Sekadar
perkongsian, kalau tidak setuju, kita hormati pendapat masing-masing ye.. semoga
tak ada yang tersinggung dan terasa hati dengan entry ini…..
Sebenarnya
saya ada terfikir sebelum ni tentang penyusuan selepas umur 2 tahun ni…ye,
memang tak sanggup nak tukarkan susu ke susu lain selain susu ibu ni…sebab itu
saya masih meneruskan penyusuan susu ibu selagi termampu dan selagi ada
rezeki…disamping tu saya ada mencari dan mencuba beri azuin susu lain selain
susu ibu…
Pada
saat entri ni ditulis, saya belum wean-off lagi….tidak mengapa, mengikut
pembacaan saya, tidak ada salahnya meneruskan penyusuan selepas 2 tahun kan. …kenapa
saya pilih untuk teruskan penyusuan ni? Sebabnya, saya suka bonding yang ada
bila azuin dok mengempeng dengan saya….saat memanjakan azuin…saya
taknak paksa azuin….biar ianya berlaku secara semula jadi….nanti kalau azuin
dah tak nak, mesti saya akan rindu masa menyusukan azuin…
Mengenai
susu pulak, saya akan terus berikan susu ibu selagi ada rezeki untuk azuin…Di
samping itu, saya cuba untuk beri azuin susu formula juga…mula beri azuin cuba
susu formula bila masa azuin dah 2 tahun dimana sudah sampai destinasi penyusuan saya…dan selepas 2 tahun jugak la bermulalah azuin diperkenalkan susu formula dan UHT..campur sudah....sebab lepas azuin 2 tahun saya mengambil keputusan untuk pregnant semula dan mula TTC...(alhamdulillah, sekarang dah positif pregnant)...gigih saya cuba beri…nasib
baik kebanyakan susu yang ada adalah sample yang dapat..takla rugi beli mahal-mahalkan…memang
banyak jenama telah saya bancuh dan cuba beri pada azuin…..Lactogen, Dutchlady,
Dumex (original), Dumex (coklat), Sustagen, Anmum, dan Enfagrow…semuanya
tak jalan…jalan penyelesaian azuin, dia
bagi baby Minnie mouse minum…lepas tu, ke sinki la jawabnya…saya pernah tinggalkan
susu formula kat nursery..just in case la…tapi memang azuin tak minum…Cikgu
nursery cakap, kalau azuin rasa susu tu bukan susu saya mesti dia dok pegang je
botol tu sampai sudah… kesudahannya, azuin tak nak susu formula…
Bukan
taknak bagi azuin minum susu saya dah..susu saya masih lagi keutamaan untuk
azuin..sikit pun saya tak pernah tolak kalau azuin nak susu….Cuma mencari alternative
lain selain susu saya…sedih sebenarnya nak bagi susu lain selain susu saya tapi
itu untuk kebaikan dan persediaan azuin jugak…
Pernah jugak bagi azuin cuba minum susu kambing (bagi yang hi-goat)….dan azuin minum jugak la dalam kuantiti yang sikit…tapi tak konsisten dia nak…kadang-kadang dia tolak terus…susu kambing ni tekstur dia macam halus dan air je..ala-ala susu ibu je….
Pernah jugak bagi azuin cuba minum susu kambing (bagi yang hi-goat)….dan azuin minum jugak la dalam kuantiti yang sikit…tapi tak konsisten dia nak…kadang-kadang dia tolak terus…susu kambing ni tekstur dia macam halus dan air je..ala-ala susu ibu je….
