Sunday, February 27, 2011

Our precious...nur azuin amani

 Alhamdulillah....ni la puteri kesayangan kami..



Nur Azuin  Amani Binti Najmuddin Salmi
berat 3.02 kg 
24 Feb 2011 @ 5.02 am.

Wednesday, February 23, 2011

masih cuak..

Baru semalam saya ada tulis pasal air ketuban yg macam leaking tu....tadi masa tgh tido dalam 1.30am terasa macam air keluar tapi tak banyak,2 kali rasa dia turun....tapi saya tak terus p check....sambung je tido...then bangun kul 4.30am cmtu sebab nak mandi n bersiap2 p keja...saya kan travel p keja, so by 5.30am dah start drive n subuh pu kat opis je....haaa, masa nak mandi tu la ada darah pulak...huhu, sungguh takotttt.....tengah2 mandi pun ada keluar gak...adakah ini tandanya...cuak betul..tapi tak rasa sakit contraction pun..cuma dok rasa baby mengeras je...siap saya sempt p hanta norly balik UM lagi....kami keluar awal gak la sebab takut jem n dalam keadaan saya yang mcam ni...skarang ni tengah tunggu mr may balik dr Lumut....hope tak ada apa2 la sementara tunggu dia...

pape nnt akan diupdate...pray for me k!!!!!

Tuesday, February 22, 2011

cuak giler

Pagi2 nak bangun subuh tadi...saya terasa macam ada something je keluar..laju je macam kalau kita datang period n kalau duduk nak bangun tetiba terasa darah keluar tu la..haaa, macam tu la rasa...first, terdiam jap...takot sgt!! apakah??

saya pn mengesot la ke tepi katil..slow2 je bangun...rasa macam basah je...oh my god!! tak kan air ketuban kot...tapi tak la macam banjir...lepas tu saya punp toilet cek la apa yang patut...hmmm, mood takut....
memang ada cecair keluar....n warna putih...ada cikit2 coklat...tapi bukan macam darah....mood sangat takut menyerang...dah la sorang2 je kat rumah ni....takpe2, alkononnya pujuk hati la....saya terus mandi as normal...owh, lagipun hari memang saya ada appoinment dengan HUKM untuk check-up....nasib baik la..lepas mandi terus call mr may....mengadu la katakan..mr may cool je masa saya crita tu..yela, kalau dia buat cuak, saya lagi la cuak....so, jalan penyelesaiannya masa p checkup tu bagitau docor la...nasib baik saya tak ada rasa sakit ke....or lain2 feeling ke....sempat lagi saya basuh baju, kemas rumah n buat apa2 patut....mana la tau kot memang betul2 leaking ke....kena tahan kat wad pulak....

Saya just pakai pad je incase apa2 la...tapi tak banyak air tu...ke cecair apa2 ke?confius betul...smpai je kat HUKM, saya buat normal check-up n berat saya naik 0.5kg je...and now saya dah 70.5 kg...urine ok n masa scan saya ada tanya gak pasal air ketuban n dia cakap air ketuban ok....semuanya ok, kepala bab pun dah engage ke tpt yang sepatutnya..berat bb 3.2kg....beratkan....pasal air ketuban leaking tu doc cakap bukan leaking..pandai2 je saya buat conclusion cakap leaking....hahaha, saya mana tau...no experience ma...tapi doc suruh monitor gak tengok cecair tu...incase kalo banyak & pad pun basah sampai mengalir keluar, baru datang semula....lega skit hati ni...

balik je rumah terus  saya cari info pasal air ketuban ni...sedikit info yang sangat berguna..

"Jika air ketuban anda pecah sebelum anda berada dalam fasa perlahiran, jangan panik! Gunakan tuala wanita untuk perlindungan bagi masalah ini. Ini juga akan memudahkan anda untuk melihat warna cecair yang keluar itu. Cecair selalunya adalah jernih dengan sedikit kekuningan, dan selalunya bercampur dengan sedikit darah.


