Wednesday, May 22, 2013

Princess di MPH…


Ni masa kat MPH, Mid Valley...Princess memang suka kalau baca kat bahagian buku-buku ni….bukan princess je…mama pun jadi teruja kalau p sini…banyak sangat buku-buku yagmenarik minat budak tecik yang sedang membesar ni….

Kalau kat rumah memang dah banyak benda yang azuin kenal..kalau point kat mana-mana objek dan huruf…insyaAllah azuin dah makin kenal…..kalau huruf abc….azuin paling suka huruf ‘O’ dan huruf ‘S’..taktau kenapa…tapi yang lain azuin tetap layan…..Azuin dok ralit tengok apa tu?



Owh..dok tekan-tekan mata kartun rupanya….

Sekarang ni, kalau selain buku…azuin suka main playdoh/plastersin….dok buat bulat-bulat dah….nasib baik dah besar ni dah pandai bezakan mainan dan makanan….memang tak akan masuk mulut punya la…tu yang berani bagi main playdoh/plastersin ni….


Sunday, May 19, 2013

Lokasi baru Ayam Golek 5 Bintang (Nara Seafood)


Dulu pernah buat entri Ayam Golek 5 Star ni a.k.a Ayam Golek NaraSeafood…..tapi kali ni lain sikit la…lain sebab lokasi dah berubah…Memang kalau dah p area situ memang tak leh tinggal la makan ayam golek ni….sedap woo…

Ada la satu hari tu kami nak p makan ayam golek ni…kami pun p la kat tempat ayam golek tu..yang kat Flat Angkasa tu….tapi tokojut la jugak sebab semua kedai dah kena roboh daa….ada la orang dok panggang ayam golek tepi jalan tu….lepas tu kami park la kat tepi jalan tu sebab ternampak banner ayam golek ni…kat banner tu ada tulis lokasi baru ayam golek ni….

Lokasi baru dekat Pantai Dalam….kami pun tak tau jugak memula..kami tanya orang yang dok panggang ayam tu la..nasib baik dia bagitau dan tak la susah mana pun nak ke lokasi baru tu…kalau dari tempat lama tu, jalan terus je sampai traffic light depan petronas tu…lepas tu belok kanan, dan masuk kearah Lebuhraya Pantai Baru….
Tapi, jangan la jalan terus sampai tol pulak…keep left je, masuk ke Kampung Pantai Dalam..ada stesen KTM Pantai Dalam…kena masuk ke dalam jugak la..sambil tu usha-usha la jugak kedai tu..kedai tu sebelah kanan….sebelum car wash..kalau terlajak lepas carwash tu korang kena patah balik la…..tak jauh memang area tu dah pun….
Situ kira macam kedai baru bukak jugak la..

Sebenarnya dari tepi jalan dah boleh nampak dah diorang dok panggang ayam….parking memang senang…tak macam yang kat Flat Angkasa tu….masa kitorang makan, memang tak ramai pun orang….tapi ok la kan…tapi banyak kucing la..nasib baik azuin tido..kalau tak memang susah la nak makan…..azuin tak suka kucing!!....
 Papa pegang azuin tido….mama enjoy makan…..

Seperti biasa menu kami mesti ambik set A1…tapi tak pernah habis pun…makan berdua memang tak akan habis..kesudahannya memang kami tapau ayam golek dan tomyam…..balik rumah ulang lagi makan…..

Bila lagi nak makan ayam golek ni lagi…..

Friday, May 17, 2013

Hamil & Masih Menyusu


Kali ni saya nak share pasal penyususan ketika hamil..azuin masih lagi menyusu saya dan saya tak pernah ada niat pun nak wean-off azuin secara paksa…biar la secara semulajadikan…..tapi azuin dah tak minum susu saya sepenuhnya dah pun sejak melepasi 2 tahun….saya campur dengan susu uht…sebab azuin tolak susu formula…..tak nak lansung…tapi saya masih akan cuba bagi fm gak…nak serasikan dan biasakan azuin minum susu sampai besar…..

