Thursday, January 31, 2013

Insurance and Roadtax Renewal with MYEG



It’s so easy...yes, memang senang sangat!! Selama ni ayah je yang dok tolong buat roadtax & insurans…tupun buat kat kedai….siap ada upah egen yang buatkan pulak tu..kali ni saya cuba gunakan servis MyEG untuk buat roadtax dan insurans…pengalaman pertama saya!! Memang mudah la…semuanya dihujung jari je….saya buat tak sampai 30 minit dapat haritu jugak…sangat efektif!!

 Rasanya dah ramai yang tau dan dah gunakan servis ni….saya je kot yang ketinggalan sikit…hahaha…Sebelum ni ada gak nampak iklan MyEG ni kat TV (iklan yang Scha Al-Yahya hantar depan rumah tu) tapi tak pernah pun nak cuba…sekali dah cuba memang best sangat….tak payah la nak bersusah payah p pejabat pos, berpanas, tunngu giliran, dan macam-macam la…

For those yang baru nak guna MyEG ni kenalah register dulu…kalau dah register baru boleh log in…Kena isi borang yang disediakan dalam web MyEG tu je…..geran mesti ada kat sebelah masa nak isi tu bagi memudahkan untuk isi borang…tupun sebab nak tau no. enjin, no. chasis, registeration card dan lain-lain….senang kan….kat situ ada 3 jenis insurans yang ditawarkan….pilih la mana-mana berkenan…
contoh receipt 
Bayaran boleh buat melalui internet banking atau credit card….nanti akan dapat e-receipt dan cover note….boleh print dan simpan…nak simpan softcopy pun boleh….

Untuk kes saya, saya pilih insurans dari AIG….untuk kali ni saya kena insurans sebanyak RM398.35…roadtax pulak RM98.75 (penghantaran, RM6 & e-service charge, 2.75)…total semua RM497.10…
contoh cover note...policy akan dapat thru email..

Memula takut gak sebab duit saya memang dah potong dah…bertawakal je..saya pulak memang sis borang semata-mata..tak ada kol bagai….sebenarnya, boleh gak kol pegawai khidmat diorang…nanti diorang akan guide macam mana nak isi borang tu….tapi kalau tak kol pun tak apa..yang penting semua dokumen ada untuk isi borang tu…senang je!!

Masa tengah dinner semalam, dalam pukul 6.30pm….ada la dengar orang ketuk pintu pagar dan bagi salam…ingatkan siapa la yang panggil…sekali orang tu pakai baju MyEG….sah!!memang roadtax saya dah sampai….pantas sungguh!!



Servis MyEG memang superb la…this is one of the government services that you will never be disappointed J…saya apply dalam pukul 11.45am….sampai roadtax kat tangan dalam pukul 6.30pm…hari yang sama tau, WOW…it was super fast!

From now on, saya akan terus gunakan MyEG….nak bayar saman pun boleh kat sini…boleh cek kat www.myeg.com.my untuk servis yang ditawarkan….

Note: Perlu bayar and buat insurans kereta dulu, baru boleh renew roadtaxJ

Tuesday, January 29, 2013

Jalan ke tempat kerja


Hari ni dah start kerja….minggu lepas memang best sebab cuti panjang...dah lama cuti..kena la kerja kan...fresh otak lepas bercuti minggu lepas...hari memang bersemangat jugak la...dah la ada audit harini..setakat ni saya tak pernah lewat lagi datang kerja...hopefully bulan ni memang tak ada cacat la (selama ni setiap bulan ada je cacat...mesti terlewat walaupun 1minit...haih.....

Tempat kerja dari rumah baru nak kata dekat tak jugak…nak kata jauh tak jugak…..tapi perjalanan 45-50 minit jugak….keluar rumah  kul 6 pagi…terus hantar princess….kira gerak dari nursery princesss dalam 6.10-6.15 jugak la…..kalau rumah lama kalau keluar 6.20-6.30pagi masih sempat lagi untuk scan card….tapi rumah baru jangan harap la boleh sampai secepat tu…
.
Sebab…….kena lalu jalan meru yang sempit dan jalan tak berapa nak elok…..kadang-kadang terlompat-lompat dalam kereta..hahah…kes main laju je la ni….(masa mula2 dulu la sebab tak tau lagi area mana yang berbonggol, berlubang )…lepas tu kalau ikut montot lori lagi la haru…..ada yang bawak 15-20km/j je…nak potong pun susah sebab kereta/lori dari arah bertentangan pun bersusun ikut flow….

