Wednesday, February 27, 2013

Restoren Hameediyah, Shah Alam


Berpeluang makan nasi kandar Hameediyah kat Shah Alam ni….Restoren ni terletak di Jalan Pahat K, Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam…..

Boleh cakap rasa dia tak berapa nak sedap macam kat Campbell Street, Penang…..tapi boleh la kan…kalau yang kat Penang tu, makan nasi je dah sedap…tu belum tambah kuah bagai…siapa ayam tanam dalam nasi lagi…yang kat Shah Alam ni kureng sikit la…..lauk pauk pun tak berapa nak panas sangat…sejuk je makan….

Kami makan nasi beriyani ayam ros dan nasi beriyani kari ayam…lauk memang sedap….especially ayam ros tu…harga pun tak mahal macam kat Penang….yang kami makan ni kira set beriyani, RM 6.50 EA….kalau kat Penang dalam 12-13hengget kalau tak silap la…sebab kalau bayar mesti 30hengget camtu…termasuk air la…kat sini termasuk air tak sampai 20 hengget…..tapi rasa memang la tak leh nak compare dengan kat Penang..walaupun kedai kat Penang  tu kecik dan sesak tapi memang layan makan….kat sini lebih cosy la…sebab kedai besar dan terbuka….parking pun senang….. 
 Tuan besar tengah melilau tengok lauk…masa ni azuin tido lagi…lenguh  tangan dok ampu azuin….
Princess dah bangun dah….menu kami……

Azuin makan papadom je…siap bungkus bawak balik lagi papadom tu…… 


Ni kira birthday lunch la…lunch kat sini masa birthday azuin…..azuin pulak pakai baju baru yang opah beli kat Sarawak….





Tuesday, February 26, 2013

Penyusuan 2 Tahun, Syukur Alhamdulillah!!


Saya dah sampai ke destinasi yang dituju….24/2/2013 genap 2 tahun saya dalam bidang penyusuan ni..dah grad pun..dah dapat PHD pun.PHD ni salah satu fasa yang selalu digunakan dalam penyusuan ni.

Diploma-Penyusuan 6 Bulan
Degree-Penyusuan 12 Bulan
Master-Penyusuan 18 Bulan
PHD-Penyusuan 24 Bulan


Memang happy sangat…saya nak senyum je….ni adalah penghargaan untuk diri saya…ye, untuk diri sendiri dulu…salah satu pencapaian dalam hidup saya tau….dulu masa kecik pun saya menyusu lebih dari 2 tahun….sekarang ni, saya dapat ikut jejak mak saya sendiri…yang bezanya, saya menyusu dan juga seorang yang berkerjaya….. wanita berkerjaya juga boleh berjaya dalam penyusuan ini tau…..saya dah buktikan, yeay!!

Penyusuan ni bermula dari azuin hari pertama lagi…memang saya tak macam kebanyakan orang yang dapat meyusukan seawal sejam selepas bersalin….saya dapat jumap azuin pun selepas pukul 2 pm….bayangkan selepas bersalin pukul 5.02pagi tu, tengahri baru jumpa….dah rugi berapa jam kan….nasib baik azuin tak nangis…tido je sampai jumpa saya…..kenapa tak menyusu seawal sejam? Sebenarnya, selepas bersalin tu, saya disahkan 2nd degree tear….lepas tu doctor bagitau yang dia taknak jahit hidup-hidup…takut saya meronta sakit sebab koyakan banyak….tengah dok mamai-mamai tu saya sign surat untuk p OT untuk jahit koyakan tu…..

Saya tak pasti berapa lama prosedur tu berlaku sebab saya betul-betul sedar masa kat wad dah….tak salah dalam pukul 11pagi…lepas tu sambung tido balik…mamai sebab ubat bius la tu….dalam pukul 2 pm bangun baru teringat anak..hehehe….sebelum tu giler mamai…kiranya azuin menyusu saya dalam pukul 2 tu…Syukur sebab saya tak mengalami masalah sus tak keluar….memang masa azuin meyusu pun senang..pandai menyusu…kuasa ALLAH kan….baby yang lahir dah pandai nak minum susuJ…..

