Wednesday, August 31, 2016

Selamat Hari Merdeka ke 59!!

Selamat Hari Merdeka yang ke-59!! From Elman Adam & Azuin Amani!!




Wrist band dari ecoworld!! Dapat ni masa kami singgah di Eco Grandeur Sales Gallery..








Sunday, August 28, 2016

Wellness Carnival

Wellness Carnival : 27th Aug 2016
Tahun ni wellness carnival ni sama macam tahun lepas buat pada hari Sabtu jugak…meriah sangat dan dapat makan free yang best…kali ni kami dapat 4 sampling van dan boleh la cuba sepuasnya...
sampling dari booth nestum…dapat cuba banana punya..sedap!!
dengan Azdi & Mas
sampling van untuk Fitnesse breakfast..ada van Milo jugak...
yeah…suka buat plank ni..bagus untuk perut..perut sudah buncit la, hehehe
sempat bergambar dengan colleagues & factory manager.
sebahagian dari aktiviti yang ada…
Habis basah semua…
Walaupun penat tapi seronok sangat…

dan sekarang kita tungu September pulak...


Friday, August 26, 2016

August TSC Course

Alhamdulillah, August dah turunkan tirainya…yang pasti August memang banyak activities dan calendar saya memang full..

Jom layan gambar pulak

Sponsor Course
End with dinner with colleagues & TSC participants di Saujana Hotel, Subang.




Recognition for Black Caps..selain jadi presenter untuk activiti yang diadakan, saya juga black caps..


Sunday, August 21, 2016

Perpustakaan Raja Tun Uda

Bawa juga kanak-kanak ke Perpustakaan ni…Amani yang minta kat mama nak p sini…katanya nak p tempat yang ada banyak buku….seronok kemain dapat p situ…memang banyak buku dia ambil…seronok sungguh!!
Baca dengan papa
oh, Adam pun dah panda….nak baca sendiri…takmo mama bacakan...


Ynag bestnya..masa kami datang ni ada aktiviti lain yang boleh join…Amani join nyanyian lagu kebangsaan dan menari…maklumlah sempena bulan kemerdekaan..aktiviti pun tema merdeka la...
Selepas tu ada aktiviti buat origami jugak….buat sama-sama dengan diorang…seronok!!
Boleh datang lagi cuma sekarang ni tempat parking kereta agak terhad sebab tengah renovate…parking merata la kat luar tu..kalau taknak bersusah atau parking jauh, datang la awal...


Wednesday, August 17, 2016

Photobook lagi...

Photobook raya dah selamat saya terima..ini adalah photobook yang ke23..gigih buat koleksi…seperti biasa #pixajoy jugak jadi pilihan...






Monday, August 15, 2016

Q-dees Term 3 En Mozart..Congratulations Azuin Amani..Completed Book 12 (Nation 4)

Well Done Kakak!!! Congratulations!!
completed book 12...
completed Nation 4 : Ligt Flight Academy…year!!

Amani sekarang dah baca Book 13…more exciting!!


Sunday, August 14, 2016

S&P collection untuk rumah Bukit Jalil!

S&P untuk rumah Bukit Jalil dah dapat pun, yeay!!

S&P dah pun kami signed bulan lepas, 14 July 2016..di pejabat lawyer di Boulevard, Midvalley..dan settled jugak bayar 10% untuk tambahan parking lot…rumah ni cuma bagi 1 parking lot sahaja dan kalau nak lebih, kena beli la…Jadi, kami buat keputusan untuk beli satu lagi parking lot untuk kesenangan di masa hadapan…

tambahan parking lot kami dapat dalam floor yang sama..tak jauh pun….dua-dua parking lot dekat dengan lif...

Unit kami Type C..corner lot…

Tempat parking je ada…bangunan tak ada lagi….hahaha
selit gambar kids sikit..yang ni dekat developer office…

Rumah kedua dah on the way…rumah ketiga?? tunggu..nanti kita cerita ya :)

Wednesday, August 10, 2016

Musim Buah-buahan

Minggu Lepas, tokyah & Opah datang rumah bawa banyak buah-buahan..dari kebun di  kampung.
Pisang, rambutan, pulasan, durian dan langsat..semua ada…memang layan sungguh la…
Ni adalah kali pertama adam makan rambutan…azuin dah pernah makan dulu tapi dah lebih setahun dia tak makan rambutan…kali ni makan sungguh la...

Adam pun dah pandai makan durian dah….seronok tengok kids makan...
pisang yang mak bawa ni ada pisang kembar la…kalau makan dapat anak kembar tak? hehehehe

Saturday, August 6, 2016

Cologne for Azuin

Azuin nak beli yang ni…perfume katanya..nak wangi macam mama….nak pulak ada gambar elsa, lagila suka….kaka dah big girl dan minat macam ni dah….suka mama!!!