See, my swollen feet and hand....sungguh chubby kan!!!tangan tu ok lagi...selalunya kat kaki la...but i don't care because it's temporary...ia akan hilang la once deliver baby..tp kaki ni kadang2 kebas dan mencucuk bila pijak lantai...tumit pun sakit gak..tapi Alhamdulillah, Thank God, i still can drive to work...jauh tau kena drive dalam 90km pergi-balik tiap2 hari....cuma aktiviti2 shopping kena kurangkan sebab dah tak larat nak jalan lama2 & jauh2...sekarang ni, kalau cuti mostly lepak kat rumah je...
Some info yang sangat berguna saya dapat masa surf tadi....
Pada masa kehamilan, ibu hamil memiliki lebih banyak kadar air dalam tubuhnya. Retensi air inilah yang menimbulkan gejala pembengkakan pada tubuh ibu terutama di daerah kaki dan tangan.
Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.
Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:
* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
* Rendam kaki dalam air sejuk.
* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
* Minum air secukupnya.
* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.