Thursday, March 29, 2012

Breasfeeding Journey - Dah Setahun Pun

Syukur Alhamdulillah…perjalanan penyusuan saya dah melepasi 1 tahun….harini, dah masuk 1 tahun 1 bulan 4 hari…Dan saya masih menyusukan anak saya dan akan menyusukan selagi mampu…Dengan harapan misi untuk penyusuan sehingga 2 tahun tu tercapai…tapi kalau lebih lagi bagus kan…Setakat ni, semuanya berjalan lancar walaupun stok ebm dah nyawa2 ikan dah..dah tak semeriah dulu la….tapi saya tetap bersyukur sebab rezeki untuk azuin masih ada….
Dulu, saya dapat bawak balik banyak Oz susu hasil pam kat office..tapi sekarang dah agak kurang la…sekarang cuma dapat bawak balik dalam 10-12Oz je [3 botol x 4Oz]…balik rumah kena dapatkan sekurang-kurangnya 8Oz untuk cukupkan bekalan azuin kat rumah babysitter…saya bekalkan 5botol X 4Oz susu [20Oz] sehari dari pukul 7-4.30 pm…selalunya akan lebih 1 botol yang saya akan simpan sebagai stok. Kadang lebih kadang tak…kalau saya terlambat balik, azuin akan habiskan ke-5 botol tu….
Dulu, saya cuma mengepam 2x je kat office…pukul 10am & 1.30pm….dan hasilnya meriah..Tapi dah melepasi setahun ni, terpaksa la kerja kuat sikit…..sessi mengepam dah jadi 3x…9am, 11.30am & 3pm….huh, saya sanggup semua untuk anak!!
Hopefully, saya akan selamat sampai ke destinasi yang di tuju..Doakan la ye!
budak kecik yang kuat minum susu mama!!


Tuesday, March 27, 2012

Cucu Opah & Tokyah yang seterusnya...Tahniah!!

Ni la cucu Opah & Tokyah yang seterusnya…baby ni akan join kitorang dalam bulan November…nampak tak EDD 5/11/12…hehe..gender taktau lagi….tapi sangat excited sebab ni adalah cucu ke-4 Tokyah &Opah…tiap2 tahun dapat cucu….meriah!
OOpppss…jangan salah faham tau..not mine!! Ni la baby adikku cikgu arfah….yang nikah 2/12/2011 haritu..rezeki, Alhamdulillah..seronok dengar berita gembira ni…kecian pun ada sebab cikgu arfah & cikgu salim memang duk jauh…sorang kat ipoh, sorang kat Sarawak….jauhkan….dah la arfah mabuk teruk..sampai ada satu hari tu, terpaksa mak drive p ipoh ambik arfah balik rumah..dapat MC 2 hari…huh!
Sungguh tak sabar nak tau baby boy or girl.....jom review pasal cucu Opah&Tokyah…
2010 – 23/2/2010– Muhammad Taufiiqul Hakim Bin Muhammad Faizal [Jai&As]
2012 – 5/11/2012 [edd] – Baby Arfah&CS
2013 – Adakah babyku???!!!!.....tungguuuuu [kalau ada rezeki la]….

Tuesday, March 20, 2012

Family-Get-Together

Minggu lepas dari Jumaat, 16/3/12 hingga Ahad,18/3/12 adalah minggu untuk ‘Family gathering’…yang ni gathering family belah mr may (mertua la)…sungguh meriah sebab semuanya ada…tak ada pun yang terlepas. .Our family ‘get-together’ @ Lumut, Perak….tak p jauh pun…lagipun senang nak hantar acu ika balik ke sekolah kat Bagan Datoh…saya & mr may memang dah ambik cuti dah Jumaat tu.
Oh ya, sebelum tu hari khamis mak&ayah pun datang KL…tapi tido kat rumah Jai je kat Klang….nak lepaskan rindu kat cucu la tu….petang balik kerja tu kelam kabut kemas barang sebab nak tido kat rumah Jai..saya&azuin je..mr may Cuma hantar je…sebab esoknya nak ambik Mat pulak…Mat join kitorang p Lumut….
Dalam pukul 12 kami gerak ke Lumut…sempat la jugak singgah makan Pau Yik Mun kat Tanjung Malim…pau kaya & pau kacang memang sedap…kami singgah tanjung malim pun sebab mr may& mat nak Solat Jumaat….Dah settle semua tu baru gerak…ikut Bidor, senang sikit…tetiba rasa macam jauh pulak kali ni….saya dah bangun tido banyak kali pun tak sampai2.lagi….
Kira kami lambat sampai jugak la….yang paling awal sampai family Along..pastu baru mak,abah, een & ika sampai….yang paling lambat iwan sebab komitmen dengan kerja…iwan naik bas je sebab balik tumpang WPV….


