Friday, December 9, 2011

Kenduri Arfah&Salim Part 1 + Aqiqah Azuin

Sepanjang minggu lepas saya kat Taiping…lari dari hiruk pikuk KL ni….cuti la katakan…saya ambil cuti seminggu….sungguh lama dan syok….memang la seronok tak kerja….alangkah besnya kalau saya jadi suri rumah sepenuh masa….boleh la jaga azuin….cuti memang bos bagi…dah mintak siap-siap 2 bulan yang lepas…kalau mintak last minute mesti susah nak bagi….so, apa-apa pun kena plan cuti tu….apply & inform bos awal-awal….

Balik cuti kali ni sebab meraikan walimah adik saya yang ke3…nur arfah namanya….walimahnya pada 3hb Disember, Nikah pulak 2hb (Jumaat Lepas isya’)….
To Salim : Welcome to Haji Zakaria’s Family…Kami sangat happy dengan kehadiran anda sebagai ahli baru dalam keluarga kami….

Jom layan gambar masa nikah…
ayah yang nikahkan...
mas kahwin....
really like this moment...syahdu tengok..
Pasangan Pengantin baru...Cikgu Arfah & Cikgu Salim
our big family.....lagi 2 orang je belum kahwin & masih belajar....
Pengantin tahun lepas..Aini & May
kami sudah bertiga...bila lagi nak berempat??
                      Hantaran Pihak Perempuan    Hantaran Pihak Lelaki
                                                          
Pagi kenduri tu, ada marhaban sempena buat majlis Aqiqah untuk Azuin. Mendayu-dayu sungguh marhaban dari kumpulan ni….untuk Azuin cuma seekor kambing sahaja Aqiqah sebab Azuin kan perempuan….baru saya tau harga kambing seekor dah RM 650…kalau ada anak lelaki kena 2 ekor….kosnya pulak? Berganda la dari harga Aqiqah anak perempuan…apa-apa pun Alhamdulillah, semuanya sudah selesai….Azuin pun dah selamat di Aqiqah kan pada usia 9 Bulan….(tak buat azuin kecik dulu sebab nak tumpang kenduri Arfah ni la)….

suasana ketika marhaban...
dah tak betul dah headband azuin....sebab tercabut....
Azuin macam takut-takut je…terkejut ramai orang..peluk rapat papa dia…lagipun azuin baru bangun tido ni….
kami pakai putih-coklat
cheeky azuin..love this pic.....Kami sekeluarga (Mama, Papa, Azuin)…kat bilik pengantin..baru je lepas marhaban ni..terus tangkap gambar sebab tau lepas ni memang susah nak ambil..yela..masing-masing akan sibuk…
Keluarga Jai (Jai, As, Hakim)….ni adik saya yang no. 2. Tengah tunggu kehadiran babay ke-2 diorang…tunggu masa dah ni….tak salah As dah 37Weeks…
Norly, Saya, Azuin & Pengantin Perempuan ….Pengantin pakai Silver….keluarga pakai putih-coklat…sebab tema adalah coklat…
Mak & Ayah yang sungguh bergaya menyambut tetamu yang datang tak putus-putus….penat dok bersalam la hari tu…
Pengantin dah sampai….jadi bidan terjun….tak pasal-pasal kena pegang payung…..dah la main sarung je sandal siapa tah….main rembat je….nasib senonoh gak sandal tu..
pengantin makan pulak....

 Cerita pasal lauk pulak….memang sedap…dari NS  Catering Bukit Jana, Kamuning…promote sikit….catering ni jugak la yang masak masa kenduri saya dulu….suka cara dorang…kemas & teratur….masakan pulak saya kasi 4/5 star….so, siapa yang dok area Taiping or Kamunting boleh roger diorang ni….terbaik la!!

Menu kenduri :

Ayam Masak Merah
Daging Kurma
Air Asam
Jelatah
Ulam-ulaman
Ikan masin
Sambal Belacan
Tembikai
Air Hijau
(saya taktau campuran apa..Jadi, jangan tanya ye!!)
mr may yang serius nak makan...lapa la tu
Keluarga mertua pun datang jugak.....
Eh...affan pun ada....azuin tenung je affan tu...affan masa jumpa azuin terus happy je...kalau tak senyap je....

Kenduri kat rumah pengantin lelaki di Seberang Perak (11/12/2011)...Ahad ni kami akan ke sana pulak....Ohh..kami akan pergi awal sikit...Lepak kat Lumut (ala-ala bercuti pendek la)..tak sabarnya.....



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.