Sebenarnya jalan-jalan cari
makan kami kali ni memang tak rancang pun….sebabnya memang tak ada dalam kepala
pun nak makan kat sini….mr may dok teringin nak makan tasik raban sebenarnya…..tapi
tak jadi pulak sebab ternampak Restoren Nasi Vanggey ni…
Sumber : mr Google
Hari Isnin lepas on the way
balik KL dari Selama, kami p Ipoh dulu….nak p ambik geran kereta…dah habis
bayar boleh la p ambik geran kat bank…ingatkan geran tu kat CIMB Kamunting…dah
telefon bagai baru tau yang geran ada kat CIMB Greentown Ipoh pulak….sebenarnya
boleh je mintak CIMB tu hantar kat CIMB mana-mana yang terdekat..tapi rasa
malas pulak nak keluar office nanti semata-mata nak p bank…..dah alang-alang
cuti, kami pun terus singgah Ipoh jela…lagipun satu jalan je kan…..
Dalam dok kalut cari CIMB
Greentown ni la kami terjumpa Nasi Vanggay ni….mr may cakap kawan dia pernah
cakap pasal restoren.ni….apa lagi…terus nak cuba yang ni..lain kali la makan
kat tasik raban tu…..
Memang beratur panjang jugak
la..lagipun masa tu memang lunch hour…haruslah ramai orang yang datang makan
situ…..dah la tadi nak cari parking susah gak…3kali pusing baru la ada rezeki
kami parking betul-betul depan restoren ni…..
Nak kata betul-betul best tu…tapi
ok la….Cuma nasi dia macam kembang sikit la….setakat ni saya suka nasi kat
Pelita..ada lemak-lemak sikit…yang ni nasi dia macam kita masak kat rumah je….kuah
campur boleh tahan la….ayam goreng memang besar…….kalau sesiapa yang nak cuba boleh la p sini…..
Alamat : 5A, Lebuh 1, Greentown
Business Centre Ipoh, Perak.
Jom gambar kami pulak……
nampak tak ramai yang beratur.....sebahagian je dapat tangkap..hehe
sedapnya....
azuin
Dah kenyang perut kami ni…terus
balik KL….selesai sudah bab geran dan makan…….sepanjang perjalanan tu memang
mengantuk jugak la…maklumlah makan nasi kandar…..hahaha
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.