Monday, April 29, 2013

Ketumbit


Masa ambil azuin kat nursery Jumaat lepas dah perasan yang ada macam benda timbul sikit kat hujung mata…..ketumbit ke?....risau saya ..tapi takla terus bawak azuin p klinik…sebab kot la bengkak biasa je…lagipun azuin tak pulak dok garu-garu mata ke , tunjuk tanda-tanda sakit ke….

Sepanjang hari Sabtu tu tak pulak nampak ketara bengkak tu…
Main kat Tesco Setia Alam…masa ni kelopak mata merah tapi tak bengkak lagi….tu yang saya dok ingat mungkin bukan ketumbit kot…mungkin kena gigi serangga ke….

Cuma malam nak tido je azuin merengek…dah la cakap ‘mama, sakit’….sambil tunjuk kat mata…alahai sebak hati mama dengar azuin cakap macam tu….

Hari ahad bangun pagi…bengkak mata yang seketul tu dah hilang tapi jadi bengkak seluruh kelopak pulak….masa azuin tido tengahari tu barulah saya godek-godek mata dia…. merah la bawah kelopak tu…

Ni tido masa tengahari….
Ni pulak main tido-tido pulak..dah la nak tido atas meja….(aksi berbahaya!)
Kelopak mata sebelah kanan bengkak… 
sian...

Google gak la pasal ketumbit or bengkak kelopak mata ni…saya rasa memang azuin dah kena ketumbit….tu yang saya dok tuam sikit bahagian mata tang bengkak tu.. Petang tu baru bawak p klinik….dapat ointment untuk cuci mata je….doktor tak bagi pun antibiotic…hmmm….tupun bagi pakai 2 kali, pagi & malam…haruslah bagi pakai masa azuin dah tido kan….azuin masih dok main macam biasa…tak hirau pun mata tu sakit….mungkin tak gatal kot….

Gambar azuin main kat klinik…..sementara tunggu doctor panggil dan ambil ubat….

Sangat berharap azuin cepat sembuh….kot la ambik azuin balik ni dah surut sikit ke…..nanti malam masa azuin tido kena tuam lagi….

Dari Mr Google…
Punca dan Gejala Ketumbit


Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.


Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.


Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.


 Apakah rawatan bagi ketumbit?

Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.


Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?


Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.


Bolehkah ketumbit berjangkit?



Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.



Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?


Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.





Thursday, April 25, 2013

Penyusuan selepas 2 tahun

Sekadar perkongsian, kalau tidak setuju, kita hormati pendapat masing-masing ye.. semoga tak ada yang tersinggung dan terasa hati dengan entry ini…..
Sebenarnya saya ada terfikir sebelum ni tentang penyusuan selepas umur 2 tahun ni…ye, memang tak sanggup nak tukarkan susu ke susu lain selain susu ibu ni…sebab itu saya masih meneruskan penyusuan susu ibu selagi termampu dan selagi ada rezeki…disamping tu saya ada mencari dan mencuba beri azuin susu lain selain susu ibu…
Pada saat entri ni ditulis, saya belum wean-off lagi….tidak mengapa, mengikut pembacaan saya, tidak ada salahnya meneruskan penyusuan selepas 2 tahun kan. …kenapa saya pilih untuk teruskan penyusuan ni? Sebabnya, saya suka bonding yang ada bila azuin dok mengempeng dengan saya….saat memanjakan azuin…saya taknak paksa azuin….biar ianya berlaku secara semula jadi….nanti kalau azuin dah tak nak, mesti saya akan rindu masa menyusukan azuin…
Mengenai susu pulak, saya akan terus berikan susu ibu selagi ada rezeki untuk azuin…Di samping itu, saya cuba untuk beri azuin susu formula juga…mula beri azuin cuba susu formula bila masa azuin dah 2 tahun dimana sudah sampai destinasi penyusuan saya…dan selepas 2 tahun jugak la bermulalah azuin diperkenalkan susu formula dan UHT..campur sudah....sebab lepas azuin 2 tahun saya mengambil keputusan untuk pregnant semula dan mula TTC...(alhamdulillah, sekarang dah positif pregnant)...gigih saya cuba beri…nasib baik kebanyakan susu yang ada adalah sample yang dapat..takla rugi beli mahal-mahalkan…memang banyak jenama telah saya bancuh dan cuba beri pada azuin…..Lactogen, Dutchlady, Dumex (original), Dumex (coklat), Sustagen, Anmum, dan Enfagrow…semuanya tak  jalan…jalan penyelesaian azuin, dia bagi baby Minnie mouse minum…lepas tu, ke sinki la jawabnya…saya pernah tinggalkan susu formula kat nursery..just in case la…tapi memang azuin tak minum…Cikgu nursery cakap, kalau azuin rasa susu tu bukan susu saya mesti dia dok pegang je botol tu sampai sudah… kesudahannya, azuin tak nak susu formula…
Bukan taknak bagi azuin minum susu saya dah..susu saya masih lagi keutamaan untuk azuin..sikit pun saya tak pernah tolak kalau azuin nak susu….Cuma mencari alternative lain selain susu saya…sedih sebenarnya nak bagi susu lain selain susu saya tapi itu untuk kebaikan dan persediaan azuin jugak…