Lagipun permulaan memang tak banyak pun baby minum susu tu..saya selalu baca info dari blog Izzah ni…credit to her….memang banyak info berguna yang saya pelajari dari situ…dan sampai sekarang blog dia memang menjadi perkara wajib untuk saya lawati untuk pelajari ilmu penyusuan….yang tu salah satu blog la…dan banyak lagi blog yang memberi inspirasi dalam masa pembelajaran saya tu…..

Sepanjang 2 tahun ni tipu la kalau saya cakap semuanya manis…..saya juga pernah mengalami fasa susu kurang, stress, dan macam-macam lagi…rasa bila susu kurang tu memang boleh buat sesiapa pun stress….saya memahami perasaan tu….tapi saya tak nak perasaan tu memakan diri sendiri..memang cuba untuk positif….saya sanggup tido kurang untuk buat power pumping setiap malam untuk panggil susu balik (istilah apa yang saya pakai ni…hehe)….sebab kadang-kadang perasaan malas memang ada…naknya kalau dah tido…tapi kena jugak la bangun walaupun pam sambil tersengguk-senguk…..semuanya depends kat diri sendiri…POSITIF…

Penyusuan memang mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka. Sangat memerlukan pengorbanan dan komitmen yang besar dari seorang ibu dan bapa semata-mata untuk anaknya.. dan saya berjaya melaluinya.. alhamdulillah.. Saya juga akui, setiap ibu mengalami pengalaman yang berbeza..ada yang mudah ada yang sukar. Saya juga percaya semua ibu mahukan anak mereka diberi susu mereka sendiri. 

Siapa tak nak kan…tapi tak semua dapat sampai ke destinasi ni..rezeki masing-masing, yang penting niat nak menyusukan tu ada….kena ikhtiar, kalau tak boleh jugak nak buat macam mana kan…Disini sebolehnya saya taknak ceritakan pasal ibu berjaya ke tak…sebabnya, perjalanan lain-lain……saya pun tak tau perjalanan seterusnya macam mana..Cuma boleh berdoa dan usaha untuk sampai kedestinasi.

Penyusuan sebelum 1 tahun sangat berbeza dengan penyusuan selepas umur setahun…nak lagi selepas umur setahun stengah…..pengalaman saya sendiri, dah tak rasa dah let down reflex pun dah rasa dah…ada la jugak sebenarnya tapi memang susah nak rasa….saya rasa ramai ibu faham maksud saya yang ni….

Pasal Babysitter pulak, Alhamdulillah azuin bernasib baik dijaga oleh makteh norly dari lepas pantang sehinggalah azuin 5 bulan….sepanjang dengan makteh norly, azuin 90% minum EBM guna sudu dan syringe…lagi 10% tu guna botol…azuin pandai guna botol sebelum makteh resign (sebab nak balik cuti sebulan kat rumah…sebab lagi sebulan je cuti semester habis)….

Lepas tu hantar ke babysitter yang memang dah biasa dengan susu ibu….sangat memahami…..saya tak punya masalah dengan hantar EBM sebab dia pandai uruskan EBM….sampai la sekarang, walaupun hantar ke nursery, azuin masih minum EBM….nursery azuin pun memang EBM friendly….

Oh ya, satu lagi…suami memang perlu mainkan peranan tau…kena sentiasa beri semangat kat isteri…..selain tu kena jugak la belajar pasal penyusuan ni…..my other half memang bagus dari segi nasihat….sejak dari mengandung lagi dah jadi penasihat kanan…..memang la pada mulanya dia tak tau apa-apa pasal konsep penyusuan ni….lama-kelamaan berkat belajar dan diajar saya (ajar dengan apa yang saya tau la…) my other half pun dah pandai sikit sebanyak….dah boleh nak tinggalkan anak dan uruskan EBM….