Menyusu ketika hamil dengan anak yang dah 2 tahun lebih ni takla teruk mana pun..sebab ia lebih kepada bonding antara anak&ibu…nak kata minum banyak pun tak jugak….tak macam masa sebelum 2 tahun la…..saya selalu jugak tanya azuin masa tengah menyusu..susu ada lagi ke?azuin akan angguk(maksudnya ada la)…kalau dah habis, azuin akan bagitau, “mama, habis..(sambil buat tangan habis)…lepas t uterus tukar dan minum sebelah lagi satu…..suka sangat tengok gelagat azuin tu..

Ada ramai yang bertanya,macam-macam soalan….kat ofis, kat klinik….macam-macam la….ada yang cakap azuin tu minum darah adik la, ambik hak adik la, risiko keguguran la….macam-macam la….sebab tu saya banyakkan pembacaan dan bertanya kepada doctor apabila saya mengambil keputusan untuk teruskan penyusuan walaupun disahkan hamil…..

Boleh refer kat sini…banyak info yang boleh kita ambil….

atau boleh tanya mr google untuk pengalaman ibu-ibu lain yang masih menyusu walaupun hamil….

Jom saya nak share soalan dan pengalaman yang berkenaan dengan saya sepanjang 10/11 minggu hamil ni…..

Kat Ofis jangan cakap la ramai yang bertanya saya samada saya masih susukan azuin lagi ke?yelah, saya masih kendong cooler beg & pam saya p opis….saya cuma jawab masih susukan azuin la….selagi mampu..lepas tu senyum…

Sakit semasa menyusu?

Hmm….sejujurnya, sangat sakit n* masa nyusukan anak.....mana taknya, azuin dah makin lasak…ikut suka dia nak nyusu macam mana…tertonggeng la...baring bertelangkup atas saya la & mcm2 lagi dia..tapikan..dah lama macam tu..sakit n* tu rasa macam dah terbiasa dah...kira dah boleh tahanla..cuma masa dia nak mula-mula hisap tu je sakit..Even masa pam pun rasa perit sikit…dah lama-lama  hilangla rasa sakit..nak pulak seronok tengok anak dok minum susu…

Production susu merudum tak?

Ye, ada sedikit merudum..tapi tak la merudum sangat…kurang masih tahap ok lagi la…kadang-kadang tu boleh dapat banyak jugak…tapi kebanyakan satu sesi pam saya boleh dapat 3oz je….kalau lebih pun 4 oz…tu untuk kedua-dua belah…saya pam pun 2 kali je kat ofis….boleh bawak balik 6-8Oz je sehari….tapi ada jugak kadang-kadang bawak balik 4 oz je…huhu,ok lakan….memang saya berani nak teruskan penyususan tapi ada gak takut-takut dan risau pasal baby dalam perut..hehe…
Kat rumah memang tak pam lansung dah….penat dan kalau datang pening tu memang kena baring jela… dan saya cuma direct feeding azuin je….sepanjang pregnant ni saya akan rasa pening malam hari je….tak ada morning sickness bagai…so, kalau pening ubatnya tido…hahaha…..

Ada jugak yang suruh saya stop pam je….bagi 100% susu uht/fm semasa kat nursery…so, malam Cuma direct feeding je…

Owh yang ni mana boleh tak pam…kang susu kering pulak….penyusuan ni konsep dia supply & demand kan…so, siang hari kan azuin tak direct feeding…so, kenalah pam untuk pastikan susu tu ada…walaupun hasil yang dapat tu sikit, kena la bersyukur dengan rezeki yang ada…mungkin hari ni dapat sikit tapi esok banyak..mana tau kan….lagipun rasa bersalah kalau tak pam sebab fikirkan azuin….selagi mampu memang saya akan pam….kalau betul-betul dah tak ada baru fikir la macam mana….takmo fikir terlebih….

Penat tak menyusu ketika hamil ditambah dengan kerja kat ofis& kat rumah?

