Tuesday, January 29, 2013

Jalan ke tempat kerja


Hari ni dah start kerja….minggu lepas memang best sebab cuti panjang...dah lama cuti..kena la kerja kan...fresh otak lepas bercuti minggu lepas...hari memang bersemangat jugak la...dah la ada audit harini..setakat ni saya tak pernah lewat lagi datang kerja...hopefully bulan ni memang tak ada cacat la (selama ni setiap bulan ada je cacat...mesti terlewat walaupun 1minit...haih.....

Tempat kerja dari rumah baru nak kata dekat tak jugak…nak kata jauh tak jugak…..tapi perjalanan 45-50 minit jugak….keluar rumah  kul 6 pagi…terus hantar princess….kira gerak dari nursery princesss dalam 6.10-6.15 jugak la…..kalau rumah lama kalau keluar 6.20-6.30pagi masih sempat lagi untuk scan card….tapi rumah baru jangan harap la boleh sampai secepat tu…
.
Sebab…….kena lalu jalan meru yang sempit dan jalan tak berapa nak elok…..kadang-kadang terlompat-lompat dalam kereta..hahah…kes main laju je la ni….(masa mula2 dulu la sebab tak tau lagi area mana yang berbonggol, berlubang )…lepas tu kalau ikut montot lori lagi la haru…..ada yang bawak 15-20km/j je…nak potong pun susah sebab kereta/lori dari arah bertentangan pun bersusun ikut flow….

Kalau pagi, nak sampai pecan meru tu adalah dalam 10-15mins..tapi kalau balik…nak dekat stengah jam….mungkin pagi masa saya keluar tak berapa nak banyak kereta lagi…..
Dah sampai area Setia Alam baru rasa lega sebab boleh pecut sikit la……untuk ke office saya setakat ni boleh guna 4 cara….

 1) Ikut Meru – bandar baru Klang – Bukit Tinggi – Pulau Indah Hiway – Telok Gong
        2) Ikut Meru – Bandar Baru Klang – Pandamaran – Telok Gong
       3) Ikut Meru – Bukit Raja – Rantau Panjang – Northport – Kota Pendamar – Telok Gong
       4) Ikut Meru – Aman Perdana – Jalan Kapar – Rantau Panjang – North Port – Kota Pendamar – Telok  Gong

Saya selalu guna no 3….cepat sikit…tapi yang paling tension ada 21 bonggol jalan yang kena lalu…haih, paling tak suka bonggol-bonggol ni la…..melambatkan perjalanan….
.
Lau kat area Rantau Panjang ni pun tak boleh nak laju sebab kawasan sekolah, kampung, ada bonggol….tapi kalau pagi tu banyak kedai yang jual makanan..boleh la singgah beli nasi lemak dan kuih muih….murah pulak tu makanan kat area sini….nasi lemak kategori sedap baru rm 1….kuih pulak 3 rm 1….boleh la kan…..selalunya kuih harga rm0.40 sebiji…lepas tu cakap 2 biji rm2..memang la 5 biji harga sebenar rm2…haih…..

Tekanan masa drive saya kat North Port….kat area ni memang kena cekal la sebab memang banyak treler n lori yang sangat laju dan macam tak hiraukan kereta kecil  kita ni….jalan tu macam diorang ynag punya…kena sangat hati-hati dan berani drive area sini….

Walaupun jalan no 3 ni lebih jauh dalam 5 km dari jalan bandar, tapi cepat…..kalau ikut bandar klang ke, bukit tinggi ke….memang sangkut jem la…jem sebab traffic light…..saya dah pernah sangkut sini masa mula-mula dulu..masa tu masa untuk test jalan-jalan p kerja…mak aiii…..boleh sampai rumah dalam 5.30pm  tau…setakat ni rekod sampai rumah saya sama macam rumah lama….4.30-4.50pm….memang ambik azuin sebelum pukul 5pm la…..tu kira kalau keluar office 3.30-3.45pm la…kalau saya balik dalam pukul 4.15-4.30, saya akan sampai sebelum 5.30pm…..ok la kan….sebab masa nursery is 6am-6pm(untuk kes azuin la)…orang lain semua masuk 7am-7pm……nasib baik dia tak ambik extra charge untuk sejam awal….cuba adjust masa kat nursery dari 6-6 je……kalau nursery lain…..memang charge yang awal tu…kalau balik awal pun kena charge…..

Psssttt: besnye kalau dapat kerja kat Penang…tengah meroyan nak kerja kat Penang….apakah?!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.