Monday, February 4, 2013

Cameron Highlands 24-26 Januari 2013

Kesempatan dapat cuti panjang minggu lepas, dapat la kami jejak Cameron Highlands…Marks our first vacation in 2013….kali ni kali decide untuk lepak 3 hari 2 malam kat sana….selalunya kalau short vacation mesti tido semalam je…macam tak puas pulak dan terasa jadual padat sangat…

24 January 2013
Kami gerak dari rumah dalam pukul 8 pagi dan singgah breakfast kat restoren riza di Alam Jaya, Puncak Alam….ni kali kedua kami breakfast kat sini….sebelum ni makan roti kosong & roti sardin..tapi kali ni saya makan nasi lemak bungkus dan mr may makan roti sardine….boleh tahan sedap jugak!!




Lebih kurang pukul 8.45pagi kami gerak ke Cameron Highlands..kami ikut Latar, terus masuk Plus….dalam pukul 11 pagi kami dah kat Simpang Pulai…memang naik ikut sini sebab tak berapa nak gemar jalan dari Tapah tu…..perjalanan dari Simpang Pulai sampai puncak Cameron lebih kurang 70km macam tu…kami sampai kat Tanah Rata dalam pukul 12.30 tengahari….memang terus ke Tanah Rata sebab nak lunch kat situ….
 Lunch kat Restoren Kak Yan Tomyam….harga mahai bebenor...total damage RM19.70…untuk 2 orang makan…lauk tak la sedap mana..cekik darah sungguh…mr may siap tanya 2 kali lagi takut tersilap meja…selalunya lauk macam ni boleh dapat dalam RM12-15…ni dah cekik darah….bak kata mr may diorang ni nak cepat beli Mercedes Kot!!so, sesiapa yang cari kedai untuk lunch, watch out dengan kedai ni….memang cekik darah……




Kami pilih Hotel Equatorial untuk penginapan kami di sini….dapat check-in dalam 2.15pm…kena tunggu gak dalam stengah jam sebab bilik tak ready lagi….memang ramai sungguh orang datang sini….cuti panjang la kan….


Lepas check in bagai, kami lepak je dalam bilik…sempat tido sekejap…..Petang dalam pukul 5.30pm baru kami jalan-jalan kat Pasar Kea Farm tu…..kami jalan kaki je sebab dekat je dengan EQ…menjamu mata je…kami cuma beli jagung kukus je….azuin pun layan jagung jugak..sedap & manis!!

Malam tu saja je kami ke Brinchang, sebab rasanya ada pasar malam brinchang…walaupun hari Khamis, tapi ada je pasar malam…sebab cuti tu yang ada gak..malam tu kami tapau nasi je makan kat bilik….selebihnya beli baju (yang ada tulis Cameron untuk kenangan), dan beli bantal strawberry gak (tah kenapa kalau p Cameron mesti kena beli bantal ni..hmmmm)



key chain bola yang papa bellman habis lunyai azuin gigit...
tengah layan video Shae-Sayang
tara.....
tido kemain.....

25 January 2013




Pagi tu kami breakfast kat Zainab Sam Tanah Rata…(masa book thru agoda takde breakfast excluded pulak…kalau nak kena tambah lain…haih)..

Menu kami nasi goreng,nasi lemak, air the tarik….sedap!!kedai pun ramai orang dan harga pun reasonable….

Dah kat Tanah Rata tu, kami lajak ke Bharat Tea Plantation, Tanah Rata….singgah untuk tengok pemandangan lading  the dan ambik gambar je…tak minum the kat situ pun..ladang the ni senang sikit nak singgah sebab tepi jalan je….tak macam kat Sungai Palas tu….






Lepas tu dalam pukul 9.30am…kami terus ke Big Red Strawberry Farm, Brinchang…senang je nak cari…masuk melalui Hotel Regency t uterus je sampai jumpa Restoren Nasya…lepas tu belok kanan…dari situ dah nampak…tapi nak naik ke tempat tu mak ai tingginya….nak turun pun curam je…
Kat situ kami tak p petik strawberry pun..Cuma jalan-jalan je…lepas tu singgah kat Café dia….sambil azuin dok main mainan dia tu, kami pun layan la Strawberry Milk Shake dan Strawberry Float….Bes lepak situ..lama jugak kami lepak situ tunggu azuin main sampai puas….




pantang jumpa benda ni...mesti nak main punya.....




























