Friday, September 30, 2016

EG unit selection day!!

Throwback minggu lepas at Eco Grandeur (EG)..

25th September 2016
Unit selection day!! sambungan dari entry ini Rumah Ketiga?? EW??.. we're so excited!!
with my other half….queue no. kitorang 0407..tapi sebenarnya queue tu starts at 301…jadi, giliran kami 107 la…

kami dah ada kat sana sebelum pukul 8 pagi lagi..sebab akan bermula pukul 8 pagi…tapi bagus juga datang awal sebab dah disediakan makan bagai….ada breakfast, kids corner, massage corner & macam-macam lagi...
Amani di kids corner…masa ni main lego…at least, pembeli yang bawak anak tu takla rasa stress sangat…sebab anak-anak boleh main kat sini…
Selepas tu Amani & Adam main sand art pulak…..
Sand art by Elman Adam
Sand art by Azuin Amani
Yang ni tunggu queue dah…
Selepas tunggu queue nombor, kami kena panggil masuk dalam "holding area"..kat sini, kita boleh tengok lot rumah yang available dengan harga sekali…Means, kalau ada buyer yang booking kat next room tu, maka akan naik la status "sold" di holding area ni…memang takut jugak la desired rumah kitorang kena ambil..kitorang kena letak top ten list untuk tujuan ni…

Setakat di "holding area", lot yang kami nak tu masih belum sold…

Seterusnya, kami dipanggil masuk ke dalam selection hall…tapi nombor akan dipanggil satu persatu untuk masuk dalam barisan…yang lain berlegar sekitar dewan tu la...
Kanak-kanak seronok bermain je la sementara tunggu nombor kena panggil…
Alhamdulillah, rezeki dapat unit yang kami nak tu…hooray!

Selepas tu, kami kena tunggu untuk sign S&P pulak…
tunggu lagi…nasib baik tak lama..

Dah siap S&P, dah keluar je dari dewan tu…memang banyak bank yang ada…terus jumpa bank untuk loan submission…kami dah siapkan dah semua dokumen yang diperlukan untuk loan..kami bawak 4 salinan je..so boleh hantar kepada 4 bank je la dulu…dan pada haritu kami submit to Maybank, CIMB, RHB dan Hong Leong Bank..senang kan..tak payah nak jumpa bagai kemudian…settled dalam satu hari…


30th September 2016 - Loan approved!!! 
Sekejap je within 3 days…bank yang feedback lulus ialah Maybank, CIMB & RHB…Hong Leong tak dapat notification apa-apa lagi…kami pilih Maybank untuk loan rumah ni..minggu depan baru sign untuk offer letter..yeay!!

Bertambah la satu komitment…memang tak sangka yang kami akan beli rumah kedua & ketiga serentak…semoga segala urusan kami dipermudahkan dan rezeki sentiasa bertambah..AMIN!!


Sunday, September 25, 2016

Riadah Pagi di Taman Tasik Perdana, KL

Bagi kami yang jarang jumpa, hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk beraktiviti dan beriadah bersama….

Kali ni kami berkesempatan bawak anak-anak ke Taman Tasik Perdana….dah lama nak bawak sini sejak Omega Walk haritu…sebab Dinasour Playground ni sangat menarik….
Azuin & Elman sangat seronok main kat sini….kasi lain sikit la..selalu bawa playground yang sama je..


Comel tak saya???



Thursday, September 22, 2016

MagSafe Power Adapter

Terbang RM 349 untuk adapter ni…tah macam mana rosak…dan memang kena beli baru sebab dah tak boeh nak repair dah…mahalnya adapter ni…memula tu ingatkan MacBook yang rosak sebab tak boleh nak charging…kot la rosak kat tempat nak cucuk charger tu..tapi sebenarnya charger yang rosak...
Kena extra care lagi la lepas ni...

