Monday, April 30, 2012

dapat duit lagi...seronoknyeeee...!!


Semalam, masa cek gaji kat cimbclicks, adalah sangat terkejut..mana tak nya, jumlah bertambah!! Takkan company bagi bonus lagi kut…lagipun baru je bulan lepas dapat bonus…bonus susulan pulak masa bulan raya nanti..takkan dapat awal pulak…..excited pun ada sebab ada lebihan yang jumlahnya lebih dari 1K….

Terus check kat ‘transaction’…memang terkejut la…cepat & efektif sungguh!! Duit tu sebenarnya duit dari LHDN…hampir terlupa pulak…Yela, masa ‘declaration’ hari tu mr may yang tolong buatkan….dan ada la dia cakap saya dapat balik duit >1K & mr may mintak no akaun…kiranya tahun ni punya memang LHDN terus masukkan dalam akaun la! Lagi senang kan..sebabnya, tahun-tahun lepas memang dapat cek je….

Syukur, Alhamdulillah….boleh la tambah simpanan!!...berbaloi la jugak…sebab tiap-tiap bulan dah la kena potong cukai dekat RM100…kira terubat la hati ni jugak….Ni lah jumlah paling besar yang dapat semula dari LHDN…sebelum ni paling banyak RM800 camtu…

Yeay!!

**Gambar [kredit to mr google]

Sunday, April 29, 2012

Shaklee

Alhamdulillah…sekarang saya dah mula makan vitamin dari Shaklee..Dengan harapan kesihatan saya akan pulih dan bertenaga semula. Sejak akhir-akhir ni saya sedar yang badan saya kerap letih dan tak bertenaga. Paling membimbangkan, saya dah mula skip makan tengahari…Yela, dengan bebanan kerja yang tak menentu telah menyebabkan saya skip makan. Walaupun jadual mengepam saya masih konsisten tapi terfikir pulak takut mengalami masalah kurang susu pulak. Yela, untuk ibu yang menyusukan adalah WAJIB untuk makan dan tak boleh skip makan ni…saya pun dah mula risau & sedikit stress..sedikit sebanyak menjejaskan kuantiti susu yang dipam…

Dulu, kalau pam sesi pagi saya boleh dapat dalam 5 Oz..tapi sekarang kadang2 je dapat 5 Oz..kebanyakannya cuma dapat 2-3 Oz je….macam-macam bermain kat otak ni..saya kena teruskan penyusuan ni…itu memang niat saya sejak mengandungkan azuin lagi….

Jadi lepas berfikir dan tengok testimoni-testimoni dari pengguna-pengguna Shaklee, terus terdetik nak cuba..apa salah mencubakan…terus saya bukak ‘inbox’ dalam facebook..pernah dapat email dari ‘Nur Adilah’…msj dia bagi tu masa saya tengah mengalami masalah susu merudum masa ‘period’…terus msj dia dan tanya pasal Shaklee ni…lepas chit-chat dengan Adilah, saya pun buat keputusan!!

Banyak set-set yang ditawarkan mengikut kepentingan si ibu….Set B, Set E, Set 3M la…tapi untuk permulaan ni saya nak cuba dulu…nanti baru top-up mana-mana produk yang berkenan dihati…

Yes! Saya amik Set E (Fullpack Set B & Ostematrix)


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
                             
Fullpack Set B

i) Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.
                                           
Ostematrix

Cuma tambah Ostematrix. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 

Kalau ikutkan saya nak p Bangi Jumaat lepas nak ambik terus dari Adilah..tapi ada kekangan la pulak…so, terus Bank-In duit kat Adilah…tup-tup…sabtu pagi saya dah dapat barang..Cepatkan…I Like!!

Pagi sabtu tu terus cuba..kesannya nanti saya bagitau hokay…tuggu testimony dari saya pulak ye!!

Siapa yang perlukan Ostematrix @ SET E?
  1. Ibu yang mengandungibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
  2. Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
  3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
  6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  7. Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
credit to :
http://www.ibuhakimhaikal.com/2011/10/set-penyusuan-shaklee.html

Wednesday, April 25, 2012

Pameran Raja Kita@ Istana Negara Lama


Pameran Raja Kita sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang julung kalinya diadakan di Istana Negara lama kini sedang berlangsung bermula hari ini 16 April 2012 hingga 15 Jun 2012 nanti. Dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah Percuma.

