Thursday, October 31, 2013

Sudah 2 Tahun 8 Bulan.


Minggu ni azuin amani dah 2 tahun 8 bulan….dah tak lama dah nak 3 tahun…princess dah besar walaupun masih rasa azuin ni baby lagi…

Macam-macam dah pandai…petah bercakap…pandai buat ayat lawak jugak…suka ajak papa exercise, pandai memilih makan jugak…

Apa-apa pun mama&papa rasa azuin cepat sangat besar…dah berlagak macam kakak dah….nanti boleh la kawan dengan baby boy pulakJ

Azuin masih lagi minum susu mama….kalau kat rumah la…tapi dah campur dengan susu kotak dah…kalau kat rumah azuin memang tak nak susu dalam botol…beli susu kotak Dutch Lady perisa coklat untuk azuin minum kat rumah…

Kalau kat taska, azuin minum jugak guna botol….bawa spare je…sebab kat taska memang saya bawa susu tepung gak…kalau FM, azuin minum Dutch Lady 123 Perisa Coklat gak..kat rumah kadang-kadang saya bancuh gak susu ni tapi letak dalam cawan….kadang-kadang azuin ingat miloJ…kadang-kadang azuin cakap tak sedap..bergantung la….

Nanti nak bagi cuba susu keluaran company saya pulak…Nan atau Lactogen pulak…murahan sebab harga employee..sangat berbaloi kalau bandingkan dengan harga kat pasaran…Cuma untuk tahun pertama je dapat free susu 7 kotak setiap bulan…..tapi memandangkan saya memang akan breastfeeding lagi, saya akan ambil susu free untuk diri sendiri la (susu khas untuk ibu menyusukan)….tapi cover untuk setahun je…ok la tu kan….tu pun dah jimat banyak!!

Jom layan gambar princess pulak…tak lengkap kalau tak letak gambar princess ni…








Pasal breastfeeding pulak, di minggu ke 34 pregnant ni, saya masih bagi azuin menyusu….azuin pun tak kerap pun minum..minum untuk attached dengan mama je….kalau malam nak tido baru azuin mintak susu….dan saya perasan gak yang susu saya bukan macam biasa dah….tak salah azuin minum kolestrum sekarang ni….rezeki azuin….ikut pembacaan saya, kolestrum ni tak akan habis pun dan masih akan  ada untuk baby boy nanti!!!

Setakat ni, tak la pulak rasa sakit bagai kalau azuin dok minum susu…tu yang saya biarkan je….memula tu risau gak..saya tak akan offer susu kat azuin..tapi kalau azuin mintak, saya akan bagiJ

Tuesday, October 29, 2013

Checkup minggu ke 34 @ klinik O&G HUKM

Minggu di masuk 34 dah...ada baki lagi 6 minggu untuk bersalin..tu pun kalau keluar ikut 'due date'....sangat la bolat dah saya sekarang ni...jalan pun dah macam penguin....

Hari ni datang HUKM pun tumpang mr may...tapi mr may tak tunggu pun...just hantar je...nanti dah settle baru datang ambil...yela...kalau nak tunggu pun buang masa dia je...lebih baik dia balik office buat kerja dia dulu.....ni pun settle time lunch hour macam tu....senang la sikit...keluar time lunch hour...

Pagi tadi sempat la breakfast kat Bandar Tun Razak....kat food court tu.....dah lama gak tak makan kat  situ....rindu la lepak makan area sini....kat sini memang best tapi tu la....dah semakin sesak dengan orang dah...kat Bandar Sri Permaisuri jangan cakap la....yang takleh lupa kat sini pasal makanan la...senang nak cari makan yang sedap.....

Tadi sampai HUKM pun dah pukul 8.05...appoinment yang tulis kat buku pukul 9am....tapi kat sini takleh nak jangka gak....kadang-kadang cepat...kadang-kadang lambat gak....tapi setakat yang ni saya takla tunggu lama mana pun....hari semua dalam pukul 9.40 am...cepatkan...dari cek berat sampai la ambil ubat kat farmasi....

