Saturday, June 30, 2012

Breastpump Package untuk 'mak buyong' arfah!!

Alhamdulillah...'settle' jugak beli barang arfah...'breastfeeding set' je pun....memandangkan onebabyworld memang dah dekat dengan rumah [jalan kaki pun boleh]....tu yang arfah 'request' mintak tolong beli....beli 'Medela-Harmony Breastpump *Back to Work Package'...set ni amat la berbaloi...bukan apa...dapat imat banyak jugak la...sebenarnya dah banyak pump yang di senaraikan nak beli..alih-alih, arfah tanya pendapat saya untuk set manual pump mana yang bagus...

Hmmm, kalau tanya saya,mestilah saya cakap Medela Harmony....sebab,saya memang guna pam ni sejak azuin lahir lagi dan sampai sekarang pun, saya masih menggunakan pam yang sama....berbaloi tau..azuin pun dah 16 bulan..sikit pun saya tak rasa sakit atau renyah masa guna pam ni..memang mesra la!!!cuma kena tukar 'Diaphragm' dan 'membrane' je....yang tu biasala...sebab kalau ganas sikit, 'membrane' memang cepat koyak [kena lembut-lembut masa nak keluarkan 'membrane' masa nak cuci].....

ni la barangnya....dapat 'gift'..2 biji 'autumz storage bottles', 'diaper sekeping' dan 'Baby Safe Liquid Cleanser Bumblee Bee'..
semua sekali...

Lepas tu dapat gak voucher RM 10 [yang ni saya terus guna beli 'cooler bag' azuin]+ RM 10 [yang ni kena beli barang >RM150 baru dapat]....

Ni la rupa 'cooler bag' azuin yang baru...ni nak bawa p rumah pengasuh...yang kaler oren tu dah rosak tang zip dan koyak2 dah....murah je...RM 15 je...pastu tolak dengan 'voucher' RM 10...saya bayar selebihnya jela....hehe...

** arfah, halal jela ye sebab guna 'voucher' RM 10 tu...[dah guna baru nak mintak,hehe]

Ni bukaan dalam beg...memang sebijik beg kaler oren dulu....cuma corak je berbeza...senang sikit sebab beg ni muat2 masuk dalam beg sandang a.k.a beg baju azuin....tak la banyak beg nak bawak...satu beg lagi beg makanan azuin....

Tu je la barang arfah yang di beli...minggu lagi satu [14-15 Julai 2012] nak terjah 'Pureen Warehouse Sale' pulak...arfah kirim beli barang & baju-baju jugak....saya pun nak beli baju basahan azuin jugak....kali terakhir pergi situ masa jadi mak buyong....ni nak terjah sekali lagi....hehe....



Friday, June 29, 2012

Papa kena pindah

Hari ni hari terakhir mr may kat JKRWPKL...lepas ni kena kerja kat CKE, Mid Valley pulak...
Tengahari tu ada la farewell untuk mr may kat opis dia....masa saya balik petang tadi nampak ada hadiah kat atas meja.....

sibuk nak bukak hadiah papa...

Isnin ni, papa kerja kat tempat baru pulak!!!

Tuesday, June 26, 2012

"Breastfeeding Journey" - dah 16 bulan!!


Dah 16 bulan  2 hari pun si bijak azuin ni….sama la jugak dengan ‘breastfeeding journey’ saya ni….lagi 2 bulan nak dapat ‘Master’ dan 8 bulan nak dapat ‘PHD’…
Dah jauh perjalanan saya ….dan dari situ jugak la saya dah tambah pengalaman tentang ni….ada yang manis, dan ada jugak yang pahit….biasalah, saya manusia jugak kan..

Memang agak mencabar terutama si kecil ni masuk ke satu tahun….susu kurang la yang saya selalu hadapi…terutama masa ‘period’….mula-mula saya ok lagi…tapi lama-lama dah jadi risau pulak…

Jadi, saya pun cuba la produk Shaklee….sebab masalah susu kurang masa period dan saya jugak selalu ‘skip’ makan….takut tak cukup zat pulak dan saya keletihan…itu la tujuan saya pilih Shaklee…

Sebelum ni memang saya tak amalkan apa-apa ‘supplement’ pun…bergantung pada pemakanan je….lepas tolak tambah bahagi darab…..hehehe, saya pun cuba Shaklee….dengan bantuan Adilah CelikVitamin, saya pun cuba Shaklee Set E…..

