Tuesday, May 31, 2016

Milo Breakfast Day 2016 @Putrajaya,29 May 2016

Tahun ni kami join jugak Milo Breakfast Day ni…mana taknya, selalu ada announcement hat email kami pasal ni…dok selalu tengok kemeriahan kat lain-lain tempt..memang meriah..kali ni spot terakhir adalah di Dataran Putrajaya, Presint 3. memang expected lebih daripada 10K yang akan join aktiviti ini..
Kami memang stay Marriott sebab senang sikit..jadi, tak la kalut sangat nak p pagi hari….kami gerak dalam 6:45pagi..dan acara bermula pukul 7:00am..Parking memang senang walaupun ramai orang…

Dalam dok kalut berjalan tu, terdengar la pulak nama kena panggil…tak sangka terjumpa kawan masa kat UKM dulu…kawan satu course..
sempat jugak Syazwan & Noraini ni sapa diriku…terkejut..dulu masa kat UKM semua bukan makayah orang..sekarang dok kelek anak dah..hahaha...
Tangan kena cop daa….

Untuk Cabaran Milo ni kami tak join pun sebab sama je aktiviti semasa Sukan Nestle (Supermeet 2016) haritu..boleh baca sini..
Ni pulak pilihan makanan untuk sarapan..memandangkan kami registered untuk 3 orang, kami dapat 3 packs makanan la..ok la tak berat sangat sarapan ni..
Lautan hijau...

Walaupun ramai orang, tapi memang tak sesak sangat sebab teratur sungguh event management ni…biasala Nestle ni…dah faham sangat! memang kalau buat apa-apa mesti taknak cacat cela…investment tu!!
Love us!!
Ada jugak bubble..yang ni free je..boleh ambik dan main je...
Sebelum berzumba ni….
Semangat berzumba..seronok sangat..
Semua dalam Goodie Bags kami bertiga…

Tahun depan kita jumpa lagi ye MILO!!


Monday, May 30, 2016

Weekend Gateways at Putrajaya, Marriot Hotel

Cerita hujung minggu lepas..ad-hoc lagi booking hotel..sebabnya Ahad, 29 May 2016 kami akan join Milo Breakfast Day di Putrajaya…baru terasa nak stay Putrajaya..memula ingat nak terus je pagi ahad tu….tapi fikir balik, rasa macam nak bawak kanak-kanak lepak Putrajaya pulak….

Kami buat online booking pun dah pukul 9:30 pagi..terus packing barang dan gerak dalam pukul 11:45pagi macam tu..memang pantas!!

Terus p ke Marriott Hotel, Putrajaya…memang recommended untuk datang sini sebab semua ada untuk kanak-kanak….kami memang guna sepenuhnya facilities yang ada kat sini…sampai je bilik, kami lepak sekejap je sebab nak bagi Amani & Adam main kat Kiddie World…memang sangat best dan kanak-kanak sangat suka!!
Ada bilik teater kat Kiddies World ni..boleh tengok movie...
Main masak-masak….selesa sebab makayah boleh lepak nak tido sementara anak main..tapi salah sorang la..sorang lagi mestilah kena pantau anak-anak…
Luas dan Adam pun selesa nak kayuh basikal dalam ni…
Boleh lepak nak main game kat sini...






Malam tu, lepak Putrajaya kat Ayer@8 pulak…cari benda nak isi perut..banyak sangat kedai makan kat situ sampai tak tau nak p yang mana..kami makna kat Serabai je..tu pun sebab senang dan makan kat luar..boleh la kanak-kanak ni jalan-jalan..
Sebenarnya ada pesta Floria tapi memandangkan selepas makan kat situ, ternampak basikal dan aktiviti lain kat situ, terus kami tak jadi p Pesta Floria tu..lepak sini je…Amani la bagi cadangan nak naik basikal...
Seronok jugak la..berbasikal bersama….RM10 untuk 10 minit…boleh la sebab penat jugak nak kayuh basikal..walaupun saya cuma co-pilot je..budak berdua ni seronok main hon je...
Ingatkan nak balik, tapi ternampak seronok pulak kanak-kanak main bubble…layankan jela..satu bekas tu RM3...



dulu kecik-kecik belum ada bubble besar macam ni...hahaha...Main sampai puas baru nak balik…kena simpan tenaga jugak sebab esoknya kami akan join Milo Malaysia Breakfast Day pulak..nak kena bangun awal pagi….

