Syukur Alhamdulillah….Dah dapat ‘surat’ dari bos….so, ada la sikit kenaikan gaji untuk tahun ini…walaupun tak banyak, saya tetap bersyukur….kenaikan adalah Januari dan surat dapat febuary...maksudnya bulan ni ada lebihan dalam gaji la [backpay dari January]…seronoknya….
Sejak mula kerja, kenaikan dalam company paling banyak saya terima ialah 7% dan 30% masa saya lompat kerja....memang kalau nak gaji cepat naik kena lompat kerja la...tapi tu bergantung kepada individu tu sendiri....ada orang yang nak cepat naik gaji....so, jalan mudah ialah tukar kerja...
Ada jugak yang suka 'stay' lama dalam satu company...nak kekalkan seniority la..dan kita akan jadi lagi otai dan lebih faham dengan tugas yang diberikan....ada baik dan buruk jugak kalau stay dalam company yang sama bertahun lamanya...Saya dah lalui semua tu..sedikit sebanyak ada la pengalaman kan...walaupun ramai lagi kat luar tu lebih senior dan berpengalaman tentang ni...
Saya lompat ke kerja sekarang ni pun sebab nak pindah area KL sebenarnya selepas kahwin..dah Alhamdulillah, saya dapat 'demand' 30% dari gaji saya kat company lama...terkejut sebab saya dapat apa yang saya nak...so, memang masa interview tu kena pandai 'demand' pasal gaji la..dengan pengalaman yang kita ada la...jangan la main redah je...
Bercerita pasal company sekarang ni,saya sangat suka dengan ‘working hours’nya…..senang nak ambik azuin….sebab saya masuk ikut masa production seawal 7 pagi dan habis pukul 3.30pm…bestkan…memang la sebagai engineer banyak kerja dan memerlukan untuk 'stay back' or balik lambat sikit…tapi pada saya, saya taknak semua tu…..mungkin sekali sekala saya boleh terima tapi TIDAK untuk hari2….
Kalau masa ‘freshie’ dulu takpa la..sebab baru kerja dan nak sesuaikan diri dengan alam baru ni…tapi dah lama kerja ni, saya dah pandai ‘manage’ masa kerja saya….dan saya akan cuba siapkan ‘within my working hours’…kalau tak siap pun, akan sambung esoknya…tapi kena selalu ‘check dateline’ untuk kerja la….Alhamdulillah..selama saya kerja kat sini, saya boleh dan berjaya [ayat tak hengat,haha] balik ontime..habis2 lewat pun pukul 4pm….
Bukan cakap tak balik lewat lansung tp ‘once in a blue moon’ je la…..tu yang berat hati kalau nak lompat kerja…memang boleh up lagi gaji sehingga 30%...tah2 boleh dapat tinggi lagi % tu..tapi dari segi masa kena korban la pulak….sekarang ni biar la ‘stay’ sini dulu….
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.