Hasilnya, sangat puas hati….
*Terasa semakin segar dan tak keletihan ketika bekerja
*Susu pun tak berkurang terutama semasa ‘period’
*Susu ada sikit pekat…kalau lepas makan alfalfa tu mesti susu kaler hijau-hijau sikit…..
*Azuin pun minum sekejap je…mungkin cepat kenyang kot….

Lepas sebulan guna Set E ni…saya cuba Energy Soy Protein (ESP)….yummy!!!
Saya minum sekali sehari setiap pagi sebelum pergi kerja…dalam pukul 6 pagi macam tu…..campur 3 sudu dalam 200ml air…pekat dan lazat…..
Sangat ‘yummy’…..Jadi, pagi saya jadikan ESP ‘my early breakfast’….sementara tunggu pukul 10.30pg untuk minum pagi…
Kesan pada susu, saya tak pasti pulak…sebab susu banyak lebih kurang makan Set E je….tapi yang saya suka sebab bagi saya tenaga la….
Yela, ibu menyusu ni kerap rasa lapar & letih….

Just nak ‘share’ jadual makan Shaklee ni..
 - 6 pagi – 3sudu ESP campur dengan air…
 - 10.30pagi – 1 Biji Vitalea, 1 Biji B-Complex
 - 1.30 tghri – 1 Biji Vita-C, 4-6 Biji Alfalfa
 - 8 mlm – 4 Biji Ostematrix….

Azuin pulak, macam tak minum banyak sangat dah…Jom tengok perbezaan jumlah Oz yang azuin minum dulu dan sekarang di rumah ‘babysitter’ dari pukul 7pagi – 4.30ptg…

<14 bulan
>14 Bulan
Bawa
Minum
Jumlah minum
Bawa
Minum
Jumlah minum
5 Botol X 4Oz
4 Botol X 4 Oz
16 Oz
4 Botol X 5 Oz
2  Botol
10 Oz

Beza 6 Oz tu…kadang-kadang terfikir gak..kenyang ke azuin ni….makan banyak ke..sebab kat rumah macam susah nak makan…lagi-lagi yang berkaitan dengan nasi…nasib baik pasta bagai dia nak…dia nak yang boleh ambik sendiri guna tangan..tanak yang suap-suap ni….haishhh…memang bersepah la kalau bagi azuin makan sendiri…penat nak mengutip sisa-sisa tu….

Yang penting anak mama ni sihat dan cergas!!

Owh ye, azuin dah pandai cakap sikit2….bahasa dia la…kalau masuk rumah, terus bagi salam…azuin sebut ‘akum’…….comel…kalau ikat rambut or pakai cekak mesti dia sebut ‘antik’ [cantik]….hehe…kalau sebut mandi mesti tunjuk nak bukak baju….buat mama geram tau!!..dah banyak jugak perkataan yang disebut…dah bercampur  bahasa…ada BM & BI..hehe….pandai anak mama ni…..

Panjang sungguh entri ni….nanti saya ‘update’ lagi ye pasal ‘breastfeeding journey’ ni….
mesti kena ada gambar budak kecik yang comel ni....hehe

Monday, June 25, 2012

Yeay...Dah Dapat Kunci Rumah!!!


Alhamdulillah….Kunci rumah baru dah dapat….lega hati ni….semalam baru dapat ambik sebab hari sabtu tu mr may ada futsal….dalam pukul 11.30 pagi kunci rumah dah dalam genggaman kami….Yeay!!
Beg IJM...ada borang yang kena isi...kot la ada 'defect' kat rumah tu & kepala paip yang tak dipasang lagi...tak pasang sebab takut kena curi kot....

dapat 2 je dulu...lagi satu gugus 'developer' pegang dulu untuk buat 'touch up defect' la...karang tak leh masuk rumah pulak....

Lepas dapat tu terus kami buat lawatan tapak…nak tengok ada ‘defect’ ke tak….boleh la komplen nanti….sampai je kat kawasan rumah tu, dan banyak dah ada orang ikut kami…lemas pun ada…..biasala, masa ni la diorang nak dapat ‘job’..macam grill ke, ‘plaster ceiling’ ke….’tinted cermin  ke….macam2 la….