Kami gerak ke Sungai Palas Boh Tea Plantation dalam pukul 12.30tghari….jalan ke siru jangan cakap la..memang sempit gile..memang susah la kalau berselisih…tapi jangan risau, selamat punya la….pemandangan kat situ memang sangat cantik…..Cuma kena parking kat bawah dan jalan kaki naik atas tu la….penat gak sebab masa tu azuin tido…kena bergilir-gilir dukung dengan mr may….
Dalam kilang teh..



Sampai sini mesti kena tangkap gambar kat sini….dah berapa kali datang pun kena tangkap gambar kat sini….












Lepas berpenat kat Ladang the,kami pun cari makan…..lunch kat Restoren Beriyani kat Brinchang….dah kenyang terus balik EQ….






Aktiviti kat EQ petang tu ialah mandi swimming pool….azuin dan papa je berendam….mama tukang tangkap gambar dan video je….


Petang dalam pukul 6pm, kami ke Pasar Kea Farm lagi….kali ni memang misi nak beli jagung…..sempat grab 2 packs jagung untuk bawa balik..sayur mayor dapat jugak 10packs rm 10….tu je yang kami beli….lepas tu beli jagung untuk makan 6 biji…..2 biji jagung bakar…habis makan masa tengah dok jalan-jalan kat situ…4 biji lagi tapau balik bilik (tapi tinggal 2 je sebenarnya…lagi 2 makan masa sangkut jem ke Brinchang….Yes, memang jem..sebab ada pasar malam….kami tak singgah pun pasar malam…kami terus cari kedai makan untuk dinner….malas nak bersesak lagi…lagipun malam kelmarin dah terjah dah pasar malam ni….
Dinner kat Fauzi Tomyam kat Brinchang….ok la makanan kat situ…kat situ ramai yang makan steamboat…tapi kami makan goreng-goreng je…

Menu kami, nasi goreng kampung, nasi pattaya, udang sweet sour, the ais, sirap bandung….

26 January 2013
Breakfast di Food Court Kat Brinchang….saya makan roti canai dan mr may makan roti canai dan nasi lemak…..kat sini memang meriah masa breakfast…macam-macam menu boleh dapat…memang banyak kedai jugak la….






On the way balik EQ tu kami singgah kat S’ Corner kat Kea Farm….kat situ azuin sangkut lagi dengan mainan dia tu…so, saya sempat la jalan-jalan situ…kat sini boleh petik strawberry jugak tapi saya dah set nak petik kat EQ Strawberry Farm dekat dengan EQ tu….Lepas dari S’Corner ni terus p situ la….
jumap lagi benda ni..






Dapat la jugak kenangan petik strawberry…kena bayar dulu sebelum petik tau…stengah kilo untuk rm25..tapi kalau terlebih petik boleh bayar  kemudian….
budak tecik ni tak mandi lagi...dari bangun terus p breakfast....haha....bucuk!


 
Si kecik ni pun nak jugak petik strawberry..dah la cara petik salah….sebenarnya kena petik kat tangkai..tak boleh pegang buah tu..kalau tak nanti cepat lembik (tauke farm ni la bagitau)….


















Saya pun sempat beli strawberry celup coklat lagi….sedap sungguh!!!
Dalam pukul 12 tghari kami dah gerak balik Taiping…..kan ada 2 hari lagi cuti..boleh la balik sehari rumah saya, sehari rumah mr may….senang sungguh sebab kampung dekat-dekat!!

Ohh…kami singgah makan kat tasik raban ipoh dulu…dah lama mr may dok mengidam nak makan sini….ni  kali kedua saya makan kat sini…first time makan dulu pun dengan mr may jugak….tapi masa tu belum kahwin lagi….kali ni makan bertiga da….anak sorang suda……



















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.