Kalau pagi, nak sampai pecan meru tu adalah dalam 10-15mins..tapi kalau balik…nak dekat stengah jam….mungkin pagi masa saya keluar tak berapa nak banyak kereta lagi…..
Dah sampai area Setia Alam baru rasa lega sebab boleh pecut sikit la……untuk ke office saya setakat ni boleh guna 4 cara….

 1) Ikut Meru – bandar baru Klang – Bukit Tinggi – Pulau Indah Hiway – Telok Gong
        2) Ikut Meru – Bandar Baru Klang – Pandamaran – Telok Gong
       3) Ikut Meru – Bukit Raja – Rantau Panjang – Northport – Kota Pendamar – Telok Gong
       4) Ikut Meru – Aman Perdana – Jalan Kapar – Rantau Panjang – North Port – Kota Pendamar – Telok  Gong

Saya selalu guna no 3….cepat sikit…tapi yang paling tension ada 21 bonggol jalan yang kena lalu…haih, paling tak suka bonggol-bonggol ni la…..melambatkan perjalanan….
.
Lau kat area Rantau Panjang ni pun tak boleh nak laju sebab kawasan sekolah, kampung, ada bonggol….tapi kalau pagi tu banyak kedai yang jual makanan..boleh la singgah beli nasi lemak dan kuih muih….murah pulak tu makanan kat area sini….nasi lemak kategori sedap baru rm 1….kuih pulak 3 rm 1….boleh la kan…..selalunya kuih harga rm0.40 sebiji…lepas tu cakap 2 biji rm2..memang la 5 biji harga sebenar rm2…haih…..

Tekanan masa drive saya kat North Port….kat area ni memang kena cekal la sebab memang banyak treler n lori yang sangat laju dan macam tak hiraukan kereta kecil  kita ni….jalan tu macam diorang ynag punya…kena sangat hati-hati dan berani drive area sini….

Walaupun jalan no 3 ni lebih jauh dalam 5 km dari jalan bandar, tapi cepat…..kalau ikut bandar klang ke, bukit tinggi ke….memang sangkut jem la…jem sebab traffic light…..saya dah pernah sangkut sini masa mula-mula dulu..masa tu masa untuk test jalan-jalan p kerja…mak aiii…..boleh sampai rumah dalam 5.30pm  tau…setakat ni rekod sampai rumah saya sama macam rumah lama….4.30-4.50pm….memang ambik azuin sebelum pukul 5pm la…..tu kira kalau keluar office 3.30-3.45pm la…kalau saya balik dalam pukul 4.15-4.30, saya akan sampai sebelum 5.30pm…..ok la kan….sebab masa nursery is 6am-6pm(untuk kes azuin la)…orang lain semua masuk 7am-7pm……nasib baik dia tak ambik extra charge untuk sejam awal….cuba adjust masa kat nursery dari 6-6 je……kalau nursery lain…..memang charge yang awal tu…kalau balik awal pun kena charge…..

Psssttt: besnye kalau dapat kerja kat Penang…tengah meroyan nak kerja kat Penang….apakah?!

Thursday, January 24, 2013

Azuin Amani 23 Bulan

23/1/2013 : 5.02 am
Azuin genap 23 Bulan (1 Tahun 11 Bulan)….tak sabar nak tunggu lagi sebulan……cepat sungguh masa berlalukan (ayat skema mak-mak..hahaha)……breastfeeding journey pun dah nak masuk 2 tahun dah…lagi sebulan je lagi….tak sabar nak dapat PHD ni….sekarang ni masih MASTER je….syukur dengan rezeki yang diberikan….rezeki untuk azuin jugak…..

Tak banyak nak update sangat sebab perkembangan azuin memang cepat…nanti mama update sekaligus ye azuin!! (bajet azuin baca nanti…hehe) 
Mesti kena tepet gambar azuin…ni masa tunggu papa balik….main kat luar rumah jap….
 Jari tu mesti nak kena dalam mulut…..
berpaling masa mama nak tangkap gambar.. 