Jumlah cecair yang menitis keluar itu adalah berbeza. Kadangkala beberapa titisan saja, kadangkala sebagai pancuran yang deras. Memang mengejutkan jika air ketuban keluar dengan memancut; apatah lagi, pada terma penuh kehamilan, jumlah cecair ini boleh mencapai lebih kurang 800 mililiter.

Jika terdapat banyak yang keluar, penggunaan tuala wanita tidak memadai dan lebih baik anda menggunakan tuala tangan. Walaupun kurang kemas, cara ini adalah lebih praktikal, terutamanya jika anda perlu ke hospital dengan kereta. Elok juga dijaga supaya kerusi kereta tidak rosak dengan mengalasnya dengan helaian plastik.


Jika yang keluar hanya titisan kecil sekali sekala, elok juga diperiksa sama ada cecair itu bukannya titisan urin yang juga boleh berlaku di akhir kehamilan.
Perlu ditegaskan betapa pentingnya untuk mendapatkan pemeriksaan segera apabila air ketuban anda pecah, tidak kira pada minggu ke berapa pun kehamilan anda (dan walaupun anda tidak mengalami kontraksi). Apabila air ketuban anda pecah, perlindungan daripada jangkitan adalah rendah, dan jangkitan boleh masuk ke uterus dari vagina.



Sebaik sahaja anda dirawat, jika anda sekurang-kurangnya dalam minggu ke-37 kehamilan, doktor anda akan terus merangsangkan perlahiran jika anda belum masuk ke fasa perlahiran dengan sendirinya selepas 24 jam. Kira-kira sembilan daripada 10 orang wanita, yang hamil tidak kurang dari 37 minggu, akan melahirkan anak secara normal dalam masa 24-48 jam selepas air ketuban pecah. Namun begitu, jika anda hamil antara minggu ke-34 dan ke-37, anda boleh memilih sama ada untuk dirangsangkan perlahiran atau tunggu dahulu dan lihat perkembangan seterusnya.


Selain itu, sekiranya anda diuji positif untuk streptokokus kumpulan B semasa hamil, lain pertimbangan harus diambilkira. Memang ada risiko jangkitan berkaitan dengan GBS jika terdapat tempoh yang panjang antara ketuban pecah dan masa perlahiran bermula. Jadi, dalam kes sebegini, rangsangan perlahiran mungkin akan dibuat dengan seberapa segera.


Jika semuanya berjalan lancar untuk anda dan bayi anda, anda boleh kembali ke rumah jika anda mahu. Pendekatan tunggu dan lihat boleh meningkatkan risiko jangkitan (kira-kira 1 peratus wanita berbanding dengan 0.5 peratus wanita yang tidak pecah air ketubannya). Ia adalah selamat untuk anda mandi tetapi jangan lakukan seks kerana ini akan meningkatkan risiko jangkitan.
Anda perlu:



• pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan bayi anda diperiksa oleh bidan atau doktor setiap 24 jam sehingga anda berada dalam fasa perlahiran atau dirangsangkan perlahiran;


• periksa suhu anda setiap empat jam di waktu berjaga untuk memastikan sama ada anda demam atau tidak;


• perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau cecair amnion (air ketuban) yang menandakan terdapatnya jangkitan;


• pastikan bayi anda bergerak seperti biasa.


Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan atau demam (seperti menggigil dan memerah) atau jika anda mendapati pengurangan dalam pergerakan bayi anda, hubungi hospital dengan segera. Jika anda didapati mempunyai penyakit, anda akan memerlukan antibiotik intravena dan perlahiran akan dirangsangkan oleh doktor dengan segera.

Jika anda tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan tetapi air ketuban anda telah pecah lebih daripada 24 jam, anda dinasihatkan untuk melahirkan bayi di hospital. Ini adalah sebab bayi anda mungkin memerlukan akses atau pemindahan segera ke pusat jagaan neonatal. Anda perlu berada di hospital sekurang-kurangnya 12 jam selepas kelahiran supaya bayi anda dapat diperiksa jika terdapat tanda-tanda jangkitan. Anda juga akan diminta untuk menghubungi doktor anda dengan segera sekiranya terdapat perkara yang membimbangkan anda mengenai bayi dalam tempoh lima hari pertama.