Kami dah la dok sibuk nak cek rumah, diorang pun datang tanya dan ‘offer’ itu la..ini la…tapi tak kan nak marah kan..kami Cuma ambik ‘no. contact’ or kad diorang jela…sebab kepala ni tak leh nak buat keputusan la la tu jugak..mesti nak kena bincang dan tambah tolak ‘budget’ dulu…karang terima semua, duit tak cukup pulak…kan naya….

Dalam hati memang berangan nak buat ‘plaster ceiling’, grill & kitchen cabinet dulu…Kitchen cabinet dah tempat masa Homedec 2011 kat Signature Kitchen….Cuma hari tu dah let go hob, hood & oven je….lepas ni kena cari lain la….itu ‘small matter’ je…kalau susah2 tengok jela full pakej dari Signature Kitchen….yang penting masih dalam ‘budget’ la…Walaupun rumah tak besar mana tapi banyak jugak nak kena keluar duit…..huhu…
azuin buat muka...tak nak kena pegang...nak berlari je..

Perabot  bagai KIV dulu….slow2 beli…yang penting buat yang major dulu….karang dah beli perabot mesti dah malas nak buat ‘plaster ceiling’ bagai…..hmmm…..lepas ni bermula la korek mengorek tabung…tabung pun dah tak seberapa sangat dah..huhu

Owh, untuk rumah kami ni, adalah sikit ‘defect’ yang nampak….so, nanti mintak ‘touch up’ balik la…tak major pun….orang yang paling ‘happy’ azuin la…dok berlari sana sini…mentang-mentang la luas je….tapi agak risau kat tangga la..takut dia jatuh je….WAJIB beli penghadang/pagar….dah la suka panjat tangga…macam tak pernah tengok tangga je….hehehe
cak!!
bergamba dengan mama kat dapur pulak...
Nak main tangga lagi... 
sampai berpeluh-peluh...
WPV parking dengan gahnya kat 'porch'....lepas ni tak yah la berjemur lagi....luas parking rumah ni..ada ternampak satu rumah tu siap dapat 'parking' 4 buah kereta sedan  lagi..wallawei.....sungguh luas....

Lepas tu…kami pun p tengok rumah contoh Gemma…..cantik la jugak design rumah ni….harga pun dah makin ‘cantik’…..ni dah kali ke-2 kami masuk rumah contoh Gemma ni…saja nak tengok ‘deco’…hehehe….
azuin dengan makteh

Rumah kat kawasan ni harga dah meningkat…..dah tak dapat bawah 300K….Nasib kami la sebab dapat rumah yang harga dalam kemampuan lagi….kami beli hujung tahun 2010…dan sign S&P dalam bulan 1…..masa tu harga rumah yang kami beli ni <300K lagi tau….sekejap je harga naik….Sesiapa yang rasa nak beli rumah tu..cepat-cepat la cari…memang la agak jauh ni..tapi ok la..lagipun kawasan sini dalam proses nak membangun…dah banyak projek baru masuk….MKH pun dah bukak unit untuk register….tak salah Pelangi Seri Alam under MKH, untuk ‘Double Storey’ pun dah >400K….mahai bebenor untuk ‘intermidiate unit’…berpeluh dengar….

IJM punya rumah pun makin lama makin mahal dah kat alam suria ni…kalau tengok plan IJM memang nampak ‘well-planned’ la…tunggu je la 5-10 tahun akan datang macam mana rupa  kat sini nanti…..

Lepas tu, kami sempat lagi singgah kat Xania, Bandar Nusa Rhu…cantik jugak design rumah ni tapi tak tau pulak harga berapa…..hajat nak tengok rumah contoh tapi tak nampak pun yang mana satu…nampak semua tengah dok buat je..huhu

Dah puas jalan-jalan tu, terus kami p Bangi nak hantar norly kat rumah kawan dia..norly dok situ sepanjang tempoh praktikal kat Agensi Nuklear Bangi…..hari ni la dia daftar…praktikal cuma 3 bulan je….

Hajatnya nak tengok jugak rumah kat Kajang 2 tapi memandangkan tak solat Zohor lagi, hajat pun terbatal…huhu….tak apala..lepas tu kami p la pasar kat Serdang (yang sebelah UNITEN tu)..ingat nak minum cendol tapi tak ada tempat pulak…terus lajak p Alamanda pulak…..dah lama jugak tak p Alamanda…

Kami Makan Burger King(BK) je kat situ..nak tau tak…ni la kira kali pertama saya makan BK tau…dah lama teringin nak makan..tapi asyik tak jadi je…..ok la jugak BK ni…..saya makan Wopper Jr and mr may makan grilled chicken….sama-sama tak pernah makan….yela, kami lebih ‘addicted’ to McD…..tapi rasanya fries McD lagi sedap la….hehe…
tangkap gambar azuin je....

