Tuesday, February 22, 2011

cuak giler

Pagi2 nak bangun subuh tadi...saya terasa macam ada something je keluar..laju je macam kalau kita datang period n kalau duduk nak bangun tetiba terasa darah keluar tu la..haaa, macam tu la rasa...first, terdiam jap...takot sgt!! apakah??

saya pn mengesot la ke tepi katil..slow2 je bangun...rasa macam basah je...oh my god!! tak kan air ketuban kot...tapi tak la macam banjir...lepas tu saya punp toilet cek la apa yang patut...hmmm, mood takut....
memang ada cecair keluar....n warna putih...ada cikit2 coklat...tapi bukan macam darah....mood sangat takut menyerang...dah la sorang2 je kat rumah ni....takpe2, alkononnya pujuk hati la....saya terus mandi as normal...owh, lagipun hari memang saya ada appoinment dengan HUKM untuk check-up....nasib baik la..lepas mandi terus call mr may....mengadu la katakan..mr may cool je masa saya crita tu..yela, kalau dia buat cuak, saya lagi la cuak....so, jalan penyelesaiannya masa p checkup tu bagitau docor la...nasib baik saya tak ada rasa sakit ke....or lain2 feeling ke....sempat lagi saya basuh baju, kemas rumah n buat apa2 patut....mana la tau kot memang betul2 leaking ke....kena tahan kat wad pulak....

Saya just pakai pad je incase apa2 la...tapi tak banyak air tu...ke cecair apa2 ke?confius betul...smpai je kat HUKM, saya buat normal check-up n berat saya naik 0.5kg je...and now saya dah 70.5 kg...urine ok n masa scan saya ada tanya gak pasal air ketuban n dia cakap air ketuban ok....semuanya ok, kepala bab pun dah engage ke tpt yang sepatutnya..berat bb 3.2kg....beratkan....pasal air ketuban leaking tu doc cakap bukan leaking..pandai2 je saya buat conclusion cakap leaking....hahaha, saya mana tau...no experience ma...tapi doc suruh monitor gak tengok cecair tu...incase kalo banyak & pad pun basah sampai mengalir keluar, baru datang semula....lega skit hati ni...

balik je rumah terus  saya cari info pasal air ketuban ni...sedikit info yang sangat berguna..

"Jika air ketuban anda pecah sebelum anda berada dalam fasa perlahiran, jangan panik! Gunakan tuala wanita untuk perlindungan bagi masalah ini. Ini juga akan memudahkan anda untuk melihat warna cecair yang keluar itu. Cecair selalunya adalah jernih dengan sedikit kekuningan, dan selalunya bercampur dengan sedikit darah.


Jumlah cecair yang menitis keluar itu adalah berbeza. Kadangkala beberapa titisan saja, kadangkala sebagai pancuran yang deras. Memang mengejutkan jika air ketuban keluar dengan memancut; apatah lagi, pada terma penuh kehamilan, jumlah cecair ini boleh mencapai lebih kurang 800 mililiter.

Jika terdapat banyak yang keluar, penggunaan tuala wanita tidak memadai dan lebih baik anda menggunakan tuala tangan. Walaupun kurang kemas, cara ini adalah lebih praktikal, terutamanya jika anda perlu ke hospital dengan kereta. Elok juga dijaga supaya kerusi kereta tidak rosak dengan mengalasnya dengan helaian plastik.


Jika yang keluar hanya titisan kecil sekali sekala, elok juga diperiksa sama ada cecair itu bukannya titisan urin yang juga boleh berlaku di akhir kehamilan.
Perlu ditegaskan betapa pentingnya untuk mendapatkan pemeriksaan segera apabila air ketuban anda pecah, tidak kira pada minggu ke berapa pun kehamilan anda (dan walaupun anda tidak mengalami kontraksi). Apabila air ketuban anda pecah, perlindungan daripada jangkitan adalah rendah, dan jangkitan boleh masuk ke uterus dari vagina.