Next entry pita cerita pasal Milo Breakfast Day 2016 pulak!!

Thursday, May 19, 2016

Pengalaman naik ETS

Selama ni kami ambil papa je kat Stesen Komuter..kali ni kami pulak yang naik komuter dan ets…naik sendiri tau..dengan 2 anak kecik ni…tiket memang beli online terus….senang..

Bertabah jugak la kalau nak bawak kanak-kanak ni…nak kawal dua orang dan beg jugak..nasib baik bawak beg sandang je…kami parking kereta di stesen Kuang dan naik komuter ke Rawang..ETS ada dari Rawang ke Ipoh…
tunggu ets ni..lambat kali ni…tersangkut kat Kepong..lambat setengah jam jugak la…sepatutnya pukul 3:08pm tapi ets sampai pukul 3:40pm
muka seronok naik ets ni….perjalanan dari Rawang ke Ipoh makan masa lebih kurang 1 Jam 45minit… 

Ada meja untuk etak makanan…Amani cakap macam naik shinkansen…tapi ets ni sempit sikit la…ruang nak jalan tu pun agak sempit...
memandangkan ada meja, kena la ada makanan kan…dalam ets ni ada jugak jual makanan…cuma harga agak mahal sikit la…tempat duduk kami di F tapi kena pergi dekat coach C baru ada cafe..merentas coach jugak la….

Adam memang tak tido sepanjang perjalanan…nampak sangat excited tu...
Kakak layan cerita kat tv je….
Dalam pukul 6 lebih macam tu baru sampai stesen Ipoh…lain kali nak naik lagi….senang, cepat dan selesa…



Tuesday, May 17, 2016

Weekend Gateways at Penang, Bayview Resort Feringgi

Memang dah jadi aktiviti bulanan untuk "weekend gateways" ni..awal bulan 5 haritu kami sempat la lepak semalam di Penang…memang last minutes jugak la buat booking semua…Penang memang menjadi "spot" kami..lepas gian makan kat tempat-tempat yang kami pernah lepak dulu…

Kali ni kami stay kat Bayview Beach Resort, Feringgi…memang sebelah Hard Rock Hotel je..senang jugak nak p Feringgi Night…Kali ni cuma lepak hotel & bagi Amani Adam main pasir sikit...


Cantik hotel ni..boleh lepak sini awal pagi selepas breakfast dan terus turun pantai..
Selepas main pantai, baru bawak kanak-kanak main kat sini pulak…swimming pool untuk kana-kanak sangat menarik sebab ada tempat main jugak..memang sekarang ni kalau kami pilih hotel..memang akan tengok tempat yang ada macam ni..senang dan anak-anak pun suka!!



Selain tu, kat sini jugak ada kiddies world…selesa untuk kanak-kanak main….mak ayah pun boleh lepak je sambil tengok anak main...
Adam suka betul train…dok susun mainan jadikan train...

kat luar kiddies world ni ada playground pulak…puas hati tengok anak-anak puas main..
Lepas ni mana pulak nak buat weekend gateways ni…rewards untuk diri sendiri dan family 








Happy Teachers Day

16th May 2016
Happy Teachers Day to all teachers..
Amani tengah buat kad untuk teachers..Amani ada 4 teachers..jadi kena buat 4 kad..
Kredit from fb Teacher Eda…Amani buat kad sendiri untuk teacher!!


Monday, May 16, 2016

Q-dees Sport Day 2016

15th May 2016
Q-dees Sport Day at Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 1.
Berkawad ikut rumah sukan…Amani sebenarnya "Merah"..tapi kena tukar rumah sebab "Yellow" tak cukup orang…semangat kami pakai baju merah..sekali kena tukar rumah pulak..
Excited Amani bersukan..
Parents pun ada game…yang ni untuk papa ikat kain batik…sangat kelakar….manataknya bukan
kutip gula-gula…Adam tak reti nak main ni lagi…dia ambil yang tak kena tepung je…ambil satu dah cukup…orang lain semua dok berebut gula-gula..kami gelak je tengok gelagat Adam...

Amani with friends..Mya, Alya & Khayra

Q-dees students with teachers..
Tak sabar nak tunggu Adam sekolh pulak tahun depan..mesti lagi best kan!!