Monday, June 11, 2012

Trip to Johor


Nak cerita sedikit pasal bercuti minggu lepas…..kami sekeluarga pergi Johor je..dalam Malaysia je…tupun sebab utama nak pergi kenduri azizul sabtu,9/6/2012…..memang dah rancang nak stay 2 malam kat Johor…baru puas….kalau semalam je rasa macam tak cukup pulak….dah alang-alang kan….
Jumaat, 8 Jun 2012.
*Gerak ke Johor dalam pukul 8.30pagi…tunggu azuin bangun dulu & mandikan dia…

*Berhenti breakfast di R&R Seremban….

*Berhenti rehat kat R&R Pagoh….

*Singgah Johor Premium Outlet (JPO) dalam pukul 12.30tengahari macam tu….sempat la jalan-jalan tengok apa yang nak beli [sebenarnya tak ada aim apa-apa pun…Cuma Jai je mintak tengok kasut bola Puma King]….kesimpulannya, mr may beli stoking je….saya tak beli apa-apa pun…


R&R Seremban

baru sampai JPO

papa pilih t-shirt...azuin berlari2

lapa la mama...makan ni dulu...food court kat bawah....tapi sebab maleh nak turun bagai, makan ni dulu....alas perut!

nak panjat je...

cak!!

muka bosan dah ni....



*Check-in hotel pukul 3.30ptg…kami menginap di Mutiara Hotel Johor Baharu….kami ambik "Deluxe Room"....memandangkan kami 'book' melalui 'Orient Reward', dapat la murah sikit...'book semalam, dapat free semalam lagi...kira ok la kan...lepas letak barang bagai, kami pun p cari makan kat Parkson….sebab perut memang dah lapar, kami makan McD je…tu je yang senang….nanti dinner baru cari makan best!!

muka baru bangun tido...

Mutiara JB Deluxe Room

terselit jugak kelibat azuin

bathroom

tub...ni la tempat azuin suka berendam




Lepas makan, kami balik bilik dan rehat sekejap…..lepas maghrib baru keluar cari makan…..
Malam tu kami jalan-jalan kat Danga Bay…hmmm,dah tak macam dulu….dah tak besh!! Dulu pernah datang sini dengan mr may…masa tu belum kahwin lagi [kenduri adik azizul masa tu]…..meriah lagi masa tu….sekarang ni hambar jela….azuin pun dok buat akai je…taknak bagi kerjasama…penat agaknya seharian dalam kereta….
Sabtu, 9 Jun 2012
Breakfast kat hotel.
Berendam..hihi
Dalam pukul 11 kami bergerak pergi AEON Tebrau nak cari hadiah untuk azizul….lupa pulak nak tangkap gambar hadiah tu…beli set periuk….
Dalam 1.30ptg baru gerak ke Taman Pulai Indah……nasib baik ada GPS..memang sangat membantu….
may...rezal...niha...aini - Dah selamat dah Azizul kahwin

selingan, gambar mama&azuin..

Malam tu kami makan Benafee Café [Café Keluarga Betty Benafee tu]….sedap sangat makan kat situ…recommended!! Nak cari pun senang, dekat dengan New York Hotel….
Ahad,10 Jun 2012
Breakfast kat hotel.
Berendam lagi…..
Check out dalam pukul 11.30 macam tu….terus gerak p JPO lagi….singgah sebab nak tengok barang Jai lagi….kami lunch kat situ sebab senang…lagipun azuin tido je….kami makan baskin&robin pun dia tak sedar….
sleeping beauty!!

makan kat JPO's Food Court

papa + azuin

azuin dengan mama pulak

Gerak balik KL dalam pukul 2.30 ptg…..
Jom...azuin dah nak balik KL

Singgah Bangi makan...lapaq sangat ni..hisap jari je ke...azuin makan banyak sangat...lepas tu dah tak mo makan sebab nampak kucing.....azuin tetiba je dah jadi tak suka kucing!!ikut papa la tu..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.