Wednesday, January 23, 2013

Taska berdaftar

Tetiba tadi terasa nak cek kat JKM senarai nama Taska…..sebelum ni saya tak jumpa pulak nama Taska azuin dalam senarai JKM…tapi…tadi…memang berdaftar hokay!!!saya senang hati…kiranya betul la apa yang diorang cakap…mungkin masa dok cari kat senarai JKM ritu tak dimasukkan lagi kot…lagipun tengok tarikh tu pun 31/10/2012…baru lagi…..betul la masa dioarang cakap tu dalam process….


Dulu, masa dok cari-cari taska tu, memang main cuba jela..lepas tu masa jumpa tuan taska tu, diaorang ada mention yang Taska tu berdaftar…..musykil gak saya sebab memang tak jumpa dalam senarai tu…tapi saya keras hati gak nak hantar situ sebab rasa macam ok je tempat tu…lagipun tak ramai budak lagi..mungkin baru lagi….

Sekarang hati lega sebab memang Taska azuin tu berdaftar!!!!!Yela, kalau berdaftar tu senang hati sikit sebab memang akan dipantau oleh JKM….

Azuin pun tak banyak karenah dah sekarang masa nak hantar ke taska….kadang2 je sebak…tapi ok la….

Nak tepet gambar princess yang baru balik dari taska…taknak duduk…nak berdiri sebelah..car seat memang tak dok punya…..


Muka happy sebab nak balik rumah dah…..mama suruh senyum pun azuin senyum….
Princess makan apam.....separuh jugak azuin makan….sedap kot…tapi saya tak berapa nak suka sebab apam ni tawar semacam je..azuin makan nampak macam sedap je…
suruh duduk pun taknak....terpaksalah bawak keta sangat perlahan...nasib baik tak jauh sangat......




Pssst : tak sabar nak balik ni...esok dah start cuti sampai hari isnin......family time, yeay!!!






Tuesday, January 22, 2013

Selamat Sudah.....

Akhirnya ikan siakap selamat dimasak…..belinya minggu lepas hari sabtu.....dah bertemu sabtu dah pun…..bukan taknak masak…..ada je halangan masa nak masak siakap ni (alasan kemainJ)…..
Ingatkan nak masak hari ahad malam…..pastu dah siap perap bagai…dah cairkan tepung jagung gak…dah tuang minyak dalam kuali pun….tapi……..gas pulak habis daa……..kesimpulan malam tu kami makan kat Ryan’s jela….tu pun dok cari gas gak…kat area Ryan’s tu dah habis..terpaksa p fasa 2 cari gas…mujur ada….

Semalam baru la boleh masak….kena perap semula ikan tu…tapi tak lama mana pun…bukan perap apa pun…perap kunyit garam je….hehehe…..lepas tu lalukan kat tepung jagung (betul ke tak ayat lalukan ni..hentam jela)…goreng sampai garing…..garing baru sedap!!saya goreng je…sebab my hubby yang nak masak 3 rasa ni…masak je….bahan-bahan lain saya kena setelkan jugak la…siap semua bagai, barulah tugas my hubby masakkan (syukur dapat hubby yang ringan tulang dan suka masak-memasak ni..tak la keseorangan kalau kat dapur tu)…..sementara tunggu tu, saya dan azuin main air la kat atas…..
Resepi main campak-campak je…..memang senang je nak buat kuah tu……dah hasilnya memang sedap…terasa sangat kuah tu…..boleh hirup saja pun sedap… 


Siakap 3 rasa & tomyam campur…tomyam ni dah buat semalam…masa mak ayah datang…memang bayak buat…so, ada lebih lagi…Cuma panaskan je….

Azuin pun layan jugak makan siakap ni…tapi bagi yang plain jela..sebab kuah tu ada sikit pedas….isi ikan tu pun dah sedap dah..manis-manis ikan….nasi makan beberapa suap je..tu pun taknak mama suap….nak suap sendiri….guna tangan sangat comel…..

Ni gambar azuin makan tomyam….memang azuin hirup macam tu je….paling suka makan carrot…tapi cauliflower sempat kunyah sikit je..lepas tu luah balik….mungkin tak semanis carrot kot….tomyam ni tak berapa pedas pun sesuai dengan azuin…..
kenapa sampai kenyit mata tu
pose bila mama suruh tengok camera...
menikmati
kenyit lagi...
sedapnye.....

