Tuesday, June 26, 2012

"Breastfeeding Journey" - dah 16 bulan!!


Dah 16 bulan  2 hari pun si bijak azuin ni….sama la jugak dengan ‘breastfeeding journey’ saya ni….lagi 2 bulan nak dapat ‘Master’ dan 8 bulan nak dapat ‘PHD’…
Dah jauh perjalanan saya ….dan dari situ jugak la saya dah tambah pengalaman tentang ni….ada yang manis, dan ada jugak yang pahit….biasalah, saya manusia jugak kan..

Memang agak mencabar terutama si kecil ni masuk ke satu tahun….susu kurang la yang saya selalu hadapi…terutama masa ‘period’….mula-mula saya ok lagi…tapi lama-lama dah jadi risau pulak…

Jadi, saya pun cuba la produk Shaklee….sebab masalah susu kurang masa period dan saya jugak selalu ‘skip’ makan….takut tak cukup zat pulak dan saya keletihan…itu la tujuan saya pilih Shaklee…

Sebelum ni memang saya tak amalkan apa-apa ‘supplement’ pun…bergantung pada pemakanan je….lepas tolak tambah bahagi darab…..hehehe, saya pun cuba Shaklee….dengan bantuan Adilah CelikVitamin, saya pun cuba Shaklee Set E…..

Hasilnya, sangat puas hati….
*Terasa semakin segar dan tak keletihan ketika bekerja
*Susu pun tak berkurang terutama semasa ‘period’
*Susu ada sikit pekat…kalau lepas makan alfalfa tu mesti susu kaler hijau-hijau sikit…..
*Azuin pun minum sekejap je…mungkin cepat kenyang kot….

Lepas sebulan guna Set E ni…saya cuba Energy Soy Protein (ESP)….yummy!!!
Saya minum sekali sehari setiap pagi sebelum pergi kerja…dalam pukul 6 pagi macam tu…..campur 3 sudu dalam 200ml air…pekat dan lazat…..
Sangat ‘yummy’…..Jadi, pagi saya jadikan ESP ‘my early breakfast’….sementara tunggu pukul 10.30pg untuk minum pagi…
Kesan pada susu, saya tak pasti pulak…sebab susu banyak lebih kurang makan Set E je….tapi yang saya suka sebab bagi saya tenaga la….
Yela, ibu menyusu ni kerap rasa lapar & letih….

Just nak ‘share’ jadual makan Shaklee ni..
 - 6 pagi – 3sudu ESP campur dengan air…
 - 10.30pagi – 1 Biji Vitalea, 1 Biji B-Complex
 - 1.30 tghri – 1 Biji Vita-C, 4-6 Biji Alfalfa
 - 8 mlm – 4 Biji Ostematrix….

Azuin pulak, macam tak minum banyak sangat dah…Jom tengok perbezaan jumlah Oz yang azuin minum dulu dan sekarang di rumah ‘babysitter’ dari pukul 7pagi – 4.30ptg…

<14 bulan
>14 Bulan
Bawa
Minum
Jumlah minum
Bawa
Minum
Jumlah minum
5 Botol X 4Oz
4 Botol X 4 Oz
16 Oz
4 Botol X 5 Oz
2  Botol
10 Oz

Beza 6 Oz tu…kadang-kadang terfikir gak..kenyang ke azuin ni….makan banyak ke..sebab kat rumah macam susah nak makan…lagi-lagi yang berkaitan dengan nasi…nasib baik pasta bagai dia nak…dia nak yang boleh ambik sendiri guna tangan..tanak yang suap-suap ni….haishhh…memang bersepah la kalau bagi azuin makan sendiri…penat nak mengutip sisa-sisa tu….

Yang penting anak mama ni sihat dan cergas!!

Owh ye, azuin dah pandai cakap sikit2….bahasa dia la…kalau masuk rumah, terus bagi salam…azuin sebut ‘akum’…….comel…kalau ikat rambut or pakai cekak mesti dia sebut ‘antik’ [cantik]….hehe…kalau sebut mandi mesti tunjuk nak bukak baju….buat mama geram tau!!..dah banyak jugak perkataan yang disebut…dah bercampur  bahasa…ada BM & BI..hehe….pandai anak mama ni…..

Panjang sungguh entri ni….nanti saya ‘update’ lagi ye pasal ‘breastfeeding journey’ ni….
mesti kena ada gambar budak kecik yang comel ni....hehe

4 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.