Hari ni kena ambil darah jugak sebab nak tengok HB sy selepas makan Iberet tu....sepatutnya saya kena check kat KK lagi tapi sebab kekangan masa, saya cuma datang appoinment kat HUKM je....tu yang kena ambil darah dan review result kat Day Care HUKM...kali ni takyah datang sebab result darah HUKM akan call je...lagi senang kan.....tak perlu kacau jadual kerja saya....next appoinment pun lagi 5 minggu...masa tu saya dah minggu ke 39... Taktau la dah bersalin dah ke tak lagi.....hehehe....

Keseluruhan result kali ni bagus jugak la sebab berat tak la naik mendadak sangat...berat 64.5 kg...baby pulak dah 2 kg...air ketuban pun ok dan tak ada masalah....Kali ni dapat lagi bekalan Iberet untuk 2 bulan....

Memandangkan habis awal, kena habiskan masa kat HUKM la....sebab nak tunggu mr may datang....tak ada masalah nak berlegar kat sini sebab ada Minggu Kesedaran Kanser Payudara kat sini....dan sempatla ambil kesempatan untuk check....sebab saya mengandung, tak dapat nak check....nurse cuma ajar cara check saja....tapi bagus gak sebab sebelum tak pernah pun nak tau cara check dengan betul....dok tanya mr google je tapi tak direct 1 to 1 yang ajar....



Wednesday, October 23, 2013

Kerja baru


Hari ni dah genap seminggu bekerja kat tempat baru….joined the company on 16th October 2013. Sehari selepas Raya Haji (sebab tu tak balik raya kali ni)….

Memang teruja jugak la nak mula kat tempat baru memandangkan lompat ke Food & Beverages (F&B) industry…..lain jugak la dan saya tak lagi bekerja as an engineer….boleh cakap more to administration/management la….ada la jugak terlibat dengan kerja-kerja technical yang melibatkan projek tapi tak macam dulu dah la…sikit-sikit jela….nanti rugi pulak ilmu dan pengalaman yang ada setakat ni….so, dengan pengalaman yang ada ni boleh la saya share and contribute knowledges yang ada untuk implementing sesuatu kat sini…..

Minggu-minggu awal mungkin tak berapa nak sibuk sebab banyak training dan benda nak absorb…banyak bahan-bahan yang dapat untuk baca dan fahamkan….to be honest, memula tu memang tak paham sangat pun pasal job scope saya ni…budak baru la katakana..tapi, lepas dah masuk minggu kedua, saya dah mula faham dan cuba untuk faham lebih mendalam lagi….nasib baik ramai yang bagi inputs…dan, saya akan attached dengan my pillar sepanjang tempoh probabtion ni..tapi agak susah nak book calendar dia sebab ofis kami lain…saya kat shah alam…dia kat HQ, Damansara…memang kena planned well la untuk attached dengan dia…she’s really busy with her task..

Saya ada lagi sebulan je sebab due date semakin hampir…due kan bulan 12..nanti masa maternity kena study jugak la dan bawak balik semua notes….lepas maternity leave kena pantas dah..takleh main-main..kat sini, saya nak betul2 nak ‘shines’ dan grab all the opportunity comes towards my job….maternity kat sini boleh ambil 3 bulan….cuma untuk bulan ketiga je gaji dibayar 80%...tapi ok la kan…

Kat sini makan pun ok…murahan….setakat ni paling mahal saya bayar makan ialah RM2.40….kalau kat luar memang tak dapat harga ni…nasib baik company ada bagi subsidi makan jugak…walaupun cuma RM1.30 je tapi cukup membantu….dulu masa kat Venture subsidi RM2.40…tu lagi best….yang pasti saya memang akan gunakan subsidi yang company bagi…dapat banyak jimat kat situ…nanti barang dapur pun boleh beli kat sini dan harga untuk pekerja memang murah….sangat best!nanti lepas maternity dapat free susu gak untuk sebulan selama setahun…..kalau breastfeeding, dapat susu untuk ibu la..yang dah campur fm, akan dapat susu untuk baby…untung kat situ…siapa nak bagi 7 kotak susu sebulan kan….hehe..

Selain tu banyak lagi benefits kerja kat sini….bos pun suruh gunakan sebanyak mungkin subsidi yang company bagi…tak sabar nak tunggu confirmation untuk dapatkan subsidi loan rumah dan kereta…..cepat la 6 bulan…..