Lepas tu terus balik rumah..penat sangat..azuin pun minum susu & terus tido dalam kereta..sampai rumah pun azuin masih tak sedar lagi....Saya dan mr may pulak konon-konon dok belek-belek fail dulu…tengok ‘checklist’ dan buat kira-kira sikit…tapi tak kemana pun sebab dah penat kan…’at last’ tutup semula fail itu…nanti la ‘review’ balik…..


Saturday, June 23, 2012

Sabtu

Hari ni azuin dengan mama je kat rumah....sebabnya papa ada futsal pulak dari pagi sampai la petang.....dok lepak2 jela dengan si comel ni.....kalau tak, dah boleh p ambik kunci rumah dah..esok baru boleh p ambik.....

Azuin pun taknak tido dari pagi lagi..sampai saya tak leh nak buat kerja...azuin dok ikut bontot je...tak leh lari sikit dari dia.....kalau azuin dok tengok tv elok2 tu, mama bangun p dapur...dia pun ikut sama...haih...

Pagi-pagi azuin dapat breakfast lempeng blueberry je....tu je yang sempat buat...lunch pun buat yang cepat...pasta goreng untuk azuin&mama...2 in 1..senangkan....




Friday, June 22, 2012

Pindah tahun ni jugak??

Semalam dapat sms dari tuan rumah yang kami sewa ni.....katanya esok, ada orang nak tengok rumah...huh!!sebenarnya seminggu yang lepas, tuan rumah ni ada tanya kami...samada kami nak berminat ke tidak nak beli rumah sewa kami sekarang ni.....rumah ni agak kecil, dalam 650 sqft je...tuan rumah nak jual dalam RM130K.....agak mahal bagi rumah yang sekecil tu...memang la rumah dah 'renovate'...tapi kami masih tak boleh terima harga tu mahal sangat...tapi kalau ikutkan, memang berbaloi beli sebab kawasan saya tinggal ni memang 'hot'.....kalau sewa pun dah cecah RM700-800 sebulan....tah tah sebab tu kot tuan rumah nak jual sebab kami cuma bayar sewa RM550 je...hehe....kalau tolak maintenance tiap-tiap bulan dah tinggal berapa...hehe.....

Kami pun buat keputusan tak nak beli la...bukan apa, nanti kot ada rezeki nak beli rumah lain(Semi-D atau buat Banglo atas tanah sendiri ke...verangan la ko aini!!)..kalau ada banyak loan kan susah sikit sebab ada komitmen loan lain kan....so..tunggu la bernafas sikit baru fikir fasal ni....sekarang ni dok fikir pasal rumah baru kami itu....esok nak kena ambik kunci....taktau la dapat p ke tak esok..dah la tuan rumah ni nak datang pukul 3 ptg,...mr may pulak ada futsal dari pagi sampai tengahari....tengok la macam mana kan....kalau dapat p ahad pun ok gak..tak la tergesa-gesa sangat...

Andai kata la orang itu jadi beli rumah dan nak duduk...kami terpaksa la keluar awal....yela, kalau 'owner baru tah-tah dia nak naikkan sewa rumah....mana berbaloi...dah la kena bayar duit rumah sendiri lagi....

Harap-harap pindah pun lepas kerja-kerja 'renovation' siap la...kami nak buat 'renovation' sikit-sikit je dulu...buat yang mana perlu dulu....duit poket tak la banyak nak buat sekaligus.....ni dah habis korek dah.....tengok 'checklist' bukan main panjang senarainya....[tapi kebanyakan kena KIV..pelan-pelan la...tunggu bonus ke....ada duit jatuh dari langit ke...]....bernanah la kalau nak buat semua......

Nanti kalau kena pindah segera, kena mintak balik duit 2 bulan 'deposit dan RM 200 api/air....dapat la tambah kos pindah ni.....

ok la..tak sabar nak ambik kunci rumah baru....yeay!!