Tipu la kalau saya cakap tak penat…..penat jugak tapi saya jarang layan perasaan penat ni..kalau layan makin menjadi lagi penat tu…..saya masih amalkan supplement dari Shaklee…ni untuk bagi badan cergas sikit la…tak la penat sangat dan masih ok la….consume Shaklee ni sejak menyusukan azuin lagi….sebenarnya kalau ibu-ibu diluar sana tak ambik apa-apa supplement pun ok…tapi kena amalkan pemakanan yang sihat la…saya ambil sebab takut badan lembik dan bagi tenaga sikit…makan pun saya masih pilih pemakanan…tu terpulang pada individu tu sendiri……tak wajib pun!!
Akhir sekali, walau apapun pilihan adalah terletak di tangan kita sendiri…..cara apa yang terbaik untuk kita dan bergantung pada niat…yang penting happy!!Semoga Allah SWT permudahkan segalanya untuk kami bertiga…mintak dijauhkan perkara-perkara yang tidak diingini…Amin.

Note : Tak sabar nak meyusukan baby adik ni(sekarang panggil baby adik,,kalau cakap baby mama atau baby papa, azuin akan tunjuk diri dia….so, untuk baby yang ni kena panggil baby adik la….Rindu nak menyusu baby masa kecik…tak sama menyusu masa kecik dan masa besar ni….semoga dipermudahkan…




Drama Teduhan Kasih


Drama terbaru yang ditayangkan di slot Akasia TV3…Teduhan Kasih ni jugak adaptasi dari novel terlaris karya Marissa…Sekarangkan ni kan trend adaptasi novel je…tapi saya akan layan jugak cerita ni sebab Nabila Huda berlakon tu…mesti best punya la…walaupun watak jahat …Tapikan…kan best kalau Nabila Huda yang pegang watak iffah tu…dulu masa drama Julia, watak Nabila baik….tapi apa-apa pun watak yang dipegang oleh Nabila memang tak menyecewakan….. baru 2 episod ditayangkan dan saya dah tak sabar nak tunggu hari isnin ni..nak tengok episode yang seterusnya…Sebelum ni cerita Sedetik Cinta, tak berapa nak buat saya melekat kat TV…mungkin sebab saya tak berapa nak suka jalan cerita dan pelakon-pelakon dia kot…saya tengok pun lompat-lompat je….

Drama : Teduhan Kasih
Jumlah episod: 28 Episod
Mula tayangan: 15 Mei 2013
Jam: 7 -8 pm( Isnin-Khamis)
Barisan pelakon : Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler. 

SINOPSIS
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Kredit to :

Thursday, May 16, 2013

Buat Buku Pink untuk kali kedua…


Selesai pun buat buku pink ni….saya p settlekan semalam jugak (15/5/13)…kalau ikutkan baru 10 minggu 3 hari…awal jugak la saya buat kali ni..dulu masa azuin minggu ke-17 baru buat…..bukan apa, sementara ada masa baik buat..nak pulak kena buat buku ni WAJIB p hari Rabu…ye, hari Rabu je untuk kes-kes baru dan boleh jumpa doctor….

Saya sampai klinik pun dah pukul 9 pagi..haruslah dah ramai orang kan….sebab masing-masing datang awal pagi…kalau klinik kerajaan ni memang dah biasa pesaki kena datang awal nak ambik nombor cepat…

Saya pun sebenarnya dah lupa apa yang kena buat masa mula-mula nak bukak buku pink ni…sebelum tu saya ada call klinik ni apa yang perlu bawak untuk buat buku pink ni….memandangkan ni saya mengandung anak kedua, tak payah dah bawak surat nikah, ic bagai…Cuma bawa buku mengandung anak pertama je…nasib baik saya simpan dalam fail elok-elok…memang rekod dari mengandung sampai bersalin dah terkepil elok dalam fail tu…..bukan apa senang nak buat rujukan bila perlu….

