Azuin & Adam p pantai….main pasir..Azuin cakap dia suka main pasir…Adam pulak suka mandi laut…suka dia kat laut tu…pasir tu Adam macam geli sikit…tak suka ada pasir lekat kat kaki dia tu…haih...
Dah penat main pasir & Mandi laut, sambung mandi kat swimming pool pulak…..nasib bank swimming pool cantik…ada untuk kanak-kanak jugak…

Malam tu lepas magrib, kami keluar p sup Hameed pulak…Sup Hameed terletak di Penang Road..dekat je dengan Cititel Hotel….
Memang kalau mintak sup akan automatik dapat roti ni…boleh cicah terus je dengan sup dia…

Keesokkan harinya, aktiviti biasa di pagi hari adalah main pasir & mandi kat swimming pool….Dalam pukul 11am baru gerak cari makan…memula ingat nak p makan kat Hameediyah…disebabkan tutup, kami pun terus lencong ke Tajuddin Hussain…Favourite papa la ni….
Beriani lagi….
Malamnya...Pasemboq Padang Kota..memula kami nak p makan yang kat Padang Brown or Gurney Drive…tapi mak aii susahnya nak parking…tu yang terus lajak p sini….Azuin memang dah lena dah masa ni..Adam je bangun….senang sikit nak makan..lagi pulak Adam sekarang senang je nak pancing dia…bagi pensil & Kertas dia akan diam la..suka menulis & melukis…memang la kita kena guide dia jugak tapi senang sikit la…

Keesokkan harinya, aktiviti biasa di pagi hari adalah main pasir & mandi kat swimming pool….Dalam pukul 11am baru gerak cari makan…memula ingat nak p makan kat Hameediyah…disebabkan tutup, kami pun terus lencong ke Tajuddin Hussain…Favourite papa la ni….

Hari Sabtu…Kami check out dari Rainbow Paradise ni..tu pun sempat lagi budak-budak ni main pasir & mandi laut pagi tu….

Check out pukul 11pagi macam tu..terus lajak ke arah Bayan Baru…kami nak cari makan belah sana pulak….kami makan kat Kayu Nasi Kandar…lama giler tak makan sini….tak sama makan kat sini dengan Kayu kat area KL/Selangor ni….lain tau….dah kenyang baru kami chek in kat Vistana…..tak jauh mana pun, dekat je dengan Kayu Nasi Kandar ni….

Amani & Adam nampak macam terkejut je…sebab mesti diorang ingat dah nak balik dah……tapi ada surprise lagi……boleh mandi swimming pool lagi….cuma Amani komplen yang kat sini tak ada pantai….dia suka main pasir…..

Lepak sat kat hotel, petang tu baru kami gerak p Bayan Lepas…nak makan kat tempat makan kegemaran dulukala…..Bangkok Tomyam….malangnya tutup pulak…..terus lencong ikut arah ke Sungai Ara…..tak sangka on the way tu ternampak Bangkok Tomyam yang baru…kat area Sunway Tunas Bayan Baru…Apa lagi, terus lencong p situ…...
Kami makan Nasi goreng kampung & Nasi Goreng udang……teringin!!dulukala kalau p bangkok tomyam mesti makan nasi goreng kampung yang marbeles tu…..

Seronok sungguh jalan-jalan makan kat Penang….tak habis lag nak merayap makan kat sini….dah spend 4 hari 3 malam pun masih tak cukup lagi….nak kena p lagi ni……b





Friday, December 11, 2015

HRDF Conference 2015 (8 & 9th December 2015)


Berkesempatan untuk menghadiri HRDf Conference untuk tahun ni…Sebelum memang saya tak pernah tau pasal HRDF ni…semuanya bermula sejak saya masuk bidang HR ni….yela dulu masa Engineering mana nak pernah ambil tau pasal semua ni….sekarang ni adalah "baby" saya jugak la…dan memang company saya sekarang ni aktif untuk "apply & claim" HRDF ni…rugi kalau tak claim..kira semua training yang ada mesti "claim" HRDF ni…
Datang conference dapat la input sedikit sebanyak ilmu sebab Speakers yang ada memang sangat berpengalaman…Dah mula rasa seronok masuk bidang ni….Sebelum ni ingat senang je biadang ni tetapi taklah senang yang kita sangkakan..cuma tak nampak sangat apa yang dibuat…..  
Tpoic yang paling best ialah pasal Gen Y..
Nampak tak perbezaan tu…..

End of session..esoknya kena masuk opis pulak…..kerja tetap kena kerja!! 2 hari dah lari dari suasana kilang…kira terapi jugak la tu kan!!