Monday, January 21, 2013

ada tetamu

Memang tak sangka yang weekend lepas my parents datang rumah….terkejut pun ada…mana taknya, tetiba dah on the way datang sini….nak p kenduri rumah sepupu kitorang kat Setiawangsa…..haritu cakap tak jadi datang…ni tetiba pulak datang……terkejut sebab diorang tak bagitau pulak…kami memang dah plan tak jadi p kenduri… tapi memandangkan diorang dah p…kami pun follow jela…kami sampai lambat gak sebab pagi dalam pukul 11 tu nak install aircond….lepas siap segala bagai, baru la gerak…..gerak lepas zohor….dalam 2.30pm baru sampai…..

Lepas p kenduri tu…kena p rumah lama jap..nak ambik saki baki barang, melawat pengasuh lama azuin yang dah bersalin…plan jugak nak p rumah blogger fiszah….tapi fiszah tak ada balik kampung…hari tu tak sempat nak singgah sebab dok kalut pindah...pengasuh lama azuin pun tak ada jugak….nasib kami la…lain kali la datang sini lagi…..

Barang tak banyak pun yang tinggal…3 barang je….tapi penat gak sebab kotak pinggan mangkuk…haritu terlepas pandang nak angkat kotak tu…sebab tersorok sikit…..

Nasib tak banyak barang..mana taknya, kena ambik barang norly kat um pulak….barang dan moto….hoho,lepas ni boleh la naik moto…..boleh ronda-ronda kat kawasan rumah…..moto ni memang dari zaman saya kat ukm lagi….sangat berjasa…..ni pun norly pakai masa kat um…memang moto ‘u’ la..haha….

Moto ni suamiku yang bawak balik…..kereta pulak kuyang drive…ada norly jagakan azuin….tapi yang paling horror lepas azuin bangun tido…dia taknak kat norly pulak…nak dok atas riba mama…..sangat berbahaya saya drive masa tu….manataknya….drive sambil riba….dah la saya riba azuin dari Shell Batu Tiga Shah Alam tu…sampi betul-betul depan gate rumah…..memang bawak perlahan jela….TERPAKSA hokay!!!!jangan ikut cara ni…..hishhh….

Layan gambar pulak la…ni masa diorang nak balik dah….terus rasa sunyi lepas diorang balik….yang paling best sempat mintak mak masakkan bubur kacang dulu……teringin sangat bubur kacang….(sebenarnya masa kat kenduri tu ada bubur kacang tapi dah habisL)…..




chu nak tangkap gambar awin..mama pulak snap dari angle lain...
mak&ayah...
tokyah dukung awin...galas beg tu yang tak tahan tu..
dorang dah nak balik..semua gambar jauh daa....
.
azuin buat muka ketat...
taknak kena dukung....tu la moto yang banyak berjasa kat kami....moto zaman U....




Saturday, January 19, 2013

Alphamax Outdoor Water Filter

Untuk rumah baru ni memang kami dah plan nak guna outdoor water filter ni…buktinya kami dah book awal-awal lagi…masa HOMEDEC 2011….masa tu tersangkut dengan orang Alphamax untuk outdoor water filter ni..sebenarnya banyak je jenama water filter yang ada masa HOMEDEC tu….tapi kami berkenan yang ni….Stainless steel valve & body lepas tu dapat free plinth, dapat jugak safety box….harga masa HOMEDEC tu dia bagi RM 1700..Tapi masa tu cuma bayar RM300 je dulu…nanti nak pasang baru bayar bakinya….boleh tengok sini   http://www.alphamaxind.com

Outdoor water filter ni diorang pasang 24/12/12 haritu…(dah lama dah pasang)….maintainence memang senang….backwash & rinse je kalau nak cuci…tak payah nak bukak bagai…..oh ya, sebenarnya walaupun kita guna outdoor water filter ni, kita masih perlu gunakan indoor water filter untuk air minuman….water filter dalam rumah tu baru kita boleh direct minum tanpa masak. Walter filter yang kat luar ni untuk tapis segala keladak/kotoran dalam air..jadi kalau cuci baju tu kurang la keladak…..masa buat back wash tu boleh tengok keladak yang keluar tu……….

macam buruk je nampak sambungan tu yang bersimpang siur...haih....