Panjang sungguh entri ni…kalau nak cerita pasal penyusuan ni memang tak ada kesudahannya….sekarang ni dah moden, saya Cuma berkongsi dengan apa yang saya lalui….ilmu pulak, boleh di cari..kalau yang ada internet tu memang boleh tanya mr google…banyak info boleh dapat, banyak blog-blog yang menceritakan pengalaman masing-masing, dalam facebook pun banyak group yang ada untuk berkongsi pendapat…Jangan malu bertanya dan jangan malu nak tanya…saya percaya ramai ibu-ibu yang sudi membantu……saya pun masih mencari ilmu penyusuan ni….

Entri ni untuk tujuan perkongsian (sebab saya sangat yappy) & pemberi semangat saya untuk anak-anak yang seterusnya….Doakan ye!!

Boleh rujuk semua entri penyusuan saya ni melalui label Breastfeeding Journey yah!!

Sunday, February 24, 2013

Azuin dah 2 Tahun


Syukur Alhamdulillah…

Azuin genap 2 tahun…Happy Birthday Princess!! Also, marks my 2 years breastfeeding journey…akhirnya kan…syukur tak terhingga….sepanjang 2 tahun ni banyak suka duka yang saya lalui….excited, takut, stress, happy…macam-macam perasaan ada….ni adalah satu pencapaian bagi saya…bukan senang nak lalui semua ni…rasanya mana-mana mommies tau dan faham situasi ni….

Selama 2 tahun ni jugak azuin minum susu mama & ummi lang je (azuin sempat minum lebuh kurang 30packs jugak la susu ummi lang..ummi lang dah jadi ibu susuan azuin…susu tu ummi lang tinggal kat kampung sikit sebab terlalu banyak dan tak cukup beg masa bawak balik Sarawak haritu…ummi lang bagi kat azuin…dan syukur azuin minum susu ummi lang tu..mungkin rasa lebih kurang susu mama kot….)

Bila menyusukan azuin adalah moment yang paling indah…bayangkan la kalau tengah menyusu tu mesti azuin akan peluk mama kuat2..nak lay on mama’s arm la…kalau dah lena baru mama letak atas bantal….kadang-kadang sampai ke pagi azuin berkepit dengan mama…..dok tido celah ketiak je…haha…

Suka bila tengah menyusu tu..saya akan usap dan cium kepala azuin…tepuk2 montot azuin…main-main cak-cak…suka sangat…
Paling tak tahan tengok mata yang terkebil-kebil tengok mama…kena dongak sikit…tu yang comel tu..lepas tu kalau nampak mama pejam mata mula lah azuin bunyi dan panggil mama…tak nak kena tinggal sorang-sorang la tu…mama kena tido lepas azuin tido..tapi…selalu jugak mama tido ssebelum azuin tido..hahaha…
Rindu sangat masa menyusu azuin kecik-kecik…sangat berbeza menyusu masa kecik dan masa sekarang ni….sekarang ni banyak main-main dengan mama masa menyusu….dulu kalau menyusu tu masa bersungguh sangat..sekarang banyak nak peluk-peluk mengempeng manja dengan mama….haih, anakku…..

Proud of myself dan saya jugak dapat buktikan yang working women pun boleh berjaya dalam penyusuan ni….SYUKUR!!

InsyaAllah lepas ni saya akan teruskan untuk anak-anak yang seterusnya…Doakan ye!!

I LOVE BREASTFEEDING!!
Ni kek pre-birthday azuin.....konon la kan...sebab azuin dok suka tengok helo kitty tu....azuin dok main-main je dengan kek.....
 makan sangat la tu......eksyen je lebih....lastly, semua kek tu masuk dalam perut mama.....mama sangat kuat makan sekarang ni.....azuin ambik helo kitty je buat main.....


