Syukur Alhamdulillah…perjalanan penyusuan saya dah melepasi 1 tahun….harini, dah masuk 1 tahun 1 bulan 4 hari…Dan saya masih menyusukan anak saya dan akan menyusukan selagi mampu…Dengan harapan misi untuk penyusuan sehingga 2 tahun tu tercapai…tapi kalau lebih lagi bagus kan…Setakat ni, semuanya berjalan lancar walaupun stok ebm dah nyawa2 ikan dah..dah tak semeriah dulu la….tapi saya tetap bersyukur sebab rezeki untuk azuin masih ada….
Dulu, saya dapat bawak balik banyak Oz susu hasil pam kat office..tapi sekarang dah agak kurang la…sekarang cuma dapat bawak balik dalam 10-12Oz je [3 botol x 4Oz]…balik rumah kena dapatkan sekurang-kurangnya 8Oz untuk cukupkan bekalan azuin kat rumah babysitter…saya bekalkan 5botol X 4Oz susu [20Oz] sehari dari pukul 7-4.30 pm…selalunya akan lebih 1 botol yang saya akan simpan sebagai stok. Kadang lebih kadang tak…kalau saya terlambat balik, azuin akan habiskan ke-5 botol tu….
Dulu, saya cuma mengepam 2x je kat office…pukul 10am & 1.30pm….dan hasilnya meriah..Tapi dah melepasi setahun ni, terpaksa la kerja kuat sikit…..sessi mengepam dah jadi 3x…9am, 11.30am & 3pm….huh, saya sanggup semua untuk anak!!
Hopefully, saya akan selamat sampai ke destinasi yang di tuju..Doakan la ye!
budak kecik yang kuat minum susu mama!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.