Pernah jugak bagi azuin cuba minum susu kambing (bagi yang hi-goat)….dan azuin minum jugak la dalam kuantiti yang sikit…tapi tak konsisten dia nak…kadang-kadang dia tolak terus…susu kambing ni tekstur dia macam halus dan air je..ala-ala susu ibu je….
Lepas tu, saya cuba untuk beri susu kotak berperisa coklat/strawberry/asli yang untuk kanak-kanak berumur 1-6 tahun tu….yang ni memang azuin minum…..kesudahannya, saya akan bekalkan sekotak susu dalam cooler bag bersama-sama 2 botol ebm untuk ke nursery….kadang-kadang tak guna pun susu kotak tu..sebab 2 botol EBM dah cukup untuk azuin minum sampai mama balik…lagipun sekarang saya dah letak 5 oz sebotol…dulu cuma letak 3 oz sebotol…so, 10oz sebotol kenyang la kan…kadang-kadang sebotol  je azuin minum….susu kotak selalu minum masa tunggu mama ambil..lepas  naik kereta terus taknak..so, mama la tolong habiskan…huahuahua…
Kalau kat rumah pun kadang-kadang azuin nak susu kotak…susu lain tak nak…kalau bukak peti sejuk dan nampak susu kotak mesti azuin nak…Jadi, saya memilih susu kotak, yang masih dalam bentuk cecair..lebih senang cakap susu UHT la jenama Dutch Lady tu….dalam peti sejuk memang berkotak-kotak la susu untuk azuin ni… taknak la sebut kenapa. ini pilihan saya, buat masa ni disamping susu ibu… senang pun senang, takyah nak bancuh bagai…
Azuin lebih suka susu UHT mungkin sebab rasa plain sikit(yang perisa original tu)….kalau susu formulakan pekat sikit..memang la susu formula tu kalau kita tengok iklan dia macam-macam kepentingan dan kebaikan tapi nak buat macam mana kalau anak sendiri tak nak minum…beli mahal-mahal tapi sinki je penyelesaiannya…