Tuesday, June 19, 2012

Riadah kat Tasik Permaisuri


Bawa azuin main kat taman memang mementakan…nak kena kejar dia je…macam-macam nak cuba…acara panjat memanjat pun ada…sampai terpaksa saya naik sampai atas tempat permainan tu sebab nak ambik azuin…..

Masa ni, Cuma saya & azuin je kat Taman Tasik Permaisuri ni….papa?papa p cuci kereta…malas saya nak tunggu, suruh drop kat sini jela…so, dapat la jugak azuin main……duduk kat sini memang tak rasa masa berlalu…tup tap tup tap..dah nak dekat pukul 7…

Masa nak balik kena berlawan dengan azuin pulak…sebabnya, azuin tak nak balik lagi….kalau dukung, azuin dok buat lembik je….lenguh tangan ni…nasib baik tak ghiau….

Balik rumah, lepas mandi terus merengek-rengek mintak susu…..dah tau dah…mengantuk lah tu…agaknya sangat penat bermain, tu yang mengantuk tu….cian anak mama ni….




Monday, June 18, 2012

Kena tinggal & surat 'pink...


Hantar anak sendiri ke rumah pengasuh memang mencabar….terpaksa hantar azuin hari ini & esok..huhu, sebabnya mr may ada ‘meeting’ kat Gold Coast Morib sejak semalam sampai la hari selasa….lama bebenor..’meeting” apa la lama sangat tu…..memula memang ingat nak ikut jugak….tapi memandangkan tanggungjawab kerja [ada ‘customer visit’ yang melibatkan ‘department’ saya]…terpaksa la saya melupakan niat tu!!

Pernah sekali je saya ikut mr may p ‘meeting’ ni….tu pun masa azuin 2 ½ bulan kat Melaka….lain kali la ikut pulak….kalau ada lagi la….hehe….lagipun mr may dah dapat surat kaler ‘pink’…..maksudnya, mr may kena tukar kerja ke CKE, Mid Valley, bermula Julai 2012 ni….taktau la macam mana pulak kan kat sana…kalau kat JKRWPKL ni….senang sikit sebab tak yah pk pasal nak ‘parking ‘ kereta bagai….kat tempat baru ni kena  pk la pulak….dah tentu la kena bayar…dengan sesaknya nak p kerja…haish….

Harap-harap semuanya ok la buat mr may….

Pagi tadi nasib baik azuin bagi kerjasama kat saya…Cuma sedih masa hantar jela..azuin hulur tangan nak datang kat saya….runtun hati mama ni tengok anak macam tu!! Tak apa la…..jap je tu, petang karang mama ambik azuin ye!!

Selingan gambar 'princess' ni......

Saturday, June 16, 2012

Surat dari IJM...

Tengahari tadi dapat surat berdaftar dari IJM....

Alhamdulillah......dah boleh ambik kunci rumah kami tu.....dekat 2 tahun gak tunggu....dan akhirnya kami bakal memiliki rumah sendiri.....memang sebelum ni dok berkira-kira samada nak sewakan atau tinggal kat situ....dan kami dah buat keputusan muktamad untuk tinggal di sana....moga-moga kehidupan kami di sana bertambah baik....

Kunci dah boleh ambik minggu depan 23 Jun 2012......Lepas ni bermula 'projek ubahsuai' kami....nak buat sikit-sikit dulu......mesti banyak duit nak pakai.....huh, berpeluh jugak la.....




Thursday, June 14, 2012

PGY sakit lagi...


Sedihnya….PGY kena sakit pulak….ni semua gara-gara ‘tread’ lori yang bersepah kat ‘highway’…geram bangat….selalunya memang dapat elak…tapi semalam saya terpaksa langgar sebab tak nampak…saya nak tukar lane & tetiba lepas tukar lane tu, ada ‘tread’ tayar tu..kuat gak la saya rempuh….terus ada bunyi yang sangat tak besh…..huhu…..kejadia berlaku kat KESAS sebelum tol Kemuning…terus berhenti kereta tengok kot ada apa-apa yang pelik….dan…..sakit hati bila nampak bumper depan dah renggang…..nak tengok renggang macam mana?jom layan gambar kat bawah ni….


Sian PGY…dah la rosak kat pemegang pintu tu tak repair lagi..ni kena sakit lain pulak….nak tukar kereta??hmmm, tak kot….tak terlintas lagi buat masa sekarang….[tah-tah esok terlintas nak tukar ke]…hehehe….

