Saya dah sampai ke destinasi yang
dituju….24/2/2013 genap 2 tahun saya dalam bidang penyusuan ni..dah grad
pun..dah dapat PHD pun.PHD ni salah
satu fasa yang selalu digunakan dalam penyusuan ni.
Diploma-Penyusuan
6 Bulan
Degree-Penyusuan 12
Bulan
Master-Penyusuan
18 Bulan
PHD-Penyusuan 24 Bulan
Memang happy sangat…saya nak senyum je….ni adalah
penghargaan untuk diri saya…ye, untuk diri sendiri dulu…salah satu pencapaian
dalam hidup saya tau….dulu masa kecik pun saya menyusu lebih dari 2
tahun….sekarang ni, saya dapat ikut jejak mak saya sendiri…yang bezanya, saya
menyusu dan juga seorang yang berkerjaya….. wanita berkerjaya juga boleh
berjaya dalam penyusuan ini tau…..saya dah buktikan, yeay!!

Saya tak pasti berapa lama prosedur tu berlaku sebab saya betul-betul sedar masa kat wad dah….tak salah dalam pukul 11pagi…lepas tu sambung tido balik…mamai sebab ubat bius la tu….dalam pukul 2 pm bangun baru teringat anak..hehehe….sebelum tu giler mamai…kiranya azuin menyusu saya dalam pukul 2 tu…Syukur sebab saya tak mengalami masalah sus tak keluar….memang masa azuin meyusu pun senang..pandai menyusu…kuasa ALLAH kan….baby yang lahir dah pandai nak minum susuJ…..

Sepanjang 2 tahun ni tipu la
kalau saya cakap semuanya manis…..saya juga pernah mengalami fasa susu kurang,
stress, dan macam-macam lagi…rasa bila susu kurang tu memang boleh buat sesiapa
pun stress….saya memahami perasaan tu….tapi saya tak nak perasaan tu memakan
diri sendiri..memang cuba untuk positif….saya sanggup tido kurang untuk buat
power pumping setiap malam untuk panggil susu balik (istilah apa yang saya
pakai ni…hehe)….sebab kadang-kadang perasaan malas memang ada…naknya kalau dah
tido…tapi kena jugak la bangun walaupun pam sambil tersengguk-senguk…..semuanya
depends kat diri sendiri…POSITIF…

Siapa tak nak kan…tapi tak semua dapat sampai ke destinasi ni..rezeki masing-masing, yang penting niat nak menyusukan tu ada….kena ikhtiar, kalau tak boleh jugak nak buat macam mana kan…Disini sebolehnya saya taknak ceritakan pasal ibu berjaya ke tak…sebabnya, perjalanan lain-lain……saya pun tak tau perjalanan seterusnya macam mana..Cuma boleh berdoa dan usaha untuk sampai kedestinasi.
Penyusuan sebelum 1 tahun sangat
berbeza dengan penyusuan selepas umur setahun…nak lagi selepas umur setahun
stengah…..pengalaman saya sendiri, dah tak rasa dah let down reflex pun dah
rasa dah…ada la jugak sebenarnya tapi memang susah nak rasa….saya rasa ramai
ibu faham maksud saya yang ni….
Pasal Babysitter pulak, Alhamdulillah azuin bernasib baik
dijaga oleh makteh norly dari lepas pantang sehinggalah azuin 5 bulan….sepanjang
dengan makteh norly, azuin 90% minum EBM guna sudu dan syringe…lagi 10% tu guna
botol…azuin pandai guna botol sebelum makteh resign (sebab nak balik cuti
sebulan kat rumah…sebab lagi sebulan je cuti semester habis)….
Lepas tu hantar ke babysitter yang memang dah biasa dengan
susu ibu….sangat memahami…..saya tak punya masalah dengan hantar EBM sebab dia
pandai uruskan EBM….sampai la sekarang, walaupun hantar ke nursery, azuin masih
minum EBM….nursery azuin pun memang EBM friendly….
Oh ya, satu lagi…suami memang
perlu mainkan peranan tau…kena sentiasa beri semangat kat isteri…..selain tu
kena jugak la belajar pasal penyusuan ni…..my other half memang bagus dari segi
nasihat….sejak dari mengandung lagi dah jadi penasihat kanan…..memang la pada
mulanya dia tak tau apa-apa pasal konsep penyusuan ni….lama-kelamaan berkat
belajar dan diajar saya (ajar dengan apa yang saya tau la…) my other half pun
dah pandai sikit sebanyak….dah boleh nak tinggalkan anak dan uruskan EBM….
Panjang sungguh entri ni…kalau
nak cerita pasal penyusuan ni memang tak ada kesudahannya….sekarang ni dah
moden, saya Cuma berkongsi dengan apa yang saya lalui….ilmu pulak, boleh di
cari..kalau yang ada internet tu memang boleh tanya mr google…banyak info boleh
dapat, banyak blog-blog yang menceritakan pengalaman masing-masing, dalam
facebook pun banyak group yang ada untuk berkongsi pendapat…Jangan malu
bertanya dan jangan malu nak tanya…saya percaya ramai ibu-ibu yang sudi
membantu……saya pun masih mencari ilmu penyusuan ni….
Entri ni untuk tujuan perkongsian
(sebab saya sangat yappy) & pemberi semangat saya untuk anak-anak yang
seterusnya….Doakan ye!!
Boleh rujuk semua entri penyusuan saya ni melalui label Breastfeeding Journey yah!!
congrats! sy pon nak aim sampai 2 tahun. so far anak 5 bln lebih n masih fully BF. doakan saya dpt buat mcm awak jugak (sampai 2 tahun):)
ReplyDeletethanks izyan....saya doakan rezeki anak izyan sampai 2 tahun gak....yang penting niat & usaha :)
Deletec0ngratz aini..hehe..share la cite ur bf j0urney kt 'the milk st0ry'..dayah dh menang jgk la ari tu..hahah..rezeki..
ReplyDelete-HidayahS-
thanks dayah....ok, nnt saya share kat situ....hehe
Delete