Siapa suka makan sate?!…bagi penggemar sate [saya & mr may memang hantu sate], ni saya nak buat review sikit pasal Dzul Sate yang saya pernah makan…sedap jugak la…lembut sangat…kecik je gerai sate ni…tapi memang ramai yang beli..yang tapau pun banyak…siapa2 yang nak cuba boleh la cari gerai ni kat Jalan Peel, betul2 lepas Carefour & depan Sekolah Convent…kalau nak senang, just parking je kat Carefour tu, Ex-QA Manager kat company saya pun pernah recommend kat saya tempat ni….
Kami makan 15 cucuk sate ayam & 5 cucuk sate daging. Harga sate secucuk Rm 0.70 [ ok la harga tu]…kalau kat Satay Station dah Rm 1.00 secucuk…tapi kat situ satay memang terbaik la....
Mr may mintak kuey teow ala2 basah gitu [rasa macam char kuey teow]..sangat sedap…lepas tu tengah makan tu ada pelanggan ni tanya ‘Nasi lemak ada lagi tak?’….terus cakap kat mr may yang lain kali nak datang lagi…sebab nak rasa nasi lemak pulak…mesti sedap sebab pelanggan tu siap tanya lagi ada lagi ke tak…masa jalan balik tu sempat lagi kami jeling2 kat tempat nasi lemak tu…hmmm,nampak macam sedap jugak la…boleh try lain kali….
muka bosan tunggu makanan
serius je winsyin...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.