Wednesday, June 13, 2012

Buku Idaman Mr May!!


Buku idaman mr may dah sampai….kiranya tak lama sangat nak tunggu…..mr may order buku ni dari MPH….dan memang tak ada dalam  pasaran Malaysia ni…Ni semua gara-gara mr may p perpustakaan Negara haritu….terjumpa buku ni…dan terpaut hati nak beli…memang sangat berguna..memula dia ingat nak pinjam je tapi tak leh pinjam pulops,,,,tak kan nak fotostat buku yang tebal bagai ni…..

Lepas tu bermula episode mr may mencari buku tu kat kedai- buku yang ada di KL ni…..Memang sangat penting buat mr may…..so, lepas ni kena rajin study ye sebab dah beli buku yang sangat mahal ni….huh!!!tak sanggup nak tulis harga buku tu…menangis den dengar!!

Tuesday, June 12, 2012

mood kerja--->bersemangat!!


Bekerja selepas lama bercuti kadang-kadang buat kita jadi bersemangat….betul tau..hari ni saya sangat bersemangat nak berkerja…kerja memang la banyak….sampai je office, kena baca email dulu….haruslah berlambak….sebab tak masuk office dari hari Khamis sampai isnin….lagi pulak saya memang tak bukak or baca email kat rumah…bukan apa, malas nak semak otak ni dengan kerja ketika bercuti…..

Hari ni pagi-pagi dah terserempak dengan bos baru….nampak dia tengah minum kat kantin….lepas tu, masa kat office baru la dapat berkenalan dengan bos baru ni….mulai semalam [bos baru report kerja semalam] saya kena report kat dia….harap ok la…bos baru ni orang Ireland…tinggal kat Seremban [mak aii jauhnya nak datang kl…mau 2 kali ganda perjalanan saya datang kerja]….dia tinggal kat Seremban pun sebab ‘girlfriend’ dia kat sana..mengajar kat ‘international school’ katanya…gigihkan….memang kat company saya kerja ni kebanyakkan pekerja memang tinggal jauh….

Disebabkan mood kerja hari ni sangat la baik dan yang penting bersemangat, saya nak siapkan banyak task hari ni….chaiyok!!chaiyok!!

Monday, June 11, 2012

Trip to Johor


Nak cerita sedikit pasal bercuti minggu lepas…..kami sekeluarga pergi Johor je..dalam Malaysia je…tupun sebab utama nak pergi kenduri azizul sabtu,9/6/2012…..memang dah rancang nak stay 2 malam kat Johor…baru puas….kalau semalam je rasa macam tak cukup pulak….dah alang-alang kan….
Jumaat, 8 Jun 2012.
*Gerak ke Johor dalam pukul 8.30pagi…tunggu azuin bangun dulu & mandikan dia…

*Berhenti breakfast di R&R Seremban….

*Berhenti rehat kat R&R Pagoh….

*Singgah Johor Premium Outlet (JPO) dalam pukul 12.30tengahari macam tu….sempat la jalan-jalan tengok apa yang nak beli [sebenarnya tak ada aim apa-apa pun…Cuma Jai je mintak tengok kasut bola Puma King]….kesimpulannya, mr may beli stoking je….saya tak beli apa-apa pun…


R&R Seremban

baru sampai JPO

papa pilih t-shirt...azuin berlari2

lapa la mama...makan ni dulu...food court kat bawah....tapi sebab maleh nak turun bagai, makan ni dulu....alas perut!

nak panjat je...

cak!!

muka bosan dah ni....



*Check-in hotel pukul 3.30ptg…kami menginap di Mutiara Hotel Johor Baharu….kami ambik "Deluxe Room"....memandangkan kami 'book' melalui 'Orient Reward', dapat la murah sikit...'book semalam, dapat free semalam lagi...kira ok la kan...lepas letak barang bagai, kami pun p cari makan kat Parkson….sebab perut memang dah lapar, kami makan McD je…tu je yang senang….nanti dinner baru cari makan best!!

muka baru bangun tido...