Risiko akan meningkat jika tempoh antara air ketuban anda pecah dan kelahiran bayi anda agak panjang sedikit. Jika anda tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan, tetapi air ketuban anda telah pecah lebih daripada 48 jam, anda perlu berfikir dengan serius mengenai apa yang perlu anda lakukan. Doktor anda akan berbincang dengan anda sama ada elok dirangsangkan perlahiran dengan segera atau terus tunggu dan lihat. "

.
.
.
.
.
.
Kumasih risau...air ni still keluar lagi tapi cikit2 je...adakah tanda2 jugak....huhu, sungguh cuak....

Monday, February 21, 2011

our first anniversary!!

To my lovely, mr may…..Thanks for Everythings…..

Nothing in this world could ever be as wonderful as the love you’ve given me.


You're the best thing that ever happen to me!!


I Love You So Much.......

Happy First Anniversary b!!!  Muaaahhhss







LUCKY....



Do you hear me? I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning 'round
You hold me right here, right now


*******************************************************************************************
21 Feb memang hari yang dinantikan dan amat bermakna buat saya…sungguh la istimewa…..
Perjalanan untuk saya finally bertemu suami idaman terjawab sudah..Adalah sangat sukar sehingga banyak air mata saya gugur.. tak berbaloi sungguh. tapi motivasi saya ialah, 

Suatu hari nanti mesti muncul seorang yang baik..yang akan menjadikan saya isterinya..yang akan menyayangi saya tanpa syarat....yang akan sentiasa melayan segala kerenah saya...yang akan bersama-sama susah dan senang.....yang akan menjadi suami saya dunia dan akhirat.

dan orang itu adalah dia. terima kasih b...sebab banyak bersabar dengan saya, sebab prihatin atas kehendak dan keperluan saya selama ini..sekejap je rasa….dah pun setahun kami nikah….

living as a husband and wife…memang seronok…sebab apa seronok arr…

* Rasa lebih disayangi. Ni compare dengan masa sebelum kawen….feel sayang tu lain cikit la…yela masa bercinta mana boleh lebih2 kan….ada batasnya…tapi dah kawen ni, no limits la…hehehe….memang amat terasa la kasih sayang dari dia…..

* Rasa lebih tanggungjawab. Yang ni memang betul la….sebabnya, dah tak leh nak fikir tentang diri sendiri je…apa2 pun familycome first….nak buat apa2 kena fikir panjang la…especially expences la….dulu agak boros…sekarang nak berbelanja pun kena fikir…takleh terlebih baget…kena fikir simpanan dulu…simpanan untuk masa depan n anak2…eceh!!!

* Tido malam pun dah berteman….takla bosan kan….yang besnye malam2 before tido dan bangun tido mesti dia cium dahi n pipi dulu…tu yang wajib la..yang lain tu….”biarlah rahsia”…hehehe….kalo tak dapat tu mesti rasa tak lengkap je hari…hahaha…ngada2 kan…..tapi who cares….he’s my husband kan…..

* Banyak buat activities bersama….shopping, cooking, leisuring dan macam2 la….lagi pulak kami ni memang lebih selesa buat sama2….kalo buat sorang2 macam tak best je…

* Kira semuanya memang best la..rugi kalo tak kawen lagi tau…..alam rumahtangga ni memang mengajar kita banyak benda and  it’s really sweet……rezeki pun boleh dikatakan murah je…smooth je apa yang dibuat….n now, we’re waiting for our baby pulak…..mesti la lagi meriah……

Owh..hampir terlupa pulak yang sekarang ni saya memang tengah memboyot menunggu hari bersalin je….sekarang dah minggu ke-38….we’re really excited to meet our cute princess to join us…..dalam keadaan tengah memboyot ni pun ada hati lagi nak celebrate anniversary lagi….kami terpaksa la celebrate awal sebab mr may kena  kursus...so, we celebrate dalam keadaan sederhana je…tak leh nak p jauh2 sangat pun sebab takut tetiba saya nak bersalin pulak kan..but we both enjoyed  it….


our first anniversary cake...memula ingat nak cheese cake tapi tetiba pulak rasa nak makan ini "Chocolate Chip Walnut"....nyum2 sedap!!! Kek ni kitorang makan kat umah je...