Untuk kes baru ni seperti biasa kena cek yang rutin, urine test, ukur berat, ukur tinggi, ambil darah jugak….yang darah ni kena ambil dala 10ml…banyak tu….pekat je darah tu….tapi tak leh tengok darah lama-lama..rasa seriau….HB memang ok,11.7..tu yang saya suka...hopefully sepanjang mengandung kali ni HB saya ok la...dapat obimin jugak...selama ni saya cuma makan asid folik Appeton tu dan vitamin dari Shaklee (Vitalea, B-complex,Vita-C dan Ostematrix).....

Nurse jugak cek badan jugak (cek kaki, kot ada urat timbul ke, breast dan perut)…yang perut tu nurse tak dapat rasa lagi…baru dan kecik lagikan..memang la tak rasa lagi…tapi part paling best, nurse cakap perut saya macam tak pernah mengandung..hehe…tak ada stretch mark pun…memang masa mengandungkan azuin dulu memang saya tak ada masalah stretch mark ni…memang dari awal dok sapu Pureen Strecth Mark Lotion je….dari awal sampai la bersalin…lepas bersalin dah tak pakai sebab dok pakai benda lain pulak masa berpantang…dan Alhamdulillah memang memberikan kesan la…kalau boleh pakailah sebelum perut tu membesar…saya dulu pakai seawal minggu ke8..kali ni dah minggu ke10 tak pakai lagi..hahaha…nanti la baru beli….

Saya siap buat segala ujian tu dalam pukul 12.30tengahari jugak..Cuma nak jumpa doctor je….sebab dah nak masuk lunch hour, kena tunggu pukul 2 pulak la….sempat la saya balik rumah, makan dan solat dulu….datang semula ke klinik dalam pukul 2.30pm…memang ramai la….pesakit pagi pun tak habis lagi jumpa doctor..tambah pulak yang sesi petang…..memang masak la kat klinik tu….

Memang lambat la….saya sempat tido lagi kat situ….pedulikan orang keliling…dah mengantuk sangat kan…..tapi nama tak panggil-panggil lagi….dah dekat pukul 5 tapi dok mengunggu lagi,…saya siap keluar p ambik azuin kat nursery lagi…bawak azuin ke klinik….lepas tu mr may pulak datang ambik azuin kat klinik sebab takut azuin takmo duduk  masa check up….nasib baik mr may sampai dalam pukul 5.50pm….lambat bebenor…at last, dapat jumpa doctor pukul 6.00pm…..siap dalam 6.30pm macam tu….

Dapat scan jugak…kat situ macam senang je nak scan…dulu sepanjang check up kat klinik kesihatan, tak pernah pun dapat scan…semuanya scan kat klinik swasta….kat sini memang senang kena scan…Cuma lambat jela…..kena tunggu bagai……normal la untuk hari yang jumpa doctor…nanti untuk next check up jatuh pada hari biasa…selalunya tak ramai orang dan proses cepat….

Result scan, nampak baby macam baru 9 minggu 4 hari….tapi saya rasa memang betul pun 9 minggu sebab dok buat pengiraan sendiri masa ovulation….tapi kalau ikutkan tarikh last menstrual, memang 8 December….yang di doctor bagitau 14 December 2013….tak kisah la…lagipun memang selalunya akan dapat ±2minggu kan…..untuk confirmkan lagi, doctor suruh datang untuk scan je lagi 2 minggu (29/5)….tak tau la nak p ke tak sebab kene jumpa hari rabu jugakkan…mesti ramai lagi orang….yang ni untuk scan je….lepas tu 11/6 check up lagi…nasib baik boleh datang sekali dengan azuin..sebab check up azuin 13/6….kira sekaligus la….memang check up yang biasa saya ambil sebelah petang pukul 2pm…boleh ambil half day jela…tak la habis cepat cuti tahunan…….

Tuesday, May 14, 2013

Family datang rumah lagi

Sabtu lepas mak ayah datang rumah lagi…tapi tak tido rumah pun sebab dah janji nak tido rumah adik saya, Jai kat Kampung Rantau Panjang, Klang…..petang sabtu tu dorang singgah sekejap jela kat rumah saya….tupun dah petang…tak dok lama pun…

Azuin la seronok sebab opah, tokyah, chu dan makteh datang rumah…..azuin sekarang dah boleh dah dengan semua orang..dulu memang anti dengan opah&tokyah…opah memang tak boleh dekat dengan azuin lansung..tapi sekarang azuin dah pandai..dah kenal kan….besar dah pun..kalau opah panggil, senang je azuin p kat opah….