Wednesday, September 21, 2016

Q-dees Term 3 En Mozart - Congratulations Azuin, Completed Book 13

 Congratulations Azuin!! 
She's really excited with her new book!!
Yes!! completed Book 13 & now move to Book 14...

Well Done!!


Sunday, September 18, 2016

Rumah Ketiga?? EW??

Eco World (EW) dah menapak di Puncak Alam….setiap hari p kerja memang dok usha jela sales gallery yang under construction tu..menarik sungguh…

Cerita kami bermula dari nak p makan McD dan tak sangka pulak EW buat special sneak preview on Eco Grandeur master plan kat situ…saja cuci mata dan tetiba rasa teringin nak own satu unit kat sini…

13th August 2016
Singgah di EW sales gallery sekejap selepas ambil S&P rumah Bukit Jalil…memang ramai la sangat manusia..almaklumla officially open to public…

So, proceed for reservation booking 10K..cheque dah siap dah atas nama developer..

Reservation Done!!..pilih unit tak tau lagi macam mana..mungkin normal registration or balloting…tunggu hujung bulan August or early September EW akan launch unit..kena tengok cara pilih unit macam mana EW nak buat nanti….Kali ni Brochure yang ada lengkap sikit la..ada type rumah dan plan..boleh la fikir-fikir unit mana nak pilih nanti…tapi kena letak banyak pilihan takut masa nak pilih unit yang berkenan dah kena kebas orang pulak.
Brochures from EW

17th September…at 8.22am baru dapat mesej untuk unit selection…macam terkejut je..kami sampai sana pun dalam pukul 10am…tupun dah ramai dah yang tunggu…

Beratur ambil nombor giliran…nombor untuk select unit minggu depan!!

407 queue number for our unit selection's next week…hopefully dapat unit idaman..

boleh letak top 10 preference list!!

Count down for unit selection on 25th September 2016, yeay!!






Saturday, September 17, 2016

Bercuti di Swiss Garden Beach Resort, Lumut (10-12 Sept)

Buat throwback sikit….Cerita masa cuti sempena Raya Haji yang lepas…Ye, kami tak balik kampung pun….kami buat keputusan untuk bercuti….tak jauh pun…Lumut je..kenapa Lumut?? sebab Azuin dan Elman nak main pasir…bagi dorang main pasir sambil mama, papa berehat…

Kami gerak dari rumah hari Sabtu pagi….sebelum tu singgah Maju Ahmad untuk breakfast dulu…mana la tau kot jem kat jalan…karang lapar pulak...
Elman dah pandai kupas telur dah…ni la yang buat dia diam sikit…mama papa layan nasi lemak!!
Azuin pun sama..sibuk nak kupas telur je…

Dah kenyang baru la boleh jalan kan….kami sampai kat Manjong dalam pukul 12 tengahari macam tu..singgah kat AEON Manjong dulu sebab nak beli barang sikit dan semestinya "lunch hour"…lapar
Yeay, papa belanja makan!!sedapnya makan kat sini…tomyam dia sedap!!
Dalam pukul 3 lebih macam tu baru kami sampai di Swiss Garden..jauh kedalam jugak…kenapa pilih sini sebab nak privacy sikit dan Swiss Garden ni ada private beach..senang la sikit dan tak la ramai sangat orang!!lagipun view dan suasana kat sini damai & tenang!
View dari balcony!!

Kami stay 3H2M kat sini..bagi diorang puas main main pasir & mandi kat swimming pool...





mandi sekali…layan anak-anak!!


Malam boleh la jalan-jalan sekitar hotel ni….ambil angin malam..

Layan Paw Patrol!!
Breakfast time!! Kat sini yang leceh ialah jauh dari tempat makan…kalau kami keluar tengahari tu akan tapau sekali makan untuk malam…or boleh jugak makan terus kat hotel ni….

Layan Gym pulak


Memang seronok la kat sini….yang penting anak-anak pun gembira!!
Gambar ni Azuin yang snap…dah balik dah….Bye Lumut…Hi Puncak Alam….