Buat masa ni pilihan saya susu UHT ni la.....at least ada back up sebelum azuin terima susu formulaalternatif kepada susu ibu…Tapi akan cuba perlahan-lahan bagi susu formula jenama lain pulak….kot la dah besar ni dia nak pulak….saya taknak la azuin tinggalkan minum susu terus (kalau dah tak minum susu ibu)….saya nak ajar azuin minum susu sampai bila-bila….nanti takut kalau dah besar dah tak nak minum susu…nak azuin jadi macam saya…sampai sekarang saya masih ambil susu…
Model susu kotak Duthlady…azuin tengah minum susu berperisa strawberry…..habis sekotak sekali minum….sedap katanye..mana tak sedap…perisa strawberry kan..saya pun suka….kalau azuin minum separuh, saya la jadi tukang perabih susu tu….(ambik kesempatan….sedap siapa tak nak kan)……
Serabutnya baju azuin…..terjuntai-juntai tali baju tu..
Haa…baru kemas sikit lepas ikat..
Bergelak ketawa dengan mama sambil minum susu kotak….
Oh ya, selain susu, air kosong pun azuin suka minum…memang wajib bawak air kosong kemana saja…kalau kat nursery tu saya dah siapkan bekalan air kosong dalam botol minuman azuin….nanti kalau nak minum azuin akan cakap ‘nak air,dahaga’…kalau dari malam sampai pagi tu ada la jugak sebotol air masak azuin habiskan…kalau tengah malam tetiba bangun pun azuin akan minta nak air…memang kena sedia jela air masak kat bilik…tapi yang botol minuman ni kena sentiasa cuci sebab guna straw kan…azuin pun pandai minum guna cawan gak..senang sikit dah pandai serba serbi…lepas tu suka minum guna cawan papa!!cawan azuin kecik sangat kot….









Tuesday, April 23, 2013

Penantian, harapan..untuk rezeki terhebat

Saya agak sensitif sikit beberapa minggu lepas...ye, family dan rakan-rakan memang dah sedia maklum yang saya memang plan tahun ni nak tambah ahli baru dalam family...yes, i was trying to conceive a second child..sebabnya, azuin dah sesuai nak ada adik hujung tahun ni...hujung tahun ni azuin 2 tahun 9 bulan...so, ok la kan, kalau nak preggy and having another baby this year....tapi kalau tak dapat tahun ni gamaknya tahun depan jela..cuma tak dapatla 'gap' 2 tahun tu....tapi tu semua perancangan....


Hari ke-44 (15 April), antara yg paling lama tunggu period ni... sebelum ni kalau paling lama pun sampai hari ke 39… Sebenarnya period saya memang tetap..selalu hari ke 28-30 mesti akan datang…Cuma bulan lepas je lambat sikit sampai hari ke 39…tah kenapa la bulan lepas period tersasar jauh dari tarikh jangkaan yang biasa…tak kan sebab saya makan asid folic kot…saya mula ambil asid folic ni pun sejak February…sepatutnya 3 bulan sebelum dah kena ambil tapi saya February baru mula makan….February jugak la azuin genap 2 tahun…(24/2/2013)…Lepas azuin 2 tahun la saya TTC…
My first day period of my last menstrual…

Memang sendiri buat anggaran waktu subur dan ovulation la…sebelum ni tak hirau sangat pun ovulation ni sebab memang under family planning (planning la sangat…hahaha)…..
Untuk first time TTC ni haruslah excited nak tengok hasilnya kan…Expected date untuk next period pada 30/3 (Hari ke 28)….Excited punya pasal, saya buat upt sebelum period (masa tu hari ke 26)..hahah,nampak tak excitednya saya nak bagi azuin adik (ada pulak UPT strip yang boleh detect sebelum period..siapa suruh jual yang macam tu…saya pun gatai tangan nak beli)…result memang la mengecewakan…

Lepas tu, hari ke 32 (5 hari lewat), saya test lagi…sama je result….mood down..mana tak down kalau result negative…perasaan tu tak dapat nak digambarkan…hmmm…lepas tu, masih tak puas hati….hari ke 37 cuba lagi…masih negative..haih….tension tau!!!.... Dah give up sebenarnya nak buat UPT ni, mana taknya dah berhabis berapa hengget dah beli test strip ni..rasa macam membazir sangat…merajuk seminggu tak nak buat UPT….walaupun dalam hati ada gak rasa memberontak nak buat test lagi…sebabnya, selagi period tak datang, selagi itu la ada harapan…..tapi kalau masih negetif, saya memang nak p klinik scan….kot la ada sakit lain ke? Tapi naluri saya dok rasa ada sesuatu…macam mengandungi je…