For our Anniversary dinner, kami makan kat Village View, Bangi....


jom flashed back nak…..

hari ni thn 2010 bermula la cik aini bertukar jadi puan aini….sound great rite!!...segala2nya berubah…teringat sangat masa tu…tersangatlah excited…..mana tak nya dapat kawen kan…dapat jadi hak milik sepenuhnya mr may….kenapa pilih 21 feb?hari ahad pulak tu?pastu kenapa kenduri pulak buat bulan May?jauh jarak tu? Macam2 soal betul la….takkan nak kawen pun kena ikut tarikh tertentu……

Kami tak ikut pun tarikh2 cantik dalam calendar tu…just main grab je tarikh yang sesuai dengan cuti….tapi2 tengok2 balik baru perasan yang tarikh yang kami pilih semuanya ada kaitan dengan no 1 &2….cuba tengok “Date to Remember” kat wall sebelah kanan  tu….tapi ni tak dirancang tau…..

Sebenarnya dah discuss dgn mr may yang nak buat kenduri dalam bulan 2 or bulan 3….kira jarak dalam seminggu dua jela dari tarikh nikah tu tapi terpaksa tukar tarikh sebab kisahnya ada kenduri lain time tu….pastu nak buat date lain tak boleh pulak sebab clash dengan our own activities pulak….at last, pilih bulan May jela…1&2 May….senang kan..masa tu kan cuti hari buruh…..nanti lain masa saya cerita pasal kenduri kitorang pulak la…may be bulan may punyer entry…hehehe….

Yang jadi topic utama entry kali ni is our solemnization kata orang puteh la….woot..woot…Majlis nikah yang dirancang amatlah simple n meriah….kami pilih putih pink as our nikah theme…..ada jugak yang cadangkan buat warna lain selain putih sebab masa bertunang saya dah buat putih-silver-blue…..tapi kalo bukan putih macam tak cantik je kan….nikahkan simbolik dengan warna putih…..nampak bersih dan suci….*wink…wink…*
Cuma tambah kaler pink sikit bagi penambah seri….sangat suka dengan kaler tu tau…..Malam sebelum nikah tu memang sangat la excited….setengah2 orang mungkin rasa berdebarkan kan kan….tapi saya lain pulak…excited terlebih….banyak kali jugak la dok try baju nikah yang sangat chantek tu…..tak sabar nak pakai tau (masa tu la)…..owh lupa pulak….bilik pun kitorang hias putih + merah…..hehehe…..

Alkisahnya, majlis nikah kitorang di Masjid Kamunting….tentatively majlis akad nikah tu pukul 11.00pagi….tapi terpaksa tunggu sejam lebih sebab ustaz tu lambat sampai….alkononnya dia baru habis mengajar kelas Haji kat Taiping….lama giler kena tunggu…pastu dia terlupa bawak surat nikah sementara yang kena sign tu dan taklik tu pulak….haihhhh…kesimpulannya….saya dan mr may sekadar akad nikah jela….bacaan taklik dan surat nikah sementara tu terpaksa kitorang p rumah ustaz tu keesokkan harinya….

Sebelum akad nikah tu, ustaz, ayah dan saksi datang kat saya dan tanya adakah saya bersetuju berkahwing dengan mr may….hoh!! skema tu ayat…..huishhh macam dalam drama pulak kan….sepantas kilat saya menjawab “SETUJU”…karang dok senyum2 malu, dornag main kias2 pulak…lagi la segan kan…better saya terus jawab…hahahaha…..tiba giliran mr may pulak….saya dapat tengok dari jauh jela…ayah yang mengakad nikahkan saya dan mr may….sungguh terharu sebab ayah sendiri yang akad nikahkan…..lain tau perasaan tu….start je nak akad, terus saya pasang telinga…nak dengar apa yang mr may cakap….hehehe…laju giler mr may akad….sekali lafaz je….SAH, saya jadi isteri mr may…

ALHAMDULILLAH….syukur kehadrat Ilahi…Jodoh kami disatukan dah berharap ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat…..