Kami menginap 3 hari 2 malam kat Marina Cove, sewa apartment kat situ...senang untuk 'big family'. apartment ada 3 bilik. Pemandangan pun cantik nampak laut & swimming pool dari bilik..Aktiviti hari Jumaat cuma lepak2 dalam apartment sambil borak2, melawak sesama sendiri dan makan makanan yang sedap...Mak siap masak lagi dari rumah, ada rendang ayam, puyuh masak kicap, pulut, kek, errrr....lupa dah..tapi yang pasti memang banyak makanan....[ lupa nak snap gambar makanan:( ]
Jom Layan gambar…
mula dengan gambar azuin dulu la...azuin nak breakfast ni....pagi sabtu tu breakfast kat apartment je..breakfast untuk 6 orang je....mr may, abah, mak & iwan tak join breakfast kat apartment ni..dorang keluar cari makan kat luar....


Een, azuin & haikal.....

Lepak Petang kat KFC Lumut...


our family


papa, look here!!










anak2 Along yang chomel


azuin nak tu la papa....suka bola ek? Mentang2 la masa pregnant dulu musim world cup....ni penangan papa yang minat bola la...huh!!


Lepak kat Tepi Laut dekat Kapal TLDM...


Kami lagi...


Kali saya sempat makan abc & laksa...masa datang Lumut dulu tak makan pun kat sini...Tapi laksa tak berapa nak ummpphhh la...KECEWA!!

Malam hari Sabtu tu baru la buat makan2 sambut Harijadi...[sempena birthday azuin, danish, mak tok dan abang shah]...4 in 1 terus.....
the cake!




terdampar....


dah nak balik dah ni....




our big family....love them!!

Jumpa next gathering.....kat mana pulak tu?? tunggu....










TokYah & Opah datang melawat

Hari khamis lepas mak&ayah datang KL…tapi tido kat rumah Jai je kat Klang….nak lepaskan rindu kat cucu la tu….petang balik kerja tu kelam kabut kemas barang sebab nak tido kat rumah Jai..saya&azuin je..mr may Cuma hantar je…sebab esoknya nak ambik Mat pulak…Mat join kitorang p Lumut….
Memula ingat malas nak tido sana tapi dah mr may bagi cadangan macam tu, saya pun suka la..so, nanti gerak ke Lumut dari Klang la….malam kat Klang azuin memang taknak tido awal pulak..asyik nak main je…penat mama nak jaga….pukul 1 lebeh  jugak la baru tido..mana taknya, seronok la rumah bawah, ada sliding, boleh tengok luar..ni kat rumah kami kan rumah tinggi..mana ada chance azuin nak buat macam tu….

Dok main dengan Hakim...

Jadi tempat kegemaran pulak....

tengok tu...dok bukak tutup je kerja azuin

azuin & hakim

Dah lama jugak tak jumpa mak& ayah..tu yang p jugak umah Jai…lagipun taktau la pulak bila nak balik Taiping lagi….Dapat la jugak lepas rindu kat diorang tu....
Pinjam hakim punya...nanti mama belikan untuk azuin ye!

seronoknya dia...


bergaya!! Azuin sempat la posing sementara tunggu papa....lepas tu azuin nak p Lumut pulak...

Kiranya mak&ayah datang sekejap je la...tido semalam je sebab Jumaat nak balik Taiping dah...Nak p kenduri katanya Sabtu  & Ahad tu...Tak apa lah..at least dah dapat jumpa kan..walaupun sekejap.

Friday, March 9, 2012

OneBabyWorld dah kat Bandar Seri Permaisuri

Nasib baik ternampak notification kat facebook OBW..baru tau ada new branch kat Bandar Seri Permaisuri...kalau tak saya dah p Taman Pertama dah...misi adalah nak beli Diaphragm, Puller & O-Ring Assembly untu Medela Harmony saya...sebenarnya O-Ring yang dah hilang...putus kot...tetiba je tak ada...dan memang tak best masa mengepam..macam bunyi angin je..tak berasa lansung..nak beli benda tu aja memang tak ada sebab dia datang dalam pakej...so, terpaksa la beli satu set.....
ni la rupanya...mahal jugak kan accessori untuk breast pump ni...RM 35.00......

OneBabyWorld kat Bandar Seri Permaisuri ni baru je lagi bukak...dekat dengan rumah saya...boleh cakap depan rumah jugak la..jalan kaki pun boleh...lepas ni memang senang la nak beli apa-apa patut kat sini..tak yah nak p kat Taman Permata lagi.....



Wednesday, March 7, 2012

Azuin naik troli Tesco

Lawak pun ada tengok azuin naik troli ni....sebenarnya p tesco Ampang hari Sabtu lepas naik PGY...tak teringat pulak yang stroller azuin dalam WPV....tu yang terpaksa letak azuin dalam troli ni...kira first time la dok dalam ni...mula nampak macam teruja...lepas tu dah bising2 nak suruh angkat....bosan la tu.....
mula2 naik..dok senyum je....

Berusaha nak keluar dari troli..

