Wednesday, September 30, 2015

Hari Kelima di Sarawak - Bye Bye Kuching

Hari Kelima : Ahad (27 September 2015)

Flight ke KLIA2 pukul 9:20 pagi…kami gerak dari rumah dalam pukul 7pagi…yang lambat kat airport ialah masa nak check in luggage je….kami dah check in awal-awal lagi..tapi masih beratur panjag...ramai sangat orang kat situ…ramai yang balik bercuti la tu….
Yang lain tunggu kat luar je…sementara kami dok check in…
Arfah yang dalam pantang pun ikut sama ke airport...
Kelam kabut masuk dalam..sebab dah tak sempat..alih-alih…flight kami delay..adala jugak dalam sejam…sebab masalah jerebu ni….tu yang lambat….
Bergambar sebelum berlepas…Bye Bye Kuching..
Sangat cantik….dapat jugak tangkap gambar ni…sebelum ni kami tak dok tepi tingkap..kali ni nasib baik dapa dok tepi tingkap…boleh la ambil gambar….

Syukur kami selamat sampai walaupun agak jerebu…..dok kena berangkat la barang-barang sampai ke Putrajaya Central…

Links :






Hari Keempat di Sarawak - Pasar Serikin & Pustaka


Hari Keempat : Sabtu (26 September 2015)

Seawal pagi kami gerak ke Serikin….Rugi kalau tak jejak kaki ke Serikin ni kalau dah kat Kuching…Tak jauh mana pun..Pasar ni terletak di sempadan Malaysia-Indonesia….Terletak di Bau….perjalanan memakan masa sejam jugak la..dari Bandar Kuching dalam 57 km macam tu…dan tak boleh nak bawak laju sebab jalan biasa je…Sebab tu kami gerak dalam 6:45pagi..kira sampai sana dah dekat puku l 8 pagi..masa kami sampai tu kedai dah banyak bukak pun…parking senang jugak..kena RM 2 untuk parking…kalau lambat, parking susah dan jauh kedalam sikit la….Pasar ni bukak hari Sabtu & Ahad je tau...


Mak & Norly memang nak borong kain batik & sarung Sarawak….murah giler kat sini kalau compare dengan yang jual kat semenanjung….kain sarung boleh dapat RM 15-17 je..kalau kat sini ada la jugak RM 25….

Beli peguin ni nak tenteramkan budak-budak ni..tapi yang Adam sekejap je dah kempis..sebabnya Adam gigit mulut peguin tu…haih...

Kami tak borong banyak pun..sebab nak jaln-jalan sebenarnya…cuma aim untuk tikar je…beli 2…nasib baik yang kami beli tu tak besar mana….dapat la RM150…klau nak pos pun boleh..kena tambah lagi RM50…kami tak pos pun sebab ringan je, 4kg…dan boleh hand carry je….dia akan bungkus elok-elok macam kat atas tu…. 

 Pelbagai corak ada…pilih je yang mana nak….Adam penat tunggu sampai gigit jari…


Kami siap membeli dan usha barang dalam pukul 10 pagi jugak la….masa nak balik tu agak sesak sikit la…sebab dah ramai yang datang….nasib baik datang awal pagi….


On the way balik tu, kami sempat la singgah beberapa tempat yang menarik perhatian kami…cantik sangat…ambil peluang berhenti dan tangkap gambar…

Gua apa tah..tapi cantik pemandangan dia...


Tasik Biru….

Petang tu pulak, kami jalan-jalan kat Pustaka pulak…saja nak bagi ikan makan..beli roti dan bagi ikan makan….seronok tengok diorang…tak pernah bagi ikan makan la katakan…..Adam pun seronok sungguh!!! Jinak je ikan..cuma kena berhati-hati sebab takut tergelincir je…kena pegang anak-anak kuat la… 
Selepas tu, kami jalan-jalan sekitar Pustaka ni..cantik pemandangan


Selesai hari keempat kami….esoknya dah nak balik….

Oh ya, kami borong ikan terubuk masin jugak…yang ni beli di Kubah Ria...


Links :