Harini dah masuk pun hari kedua azuin kat nursery…akhirnya
kami pilih nursery untuk hantar azuin…sebelum ni memang tak pernah terfikir nak
hantar nursery…pilihan utama memang babysitter je….babysitter yang jaga azuin
je….tapi memandangkan kami baru pindah dan tak reti nak cari babysitter yang
baik….(banyak je babysitter kat situ tapi kebanyakan jaga ramai budak…kalau dah
macam tu baik hantar nursery je…lagi selamat….dah tentu kerja diorang jaga
budak je kan…..ada la beberapa nursery yang kami survey…ada yang mahal ada yang
biasa-biasa je...kami pilih yang biasa-biasa je…sebab azuin pun baru 2 tahun…tunggu
azuin 3 tahun baru rancang nak hantar kat tempat yang lagi ok…
Nursery sekarang ni
pun dah ok dah saya rasa…kat situ ada 6 orang bayi dan 6 orang toddler….kira
azuin yang sebaya azuin tu dalam 6 orang jugak la…ok la tu sebab azuin boleh
belajar, bermain dan berkawan…..
Yuran dah bayar…Yuran Pendaftaran cuma RM50…bulanan RM260…ok
la tu kan…sebelum ni hantar babysitter RM300…dan kurang RM40 kat situ….
Hari pertama hantar tu…memang azuin menangis sungguh la…maklumlah
tempat baru..nak kena sesuaikan diri lagi…sedih hati masa nak tinggalkan azuin….tapi
kena buat keras jugak perasaan ni….Dah la masa nak keluar rumah tu nampak papa
undur kereta azuin lambai kat papa…mesti ingat papa nak p kerja….lepas bawak
masuk kereta dok seronok je sebab ingat nak p jalan kot….lepas tu, sampai kat
nursery azuin tegur ‘kegound’(playground) yang ada kat luar nursery tu…..haih….sedih
ingat masa tu…mesti azuin tak tau lagi yang dia kena tinggal kat situ…..
Hmmm…biasala tu kalau hantar anak kat mana-mana mesti meraung
jugak..bukan anak kita je..semua budak macam tu…normal la tu….kat opis pun
memang tak tenang nak buat kerja…semalam tepat 3.30 saya balik..hoho…nak jumpa
princess!!
Sampai je kat sana, azuin terus datang kat pintu dan
mencebik…mata berair…sementara nak bukak grill tu, azuin dah macam tak sabar
nak peluk mama…..bukak je grill terus azuin peluk mama….lepas tu minta susu….siannya….tak
sempat buat apa..saya terus susukan azuin kat nursery je…..tak sempat nak balik
rumah…sebenarnya azuin bukan nak susu sangat pun..dia nak mengempeng je…sebab
rindu mama….mengempeng la buatkan azuin tenang dan dekat dengan mama!!!dah
dekat 2 tahun dah anak mama ni..semalam bagi 4 botol susu (4OZ setiap satu)…seperti
biasa habis 3 botol je….sebotol lagi buang je…sebab baru panaskan..tak sempat
nak minum dah nampak mama….apa lagi….susu dalam botol dah tak pandang la…haha….mesti
la minum terus dari mama….
Tadi pagi hantar, azuin tido lagi….macam mana la anak mama
harini…apa aktiviti azuin buat harini……
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.