Tuesday, May 16, 2017

Happy Teachers Day 2017

 Happy Teachers Day!!

Bersemangat kids buat art & craft untuk teachers...

Tada....untuk teachers..terima kasih sebab ajar Amani & Adam..

Monday, May 15, 2017

Milo Breakfast Day 2017 @Putrajaya Floria 14 May 2017


Tahun ni berkesempatan untuk join Milo Breakfast Day lagi..walaupun tak dapat nak lari tapi kami join aktiviti yang ada kat sana...ramai yang kat luar sana tak dapat nak register jugak sebab sekejap je dah penuh...staff macam saya ni memang akan dapat registration email..dan dapat murah sikit la nak register tu tapi tak sempat jugak..macam goreng pisang panas...cepat je dah habis..kuota untuk staff pun tak banyak yang ada...

Tak perlu risau, boleh daftar di kaunter bukan pelari..masih dapat goodie bag, dan sarapan pagi...
 Tangan kena cop dah menandakan dah ambil goodie bag...
join "Bento" dengan Azuin..fun!! 
 Basket ball pun ada...
memang seronok dapat join aktiviti macam ni....
Banyak barang dapat dalam goodie bag...tahun depan kita join lagi ye:)

Pengalaman cabut gigi geraham bongsu

Dalam entri sini, saya dah kongsi pengalaman cabut gigi geraham..seminggu selepas tu, terasa gigi geraham bongsu saya longgar...dan pergi check dan memang betul la dah longgar..apa lagi..cabut la..

Tai cabut geraham bongsu lagi sakit kot berbanding cabut gigi geraham..memang la dah bius tapi tahla rasa macam sakit sikit..terasa yang hujung-hujung sakit tu...selepas dah habis ubat bius pun masih rasa sakit denyut kat kepala..tapi tak la sakit sangat cuma kalau dibandingkan dengan cabut geraham sebelum ni memang berbeza la...
Selepas ni, buat bridge untuk 2 gigi jela...tunggu selepas raya baru buat bridge tu..cuma sekarang ni rasa kosong jela kat bahagian belakang..

Sunday, May 14, 2017

Happy Mother's Day 2017

Art & Craft from Azuin & Elman to Mommy!! 
Thanks kids for this..Love you lots!!

Cantikkan...buat ni kat kelas dorang di Qdees..

Azuin Amani - En Newton Art & Craft for Mommy
Azuin in action!
Elman Adam - En Edison Art & Craft to Mommy
 
Elman in Action!
Elman Adam. Qaise.Iman
Elman Adam with En Edison's friends




 

Friday, May 12, 2017

Q-dees School Trip to Cruise Putrajaya (11th May 2017)

School trip tahun ni adalah ke Cruise Tasik, Putrajaya..Seronok la kanak-kanak tu dapat naik bas dan cruise..Hati ni risau la jugak nak lepaskan Adam untuk trip ni..first time p jauh tanpa mama la katakan..memang dah pesan macam-macam kat Adam..suruh behave la..buka apa takut la berlari-lari..dekat dengan tasik kan...
Nampak tak budak kecik yang excited tu...naik bas pulak tu..lagi la seronok...
Beratur sebelum gerak ke cruise...Azuin & Adam nampak seronok..nampak tak dua budak itu?

Sementara tunggu cruise...yang merisaukan adalah macam gambar kat atas ni..nampak tak adam dok tengok kat arah mana...berdiri pulak tu...
 Kaka memang bagus dan sopan :)


 Adam pilih port tepi tingkap..nak tengok luar la tu...
 Bergambar dengan teachers & friends.
Makan McD..yeay!!

Kali ni trip separuh hari je...tengahari dah sampai qdees...so, Azuin & Adam terus ke taska la macam biasa...baik tu memang dok bercerita sakan la...teruja sungguh!!


Tuesday, May 9, 2017

Monday, May 8, 2017

Nescafe Gold Blend Barista Machine is mine!

Dah beli pun Nescafe Gold Blend Barista Machine ni...bukan la kuat coffee sangat tapi terasa nak ada satu sebab kawan ofis dok cakap bagus..dan selepas tanya suami..dia bagi "green light" pulak..so, terusla gatal tangan ni order online...Dalam masa 2 hari je sampai dah...Saya beli online di Lazada.com je..senang..dapat Nescafe Gold Blend Jar 200g X 2...berbaloi la


Ada 5 styles of coffee...saya selalu buat cappuccino & Latte je..setakat ni, tu je yang masuk dalam tekak ni..yang lain tu rasa pekat coffe sangat. 