Dapat gak free gift safety box….yang ni la kami dok berkenan lama…tak cuba lagi safety box ni….masih dalam kotak…tunggu masa bertenang baru boleh belek bagai…..

Note : Semua tentang progress rumah ni untuk sharing purpose only!!....dan jugak untuk saya korek info/history pasal rumah saya ni.....


Dah tak panas dah....

Akhirnya!!!!!
Dah tak panas dah.....sebelum ni berpeluh jugak la tido.....memang tak berapa nak lena la jugak........tadi pagi dah selamat pun pasang air cond ni.....cuba pasang kat master bedroom je dulu....kat hall kemudian la...
Mitsubushi Mr Slim 1.5hp untuk master bedroom....beli masa HOMEDEC October, 2012 yang lepas....harga RM1669, free installation...
Dapat free gift jugak....eco container....

Note : Semua tentang progress rumah ni untuk sharing purpose only!!....dan jugak untuk saya korek info/history pasal rumah saya ni.....

Wednesday, January 16, 2013

Princess Penat..

Penat sangat azuin….lena tido tu…kalau weekdays memang azuin cepat tido…penat gamaknya…taktau la apa yang azuin buat kat nursery tu…penat main ke…penat tunggu mama ke…

Setakat 11 hari hantar azuin kat nursery ni rasa lega jugak sebab azuin cepat sesuaikan diri…kalau pagi-pagi menangis masa hantar tu biasa la…sekejap je….tu pun sebab mama hantar…

Sejak hantar nursery ni, saya dah tak masak dah kat azuin untuk bawak bekal…dulu memang setiap hari azuin akan bawak bekal….kali ni tak…dengan harapan azuin makan dengan kenyang la kat nursery…rasanya azuin pun suka makan kat situ…menu insyALLAH berkhasiat (tapi tak tau la diorang betul-betul ikut ke tak)…Cuma positive thinking jela…..

Lagipun azuin dah besar…dah nak masuk 2 tahun dah bulan depan…memang makan makanan keluarga dah….sekarang pun kat rumah banyak azuin makan ikut apa yang mama masak…Cuma suka nak suap sendiri je..dah taknak mama suapkan..kalau sup tu lagila azuin suka…..nasib baik pandai guna sudu dan garfu….comel tengok azuin masa makan….comot tu jangan cakap la…tapi layan jela….kena ajar perlahan-perlahan….sekarang dok suka guna garfu pulak….

Minggu depan azuin dah masuk 23 bulan…tak sabar tunggu azuin 2 tahun…..

Susu, masih minum susu mama……tapi tak kerap pun…kalau kat rumah nak minum masa mengantuk je…..nak mengempeng…kalau malam pun….azuin cuma nak mengempeng je..tak minum pun….dan….sejak pindah saya dah pam waktu malam dah…..memang susu harap pada stok dan pam kat office je….setakat ni cukup….azuin Cuma minum 2-3 botol je (4Oz EA)….InsyaALLAH cukup…..



saja je bukak baju sebab berpeluh-peluh badan azuin....kena ikat rambut gak sebab rimas..tupun saya ikatkan masa tido kalau masa jaga jangan harap nak kekal lama ikat rambut tu.....

Monday, January 14, 2013

kena marah


Haih sedih sangat..semalam memang hari malang azuin..kena marah dengan mama…bukan mama je…papa pun marah gak…saya rasa agak teruk…

Mungkin saya  ni tak berapa nak sabar kot….cuba untuk jadi penyabar tapi kadang-kadang saya tak mampu….azuin pulak dok buat perangai….dah tido elok-elok…lepas tu azuin bangun pukul 11…..nampak azuin mengantuk lagi tapi dok nangis je……nangis sampai pukul 3 pagi pulak tu…cek perut gak kot azuin sakit perut….letak ubat dan usap-usap…tapi tak makan saman gak…menangis dan nak tido atas dukung mama….letak atas bantal taknak…nak berdukung gak….
Kalau sekejap ok gak…ni memanjang nak tido atas mama…..bukan tak boleh nak manja tapi jagan la lama-lama macam tu…lepas tu menangis rengek gak…..mata tu dah tak larat nak bukak pun..tapi taknak tido…..kesudahannya kena marah dan kena bebel dengan mama…tapi mama tau azuin bukan faham pun…azuin cuma nak mama je…..
Teresak-esak anak mama……kesian sungguh…lepas dah puas menjerit menangis, baru cakap nak susu….sebelum ni kalau bagi susu, azuin taknak…haih, sayangku azuin……macam-macam pe’el sekarang ni…..macam mana mama nak bagi adik ni…