Mutiara JB Deluxe Room

terselit jugak kelibat azuin

bathroom

tub...ni la tempat azuin suka berendam




Lepas makan, kami balik bilik dan rehat sekejap…..lepas maghrib baru keluar cari makan…..
Malam tu kami jalan-jalan kat Danga Bay…hmmm,dah tak macam dulu….dah tak besh!! Dulu pernah datang sini dengan mr may…masa tu belum kahwin lagi [kenduri adik azizul masa tu]…..meriah lagi masa tu….sekarang ni hambar jela….azuin pun dok buat akai je…taknak bagi kerjasama…penat agaknya seharian dalam kereta….
Sabtu, 9 Jun 2012
Breakfast kat hotel.
Berendam..hihi
Dalam pukul 11 kami bergerak pergi AEON Tebrau nak cari hadiah untuk azizul….lupa pulak nak tangkap gambar hadiah tu…beli set periuk….
Dalam 1.30ptg baru gerak ke Taman Pulai Indah……nasib baik ada GPS..memang sangat membantu….
may...rezal...niha...aini - Dah selamat dah Azizul kahwin

selingan, gambar mama&azuin..

Malam tu kami makan Benafee Café [Café Keluarga Betty Benafee tu]….sedap sangat makan kat situ…recommended!! Nak cari pun senang, dekat dengan New York Hotel….
Ahad,10 Jun 2012
Breakfast kat hotel.
Berendam lagi…..
Check out dalam pukul 11.30 macam tu….terus gerak p JPO lagi….singgah sebab nak tengok barang Jai lagi….kami lunch kat situ sebab senang…lagipun azuin tido je….kami makan baskin&robin pun dia tak sedar….
sleeping beauty!!

makan kat JPO's Food Court

papa + azuin

azuin dengan mama pulak

Gerak balik KL dalam pukul 2.30 ptg…..
Jom...azuin dah nak balik KL

Singgah Bangi makan...lapaq sangat ni..hisap jari je ke...azuin makan banyak sangat...lepas tu dah tak mo makan sebab nampak kucing.....azuin tetiba je dah jadi tak suka kucing!!ikut papa la tu..


Friday, June 8, 2012

Pelangi Semenyih 2


Hari tu pernah saya p ke Semenyih…nak tengok rumah kat Pelangi Semenyih 2 under MKH (Metro Kajang Holdings]….saja je…sempat la tengok & pilih lot….al-kononnya nak ambik lot tepi 20X75 ….lepas sembang dengan sales girl tu, saya pun terus p Maybank nak cek tengok lepas tak loan saya….sebab booking ialah RM3K..kalau loan tak lepas, duit booking tu kira 'burn'…..tu yang tanya bank dulu….memandangkan Maybank dekat je…saya pun terus la tanya….no harm pun kalau tanya,…just nak tau….loan saya seorang memang tak lepas…tapi kalau 'combine' dengan mr may memang lepas…..tak sangka pulak lepas loan tu kalau combine dengan mr may [sebab mr may dah ada loan rumah lain]….hati dah berbunga-bunga nak ambik yang ni….tapi kena buat kira-kira balik takut tak mampu nak bayar bulanan lagi…..
Lagi pulak rasa macam sayang nak 'let-go' rumah baru kami tu [sebab hari tu p sana, tengok kawasan Puncak Alam dah lain…cepat betul naik kawasan ni…kawasan Puncak Bestari pun dah bukak, dah cantik dan potensi untuk naik tinggi….dengan IJM punya plan yang bagus untuk township kat Puncak Alam ni….mana tau satu hari nanti lepas hiway Banting-Taiping siap, harga rumah memang naik]….hmmmmm….
Malam tu lepas berbincang dengan mr may pro&con….kami pun buat keputusan….tak nak tambah beban lagi untuk masa sekarang…..simpan duit dulu untuk beli tanah n buat banglo ke [verangan kan!!!]

Yela, karang kalau banyak beban, hujung bulan tak dak duit pulak…haishhh,susah tu…..sini hutang,sana hutang….buat masa sekarang nak setel kan loan yang ada [InsyaALLAH, loan saya setel lagi 3 tahun]…lepas tu…bebas hutang [tak termasuk PTPTN la, hihi….yang ni mungkin dalam 6 tahun kot…banyak lagi la,huhu]
Semalam orang MKH tu dah call tanya jadi ke tak….jawapan saya, TAK!!
Oh ya, sabtu ni ada 'new launch' untuk unit baru ni [ternampak iklan dalam 'The Sun' harga dari RM317K....sesiapa yang rasa nak beli rumah or invest area situ boleh la pergi...