Sunday, April 14, 2013

satay family di petang ahad....

Petang ahad seperti biasa mencari makanan untuk dimakan......kali ni kali makan kat Restoren Sukahati, Saujana Utama.....memula kami order makanan yang biasa-biasa je...saya makan nasi goreng kampung dan mr may kueh teow....nasi goreng kampung boleh tahan sedapnya...saya suka!!!

Tetiba pulak mr may nak makan satay...tak salah gerai satay tu baru nak bukak..baru letak arang bagai...so, kami terpaksa la tunggu jugak la...Sempat la kami habiskan main menu kami dulukan….

Ngam2 habis, satay pun sampai….satay family ni sedap & manis…menepati selera kami….kuah kacang biasa-biasa je..tak leh la nak lawan dengan kuah kacang satay station tu…tapi memandangkan satay tu dah sedap..cicah kuah pun jadi sedap…..

Azuin pun makan banyak jugak satay ni…sedap katanya!!tapi saya tak bagi banyak-banyak macam tu..kena pilih yang isi ayam dan yang tak ada kesan bakar tu (hitam-hitam)….carik-carikkan isi tapi kena cucuk kat lidi dan suap ke mulut azuin…dia tak nak suap dengan sudu or tangan…nak lidi gak…haih, kamu anak..nak makan macam mama papa gak....tapi awas ye!!jangan bagi anak anda pegang sendiri lidi tu…bahaya…saya tolong suapkan je tau….no pegang-pegang lidi tu….

Sesiapa nak rasa satay family ni boleh la cuba…dia bukak stall depan restoren sukahati ni….bertentangan dengan Bank Islam, Saujana Utama…..parking jangan risau…banyak!! Harga satay ayam secucuk RM 0.60…murahan kan!!
Setakat tinggal kat area sini, kami baru jumpa 2 tempat yang sedap makan satay..satay family ni..dan satu lagi satay yang jual kat pasar malam puncak alam…gerai satay tu bahagian depan pasar malam…kalau masuk je kawasan pasar malam tu memang dah nampak dah…asap pun berkepul2..hahaha…..

tengah carikkan isi ayam..senang nak bagi azuin makan...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.