Masa ambil azuin kat nursery Jumaat lepas dah perasan yang
ada macam benda timbul sikit kat hujung mata…..ketumbit ke?....risau saya
..tapi takla terus bawak azuin p klinik…sebab kot la bengkak biasa je…lagipun
azuin tak pulak dok garu-garu mata ke , tunjuk tanda-tanda sakit ke….
Sepanjang hari Sabtu tu tak pulak nampak ketara bengkak tu…
Main kat Tesco Setia Alam…masa ni kelopak mata merah tapi
tak bengkak lagi….tu yang saya dok ingat mungkin bukan ketumbit kot…mungkin
kena gigi serangga ke….
Cuma malam nak tido je azuin merengek…dah la cakap ‘mama,
sakit’….sambil tunjuk kat mata…alahai sebak hati mama dengar azuin cakap macam
tu….
Hari ahad bangun pagi…bengkak mata yang seketul tu dah
hilang tapi jadi bengkak seluruh kelopak pulak….masa azuin tido tengahari tu
barulah saya godek-godek mata dia…. merah la bawah kelopak tu…
Ni tido masa tengahari….
Ni pulak main tido-tido pulak..dah la nak tido atas
meja….(aksi berbahaya!)
Kelopak mata sebelah kanan bengkak…
sian...
Google gak la pasal ketumbit or bengkak kelopak mata ni…saya
rasa memang azuin dah kena ketumbit….tu yang saya dok tuam sikit bahagian mata
tang bengkak tu.. Petang tu baru bawak p klinik….dapat ointment untuk cuci mata
je….doktor tak bagi pun antibiotic…hmmm….tupun bagi pakai 2 kali, pagi &
malam…haruslah bagi pakai masa azuin dah tido kan….azuin masih dok main macam
biasa…tak hirau pun mata tu sakit….mungkin tak gatal kot….
Gambar azuin main kat klinik…..sementara tunggu doctor
panggil dan ambil ubat….
Sangat berharap azuin cepat sembuh….kot la ambik azuin balik
ni dah surut sikit ke…..nanti malam masa azuin tido kena tuam lagi….
Dari Mr Google…
Punca dan Gejala Ketumbit
Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat
jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan
penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata
kalis air atau kalazion.
Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar?
Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan
kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di
kelopak mata.
Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada
satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah
pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah
:
* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak
Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan
kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan
sembuh dalam tempoh seminggu.
Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak
(kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin
boleh mengganggu penglihatan.
Apakah rawatan bagi ketumbit?
Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus
diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.
Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?
Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata
dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan
pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama
seminggu.
Bolehkah ketumbit berjangkit?
Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia
disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.
Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata
anak saya?
Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk
mencegah pembesaran ketumbit.
sori TT nak tanya, ketumbit azuin dah ok ker? lepas berapa hari baru baik? anak saya baru kena macam ni gak..pegi hospital ada ke dia ckp sebab alergik..haih geram betul!
ReplyDeleteketumbit azuin dah ok..seminggu lebih jugak..tapi ok kot sebab nampak azuin macam tak garu-garu gatal pun....bengkak ketumbit tu surut macam tu je..tak ada nanah or pecah bagai pun....
Delete