Sebaik sahaja anda dirawat, jika anda sekurang-kurangnya dalam minggu ke-37 kehamilan, doktor anda akan terus merangsangkan perlahiran jika anda belum masuk ke fasa perlahiran dengan sendirinya selepas 24 jam. Kira-kira sembilan daripada 10 orang wanita, yang hamil tidak kurang dari 37 minggu, akan melahirkan anak secara normal dalam masa 24-48 jam selepas air ketuban pecah. Namun begitu, jika anda hamil antara minggu ke-34 dan ke-37, anda boleh memilih sama ada untuk dirangsangkan perlahiran atau tunggu dahulu dan lihat perkembangan seterusnya.


Selain itu, sekiranya anda diuji positif untuk streptokokus kumpulan B semasa hamil, lain pertimbangan harus diambilkira. Memang ada risiko jangkitan berkaitan dengan GBS jika terdapat tempoh yang panjang antara ketuban pecah dan masa perlahiran bermula. Jadi, dalam kes sebegini, rangsangan perlahiran mungkin akan dibuat dengan seberapa segera.


Jika semuanya berjalan lancar untuk anda dan bayi anda, anda boleh kembali ke rumah jika anda mahu. Pendekatan tunggu dan lihat boleh meningkatkan risiko jangkitan (kira-kira 1 peratus wanita berbanding dengan 0.5 peratus wanita yang tidak pecah air ketubannya). Ia adalah selamat untuk anda mandi tetapi jangan lakukan seks kerana ini akan meningkatkan risiko jangkitan.
Anda perlu:



• pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan bayi anda diperiksa oleh bidan atau doktor setiap 24 jam sehingga anda berada dalam fasa perlahiran atau dirangsangkan perlahiran;


• periksa suhu anda setiap empat jam di waktu berjaga untuk memastikan sama ada anda demam atau tidak;


• perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau cecair amnion (air ketuban) yang menandakan terdapatnya jangkitan;


• pastikan bayi anda bergerak seperti biasa.


Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan atau demam (seperti menggigil dan memerah) atau jika anda mendapati pengurangan dalam pergerakan bayi anda, hubungi hospital dengan segera. Jika anda didapati mempunyai penyakit, anda akan memerlukan antibiotik intravena dan perlahiran akan dirangsangkan oleh doktor dengan segera.

Jika anda tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan tetapi air ketuban anda telah pecah lebih daripada 24 jam, anda dinasihatkan untuk melahirkan bayi di hospital. Ini adalah sebab bayi anda mungkin memerlukan akses atau pemindahan segera ke pusat jagaan neonatal. Anda perlu berada di hospital sekurang-kurangnya 12 jam selepas kelahiran supaya bayi anda dapat diperiksa jika terdapat tanda-tanda jangkitan. Anda juga akan diminta untuk menghubungi doktor anda dengan segera sekiranya terdapat perkara yang membimbangkan anda mengenai bayi dalam tempoh lima hari pertama.

Risiko akan meningkat jika tempoh antara air ketuban anda pecah dan kelahiran bayi anda agak panjang sedikit. Jika anda tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan, tetapi air ketuban anda telah pecah lebih daripada 48 jam, anda perlu berfikir dengan serius mengenai apa yang perlu anda lakukan. Doktor anda akan berbincang dengan anda sama ada elok dirangsangkan perlahiran dengan segera atau terus tunggu dan lihat. "

.
.
.
.
.
.
Kumasih risau...air ni still keluar lagi tapi cikit2 je...adakah tanda2 jugak....huhu, sungguh cuak....

2 comments:

  1. hi awak...seriously byk benda terjadi pada pregnant women yer? tidaklah cik cha tau becoz xsmpai 3bulan telah keguguran. tak de rezki kot. hope for my next pregnancy after 3months....masih menghitung hari & entry nih byk kegunaan & info pada i....i like!

    ReplyDelete
  2. yup byk sgt benda2 unpredictable...pengalaman saya masa bersalin pun sangat dasyat tapi segalanya ok lepas tgk bb...
    good luck to you=D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.