Masuk kerja baru dalam keadaan mengandung memang agak mencabar sikit sebab nak bergerak kesana kemari memang macam dah tak larat…naknya macam saya yang dah membolat ni…nak kena jalan dari satu plant ke plant yang lain untuk kenal dan ambil ilmu memang mencabar…kena banyak bergerak sendiri untuk faham kerja…sebab in this level tak leh nak harapkan orang sangat…lagipun kalau nak block calendar diorang pun agak susah sebab sibuk je memanjang…masa taka da ruang dah dalam calendar diorang..memang kena pandai tackle sendiri dan curi masa diorang la…walaupin sekejapJ

Tapi, saya sangat berharap saya dapat ‘absorb’ dan ‘digest’ sebanyak mungkin sebelum maternity leave ni…Doakan ye!!


Monday, October 21, 2013

Review Result MGTT

Syukur sangat-sangat....result MGTT adalah normal....result sebenarnya dapat 14 October 2013 haritu...kena p HUKM untuk review dengan doktor.... tak perlu nak risau sangat....nasib baik mr may dan azuin yang teman...tak la bosan sangat....nak review result kena p kat Day Care HUKM...tingkat 1..tempat tu la saya p check lepas bersalin azuin dulu....agak lama tunggu....adalah sejam jugak.....


Sekarang ni tunggu appoint seterusnya je...sekarang ni dah stop checkup kat klinik kesihatan...terus attach dengan HUKM je....senang sikit...sebab checkup pun lebih kurang je.....next checkup minggu depan 29 October 2013....dah siap ambil cuti bagai...mana taknya, kan dah mula kerja ditempat baru...takkan nak mc kan...kalau dapat mc baru convert cuti to mc.....


Friday, October 11, 2013

My Last Day Working in Medical Industry

Akhirnya,  hari ni la hari yang dinantikan…..hari terakhir bekerja di company sekarang ni….lepas ni kena mula kerja kat company baru lagi….seronok memangla seronok tapi ada jugak rasa sedih sebab banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang kerja kat sini…..

Kerja baru tak tau lagi macam mana….sangat berharap saya dapat terima keadaan baru dengan cepat!!

Tak lama pun nak kerja kat company baru tu nanti sebelum saya bercuti bersalin…dah la berbaki 9 minggu je lagi nak bersalin…..

Kat sini saya kena habiskan 2 minggu je notis…sebab  Management tak terima short notice sayaL….sepatutnya saya kena habiskan 2 months notice…tapi disebabkan company baru sanggup bayar kat company sekarang ni, saya kena bagi short notice la….Management suruh saya 2 minggu jugak hands over semua kerja saya sebab notis yang saya bagi tu terlalu pendek….

Tak apala…kita layan jela…..sampai juga dan saya dapat juga habiskan 2 minggu tu dengan jayanya…walaupun kualiti kerja dah macam apa tah…..sekarang ni dah deal dengan company, kalau saya dapat habiskan 2 minggu ni, saya cuma perlu bayar 1 bulan gaji jela…..yang lagi 2 minggu tu company absorb je….sebenarnya saya tak kisah pun sebab bukan saya keluarkan duit sendiri pun…..tapi takkan nak keluar macam tu je…saya pun tak sedap hati gak nak tinggalkan company macam tu je…sebab dorang ambil saya kerja dengan cara elok, jadi nak tinggalkan pun kena la dengan cara yang elok…2 minggu tu tak la lama sangat pun kan….
meja kerja yang dah tak semak!! 
Hari terakhir baru nak bergambar….

Wednesday, October 9, 2013

Checkup di Klinik O&G HUKM..

Dah mula checkup kat HUKM...minggu ke-31 sudah!! Memandangkan saya dikategorikan dalam kumpulan kuning, temujanji adalah pada hari Selasa....kumpulan kuning ni dapat dari zaman azuin lagi....dalam kad temujanji memang tulis pukul 10 pagi tapi sebab rumah jauh dan ikut mr may je...haruslah keluar awal pagi jugak kan......