Lepas seminggu, hari ke 44 (17 hari lewat) hati tak sabar nak buat UPT lagi…memula ingat nak buat selepas balik dari Terengganu..tapi rasa tak sabar pulak nak tau....suruh mr may tolong belikan UPT strip tu…berkobar nak buat test…mr may sampai je rumah terus buat UPT… petang pun petang la…sebabnya, dinasihatkan buat UPT ni waktu pagi sebab HCG tinggi masa tu…tapi saya tak peduli la…nak buat jugak…sedih memula tengok nampak satu line…huhu…terus p mandikan azuin…merajuk tak tengok…

Tapi lepas beberapa minit, saya tengok jugak semula dan……hasilnya……
Buatku tersenyum……SYUKUR ALHAMDULILLAH!! Syukur dengan rezeki yang dikurniakan…YES!! POSITIVE!! (walaupun line macam kabur je)...Kira mama & papa bagi azuin hadiah birthday la..

Ni pengiraan due date saya kira menggunakan ‘Due Date Calculator’thru ‘Baby Center’…8 December 2013!!

Ni cerita minggu lepas…balik je dari Terengganu, 21/4/2013 baru saya p klinik confirmkan pregnancy dan scan…Alhamdulillah, sekarang dah minggu ke 7..dan doctor bagi anggaran due date 8 December 2013….sama jugak dengan due date calculator kat Babycenter tu…


Yang takutnya, malam tu ada 'spotting' pulak....fresh blood campur brownish....takut sangat.....pagi esoknya kat office pun ada jugak tapi brownish je....tu yang petang semalam terus singgah klinik nak check...takut jugak sebab masa first pregnancy tak pernah pulak macam ni..takut sebab banyak dukung azuin...berat tu azuin pun dah 10 kg(timbang bulan lepas...tah2 sekarang dah tambah berat)...



Nasib baik kat klinik tak ramai orang...doktor scan dan tak nak nampak kantung tu....tapi dinding memang mengembang sebab pregnant...lagi 2 minggu baru datang untuk scan semula....tapi lepas balik rumah saya ada nampak macam kantung gak..yang ada dot kecik tu....tapi tak pasti la kan....

Lepas tu saya singgah farmasi jugak beli UPT strip lagi..saja je nak pastikan lagi...sebab kat klinik tak buat UPT pun...risau sebab 'spotting' tu...dah Alhamdulillah result masih positif......
Doktor bagi mc untuk harini...sebab katanya kena bed rest...kalau ada 'spotting' or 'bleeding' memang bagi mc untuk rehat...dari malam semalam sampai sekarang 'spotting' tu dah tak ada.....

Ni lah rezeki terhebat 2013....semoga selamat semuanya!!

Monday, April 22, 2013

Selera Patin Bangau, Temerloh..


20 April 2013

Disebabkan kami dah pun bermalam kat Kuantan, ada la masa untuk kami jalan-jalan cari makan kat Pahang ni….memang terfikir nak makan ikan patin masak tempoyak je….so, malam tu memang dok google tempat makan menarik kat Pahang la..terutama kat Temerloh yang memang terkenal dengan Bandar Ikan Patin…

Check out dari Hotel Seri Malaysia pun dah lewat…memula ingat nak gerak dalam pukul 10.30am…tapi kami bertiga memang terlajak tido sampai pukul 11 am…alamatnya lambat jugak la gerak p cari ikan patin….perjalanan dari kuantan lebih kurang 1 jam setengah jugak la….kami sampai Bandar Temerloh dalam pukul 2pm….
Kami makan kat Selera Patin Bangau…kedai ni terletak kat Kampung Bangau….memang ke dalam sikit la….Kalau nak kesini…cari Hotel Seri Malaysia dulu…dari situ terus je drive dalam 1km macam tu….kena cross sungai semantan…..lepas je cross sungai tu akan nampak simpang tiga…belok kiri…terus je…lepas belok tu cari kedai ni belah kiri…betul-betul tepi sungai Pahang….