Untuk mesin ni hanya boleh guna nescafe gold sahaja tau..jangan nak memandai guna yang lain.
Tara..sangat cantik!
Terdapat 2 warna untuk mesin yang sangat cantik dan elegent ni..merah & hitam..pilihan saya ialah merah...memang nampak cantik kat dapur saya tu :)

Apa lagi, cepat dapatkan satu dan nikmati coffee cafe style dirumah je.
 

Saturday, May 6, 2017

Dari MRT ke Rumah Kueh

Hujung minggu belanja Adam & Amani naik MRT...Adam dok sebut-sebut sangat nak naik MRT ni...Naik MRT kat Sungai Buloh ke Surian..teringin nak cuba makan di Rumah Kueh by Rita Rudaini pulak la...Dah lama rasanya nak cuba makan kat sini.

nampak tak 2 budak yang excited tu..
Kami sampai kat Rumah Kueh ni dalam pukul 11. so kira nak lunch dah la..Rumah Kueh ni terletak di Sunway Nexis, kota Damansara...kalau naik MRT, turun je kat stesen Surian...
Kami cuba makan kuih jugak..Kuih Lopes dan Keria..memang sedap!
Makanan lauk tengahri pun not bad la...harga pada kami standard la..ok. 

Sebenarnya nak p makan kat bahagian atas..sebab ada playgrond untuk kids..tapi tutp pulak sebab ada private party nanti..so, dorang tengah dok set up bagai...duduk kat bawah jela...

 semua sudah kenyang..Jom balik..Nanti nak repeat lagi...nak makan laksa pulak...tapi kena p petang la sebab available masa minum petang ja..


Monday, May 1, 2017

Pengalaman cabut gigi geraham atas

 2 tahun lepas masa buat check-up gigi dan scaling gigi, doktor gigi dah bagitau dah yang gigi geraham saya ni boleh diselamatkan lagi..boleh buat crown katanya…

Tapi masa tu terasa gigi tak sakit lagi dan macam ok…jadi buat taktau jela…sampai la sekarang baru terasa denyut dia…dan dok rasa dengan lidah macam lubang besar je…risau kot!!

Sebenarnya Jumaat lepas buat appoinment dengan dentist untuk scaling gigi je..promotion katanya..so, kita terjah jela…dan dah p scaling terus la buat check up terus…dan gigi geraham yang dok rasa denyut tu memang sah dah besar lubangnya..lebih malang lagi memang tak dapat diselamatkan…penyelesaian kena cabut….doktor ada la bagi beberapa cadangan dan disebabkan memang saya nak cabut terus…doktor bagi cadangan buat "bridge"…

Apa itu "bridge"? Boleh baca sini

Terus set appointment untuk cabut dulu..yang bridge tu kemudian la..yang penting kena cabut sebab dah sakit kot…

Appointment pulak hari buruh 1 May…risau gak sebenarnya takut sakit ke apa..tapi buat "cool" je….

doktor letakkan acuan dulu….sebab nak buat "bridge" kan…

dah nak start cabut baru rasa cuak….masa cucuk kali kedua tu baru rasa sakit…doktor siap cakap "sorry" lagi sebab nak cucuk dan sikit sakit…yer…sikit je sakit nak cucuk bius tu…dan mulalah rasa kebas…

Sepanjang doktor dok godek2 gigi nak cabut  tu memang rasa la kepala dok goyang..kalau tak bius tahla rasa sakit dia macam mana…nampak agak susah doktor nak keluarkan sebab gigi sikit rapuh…tapi dah klua tu rasa lega….
Nampak tak lubangnya…besarkan…dah serpih jugak...
yang ni sebelah lagi satu…

balik tu kami singgah kedai beli ice-cream….makan bend yang sejuk….nasib baik pagi dah makan nasi banya jugak…memang tak makan la sampai sudah…dah habis kesan bius pun tak rasa sakit…memula tu risau gak kot akan rasa sakit bila dah habis ubat bius tu…Syukur sangat sebab tak sakit...

Sekarang tunggu klinik call untuk "bridge" pulak…cost untuk cabut RM150 dan buat bridge katanya RM 750 untuk sebatang gigi….