Semalam kiranya mr may temankan la...separuh hari je pun.....dan yang paling best dapat breakfast makan nasi lemak kat Bellamy...dah lama tak makan situ...ni pun sebab mak yong teringin...kang kalau tak p mengidam pulakkan!! 

Sampai O&G HUKM dalam pukul 8.05pagi macam tu.....perkara yang merisaukan kalau datang HUKM ialah parking....memang susah gak la nak cari...tapi rezeki kami pagi tu senang dapat parking...syukur!!!

Pukul 8 pun dah sibuk area HUKM ni...belum masuk klinik lagi...kat kaunter O&G tu pulak kena letak kad temujanji mengikut masa yang dah diberikan....Jadi, kenalah ikut prosedur..letak dalam kotak temujanji pukul 10....tapi tak perlu nak risau sebab dorang akan panggil gak kalau kad yang dalam kotak pukul 9 tu dah habis....

Lepas dapat nombor dah bayar (saya tak perlu bayar sebab ada GL mr may) baru terus ke kaunter timbang berat, check tekanan darah, urine dan scan....cepat jugak proses dia....dalam pukul 9 pagi dah settle sampai scan...dari pengalaman mengandungkan azuin, kalau datang HUKM ni mesti akan scan....rasanya kalau tak ada GL kena RM25...berat baby dah 1.5kg dan kepala dah ke bawah....tapi tak berapa nak nampak muka sebab baby selindungkan muka ke bawah...kaki asyik nak tendang je....dan......memang confirm lagi baby boy:)

cuba ambil gambar tapi jauh...guna hp je.....

lepas scan baru la boleh jumpa doktor..saya dapat nomber 3005...bilik nombor 3 dan orang yang ke-5...tak lama pun tapi biasalah nak tunggu doktor ni lambat sikit la...tak salah mula panggil nombor 3001 pun pukul 9.30pagi.....saya sempat p jalan-jalan lagi...saja nak tengok apa yang mr may buat...haha....kat HUKM ni ada hari jantung...ada la pameran, ceramah, check tekanan darah, macam-macam la...jadi tak la bosan mr may nak tunggu..... 

Akhirnya, saya dapat jumpa doktor dalam pukul 10.15pagi.....tak lama pun nak tunggu.....masa check dengan doktor, doktor request untuk buat MGTT sebab berat naik mendadak...so, kena buat jugak la...layan jela...tapi kena buat hari lain la....saya buat keesokkannya (hari ni la..hehe)....

Lepas tu doktor cadangkan dan orderkan Iberet untuk saya...untuk tambah darah..tak payah makan obimin, ferum dah.....makan Iberet je..sebiji...dah cukup!! Selesai jumpa doktor, kena p ke kaunter 5 pulak untuk ambil temujanji yang seterusnya.....saya dapat 29/10/13....lagi 4 minggu....dah dapat temujanji, kena p ke kaunter pembayaran pulak.....ada GL, kira percuma la...tapi kena gak p kaunter pembayaran untuk dapatkan cop percuma.....beli ubat kat Farmasi pun percuma.....senang ada GL ni.....


kandungan Iberet
buku temujanji...ada scan lagi..masa ni InsyaALLAH minggu ke 34...

Ni kisah semalam la....pagi ni kena menghadap HUKM lagi.....kena buat MGTT....kena datang awal sebab sampel darah pertama kena ambil sebelum pukul 9pagi...saya orang yang kedua....cepat sebab terus p ke makmal C untuk ambil darah dan minum air gula....dan kena tunggu sampai pukul 10.10pagi untuk ambil sampel darah yang kedua pulak...ni yang sempat nak update blog ni.....sementara tunggu masa kan....
Dah la lepas 10minit je minum air gula, saya muntahkan...tak banyak pun tapi ada la muntah sikit....mana taknya, pekat sangat air gula tu....perut kosong pulak.....cepat la settle...sebab lapar nak makan ni....kena tunggu mr may jemput la pulak.....harini mr may tak teman macam semalam, mr may cuma hantar je....nanti dah setle baru mr may datang ambik.....terpaksa la berlegar-legar di Midvalley lagi sementara tunggu mr may habis kerja petang.....

tapi yang tak best nye saya kena mc untuk 2 hari la...sebenarnya macam tak suka jugak ambil mc sederet macam ni...semalam dah bagitau bos yang saya mc....petang semalam kena bagitau lagi yang harini tak masuk office sebab kena another round of check up lagi....dah la Jumaat ni last day kerja sebelum kerja kat tempat baru...nak kena settle apa yang patut jugak.....