Updated, 24 Feb 2013 – 6.00pm 
Kek choc indulgence untuk birthday girl..(sebenarnya kek tu lebih kepada mama&papa…haha…azuin tak reti makan pun…seronok main kek dan suap mama&papa je…..

 Sempat posing lagi..sebenarnya tangan macam tu sebab jari azuin terkena kek tu…






Saturday, February 23, 2013

pakai seluar sendiri

Lawak pun ada….azuin memang dah pandai bukak seluar dan pakai seluar dah sebenarnya..tapi yang minggu lepas paling lawak  la….lepas bersihkan azuin poo, saya ke dapur jap…azuin lari-lari kat ruang tamu tanpa diaper….lepas tu  masa nak pakaikan diaper, saya tanyala azuin….mana seluar dia…sebab seingat saya, memang seluar tu letak atas sofa….lepas tu azuin pun datang dan selak baju cakap “ni”…..hahaha…tergelak mama tengok seluar azuin pakai terbalik……yang belah depan p kat belakang….yang belakang kat depan pulak….dah la senget benget…ada gulung-gulung pulak tu…..comei….

Hari ni dah Sabtu,23/2/2013…..lagi  sehari azuin nak masuk 2 tahun…..ni dah penghujung umur  1 tahun dah….cepat sungguh masa berlalu (ni ayat skema mak-mak orang….hahaha)

Tahun ni macam tahun lepas gak kami sambut birthday azuin bertiga je..tak buat apa-apa persiapan pun….tunggu azuin besar sikit baru buat ye anak!!



muka malu kena tego....

Thursday, February 21, 2013

Happy 3rd Anniversary

Dah 3 tahun dah…Syukur Alhamdulillah….


Happy Anniversary to us…..Semoga Ikatan suci ni berkekalan hingga akhir hayat…..

Before p kerja my other half dah wish…saya sebenarnya nak wish dulu tapi dah kelam kelibut pagi tadi dan hampir terlupa….tak apa la siapa pun  yang wish dulu…..yang penting ingat…dan……yang paling best dapat ucapan “i love you”…lagi la mood happy….tersenyum sekejap on the way p kerja tadi…… I love you more, sayang (my other half mesti baca ni punya lah..pembaca setia blog ni:))


suami, merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)



update, 9.30pm..

kali tak celebrate meriah pun...sepotong kek je...

Habis kek dikerjakan azuin....dah la sepotong je untuk anniversary mama&papa.....sebenarnya bukan kedekut beli sepotong kek je...kek besar boleh spend untuk birthday azuin...kan penjimatan disitu....
azuin suap papa...tu la kerja dia...bukan makan tapi sibuk dok nak suap papa&mama...gambar papa je upload...gambar mama tak sesuai nak di upload...hehe...
gambar petang....azuin demam...sian anak mama....demam masa anniverary mama&papa pulak...cepat sembuh tau....kena sihat-sihat on your birthday nanti.....







Wednesday, February 20, 2013

Sedapnya roti & cheese..


Setiap kali ambik azuin mesti azuin akan mintak roti…roti..roti….memang kena ada roti la dalam beg…tapi roti tu memang wajib ada dalam beg….bawak p ofis….azuin memang suka makan roti kosong...azuin suka makan yang tepi roti tu..dulu azuin makan tepi dan isi roti tu dia taknak…tapi sekarang ni azuin dah mula makan roti semua bahagia….tepi dan tengah….
















Ada roti senang sikit saya nak drive balik sebab azuin senyap sikit dok layan makan roti….Jom layan video azuin...











 Selain roti, azuin suka makan cheese jugak….sebenarnya beli cheese ni sebab nak makan dengan burger..tapi belum apa-apa lagi azuin dah ngap 2 keping….

Ni masa on day way balik rumah dari econsave….dah selamat masuk dalam perut azuin sekeping…





Sampai je rumah mintak lagi cheese….makan lagi…..haih anakku…..berselera!!





Note : Blog ni memang banyak pasal azuin...readers, tolong jangan muak ye!!