Kiranya semalam la baru dapat makan sebab mr may pun cuti hari wilayah…..tapi saya kerja la sebab Selangor tak cuti…petang balik kerja tu memang dah set tak nak makan nasi…tapi tetiba je mr may ajak makan satay pulak….sy pun ‘on’ jela…bleh try jugak la….
Kami makan berdua je…kami order 15 cucuk satay ayam & 5 cucuk satay daging….memang selalunya kalo p makan satay Hj Shamuri pun order sama je kuantiti tu….
Tup2 sampai je satay… mak aii besar2nye satay…food presentation pun ok la…nampak bersih n kemas…. service sangat cepat..tu yang kami suka! Air pulak, mr may amik teh ais (air favourite dia la tu…mana2 makan pun mesti mintak air tu)….saya just mintak air suam je….saya nak mintak air kelapa tapi takde la pulak….kalo tak salah menu utama is satay n mee rebus….sebab yang lain tu macam xde je..tapi tak tau la kan….restoren ni pun agak selesa n parking pun senang….tak yah la susah2 nak pusing2 cari parking….
Kami start je makan, terus 1st word yang keluar is sedap n lembut satay ni…rasa lain dari lain…dah la satay tu gemok2..memang kenyang la walaupun makan cikit….kuah kacang pun sedap…pekat pulak tu…..santapan petang yang mabeles la…kami sampai tak abis makan sebab cepat kenyang…yela, satay gemok2…..makan pulak 2 org je…xpe, nanti sambung makan kat rumah pulak….
Harga satay a bit pricy la of coz….berbanding satay kajang ke, satay kat mamak ke, or satay2 kat pasar malam tu…may be bayar untuk deco kedai sekali kot…may be la….tapi walaupun pricey tapi nikmatnya tu memang ummphhhh…harga kena dengan rasa yang sedp tu…cuba la try….so, lepas ni tak payah la nak makan satay sampai kena p ke kajang….just jalan kaki jela…..selalunya kalo kami teringin makan satay mesti p Hj Shamuri Kajang or cawangan yang kat Kesas Awan Besar tu……lepas ni boleh laubah selera makan kat sini pulak….Cuma kalo ada air kelapa lagi bes baru lengkap makan satay n air kelapa….nyum2…….
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.