Dah lama jugak tak masak beriani ni....so, kesempatan cuti Maulidur Rasul yang lepas saya n mr may pn main masak2 mencuba resepi beriani ni...kami cuba resepi lain & cuba ubahsuai sikit la nak bagi sedap lagi....Nasi beriani kali ni kami cuba gunakan Rempah Beriani Shan...kat kotak tu tulis macam ni " Spice Mix for Malay Chicken Biryani"..Rempah ni dari Pakistan..mula2 tu agak susah nak cari tapi tetiba masa kami beli barang kat the Gardens, terjumpa pulak....kat pasaraya yang kat aras bawah sebelah escalator tu (Cold Storage)...terus jela grab
Ni la rupa Rempah Shan tu..
Jom, nak share resepi beriani ni...sungguh sedap n lembut sangat nasi tu tau...
Bahan-Bahan untuk Nasi:
3 cawan air - untuk diletakkan dalam beras nanti
1/2 cawan susu pekat dicampur dengan 2sudu besar perahan air limau nipis (boleh gak nak guna yogurt/tairu).
4 sudu besar minyak sapi(ghee)2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar rempah Shan
Garam 1 biji bawang besar - dimayang halus
1 batang Kulit Kayu Manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan - disimpulkansedikit pewarna kuning
Gajus goreng
Bahan dikisar:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasaknya :
Goreng gajus tanpa minyak dan asingkan.
Cairkan minyak sapi & minyak masak.
Tumis bawang besar yang telah dimayang tadi.Masukkan rempah Shan dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan pula bahan yang dikisar tadi dan digoreng sebentar.Masukkan susu pekat bersama2 air perahan limau nipis & daun pandan.
Masukkan beras dan kacau sebati. Kacau sekejap je elak beras patah.
Kemudian pindahkan beras tadi kedalam periuk dan masukkan air 3 cawan.
Masak nasi seperti biasa.Apabila nasi sudah masak, masukkan gajus yang telah igoreng tadi.
Titiskan juga pewarna kuning ke dalam nasi dan biarkan sebentar.
Kacau nasi..sedia dihidangkan...
Lauknya pulak..
Lauk Beriani
Ayam dipotong dan dibersihkan.
2 sudu besar rempah beriani Shan
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
2 biji tomato dikisar1/3 tin tomato puree
3 sudu besar madu1 sudu besar gula putih
1/2 tin susu cairBahan dikisar:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak :
Ayam perlu diperap dulu dengan rempah Shan dalam 1 jam sebelum digoreng. Goreng jangan sampai garing.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis hirisan bawang besar.
Masukkan bahan2 yang dikisar dan masak sehingga nak bau.
Kemudian masukkan rempah beriani Shan.
Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, gula, madu, susu cair.
Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
Masak guna api yang kecil.
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak :
Ayam perlu diperap dulu dengan rempah Shan dalam 1 jam sebelum digoreng. Goreng jangan sampai garing.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis hirisan bawang besar.
Masukkan bahan2 yang dikisar dan masak sehingga nak bau.
Kemudian masukkan rempah beriani Shan.
Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, gula, madu, susu cair.
Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
Masak guna api yang kecil.
Try la ek...sedap tau!!
nk beli rempah boleh tak?
ReplyDeleteTq share resipi,x sabar nak cuba. sy baru je beli rempah briyani ni.
ReplyDeleteu're welcome :)
Delete