Masa kami sampai tak ramai orang..ada satu family je tengah makan….tak salah diorang tu pun dari KL….kalau tengok kat meja pilih-pilih lauk tu, tinggal seketul je ikan patin tempoyak…ingatkan tinggal yang tu je…nasib baik kakak kedai tu cakap ada banyak lagi kat dalam…fuhhh…lega sungguh….
Ni la lauk kami…ikan patin masak tempoyak…memang sedap….kali ni makan ikan patin sangkar pulak….azuin pun makan jugak ikan ni…..

Kalau nak tau harga kat sini sangat murahan untuk sepotong patin…yang ni baru RM5 sepoting…kalau makan kat bandar mau tak RM 8-10….
Kedai ni memang betul-betul tepi sungai…ni la tempak ikan patin…..banyak sangkar….
Tinggal kami bertiga je pelanggan diorang….lengang je sebab kami sampai pun dah lewat…

Memandangkan kami dah datang jauh…mestilah tapau jugak kan…rugi la kalau tak tapau…kami  tapau patin masak tempoyak ni 2 ketul…..memang kena bungkus ikan ni asing-asing…sebab takut hancur….kami pun sebenarnya tak tau sebab dok tertanya-tanya gak kenapa mesti asingkan….lepas tanya tuan kedai ni baru la tau sebabnya…..
Budak kecik ni menangis sebab nak pegang plastic ni…..


Kenapa la mesti pegang macam ni princess…..

So, sampai je rumah ikan patin tu terus masuk peti  sejuk…sebab dah kenyang kan…so, lauk ni buat lunch untuk hari Ahad….sedap sungguh……nyum..nyum…..owh…masak ni lagi sedp dari makan kat R&R masa kami singgah hari Rabu lepas…




Friday, April 19, 2013

Kuala Terengganu (17-19 April 2013) Part 3

19April 2013

Hari terakhir disini....rasa tak puas lagi sebenarnya..banyak lagi tempat tak p lagi..lain kali pulak la datang.....


Harini memang cadang nak makan nasi dagang....rasa macam tak lengkap datang sini kalau tak pekena nasi dagang....makan kat deretan kedai dekat Pantai Batu Burok je....Kak Pah Nasi Dagang memang sedap...cari kedai no 30...memang ramai orang sarapan kat sini...siap beratur panjang lagi...nasib kami baik sikit la sebab takyah nak beratur panjang sangat...tapi masa kami tengah dok makan memang dah panjang dah orang beratur...
 
Nasi dagang kat sini harga RM 3.50 sepinggan....saya makan nasi dagang...mr may makan nasi lemak..memang sedap...mungkin ada lagi tempat nasi dagang yang sedap kot kat sini tapi kami singgah makan sini pun sebab review dari blogger tegar yang buat review tempat makan menarik....berbaloi makan sini..azuin pun makan jugak...siap ratah isi ikan lagi....betapa sedapnya nasi dagang ni....


Dah kenyang tu...kami pun gerak ke Pasar Payang....nak beli shopping makanan....kali ni kami tak shoppping baju, kain...shopping makanan je...sesiapa yang sukakan batik, songket, baju-baju..boleh la cari kat sini...kalau pandai tawar boleh dapat harga murah.....
Kat kedai ni la borong makanan,keropok kering, seman, sagu.....
Tak boleh nak dok lama kat situ sebab azuin dok bising nak mandi pool....papa la yang janji nak mandi pool dengan azuin....sampai hotel terus mintak nak mandi pool,
...jom layan gambar azuin mandi pool dengan papa....
bersedia nak mandi...
berenang sambil nak minum air.....

Nak berjalan dalam swimming pool....



baru sudah mandi....
kecut anak mama...lepas mandi terus makan....lapar
sedapnya muffin....

Lepas mandi, dua beranak memang flat...terus tidur....senang sikit saya kemaskan barang-barang sebab nak check out dah....check out dalam pukul 12.15pm....

Balik kali ni, ikut jalan pesisir pantai pulak..memang best la ikut jalan ni...sebab nampak laut dan pemandangan cantik sikit...tak la hutan macam jalan masa datang haritu....