Hah…lupa pulak nak cerita pasal kad kahwin ni….ustaz yang akad nikah kami tu pulak tersalah tulis tarikh nikah kami tau….sepatutnya 21 la kan..tapi dia tulis 22 hb…huhuu…so, sijil nikah n kad nikah kami tarikhnya 22hb…..sedih betul….kira kami sendir jela yang tau  tarikh nikah sebenar is 21 feb…kalau dalam urusan rasmi, terpaksa la tulis 22 feb….apakan daya…malas nak tukar2 kad n sijil…malas nak naik turun pejabat agama dengan hal yang boleh dikatakan remeh jugak la ni…yang penting kami disatukan kan kan kan….

Petang lepas nikah tu mr may terus balik rumah dia kat Selama…dia tak tido rumah saya pun…hehehe…lagipun, esoknya mr may dah nak balik KL….yang penting saya pun ikut sama p KL….hehehehe……sebabnya? saya ada interview la on Tuesday tu….Interview kat company saya kerja sekarang la….rezeki selepas nikah la katakan….

Panjang lebar dok bercerita pasal ni…..cukup2 la kan…….just for sharing je..tak ada niat apa2 pun...

saja je letak gamba ni..kenangan p Langkawi lepas kahwin..inai pun ada kat jari lagi tau...

Doakan Kami Bahagia Hendaknya…………. "aini sayang may"

Sunday, February 20, 2011

dia sudah pergi........

sedeynyee saya!!!!uwaaaa

mr may baru p Lumut...sekarang ni pun dia on d way lagi..bermula la hari ni saya kat cni tanpa dia...
mmg la ada baby dalam pewut ni jadi peneman tapi pada saya, adalah sangat tidak boleh.
si dia adalah separuh dari diri saya dan our baby ni, adalah separuh lagi.
Memang la sejak kawen ni, kalau hubby keluar sorang or balik kerja lambat pun saya dok menghitung jam dengan kusyuk. So, bagaimanakah nak mengharungi hari2 tanpa hubby di sisi ni..

Tadi masa hubby nak bertolak tu, perasaan adalah biasa2 sajer.
salam, cium tangan, kiss2..
macam selalu.

tak lama lepas tu dok rumah sorang2, rasa sunyi datanglah perasaan sedeh tu.
melampaukan..menitik2 air mata ni turun tau..

Selama ni jarang sungguh berjauhan n dia sentiasa didepan mata....huh, teramat la lama nak tunggu hari rabu ni....rasa nak tido je n bukak mata hari rabu..boleh ke camtu??

hmmm... adakah sebab tengah pregnant, so emosi jadi tak berapa nak stabil nih?

Thursday, February 17, 2011

Nasi Beriani lagi...cuba guna rempah beriani Shan

Dah lama jugak tak masak beriani ni....so, kesempatan cuti Maulidur Rasul yang lepas saya n mr may pn main masak2 mencuba resepi beriani ni...kami cuba resepi lain & cuba ubahsuai sikit la nak bagi sedap lagi....Nasi beriani kali ni kami cuba gunakan Rempah Beriani Shan...kat kotak tu tulis macam ni " Spice Mix for Malay Chicken Biryani"..Rempah ni dari Pakistan..mula2 tu agak susah nak cari tapi tetiba masa kami beli barang kat the Gardens, terjumpa pulak....kat pasaraya yang kat aras bawah sebelah escalator tu (Cold Storage)...terus jela grab
Ni la rupa Rempah Shan tu..



Jom, nak share resepi beriani ni...sungguh sedap n lembut sangat nasi tu tau...