Sunday, October 6, 2013

Congratulations Norly!!

Rabu lepas, 2 October 2013 kami pakat-pakat turun UM….congratulations Norly!!! Dah konvo pun adikku yang sorang ni…lepas ni kena lebih gigih cari kerja la….awal-awal lagi saya dah rancang nak apply cuti untuk datang ke majlis konvokesyen ni….bila lagi nak meriahkan suasana konvo ni…lagi best kalau ahli keluarga sendiri yan konvo kan!! Rugi kalau tak p…..

Memandangkan Norly dapat sesi petang, kami gerak dari rumah pun tengahari sikit la….dalam pukul 11.30 dari rumah saya….Alhamdulillah, sempat sampai UM dalam pukul 1 tapi terpaksa parking kereta agak jauh sebab UM dah khaskan tempat parking dan shuttle bus….senang sikit…tak yah la nak jalan jauh…..bas pun memang banyak disediakan….senang sangat!! Konsep kami, gunakan kemudahan yang ada!!

Suasana dalam bas..azuin la sangat seronok dapat naik bas…selama ni asyik dok tegur bas je…naiknya idak….dok perhatikan je keadaan dalam bas….

Sebelum masuk dewan...

Suasana depan dewan memang sibuk..sebab graduan sesi pagi pun dok bergambar sakan lagi sekitar dewan tu….tapi seronok tengok graduan-graduan ni…teringat masa dulu!!perasaan yang sukar digambarkan….mana taknya dah dapat ijazah kan….tapi sampai la ni saya tak berkesempatan nak sambung lagi (alasan je tu..padahal dah seronok bekerja dan malas nak study dah!!)

Hanya mak & Ayah je yang boleh masuk dewan…jadi, kami tunggu kat luar jela…ada disediakan tv untuk tengok…sempat la tengok norly ambil ijazah…..
Aksi azuin…..apa la yang dibuat dengan acu ni….masa ni mama p surau dulu….azuin dok sekejap dengan acu…. 
Makan nugget je…
Azuin beli bunga untuk ateh!!


Ateh & Acu 
Yeay, dah nak balik…azuin dapat naik bas lagi…….

Friday, October 4, 2013

Checkup Week 30

Checkup untuk minggu ke 30 macam biasa je…Cuma yang tak best nak dengar  berat naik banyak sangat….bayangkan dalam 2 minggu berat saya naik 3.6kg…ambik ko!!!

Heran pun ada gak sebab bukan banyak pun sangat makan….rasanya baby dah makin berat ni…dah kena minum air gula….tapi kalau nak minum air gula kena p hari Selasa je….hmmm, dah la minggu depan hari Selasa dah mula checkup kat HUKM dah…minggu lagi satu macam lambat pulak…nurse cadangkan buat kat klinik swasta je….tapi ongkosnya tanggung sendiri la…huhuhu….ni yang tak berkenan ni….kalau boleh saya memang nak guna khidmat klinik kerajaan la….dah kemudahan dah disediakan (kemut betul nak keluar duit sendiri..hehehe)

Tengok la macam mana nanti kisahnya…nak minum air gula ni nak kena cuti bagai pulak…dah la lepas raya Haji dah nak start kerja kat  tempat baru dah!!hmmmm…aci tak kalau tak minum air gula tu…..

Nak tengok result checkup kat HUKM dulu la….lepas tu baru decideJ….


Checkup minggu 30 ni kena cucuk kancing gigi…menyengat rasa…lenguh gak la tangan dalam 2 hari…dah masuk minggu ke 30 ni mula la rasa risau la, excited la…bercampur baur perasaan ni…beg hospital pun tak kemas lagi…barang-barang baby pun tak settle lagi…tak beli banyak pun kalu ni…baju azuin banyak lagi yang elok…tak kisah la kan kalau boboboi pakai baju pinkJ