Thursday, October 31, 2013

Sudah 2 Tahun 8 Bulan.


Minggu ni azuin amani dah 2 tahun 8 bulan….dah tak lama dah nak 3 tahun…princess dah besar walaupun masih rasa azuin ni baby lagi…

Macam-macam dah pandai…petah bercakap…pandai buat ayat lawak jugak…suka ajak papa exercise, pandai memilih makan jugak…

Apa-apa pun mama&papa rasa azuin cepat sangat besar…dah berlagak macam kakak dah….nanti boleh la kawan dengan baby boy pulakJ

Azuin masih lagi minum susu mama….kalau kat rumah la…tapi dah campur dengan susu kotak dah…kalau kat rumah azuin memang tak nak susu dalam botol…beli susu kotak Dutch Lady perisa coklat untuk azuin minum kat rumah…

Kalau kat taska, azuin minum jugak guna botol….bawa spare je…sebab kat taska memang saya bawa susu tepung gak…kalau FM, azuin minum Dutch Lady 123 Perisa Coklat gak..kat rumah kadang-kadang saya bancuh gak susu ni tapi letak dalam cawan….kadang-kadang azuin ingat miloJ…kadang-kadang azuin cakap tak sedap..bergantung la….

Nanti nak bagi cuba susu keluaran company saya pulak…Nan atau Lactogen pulak…murahan sebab harga employee..sangat berbaloi kalau bandingkan dengan harga kat pasaran…Cuma untuk tahun pertama je dapat free susu 7 kotak setiap bulan…..tapi memandangkan saya memang akan breastfeeding lagi, saya akan ambil susu free untuk diri sendiri la (susu khas untuk ibu menyusukan)….tapi cover untuk setahun je…ok la tu kan….tu pun dah jimat banyak!!

Jom layan gambar princess pulak…tak lengkap kalau tak letak gambar princess ni…








Pasal breastfeeding pulak, di minggu ke 34 pregnant ni, saya masih bagi azuin menyusu….azuin pun tak kerap pun minum..minum untuk attached dengan mama je….kalau malam nak tido baru azuin mintak susu….dan saya perasan gak yang susu saya bukan macam biasa dah….tak salah azuin minum kolestrum sekarang ni….rezeki azuin….ikut pembacaan saya, kolestrum ni tak akan habis pun dan masih akan  ada untuk baby boy nanti!!!

Setakat ni, tak la pulak rasa sakit bagai kalau azuin dok minum susu…tu yang saya biarkan je….memula tu risau gak..saya tak akan offer susu kat azuin..tapi kalau azuin mintak, saya akan bagiJ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.