Thursday, May 2, 2013

Aktiviti Cuti Hari Buruh


Semalam cuti hari buruh kami penuh dengan aktiviti di rumah je…mana taknya, pagi-pagi hari dah keluar rumah cari bahan mentah nak masak…kawan-kawan ofis lama mr may datang rumah….meriah sangat!! Memang mr may ajak datang masa tengahari..boleh la makan tengahari terus kan….sambil-sambil tu boleh borak-borak….

Nasib baik sempat masak sebab start masak pun dah pukul 10.30am….mana taknya, buat kerja kelam kelibut dengan azuin yang jap nak duduk..jap merap….memang mencabar…nasib baik mr may tolong gak…kalau tak, tak siap la nampaknya menu kami sebelum tetamu datang….

Menu yang kami sempat masak :
Gulai udang – first time masak gulai
Sayur campur
Ayam bakar
Telur dadar
Buah tembikai
Air blackcurrent
Keropok lekor…

Nasib baik la saya tak ada alahan untuk masak/menumis bagai….tapi tu buat masa ni…tak tau la pulak minggu yang seterusnya…harap tak ada la kan….

Bes tengok tetamu makan dan bertambah…rasa tu nak kata sedap sangat tak la kot tapi boleh menaikkan selera makan jugak la…tak sangka jadi gulai udang tu…ni kira first time buat gulai udang…hahaha….selalunya udang mesti buat sambal atau masak lemak…gulai/kari biasa buat untuk ayam & ikan je….

Gambar makanan tak tangkap sebab terlupa..sibuk punya pasal la ni…nak pulak azuin nak bergayut dengan saya je…melekat je dengan mama dia ni….penat dok dukung la….ye, saya cuba untuk kurangkan dukung azuin tapi kadang-kadang tu macam tak sampai hati tengok dia dok hulur tangan nak dukung…tapi tak la dukung lama….sekejap je…tapi lenguh la jugak….
Oh..lepas dorang balik baru saya teringat…..tahun 2010, 1 may pun geng ni berkumpul jugak..tapi berkumpul kat kenduri kitorang kat Taiping (rumah saya)…masa tu ada yang belum kahwin lagi…kali ni dah ada anak dah pun…..

1&2 may kan kenduri kahwin kami!!

2 comments:

  1. haa... apa kata Aini beli SSC? (racun baek punya).

    sekarang ni saya mana2 pegi mesti bawak Amna dalam SSC. kalau pakai stroller tu kang mau menggelupur nak keluar.

    at least tak beban kat tangan. bahu n pinggang boleh support berat Azuin. kalau takut nak buckle kat bahagian perut, boleh tinggikan waist buckle tu ke atas :)

    ReplyDelete
  2. stroller mmg tak jalan dah sekarang ni:)...nanti utk baby adik boleh usha yang ni.....thanks...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.