Bahan-Bahan untuk Nasi:

3 cawan beras Basmathi - Cuci beras dan rendam dalam 30-40 minit.
3 cawan air - untuk diletakkan dalam beras nanti
1/2 cawan susu pekat dicampur dengan 2sudu besar perahan air limau nipis (boleh gak nak guna yogurt/tairu).
4 sudu besar minyak sapi(ghee)
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar rempah Shan
Garam
1 biji bawang besar - dimayang halus
1 batang Kulit Kayu Manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan - disimpulkan
sedikit pewarna kuning
Gajus goreng


Bahan dikisar:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara memasaknya :
Goreng gajus tanpa minyak dan asingkan.
Cairkan minyak sapi & minyak masak.
Tumis bawang besar yang telah dimayang tadi.
Masukkan rempah Shan dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan pula bahan yang dikisar tadi dan digoreng sebentar.
Masukkan susu pekat bersama2 air perahan limau nipis & daun pandan.
Masukkan beras dan kacau sebati. Kacau sekejap je elak beras patah.
Kemudian pindahkan beras tadi kedalam periuk dan masukkan air 3 cawan.
Masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi sudah masak, masukkan gajus yang telah igoreng tadi.
Titiskan juga pewarna kuning ke dalam nasi dan biarkan sebentar.
Kacau nasi..sedia dihidangkan...




Lauknya pulak..



Lauk Beriani
Ayam dipotong dan dibersihkan.
2 sudu besar rempah beriani Shan
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
2 biji tomato dikisar
1/3 tin tomato puree
3 sudu besar madu
1 sudu besar gula putih
1/2 tin susu cair

Bahan dikisar:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara memasak :
Ayam perlu diperap dulu dengan rempah Shan dalam 1 jam sebelum digoreng. Goreng jangan sampai garing.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis hirisan bawang besar.
Masukkan bahan2 yang dikisar dan masak sehingga nak bau.
Kemudian masukkan rempah beriani Shan.
Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, gula, madu, susu cair.
Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
Masak guna api yang kecil.




Try la ek...sedap tau!!

Wednesday, February 16, 2011

Check Up Week 37

Check Up lagi....hari ni schedule check up saya pukul 8.30am...tapi saya sampai sana lewat gak la...tak la lewat sangat, cuma 15 minit je...tupun sebab melilau-lilau cari parking...agak ramai patient hari ni..so,saya agak2 mesti settle aroung 12 punyer...n ramalanku memang benar....hari kena jumpa doktor pulak..selama ni just check up dengan nurse je..yela, kan check up kat klinik kesihatan je..kalau kat hospital or private,sah2 la terus dapat jumpa doktor....

 Jom review my check up hari ni..

* HB sangat ok - 12.4 (tak pernah saya dapat bacaan HB cecah 12 tau...sebelum ni semuanya border line je)
* Tekanan darah pun ok
* Urine pun ok
* Berat ada cikit tak ok...mana tanye saya naik 1kg lagi..sepatutnya naik dalam 0.5kg je....no komen pasal berat ni...tadi kira2 dari awal pregnant sampai sekarang, saya dah gain 20kg...banyakkan...
* kedudukan baby pun normal & bila2 masa dari sekarang dah boleh bersalin..

Huh, sungguh tak sabar nak tunggu minggu depan..sebab nak scan baby pulak....minggu depan appoinment dengan HUKM pulak..terpaksa la sorang2..mr may baru nak ikut p HUKM check up tapi tetiba dia kena p kursus pulak...takda rezeki la mr may nak teman....

Masuk je minggu ke 37 ni dah semakin berdebar...sakit sana sini memang dah tak terkawal dah..nak jalan2 pun dah tak larat...kat opis pun dah macam melekat je kat kerusi...sakit rasa kalau berjalan sana sini..dah la toilet pun jauh....nak kena menapak jauh la nak p buang air....tu kat opis...kat rumah ok sket la sebab ada hubby yang tolong n saya pun tumpang merengek la kat dia kalau nak apa2...nasib baik la mr may ni amat memahami keadaanku ini...tu la gunanya husband kan...kena la give and take....

check-up reviewed finished...jumpa lain entry k...