Duduk atas riba tok yah…..

Seronok makteh & chu dok layan azuin main….

Dalam pukul 6.30pm dorang dah nak gerak p rumah Jai….tak jauh pun dari rumah saya ni…dalam 30minit je….masa dok babai dorang, saya pun tanya la azuin…nak ikut opah tak?terus hulur tangan nak ikut….lepas tu makteh pun ambik azuin masuk dalam kereta…terus melekat..mama nak ambik pun takmo….tak puas main gamaknya...kesudahannya, mama kemas beg ikut diorang tido rumah Jai…..mr may tak ikut sebab malam tu dia ada futsal….

Jom layan gambar azuin kat rumah jai…pagi-pagi dah main basikal….walaupun kaki tak sampai tapi nampak azuin seronok….


Cubaan nak buat ‘peace’ tapi tak menjadi…


Ni pulak, dah tanggal baju nak mandi…lepas tu lari nak keluar main basikal pulak…akai kamu ye anak!!



Opah & Tokyah kena balik pagi tu jugak…sebab tak nak sampai Taiping lewat…so, dalam pukul 10 dah gerak balik….kami pun gerak balik rumah jugak….mr may datang ambik sebab opah & tok yah balik terus dari rumah jai, tak lalu dekat rumah kami….

Tunggu minggu depan pulak maktok, wawan dan acu datang rumah…mesti azuin suka!!





Monday, May 13, 2013

Art Paintings from Hourhome


Akhirnya saya beli jugak….berbulan-bulan dok belek design kat hourhome.com.my ni tau….banyak sangat design dan tak terpilih memula….lepas tu kami siap cari kat GM Klang (sebab officemate cakap kat GM tu ada jual)….ye, memang ada jual tapi design tak menarik sangat….

Saya beli online je….mintak courier ke office…kalau kat rumah susah sikit sebab tak ada orang kat rumah nak ambil barang ni….office jela…sebenarnya dah pesan kat guard, kalau sampai barang saya tu, telefon saya..tapi tah macam mana tah frame tu sampai ke HR department…dah nak kena menapak naik tangga p ambik pulak…tapi HR dah pesan cakap berat..kena paggil orang tolong bawakkan…sebenarnya tak berat mana pun..tapi memandangkan keadaan saya ni..risau gak nak angkat…baik mintak tolong orang kan…yang jadi berat sebab combine 3 frame sekali..kalau satu-satu ringan je…hehehe….

Sebenarnya frame ni ada sekali dengan jam…tapi saya taknak jam tu..just request without clock je….bukan apa sebab kat ruang tamu dah ada jam yang mr may beli tu…serabut pulak kalau frame ni ada jam gak…mungkin kalau saya beli yang lain untuk letak kat family hall nanti akan saya  beli yang ada jam tu….tunggu next budget la pulak kan….

Yang ni saya beli saiz 46cm X46cm..3 pcs square, RM 160…harga kat dalam website is RM168..tapi saya dapat RM160….penghantaran percuma dalam 7 hari bekerja….

Nila barangnya….Lepas seminggu beli baru la dapat pasang kat dinding hall kitorang….nasib baik seminggu….kalau tak, taktau la bila nak pasang..Frame yang ada pun tak terpasang lagi tau…kena tunggu mood rajin mr may untuk drill…hahaha…
Ni la hasilnya..frame ni pasang kat dinding ruang tamu….tapi kena adjust lagi sebab mr may buat jarak 2cm je…rapat bebenor…nanti ada masa baru jarakkan semula kepada 4 cm ke….barulah cun sikit….
Berkenan jugak yang jenis kaligrafi ni…tapi harga mahal la….nanti ada budget lebih baru tangkap satu!!!