Tuesday, March 6, 2012

Dzul Satay Jalan Peel

Siapa suka makan sate?!…bagi penggemar sate [saya & mr may memang hantu sate], ni saya nak buat review sikit pasal Dzul Sate yang saya pernah makan…sedap jugak la…lembut sangat…kecik je gerai sate ni…tapi memang ramai yang beli..yang tapau pun banyak…siapa2 yang nak cuba boleh la cari gerai ni kat Jalan Peel, betul2 lepas Carefour & depan Sekolah Convent…kalau nak senang, just parking je kat Carefour tu,  Ex-QA Manager kat company saya pun pernah recommend kat saya tempat ni….

Kami makan 15 cucuk sate ayam & 5 cucuk sate daging. Harga sate secucuk Rm 0.70 [ ok la harga tu]…kalau kat Satay Station dah Rm 1.00 secucuk…tapi kat situ satay memang terbaik la....

Mr may mintak kuey teow ala2 basah gitu [rasa macam char kuey teow]..sangat sedap…lepas tu tengah makan tu ada pelanggan ni tanya ‘Nasi lemak ada lagi tak?’….terus cakap kat mr may yang lain kali nak datang lagi…sebab nak rasa nasi lemak pulak…mesti sedap sebab pelanggan tu siap tanya lagi ada lagi ke tak…masa jalan balik tu sempat lagi kami jeling2 kat tempat nasi lemak tu…hmmm,nampak macam sedap jugak la…boleh try lain kali….
muka bosan tunggu makanan

serius je winsyin...






Thursday, March 1, 2012

Hadiah dari alang

Semalam lepas balik kerja kami jumpa alang jap kat KLIA...alang balik transit jap kat KLIA dari Japan...sampai dalam pukul 4.30 ptg macam tu...tapi flight ke Penang pukul 8.20 pm...so, kami p teman alang jap....nasib baik jalan ke KLIA tak jem..sempat la makan jugak kat situ sambil borak-borak....alang ada belikan winsyin hadiah dari Japan......
yeay...azuin dapat minnie mouse teddy bear...dapat 2...yang lagi satu tak snap gambar pulak....
mula2 azuin malu2 nak ambik....tak berapa nak kenal kot alang mula2..lama2 baru dia senyum....

Alang n azuin..alang balik cuti sebulan je....hujung March dah nak balik Japan dah...

tunggu papa

dok ralit ambik gambar azuin & papa..gambar mama terlupa nak ambik......


increment oh increment

Syukur Alhamdulillah….Dah dapat ‘surat’ dari bos….so, ada la sikit kenaikan gaji untuk tahun ini…walaupun tak banyak, saya tetap bersyukur….kenaikan adalah Januari dan surat dapat febuary...maksudnya bulan ni ada lebihan dalam gaji la [backpay dari January]…seronoknya….
Sejak mula kerja, kenaikan dalam company paling banyak saya terima ialah 7% dan 30% masa saya lompat kerja....memang kalau nak gaji cepat naik kena lompat kerja la...tapi tu bergantung kepada individu tu sendiri....ada orang yang nak cepat naik gaji....so, jalan mudah ialah tukar kerja...
Ada jugak yang suka 'stay' lama dalam satu company...nak kekalkan seniority la..dan kita akan jadi lagi otai dan lebih faham dengan tugas yang diberikan....ada baik dan buruk jugak kalau stay dalam company yang sama bertahun lamanya...Saya dah lalui semua tu..sedikit sebanyak ada la pengalaman kan...walaupun ramai lagi kat luar tu lebih senior dan berpengalaman tentang ni...
Saya lompat ke kerja sekarang ni pun sebab nak pindah area KL sebenarnya selepas kahwin..dah Alhamdulillah, saya dapat 'demand' 30% dari gaji saya kat company lama...terkejut sebab saya dapat apa yang saya nak...so, memang masa interview tu kena pandai 'demand' pasal gaji la..dengan pengalaman yang kita ada la...jangan la main redah je...
Bercerita pasal company sekarang ni,saya sangat suka dengan ‘working hours’nya…..senang nak ambik azuin….sebab saya masuk ikut masa production seawal 7 pagi dan habis pukul 3.30pm…bestkan…memang la sebagai engineer banyak kerja dan memerlukan untuk 'stay back' or balik lambat sikit…tapi pada saya, saya taknak semua tu…..mungkin sekali sekala saya boleh terima tapi TIDAK untuk hari2….
Kalau masa ‘freshie’ dulu takpa la..sebab baru kerja dan nak sesuaikan diri dengan alam baru ni…tapi dah lama kerja ni, saya dah pandai ‘manage’ masa kerja saya….dan saya akan cuba siapkan ‘within my working hours’…kalau tak siap pun, akan sambung esoknya…tapi kena selalu ‘check dateline’ untuk kerja la….Alhamdulillah..selama saya kerja kat sini, saya boleh dan berjaya [ayat tak hengat,haha] balik ontime..habis2 lewat pun pukul 4pm….
Bukan cakap tak balik lewat lansung tp ‘once in a blue moon’ je la…..tu yang berat hati kalau nak lompat kerja…memang boleh up lagi gaji sehingga 30%...tah2 boleh dapat tinggi lagi % tu..tapi dari segi masa kena korban la pulak….sekarang ni biar la ‘stay’ sini dulu….