Lepas
tu, saya cuba untuk beri susu kotak berperisa coklat/strawberry/asli yang untuk
kanak-kanak berumur 1-6 tahun tu….yang ni memang azuin minum…..kesudahannya,
saya akan bekalkan sekotak susu dalam cooler bag bersama-sama 2 botol ebm untuk
ke nursery….kadang-kadang tak guna pun susu kotak tu..sebab 2 botol EBM dah
cukup untuk azuin minum sampai mama balik…lagipun sekarang saya dah letak 5 oz
sebotol…dulu cuma letak 3 oz sebotol…so, 10oz sebotol kenyang la kan…kadang-kadang
sebotol je azuin minum….susu kotak
selalu minum masa tunggu mama ambil..lepas
naik kereta terus taknak..so, mama la tolong habiskan…huahuahua…
Kalau
kat rumah pun kadang-kadang azuin nak susu kotak…susu lain tak nak…kalau bukak
peti sejuk dan nampak susu kotak mesti azuin nak…Jadi, saya memilih susu kotak,
yang masih dalam bentuk cecair..lebih senang cakap susu UHT la jenama Dutch Lady tu….dalam peti sejuk memang berkotak-kotak la susu untuk azuin ni… taknak
la sebut kenapa. ini pilihan saya, buat masa ni disamping susu ibu… senang pun
senang, takyah nak bancuh bagai…
Azuin lebih suka
susu UHT mungkin sebab rasa plain sikit(yang perisa original tu)….kalau susu
formulakan pekat sikit..memang la susu formula tu kalau kita tengok iklan dia
macam-macam kepentingan dan kebaikan tapi nak buat macam mana kalau anak
sendiri tak nak minum…beli mahal-mahal tapi sinki je penyelesaiannya…
Buat masa
ni pilihan saya susu UHT ni la.....at least ada back
up sebelum azuin terima susu formula…alternatif kepada susu ibu…Tapi akan cuba perlahan-lahan bagi susu formula jenama lain
pulak….kot la dah besar ni dia nak pulak….saya taknak la azuin tinggalkan minum
susu terus (kalau dah tak minum susu ibu)….saya nak ajar azuin minum susu
sampai bila-bila….nanti takut kalau dah besar dah tak nak minum susu…nak azuin
jadi macam saya…sampai sekarang saya masih ambil susu…
Model
susu kotak Duthlady…azuin tengah minum susu berperisa strawberry…..habis sekotak
sekali minum….sedap katanye..mana tak sedap…perisa strawberry kan..saya pun
suka….kalau azuin minum separuh, saya la jadi tukang perabih susu tu….(ambik
kesempatan….sedap siapa tak nak kan)……
Serabutnya
baju azuin…..terjuntai-juntai tali baju tu..
Haa…baru
kemas sikit lepas ikat..
Bergelak
ketawa dengan mama sambil minum susu kotak….
Oh
ya, selain susu, air kosong pun azuin suka minum…memang wajib bawak air kosong
kemana saja…kalau kat nursery tu saya dah siapkan bekalan air kosong dalam
botol minuman azuin….nanti kalau nak minum azuin akan cakap ‘nak air,dahaga’…kalau
dari malam sampai pagi tu ada la jugak sebotol air masak azuin habiskan…kalau
tengah malam tetiba bangun pun azuin akan minta nak air…memang kena sedia jela
air masak kat bilik…tapi yang botol minuman ni kena sentiasa cuci sebab guna
straw kan…azuin pun pandai minum guna cawan gak..senang sikit dah pandai serba
serbi…lepas tu suka minum guna cawan papa!!cawan azuin kecik sangat kot….
sepesen dengan anak cikgu. firas pun dah dua tahun lebih, macam2 susu fm ckgu dah cuba, semuanya dia tak nak. last2 beli susu sustagen perisa coklat. itu pun dia hisap sebab tengok cousin dia menyusu pakai botol. cikgu buat 3ml , tu pun payah betul nak habis. Sejak balik brunei ni, langsung dia tak nak susu fm, try beli dutch lady dalam kotak pun dia minum sikit2 jer. Tapi kalau milo memang dia suka. Cumanya tak pasti elok ke budak2 umo firas ni minum milo kotak?
ReplyDeleteTula…budak-bdak memang akan minum kalau ada geng..tapi tengok jugak kan…kalau dia taknak..taknak jugaklah..
Deleteazuin pulak kalau kat rumah memang dia tak pandang botol susu dah....yang UHT ni sbb guna straw….guna botol kat nursery je…
Kalau kat rumah saya bancuh guna cup je..sebab dia akan minum bila tgk saya minum..tapi tula, dia rasa lain terus taknak….haih anak!!
Kalau dah 2 tahun boleh minum milo….saya pun ada bagi azuin minum milo kotak tu jugak tapi kadang-kadang je…sebab saya perasan kalau minum milo mesti dia susah nak poo…keras poo dia….
Inila susu amzar lepas 2 thn..dia mmg x nk FM kecuali kt umah bbsitter..dgn ummie die, mmg manje lebey, s0 buat la mcm mane pn FM tu,kene reject jugak..last2 Dutchlady kids perisa c0klat saje yg die nk..seb bek kt umah bbsitter die nk jgk la FM..mmg bertuah..
ReplyDeleteHidayahS
sama jugak la ek...susah nak terima fm..tp kena ajar gak sebab nak biasakan azuin minum sampai besar...bulan ni nak try dumex fruit&vege pulak..kot la dia nak pulak..tp setakat ni perisa coklat memang kegemaran....
DeleteHidayah hantar amzar kat babysitter la ek...