Layan gambar jela....









Jadi, apa lagi..kami dah p pun...rebut la peluang ni..bila lagi nak masuk istana ni.....

Tuesday, April 17, 2012

Tengok rumah contoh lagi

Nak beli rumah lagi ke?? Minggu lepas, ada seorang engineer kat tempat kerja saya ada bagitau yang dia terjumpa ‘new development’ kat Kota Kemuning….Fresh lagi..baru ‘launched’ 9 March 2012…untuk Phase 1 dah habis…Phase seterusnya tunggu masa nak launch je…Dengar macam best gak sebab kawasan Kota Kemuning ni memang best….tengok brochure nampak macam menarik….Jadi, hari isnin tu saya pun singgah la kat sana nak tengok ‘showhouse’ tu…kawasan memang menarik…design pun menarik…tengok plan kawasan tu macam terancang gak…boleh cakap puas hati la…untuk phase 1 kalau tak silap harga start RM 313K…untuk phase seterusnya, haruslah lagi mahal!! Tengok Show house memang la boleh buat hati ni tertarik…Cuma yang tak best, saiz kecik la…lepas tu tak ada hall kat tingkat atas…tak leh la nak letak TV or sofa kat family hall kat atas tu..melainkan macam ‘show house’ tu, family hall pecahkan satu bilik…so, tinggal la 2 je bilik kat atas…no no no no….mana boleh macam tu…tak cukup bilik la pulak [pada saya la]…..


Tapi saya book la jugak 1 unit…conner lot semua dah habis…yang ni untuk phase seterusnya la…suka2 je book sebab free…kalau taknak, tak apa la...haha..pastu ada la dia bagi senarai panel bank..kot la nak check loan berapa lepas….no harm pun ambik kan….balik tu sembang2 la dengan mr may dan kami pun pergi tengok rumah tu sabtu lepas…saja nak tunjuk kat mr may…lagipun, nak p Kemuning Utama gak…dah alang2 p tengok sekali la….kesimpulannya..-mr may tak berapa berkenan…lagipun, sekarang ni tak pasti lagi macam mana…kot2 mr may dapat tukar p Perak or Penang ke?or Putrajaya ke?...lagipun kami dah ada rumah dah…tengah tunggu dapat kunci je…memang tak jadi nak duduk situ n kena sewakan jugak la….tunggu la beberapa tahun lagi la kot nak beli rumah yang besar sikit…..Sabar dulu ye!!..Jom layan gambar….

Hari tu jugak kami p tukar barang Elekrik…kat entri ni..kami ada book masa Homedec 2011 dulu…dulu beria2 book sebab nak duduk rumah kami tu….tapi sekarang kan dah tak jadi duduk, so terpaksa la tolak…duit memang tak dapat balik tapi boleh la tukar barang lain….mula-mula kami p branch yang kat Kemuning…Tapi barang tak banyak dan penjual tu suruh kami tengok kat HQ kat Jalan Kelang lama….kat situ lagi banyak barang…so, kami pun terus p sana cari apa-apa yang patut..hari tu dah bayar booking RM500..so beli barang pun dalam linkungan tu jela….kami grab vacuum cleaner & Oven je la…tu pun kena tambah lagi RM 25 lepas diskaun…ok la kan dari tak ada…

Dalam kereta.....nak duduk macam orang besar...
Mama..jangan snap gambar azuin la...hehehe
Mana lagi nak p ni....
ishh..lepaskan azuin...azuin nak turun!!
Azuin yang tak leh dok diam…kalau dukung habis bising la mulut tu..sebab nak turun…

Masa hari ni la berlaku peristiwa yang tak dijangka - azuin makan serpihan barang mainan...huh!!nanti ada masa saya cerita hokay!!



Monday, April 16, 2012

Buat apa tu???!

Ni la kerja azuin...suka sangat masukkan botol & keluarkan botol dari cooler bag mama....dua-dua cooler bag jadi bahan mainan azuin....bersepah botol dalam bilik dikerjakan azuin..haih!! aktif sungguh...

