Tuesday, June 12, 2012

mood kerja--->bersemangat!!


Bekerja selepas lama bercuti kadang-kadang buat kita jadi bersemangat….betul tau..hari ni saya sangat bersemangat nak berkerja…kerja memang la banyak….sampai je office, kena baca email dulu….haruslah berlambak….sebab tak masuk office dari hari Khamis sampai isnin….lagi pulak saya memang tak bukak or baca email kat rumah…bukan apa, malas nak semak otak ni dengan kerja ketika bercuti…..

Hari ni pagi-pagi dah terserempak dengan bos baru….nampak dia tengah minum kat kantin….lepas tu, masa kat office baru la dapat berkenalan dengan bos baru ni….mulai semalam [bos baru report kerja semalam] saya kena report kat dia….harap ok la…bos baru ni orang Ireland…tinggal kat Seremban [mak aii jauhnya nak datang kl…mau 2 kali ganda perjalanan saya datang kerja]….dia tinggal kat Seremban pun sebab ‘girlfriend’ dia kat sana..mengajar kat ‘international school’ katanya…gigihkan….memang kat company saya kerja ni kebanyakkan pekerja memang tinggal jauh….

Disebabkan mood kerja hari ni sangat la baik dan yang penting bersemangat, saya nak siapkan banyak task hari ni….chaiyok!!chaiyok!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.