Monday, February 14, 2011

Bunga Fatimah a.k.a Akar Fatimah

Kali ni nak bercerita pasal bunga fatimah pulak (ada orang panggil akar fatimah)....actually saya pun tak tau jugak pasal ni...sampai la satu hari tu saya call my mom bercerita pasal pregnancy ni...bercerita pasal air selusuh la, air zam2 la n tetiba my mom cakap dia ada bunga fatimah ni....bunga fatimah ni my mom beli masa kat Mekah dulu....owh, dah lama rupanya my mom simpan....my mom pun dah hampir terlupa pasal bunga fatimah ni....dia pun tak pasti nak guna macam mana....yang dia dia tau cuma rendam sampai kembang n minum air tu...

Persoalannya....bila & macam mana cara nak guna??

* Rendam bunga ni bila dah cukup bulan..week 36 & seterusya la......
* Rendam dalam air yang sudah di masak...Masa rendam tu selawat nabi & doa minta dipermudahkan  segalanya.
* Rendam sampai bunga ni betul2 jadi kembang. Kena selalu monitor tahap kembang & berapa lama bunga tu amik masa untuk kembang. Kalau cepat dan elok kembangnya means laluan keluar baby tu nanti pun cepat...contoh kalau bunga tu amik masa 1 jam untuk kembang, means tempoh laluan (dilate) pun sama macam tu. Kalau lambat kembang contoh 3 jam, means itu lah tempohnya. Wallahua'lam....

Lepas rendam, air tu kena minum tau..air yang kita guna untuk rendam tu simpan la dalam botol. Air dia boleh di minum bila dah start sakit bersalin. Kalau boleh bawak la masuk dlm labour room=D

P/S Bunga ni boleh digunakan berulang2 kali, no expiry date wokey!!!

Saturday, February 12, 2011

taktau nak cakap macam mana!! Apakah?

Tak tau nak cakap macam mana perasaan ni...tapi kena la terima & berdoa la...Hopefully semuanya seperti yang dirancang....bunyi macam suspen je kan....sekarang kan saya dah masuk masa2 yang kritikal dalam pregnancy ni..yela, kurang dari sebulan je lagi nak bersalin...macam2 feeling ada....excited, takut, cemas, happy, risau, semuanya bercampur baur dah....tak dapat nak bayangkan macam masa tiba nya masa tu nanti....dalam keadaan macam ni pulak, tetiba mr may kena p kursus pulak on 20 to 23 Feb ni...aiyak!!!!!masa tu saya baru masuk minggu ke-38 pulak tu.....oh no!! 21 Feb tu pulak our anniversary...huh, kena celebrate awal cikit la...kenapakah??????

Haih, kenapa la time2 macam ni la kena p kursus pulak..[mood--->> "sedih"]...discuss punya discuss dapat la idea macam mana nak settle kan ni....to be open minded couple kena la terima cabaran2 kecil macam ni kan....kursus tetap kena pergi...takkan kot nak skip pulak...untuk masa depan gak...so, kami pun ambik keputusan macam ni....saya akan tinggal kat rumah adik saya kat klang la masa mr may tak ada nanti...kiranya nak berulang p kerja pun dekat..so, sebenarnya boleh je nak tido kat rumah tapi takut emerency tengah2 malam je...kalo tinggal ka rumah adik saya, at least dia ada boleh tolong hantar  hospital....sementara tu, mr may boleh la emergency balik dari kursus terus p hospital..tu klau saya bersalin time mr may p kursus la...hopefully our baby keluar after tu la...senang sikit....sekarang ni pun dok pujuk2 si comel ni mintak dia keluar after mr may kursus....mr may memang nak accompany me dalam labour room...hopefully dapat la kan.....pray for me k............

haaaaaaaa ni ada lagi satu cerita sedih....saya kena saman DBKL..RM100 pulak tu..puncanya park kereta kat line kuning...ingatkan malam dah tak da samamn2 ni..tuptup ada jugak...kena saman kat Jalan Ampang, depan Restoren Pelita dekat dengan KLCC...huhu..gara2 teringin nak makan nasi Pelita la ni..kat Pelita semalam parking memang penuh, sebab tu kami parking kat tepi jalan tu....dalam kertas saman tu ada bagiau jika bayar dalam tempoh 14 hari dapat 50% diskaun....which means i need to pay RM50 for that summons la...50% jeke.huhu..nape tak murah lagi..rugi2..terbang la duitku lagi....macam mana kalau tak bayar?susah nak renew roadtax tak nanti?.......haih

Wednesday, February 9, 2011

Check Up Week 36

Akhirnya sampai jugak saya ke minggu ke 36....bukannya senang tau...macam2 rasa a long my way nak sampai ke minggu ni...kira genap jugak la 9 bulan...