Dalam pukul 3.30pm macam tu baru kami sampai Kuantan....dah alang-alang datang ke pantai timur ni...baik terus singgah mana-mana yang ada kan.....lagipun hajat memang nak jumpa sahabat lama masa kat UKM, Emy....Emy tinggal kat Sungai Isap....dekat je dengan Bandar Kuantan....

Tapi kami tak la terus p rumah emy..singgah Telok Chempedak dulu....cari makan...lepak-lepak kejap....dah lain sikit Telok Chempedak ni...yela kan, mestilah dah berudah...lagipun dah lama dah saya datang sini..sejak 2004 lagi...

Gerak ke rumah Emy pun dah agak lewat..dalam pukul 5pm....dah la 'waze' mensesatkan kami....merajuk la kot 'waze' tu sebab kami tak ikut jalan yang dicadangkan dari Terengganu-Kuantan tu.....cuba 'navigated' untuk Sungai Isap 2 tapi 'waze' tunjuk Sungai Isap Damai....haih.....

Rindu sangat kat sahabat saya yang sorang ni....lama sungguh tak jumpa Emy..last jumpa pun masa kenduri kahwin dia dulu...masa tu saya belum kahwin pun lagi...Sekarang jumpa masing-masing dah anak....Emy dah ada dua pun..sepasang....saya pulak ada azuin dan........
azuin nangis....

Banyak woo kenangan saya dan Emy sejak dari UKM, mula kerja dan sampailah kahwin...cuma beberapa tahun kebelakangan ni macam agak menyepi sebab masing-masing dengan komitmen sendiri...cuma tau perkembangan pun dari fb je...nak pulak Emy dah tinggal kat Kuantan...lagila susah mau jumpa...dulu masa Emy kerja kat Shah Alam ok lagi la nak jumpa bagai....ni dah jauh hokay...tu yang berkesempatan jalan kat sini, saya singgah jumpa Emy jugak.....

Sampai rumah Emy pun dah lewat, haruslah balik pun lewat kan....sebenarnya masa kat Telok Chempedak dah decide dengan mr may yang kami nak rehat kat Kuantan je....rasa penat gak nak travel balik rumah terus..dah la nak malam dah....nak lalu LPT dan Karak pulak...takut mengantuk je...dah la sekarang ni kalau family travel memang mr may je yang drive..saya memang tak leh drive...kalau saya drive mesti azuin takmo dok diam.....kalau tak boleh gak gilir-gilir drive kan....

Lepas called beberapa hotel untuk tanya 'room available' akhirnya kami pilih Hotel Seri Malaysia...banyak hotel yang fully booked...mungkin sebab sabtu tu hair penamaan calon pilihanraya kot...yang available pun kebanyakan room rated yang sang at tinggi..memang tak berbaloi la nak stay kan....lagipun satu malam je pun....dah la kami walk-in..so, kena terima jelakan....tapi Hotel Seri Malaysia pun not bad jugak....boleh la dari tak ada....cuma bilik kecik sikit la....tapi kena la dengan room rated dia..

Lepas check-in, kami keluar jap p beli diaper azuin dan layan satay jap...Wan Satay kat depan Hotel Seri Malysia je....dekat sangat....satay memang sedap....ramai jugakorang yang datang makan kat sini...yang penting servis tiptop...cepat je dapat apa yang di order...
satay ayam & kambing....
ambil kesempatan snap gambar dua orang ni....

Penat wooo...mana tak penat seharian berjalan...nasib baik kami ambil keputusan stay sini..kalau tak mesti mengantuk drive balik....

Ni pun ambil masa sekejap untuk updated blog...sementara rajinkan....

Esok balik nak singgah Temerloh nak lunch ikan patin....

Thursday, April 18, 2013

Kuala Terengganu (17-19 April 2013) Part 2

Khamis, 18 April 2013 

Pagi-pagi dah kena tinggal dengan my other half...kerja la katakan....Jadi, tinggal la saya & azuin je...breakfast pun berdua je...nasib baik azuin mau dok diam...senang sikit nak ambik makanan bagai...
duduk atas kerusi orang besar......