Thursday, April 12, 2012

Dah tak leh dok diam

Azuin sekarang dah tak leh dok diam...terutama masa makan kat kedai..nak berdiri la, turun bawah n jalan2 sekeliling la....memang mencabar sungguh...
Ni elok sikit la masa snap ni...ni makan kat Nandos Maluri....sebelum tu azuin dok main tarik rambut orang kat belakang...haish....

Kat Hajris Bistro, Bdr Seri Permaisuri....bising bukan main....semuanya nak di tegurnya...

dah suka minum air masak guna straw....sekejap je dok kat baby chair ni....lepas tu mulalah nak berdiri bagai....kalau boleh nak duduk kat kerusi macam orang dewasa....

Friday, April 6, 2012

Bismillah Cendol, Taiping

Balik Taiping haritu sempat p makan Bismillah cendol….Sedap weh!! Orang tepen mesti tau tempat ni…dekat area2 belakang sekolah St. George….Memang meriah masa kami makan tu…ramai orang….nasib baik ada tempat…tupun kena berkongsi meja….mana kosong, rembat je….
Kami makan kat dalam kedai...tak la panas sangat....

Tu dia...Cendol Kacang & laksa....cendol memang terbaik!!...Laksa ni kureng sikit...Laksa beli kat orang yang jual kat depan gerai ni...tumpang sekaki la tu....

Mesti ada gambar si cantik ni....azuin tido je...bagi kami peluang makan....thanks baby!!

So, sesiapa yang nak datang Taiping tu, boleh cuba cendol  ni.....

Monday, April 2, 2012

Balik Taiping

Taiping memang best..tempat memang aman damai la..sejuk je..mana taknya tempat paling basah dalam Malaysia ni....minggu lepas kami balik Taiping lagi...tak banyak pun aktiviti kat sana...banyak lepak kat rumah je...hari Jumaat sampai Taiping tapi singgah rumah jap je hantar norly..lepas tu kami terus p Penang...sebab nak ambik kad cimb saya kat CIMB Bayan Baru..Best nye dapat p Penang...kami memang suka duduk sana..mana taknya bertahun lama kerja kat Penang...sebab mr may kerja kat KL la saya terpaksa mintak kerja lain kat sini...kalau tak, mesti duduk penang lagi....

Sekejap je kami kat Penang petang tu...sempat la saya shopping kat Sunshine [ tempat shopping saya suatu ketika dulu selain Queensbay]....shopping dengan azuin je sementara tunggu mr may solat jumaat kat Masjid Bayan Baru....pukul 2 lebih baru fikir nak makan kat mana...teerlalu banyak sangat tempat yang kami list kan nak kami makan....at last, kami p pilih Hameediyah...berkobar-kobar jugak la nak makan beriani kat situ..alih-alih restoren tu tutup la pula...haishhh..memandangkan kami dah kat town, kami pun decide makan kat Tajuddin la....kat tempat ni mr may memang selalu makan especially hari Jumaat...sedap katanya...saya rasa biasa je...tapi layan jela....Tajuddin ni terletak kat Little India.


Kalau kat Penang ni memang tak puas jalan sehari je...kena banyak hari sebab tempat makan memang best..Terbaik wooo!!! Lepas pekena Tajuddin kami terus beli Samosa sedap..dekat je dengan Tajuddin...dah lama mengidam nak makan samosa ni...dulu masa nak balik Taiping, sanggup datang sini dulu sebab nak bawak balik rumah...kami kenal samosa ni pun masa kerja kat Venture dulu..Ada sorang manager tu, nama Aziz, selalu belikan kami samosa..hari jumaat la...lepas balik solat jumaat mesti ada samosa sorang seketul...bos belanja..mestilah sodap!

Ni  la samosa...memang sedap!!


Kami tapau samosa ayam 6, sardin 1...semua 7 ketul...haha..harga dah mahal..RM 1.20 dah..dulu RM 1 je....

Dalam pukul 4 macam tu kami pun gerak balik Taiping semula...naik feri pulak..relax sikit....
first time azuin nail feri
Muka bosan ni...lagipun azuin macam tak sihat je...

Cukup la kat sini...nanti saya cerita pasal Bismillah Cendol pulak....balik kali ni memang dapat makan cendol tu...terbaik la!!