Check-Up tadi macam biasa je...berat pun tak banyak naik..cuma naik 0.5kg je...yag lain2 ok...masa ek perut tadi, nurse tu cakap rasa perut saya sangat padat...baby pun dah cepat membesarkan.....next week ada check-up lagi.....kira lepas ni setiap minggu kena p klinik la...so, minggu depan saya kerja 3 hari jela...besnye....

huh, tapi sekarang ni mental n fizikal dah kena fit...takut2 terbersalin awal ke..sebab kebanyakan kawan2 saya bersalin agak awal dari tarikh due diorang..so, saya pun kena la bersedia gak....sekarang ni teramatlah tak larat untuk berjalan2...sakit kaki la..sakit dada la...penat la..perut mengeras la...macam2 ketakselesaan datang...malam2 lagi la...tak boleh nak tido dengan senang...sampai kadang2 terpaksa kejut mr may urut2 belakang...kat bahagian bawah tempat baby nak kluar pun sakit...kalo jalan tu tetiba baby bergerak rasa ngeri sangat kat situ...contraction yang sikit pun ada gak berlaku...rasa macam nak cepat2 je baby keluar...

sampai sini jela update my check-up...next, kena tunggu minggu depan la...

Monday, February 7, 2011

Yeay!! Settle dah bab beg hospital

Akhirnya beg hospital dah selamat kat dalam bonet kereta....senang sikit kalau tetiba sakit ke nanti kan....nampak macam besar je beg tu kan...actually ringan je....saya takde beg kecik2 sangat..kira halal la bawak beg besar macam ni kan....beg sandang tu untuk saya n yang beg balik kampung tu for baby la...

dah packing barang2 ni, rasa teruja pulak nak bersalin hehe....dah bersedia ke???

Actually memang la berdebar2 gak tunggu masa ni..tapi tersangatlah excited nak jumpa baby ni..tak sabar nak panggil nama dia.....nama dah ada dah.....kadang pun kami dah panggil baby dengan nama dia..hope betul la nanti gender dia....takut gak tetiba keluar boy pulak...

Jom, nak share my hospital checklist....semua barang2 ni dah ada pun dalam beg........

Bil
Barangan
Bilangan
Tanda (√ / X)
For Mommy
1
Aini & May's IC
2
2
Kad Lawatan Hospital aka buku pink
1
3
Sijil Nikah (Original & Fotostat)
2
4
Handphone & Camera (Charger)
1
5
Tuala Mandi
1
6
Kertas Doa Semasa Bersalin
1
7
Maternity Pad
6
8
Blause Butang Depan
1
9
Kain Batik
1
10
Skirt Labuh ( untuk balik)
1
11
Nursing Bra
2
12
Breast Pad
3
13
Maternity Underware
3
14
Sikat
1
15
Toiletries
1
16
Tudung
1
17
Sweater
1
18
Tuala  Muka
1
19
Minyak Angin (Minyak Herbanika NR)
1
20
Selipar
1
21
Plastic Bag
3
22
Makanan & Minuman
3
23
Stokin
1
24
Tisu
4
25
Air Zam Zam
1
26
Bunga Fatimah
1
For Baby
1
Baju
4
2
Baby Wipes
1
3
Baby Diapers
6
4
Mittens & Booties
3
5
Selimut Baby
1
6
Baby Toiletries
1
7
Barut
3
8
Sapu Tangan
2
9
Minyak Yuyi
1
10
Topi
1
11
Lampin (untuk bedung)
5