Azuin sekarang ni kalau nak tido lena mesti nak tido berbantal lengan saya……dah lena baru saya letak atas bantal…manja yang amat…

Saya memang macam ni..lepas marah baru nak sedar diri…tadi pagi, rasa sedih sangat nak angkat azuin dan hantar kat nursery…azuin tido lagi tadi..tapi lepas bertukar tangan, terus azuin bukak mata…mama nampak azuin cebik je…cebik nak nangis……sedihL……………

Cepat la habis kerja harini……nak balik cepat!!

Friday, January 11, 2013

fuhhhh.....pqy selamat servis


Akhirnya pgy selamat diservis….kali ni kena servis 95km….95km tu tapi tak leh challenge wpv lagi sebab mileage wpv lagi banyak….tak salah dah 130k m dah….ok la tu kot sebab pgy ni dah 6 tahun khidmat dia kat kami…..

Kali servis kat Proton@eon Pandamaran…dekat je dengan tempat kerja…dulu masa dok Permaisuri kami selalu p servis kat Proton area Taman Midah….kat pandamaran ni boleh cakap servis cepat jugak la…dalam 2 ½ jam je….kira cepat la kan...tapi kena buat appointment dulu…kalau walk-in tak tau pulak…tapi takut kereta banyak la…mesti diorang buat yang dah booking dulu kan….

Tempat dia tak la besar mana dan tak la sehebat mana tapi yang best dapat makan sarapan free….memang diorang sediakan sarapan untuk customer….makan bihun goreng dan air teh O…air kosong pun ada jugak….lepas makan, boleh la lepak kat sofa sambil tengok tv or baca majalah/newspaper yang ada…..mujur saya bawak ipad…kalau tak, bosan la jugak….

TOtal damage=rm385…melayang duitku… …tapi yang best ada balance lagi la..sebab dah allocated rm500 untuk sevis ni..tapi lebihan tu takleh nak buat apa gak sebab nak ganti wiper lagi..tadi kat eon tak berminat dengan wiper kat sana…ada la blebih sikit….boleh la masuk tabung azuin…..

Tapi satu je tak setel lagi tadi…pgy ada masalah hon…kalau nak repair kena tinggal situ sebab spare part kena order…alahai…ni la part yang paling saya tak suka…..nanti patah la kaki.hmmmm…haruslah kan…lagipun memang pgy ni la yang saya dok bawak p kerja hari2..kalau tak keta macam mana pulak…nak tumpang mr may??hhmmmm…jangan harapla…lain jalan da…..

So, on hold dulu la…tadi orang eon tu cakap, kalau repair dalam 200-300 jugak…..hmmm….susah sebenarnya tak ada hon ni…sekarang ni kalau tension dengan driver yang tah hape2…terpaksa say guna hi-beam je…tapi tak puas la…tah2 orang tu tak perasan pun kita bagi hi-beam….huuhu….nanti kena p repair jugak..tapi tak tau la bilanya….nak kena tinggal dalam 2 hari macam tu….

Tempat tutup minyak pgy pun sebenarnya ada defect jugak…..selama ni kalau nak isi minyak kena cungkil sikit penutup dia tu….lawak pun ada..sebab kena sediakan garfu kat kereta sebab nak cungkil punya pasal….tadi cakap gak kat orang eon tu mintak tolong repairkan sekali…nasib baik boleh…tak makan masa lama nak repair….lega!!

Tuesday, January 8, 2013

anak beranak demam....

Harini dah lampat sampai ofis…lambat stengah jam pulak tu..mana taknya bukak mata je dah pukul 6.15…kelam kelibut la dibuatnya….