Lepas breakfast kami mandi hat swimming pool pulak...memula ingot tengahari skit baru nak p tapi bilk belum 'make up' lagi....tu yang menghabiskan masa kat pool dulu..seronok akin dapat mandi....selalu papa yang bawak p mandi..kali ni mama pulak...so, tak ada adengan tangkap gambar sebab orang yang selalu ambik gambar kena layan azuin mandi.....

Dari pagi sampai tengahari memang kami lepak kat hotel jela....mr may ada lawatan kerja ke Tasik Kenyir....mr may balik dalam pukul 2pm....lepas tu baru boleh keluar jalan-jalan......
papa balik bawak keropok lekor...beli kat losong katanya...Kak Yah Keropok Lekor...
azuin la yang excited nak makan....first time makan keropok lekor la katakan....tak putus mulut cakap sedap....tapi memang sedap..berbeza dengan yang beli kat KL.....tu la kesedapan keropok dari Terengganu..ikan banyak dari tepung....

Dah selesai makan, dalam pukul 2.45pm macam tu kami terus keluar cari keropok lekor Tok Beng....dok tengok review orang cakap kat sini sedap..apa lagi, nak jugak kami rasa sedap ke tak.....memula ingat nak beli hari Jumaat je masa nak balik..tapi kedai tu tutup hari Jumaat...tu yang kena beli hari ni jugak.....
Nak beli pun kena ambik no tau....nasib baik tak lama tunggu..mungkin sebab 'timing' kami cantik kot....sekejap je tunggu....sempat borong keropok lekor, keropok sira dan sos...
Bergambar depan kedai....ni la kedai keropok lekor Tok Beng, BTB 2209....
beli 10 pek keropok....setiap pek memang siap 'vacum packed' lagi....
ada satu pek je yang 'loose'....so, yang ni kami bukak dan rebus makan kat bilik....memang sedap!!

Destinasi seterusnya, kami cari makan kat Mengabang Telipot, Gerai Pok Nong....mr may la teruja sangat nak makan ikan celup tepung Pok Nong.....lagi pun senang nak cari sebab ramai bloggers yang bagi koordinat GPS ni....haa, lagi senang....memang terpegun sekejap bila sampai kat tempat ni..betul-betul mengadap laut..laut jangan cakap la...cantik sungguh....nampak biru hijau je.....

Sebenarnya boleh agak kedai ni sebab memang banyak kereta kat situ..pelanggan ramai la katakan...nasib baik ada gak meja untuk kami duduk.....Kat sini memang kena layan diri....
GPS : N 05.42802; E 103.072854
Kami cuma ambik ikan, sotong dan keropok lekor.....ais kacang pun saya layan jugak...ais kacang biasa-biasa je tapi jadi sedap sebab suasana tu kot....

Masa nak balik tu baru tanya Pok Nong tu ikan apa yang kami makan tu..haha, dah makan baru tanya.....ikan selayang katanya...ikan selayang ni lagi manis dari ikan kembong.....yang ni saya baru tau!!!
Dah nak balik...tengok laut kat belakang tu...sangat cantik!!
snap dari tempat kami 'park' kereta...

On the way balik hotel, kami singgah Masjid Kristal pulak....Terletak di Pulau Wan Man...dekat dengan Taman Tamadun Islam....

berposing pulak azuin ni...

cantikkan.....memandangkan kami sampai pun dah lewat petang, tak boleh la nak berlama-lamaan....Taman Tamadun Islam pun kami cuma tengok dari luar jela.....

Masjid Kristal ini lebih cantik dan menarik di waktu malam kerana warna lampunya pada kubah masjid akan berubah dalam beberapa saat dan berselang seli....tak berkesempatan nak tengok waktu malam sebab mr may ada urusan kerja lagi....sebab tu kami singgah siang hari je....

Malam hari kedua saya&azuin lepak bilik je......esok dah nak balik......