Azuin demam malam semalam….lepas magrib tu azuin tertido…badan azuin memang panas sangat….berjangkit dari papa la ni…sebenarnya papa azuin dah mc semalam sebab demam since jumaat mala…memang terbawak-bawak sampai ke hari ni..in fact, harini pun mr may tak p kerja lagi….nampak macam tak larat…..semalam dan harini azuin tinggal dengan papa kat rumah….memula ingat nak hantar kat nursery tapi mr may cakap dia boleh lagi handle azuin….tu yang tak hantar tu…..

Semalam tengah malam azuin memang tak lena tido….muntah-muntah pulak tu…3 kali azuin dan saya kena tukar baju…..azuin kalau mula demam memang akan muntah dulu…..banyak pulak tu…sian sangat..sampai mintak mama tepukkan dia tido….tak nak susu……berjoget-joget la tidokan azuin semalam….nak mintak mr may jagakan sian pulak…lagipun dia pun tak berapa sihat…..mr may pun sampai tertido kat sofa bawah sebab lali dengan ubat kot…..

Hope 2 buah hati saya ni cepat sembuh….



Monday, January 7, 2013

Dah balik pun dari Sarawak

Sabtu & Ahad lepas amat meriah rumah….mana taknya ayah dan emak dah balik semenanjung….sekejap je seminggu diorang kat Sarawak….balik kali ni kami kena ambik kat LCCT pulak….sebab diorang naik Airasia..masa p dulu naik MAS…so, kat KLIA je..tak jauh macam LCCT tu….tapi tak kisah sangat pun sebab yang penting diorang selamat sampai……

Dalam pukul 1.30pm diorang dah sampai dah….nasib baik muat bonet WPV tu…mana la tau kot banyak sangat barang…..

Lepas settle ambik ayah, mak dan fatihah…kami singgah Bangi, makan kat Restoren Haji Hassan Ayam Kampung….saja je teringin nak makan kat cawangan Bangi….Dulu masa dok Permaisuri, kami selalu gak la p makan kat Haji Hassan yang kat Velodrom tu..tak pun kami p makan yang kat Kesas tu…(Dah balik tu baru terfikir kenapa la tak p cari yang kat cawangan Shah Alam….dekat la sikit)….makan kat Bangi macam kena pusing jauh pulak masa nak balik rumah…..

Tak apa la…dah makan pun..sedap la jugak….Kami makan hidang je…senang sikit…lagipun sian pulak kat dorang nak naik turun kedai (kami makan kat tingkat atas…sebab kat bawah dah penuh)…..
Lauk kami, ayam kampung, sayur campur, gulai kawah, sambal belacan….air pulak, ada milo, epal, the ais dan air suam….boleh tahan jugak la rasa dia..tapi saya lagi suka yang kat Velodrom dan yang kat Kesas tu lagi…

Restoren ni terletak di Seksyen 7, Bangi…dekat dengan Restoren Sup Urat Keting dan JPJ…cari je area situ..mesti jumpa punya….Bangi ni memang meriah makanan….tu yang kami nak sangat dok area situ….mana tau rezeki rumah kedua nanti kat sini kan….(dok verangan nak 2nd house…manatau ada rezeki kami beli kat Southville Bangi ke…verangan sungguh!!)….




orang lain sibuk makan nasi..azuin sibuk makan biskut....nasi taknak..ayam nak.... 
Jom layan gambar azuin dalam kereta on the way balik rumah kami……suka sangat pakai spek mata mama…yang azuin punya tak nak pulak….pastu pinjam jam chu pulak….seronok sungguh dapat pakai jam……










Balik dari Sarawak….memang banyak la jugak mak beli kek Sarawak, ikan masin, kain batik, kain pelikat, baju……
Yang jadi meriah lagi sebab jai sekeluarga pun datang tido kat rumah jugak…..lapang sikit rasa…dulu masa kat permaisuri, rumah sangat kecik….p mai p mai tang tu jugak duduk….kalau ramai yang datang memang penuh isi rumah tu….sekarang boleh la tarik nafas lega sikit..walaupun tak besar mana tapi sangat bersyukur dengan rezeki yang ada ni……

Nak tepet gak gambar minggu lepas kat KLIA dan sebahagian gambar diorang kat Sarawak...tak banyak pun ambik..bluetooth dari handphone fatihah je....nak tepet sini sebagai kenangan....